HARI IBU HARI ISTIMEWA
PENGHORMATAN yang tinggi kepada ibu menjadikan setiap tahun satu hari dikhususkan untuk meraikan dan menghargai golongan tersebut.Masyarakat di 46 buah negara termasuk Malaysia memilih hari Ahad kedua dalam bulan Mei sebagai Hari Ibu.Tahun ini, Hari Ibu jatuh pada 9 Mei. Antara negara lain yang turut memilih hari Ahad kedua bulan Mei sebagai Hari Ibu ialah Amerika Syarikat (AS), Australia, Kanada dan Singapura.
Terdapat negara yang memilih tarikh lain bagi menyambut Hari Ibu, misalnya Sweden menyambut Hari Ibu pada Ahad terakhir dalam bulan Mei, Norway pada Ahad kedua pada Februari dan Poland memilih sambutan Hari Ibu pada tarikh 26 Mei. Hari Ibu yang pertama disambut di AS pada 1914. Tradisi menyambut Hari Ibu kemudiannya tersebar di beberapa negara. Bagaimanapun, budaya sambutan Hari Ibu di setiap negara adalah berbeza berdasarkan amalan sesebuah masyarakat.Biar bagaimanapun cara Hari Ibu disambut di serata dunia, ideanya adalah sama iaitu menyatakan rasa cinta, hormat dan terima kasih di atas kasih sayang yang dicurahkan dan pengorbanan ibu.
Ibu adalah insan yang paling istimewa dalam hidupku dan pengorbanan ibu adalah tidak ternilai. Membesarkan aku, mendidik, dan memberi sepenuh kasih sayang serta melayan karenah aku dari kecil hinggalah dah besar panjang, sememangnya segala-gala yang dicurahkan oleh ibu kepada ku dan adik-adik yang lain seperti tidak terbalas. Sesunggunya andai kata aku memberi segunung emas kepada ibuku pasti ianya tidak sama nilai dengan apa yang telah diberikan dan dicurahkan oleh ibuku. Tidak ada apa yang aku mahu coretkan, jasa ibu besar nilainya. Pada hari ibu ini, tiada apa yang istimeawa dapat kami berikan, hanya ucapan dan ungkapan “Selamat Hari Ibu” dan hadiah yang tidak seberapa kami berikan padamu.
Terima kasih ibu, kami semua sayang ibu buat selamanya semoga ibu sentiasa sehat sejahtera hendaknya disamping ayah dan kami. Mudah-mudahan ibu sentiasa kuat dan diberikan tenaga untuk melaksanakan segala tugasan di tempat kerja mahupun menguruskan rumah tangga dengan baik. Kami semua sayang ibu.
Ibu, terima lah puisi nan indah ini hanya untukmu. Kami sayang ibu.
Pernah aku ditegur
Katanya untuk kebaikan
Pernah aku dimarah
Katanya membaiki kelemahan
Pernah aku diminta membantu
Katanya supaya aku pandai
Ibu…..
Pernah aku merajuk
Katanya aku manja
Pernah aku melawan
Katanya aku degil
Pernah aku menangis
Katanya aku lemah
Ibu…..
Setiap kali aku tersilap
Dia hukum aku dengan nasihat
Setiap kali aku kecewa
Dia bangun di malam sepi lalu bermunajat
Setiap kali aku dalam kesakitan
Dia ubati dengan penawar dan semangat
Dan
Bila aku mencapai kejayaan
Dia kata bersyukurlah pada Tuhan
Ibu……
Dia senyum bila aku senyum
Dia ketawa bila aku ketawa
Namun…..
Tidak pernah aku lihat air mata dukamu
Mengalir di pipimu
Begitu kuatnya dirimu….
Ibu….
Aku sayang padamu…..
Tuhanku….
Aku bermohon padaMu
Sejahterakanlah dia
Selamanya…..
p/s – Semoga Intan Bt. Hj. Musa sentiasa sehat sejahtera hingga ke akhirnya…sayang ibu! credit to sandaliling.blogspot.com!
Sebenarnya perayaan Hari Ibu nih dah tak relevan sejak dulu lagi, sama dengan Hari Bapa, Hari Valentine dan April Fool. Ia semua adalah perayaan yang berasal daripada budaya sekular. Cukuplah dengan menyambut Hari Raya saja, selain menyambut Hari Kebangsaan dan Tahun Baru (bagi orang Islam).
Disember 15, 2010 at 8:50 am
Umum mengetahui, setiap hari adalah hari kasih sayang ibu, bapa, bukan pada hari-hari tertentu saja.
Disember 23, 2010 at 4:32 am