Pemerhatian dan pandangan dari bebola mata yang berkaca mata terus dinukilankan dan diekspresikan dalam bentuk penulisan…

RANCANGAN WRESTLING DI MALAM JUMAAT AMAT BERTEPATAN WAKTU SIARANNYA (DOUBLE MEANING)

Khamis malam, malam yang sunyi dan sesekali terdengar bunyik mat-mat rempit memecah suasana malam yang hening dengan ngauman enjin-enjin motor 135 LC. Malam ini hujan, dan bagi mereka-mereka yang sudah berkahwin mungkin merupakan satu rahmat yang tidak terhingga. Dingin, sejuk dan juga enak sekali cuaca malam mungkin sebagai penambah perasa bagi “malam jumaat”. Indah sungguh bagi mereka-mereka yang sudah berkahwin (tambah pahala), nak-nak pengantin baru. Aku? masih menanti kehadiran malam itu dengan penuh sabar..mungkin di penghujung tahun ini…Jika di izinkan oleh-Nya. Mudah-mudahan…

Bukan itu yang aku mahu ceritakan, aku baru sahaja menerima kunjungan tetamu sebentar tadi, siapa tetamu tersebut dan hal apa yang dibincangkan, mungkin di lain hari aku boleh coretkan di Diari Harian bil. keberapa, aku tak tahu. Selepas tetamu balik dan kemas apa-apa yang patut, aku masuk ke kamar tidur, bukak tv, bukan pendingin hawa jenama york si raja beku dan baring di atas katil. TV3, siaran wrestling.

Bukak sahaja rancangan itu, terlihat dua lelaki sasa sedang bergusti. Badan berketul-ketul dan berotot-otot. Hentak sana, hentak sini. Pukul sana, pukul sini. Terajang sana, terajang sini. Kunci sana, kunci sini. Campak sana, campak sini. Dari ape yang aku perhatikan, segala-galanya seperti di rancang. Tumbukan dan sepakan seperti dibuat-buat. Tumbukan dan sepakan punya kuat, hentakan di kepala sungguh kuat, tapi……….mana darah? mana lebam? mana kecederaan? kemana semua itu? Pergaduhan dan gusti itu seperti tidak “real”.

Aku faham mungkin atas faktor-faktor keselamatan, segala pergaduhan dan gustian itu telah dirancang dan diatur dengan baik. Senjata, kayu belantan, kerusi, meja dan segala aksesori pergaduhan itu telah dicipta sedemikian rupa, dicipta untuk menyerap hentakan, rapuh dan mudah patah serta pecah. Tiada yang “real”. Senang cerita tengok sabung ayam atau kucing bergaduh lagi seronok.

Cuba bayangkan di setiap kali permulaan, aku amek contoh si Undertaker masuk dengan kostum dan pergerakan serta perwatakan seperti seorang Undertaker. Muzik seram perlu ada dan gimik juga diwajibkan ada. Ais kering dan asap-asap juga diperlukan. Penataan cahaya dan sedikit sentuhan bunga api (jika perlu) pasti ada dan ini akan dilakukan pada setiap wrestler atau pengusti yang lain. Bosan. Tapi apa-apa pun, kids dont try this at home!

Takpelah…aku bukan minat wrestling WWE ini pun. Mungkin pakcik-pakcik yang lepak di kedai kopi lebih minat ini. Brader-brader motor pun mungkin minat.  Ape yang aku minat ialah ini, WWE ini yang diterajui oleh Vince Mc Mohan selaku CEO, telah menjana pendapatan jutaan dolar sebagai contoh pada tahun 2009 telah menjana hampir 475.16 juta dolar, dan memiliki aset bernilai 438.23 juta dolar dan mempunyai 564 orang kakitangan tidak termasuk penggusti. Syarikat ini telah bermula sejak tahun 1952 dan diasaskan oleh bapak si Vince ni, iatu Roderick Mcmohan dan rakan kongsinya Toots Monodt bertempat di Stamford, Connecticut, United State. Hebat bukan?

p/s – aku mahu bukak syarikat gusti tapi aku rase mahu berteraskan silat. Mungkin boleh dikomersialkan satu hari nanti…siapa tahu…..er..bagi kamu-kamu yang sudah berkahwin aku ucapkan selamat malam jumaat, dapatkan produk “Malam Jumaat” sebagai satu ramuan tambahan bagi kamu. Niat bagi ikhlas ok! Pahala pun dapat!

6 responses

  1. aku minat wwe beb.

    1. wrestler perempuan diorang (digelar divas) hot-hot beb. pakai lak seksi2. terer gadoh lak tu.

    2. at least aku dapat tgk fight one-one. tak macam cite rambo, sorang askar leh kalahkan satu batilion tentera vietnam. hahaha…

    3. lagu-lagu entrance wrestler ni best2 beb. aku selalu download. lagu2 yg berteraskan rock la.

    4. tapi aku agak kecewa kerana match2 seperti, bikini match, mudd wrestling, strip a cloth match & lingerie match sudah tak de lagi di wwe….. hhuhuhu….

    Mei 7, 2010 at 1:56 pm

  2. faerrin

    Dua perkara je aku dapat simpulkan pasal kao…

    1- kao mata keranjang

    2- kao kaki muzik rock!!

    hehehehehehehe

    Mei 9, 2010 at 4:21 am

    • hahaha.. gua single. gua bebas memilih. hahahaha…

      Mei 9, 2010 at 12:53 pm

    • faerrin

      lu single ke, lu saving awek lu bro??

      Mei 13, 2010 at 1:03 pm

  3. mana ade awek bai…

    Mei 14, 2010 at 6:02 pm

    • faerrin

      tak kan la bro…

      lau takde..cariklaaaa..da tua da kao tu

      Mei 14, 2010 at 11:58 pm

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s