Pemerhatian dan pandangan dari bebola mata yang berkaca mata terus dinukilankan dan diekspresikan dalam bentuk penulisan…

PENDERHAKAAN

Isu kali ini aku anggap serius dan berbaur politik..aku nasihatkan kamu-kamu yang tidak punya semangat dan tidak minat akan politik, sila tinggalkan.

Aku kurang faham mengapa sejak akhir-akhir ini Institusi Di Raja seperti di perkotak-katikkan oleh pihak-pihak tertentu, dan aku juga kurang mengerti kenapa baru kini “melayu-melayu tulen” seperti menunjukkan sifat-sfat kepahlawanan dengan melaung-laungkan bahawa ingkar arahan Sultan sama seperti kita menderhaka dengan Sultan menderhaka raja dan perlu dibuang negeri. Entah kenapa jika dari pihak yang lain begitu beriya-iya kononnya “membela” institusi Di Raja atau Sultan tetapi pada dasarnya “mereka-mereka” inilah yang mengikis dan memporak-perandakan sama ada secara kasar atau halus, secara lahiriah mahupun batiniah, ataupun secara teranag-terangan yang mencalarkan institusi Di Raja ini.

Untuk pengetahuan, Institusi Di Raja di Malaysia diterajui oleh Yang di-Pertuan Agong yang juga  merupakan gelaran rasmi ketua negara Malaysia. Gelaran rasmi yang penuh adalah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong. Oleh sebab Malaysia mengamalkan sistem raja berperlembagaan, peranan Yang di-Pertuan Agong kebanyakannya hanyalah sebagai istiadat. Perlembagaan menyatakan dengan jelas bahawa kuasa eksekutif, secara teorinya di bawah kuasa ketua negeri, dilaksanakan oleh (atau dengan nasihat) Kabinet diketuai oleh Perdana Menteri.Ciri yang unik di seluruh dunia dalam sistem pemerintahan beraja Malaysia, jawatan ini digilirkan setiap lima tahun antara sembilan Pemerintah Negeri Melayu.

Apabila menjawat jawatan Yang di-Pertuan Agong, seorang kerabat diraja akan dilantik sebagai Pemangku dalam negeri tersebut.Jawatan Yang di-Pertuan Agong diwujudkan hasil daripada Suruhanjaya Reid yang merangka Perlembagaan Persekutuan.Cadangan jawatan Yang Dipertuan Agong timbul berikutan tentangan terhadap penubuhan Malayan Union yang dilihat ingin menghapuskan Institusi Raja-Raja Melayu.

Kenapa baru saja berpandangan berbeza dan tidak sependapat dengan Sultan dipanggil dan di cop derhaka? Bagi aku, tidak sependapat bukan bererti menderhaka, dan ini tidak menunujukkan kita telah ingkar pada kata-kata Sultan. Ini bukan satu isu besar yang perlu digembar-gemburkan dan di gebangkan. Tapi isunya disini, kenapa ianya seperti dibesar-besarkan malahan Sultan juga seperti ikut terikat kepada “pihak yang satu lagi” dan disini kita seperti nampak bahawa Sultan juga seperti ditarik hidungnya malahan berat sebelah. Bukankah Raja atau Sultan sewajarnya memainkan peranan dan bertanggungjawab besar dalam pemerintahan dengan bersikap neutral dan semestinya peka, adil dan saksama dalam memutuskan apa jua yang bakal dititahkan, bukan hanya sekadar bertitah mengikujt skrip!

Masih ingatkah lagi kamu-kamu semua pada 18 Januari 1993, bertempat di Dewan Rakyat dimana pembentangan Rang Undang-Undang yang dibentangkan oleh Dato’Seri Dr. Mahathir Mohamad (kini Tun) berkaitan pemansuhan kekebalan Institusi Raja? Ungkapan diakhir sesi pembantangan pada ketika itu oleh Tun M, Raja Berpelembagaan, Tiada Kekebalan…dan pada ketika itu juga lah Parlimen telah menjadi medan bagi “puak-puak ini” untuk menghentam raja-raja melayu seolah-olah raja-raja melayu ini tidak mempunyai maruah. Malahan beberapa siri rapat umum haram oleh “puak-puak ini” berjalan di A.Setar, Bagan Datoh, Seremban, Batu Pahat dan Melaka untuk menunjuk sokongan pada Tun M dan mengecam raja-raja Melayu. Siapa “puak-puak ini” yang aku maksudkan, carilah faktanya sendiri. Kenapa pada masa itu tiada siapa atau satu umat pun bangkit menentang secara besar-besaran akan perkara ini? Adakah Tun M dianggap penderhaka? Kenapa tidak dibakar sahaja gambar Tun M atau disuruh sahaja Tun M untuk keluar dari Malaysia? Entahlah…

Aku tidak bersikap negataif terhadap pandangan Tun M jauh sekali bersifat anti-semetik terhadap isu ini, tapi..sejarah tetap sejarah. Kenapa ada “double standard” dalam isu ini? Jika diikutkan dan diselami dalam lipatan sejarah lampau aku dapati penderhakaan kepada Sultan ini telah lama berlaku, tapi biarlah aku kupaskan serba sedikit kisah penderhakaan yang bagi aku melampau dan ianya dilakukan oleh “puak-puak ini” di zaman melayu moden.

Telah dimulakan oleh Pengasas “puak-puak ini” sendiri, Dato’ Onn Jaafar telah dibuang dari istana Johor pada tahun 1920 kerana mempersoalkan harta yang dimilik oleh Sultan Johor ketika itu. Ini telah menyebabkan Dato’ Onn membawa diri ke Singapura.

Tahun 1974 Tan Sri Gahzali Jawi (bapa Dato’ Seri Tajul Rosli) yang tidak mahu meletak jawatan Menteri besar Perak, walaupun perjanjian asal dia hanya hendak pegang dua tahun sahaja. Apabila sampai masanya dia tidak mahu lepas jawatan. Sultan Idris murka dan bernazar tidak mahu cukur jambang, selagi Ghazali Jawi tidak mahu letak jawatan. Bukankah ini derhaka namanya. Tiba-tiba Tajul Rosli kata Umno tidak pernah derhaka tidak pernah ucap macam Nizar.( UM 12/2/09). Tindakan bapanya kepada Sultan Perak apa pula maknanya.
Begitu juga pada tahun 1979 kes Dato’ Rahim Bakar bekas Menteri besar Pahang yang berselisih dengan Sultan pahang. Media pro “puak-puak ini” mengkritik sultan secara terbuka. 1983 “puak-puak ini” hendak meminda supaya kuasa YDP Agong mengenai pengistiharan darurat dikurangkan maka Umno membelasah Raja-Raja Melayu kerana menolak cadangan tersebut. Pada tahun 1991 dalam Persidangan Agung Umno, Sultan Kelantan dihentam secara terbuka kerana menyebabkan Umno kalah di Kelantan.

Selain itu satu kenyataan terbuka oleh Dato Shahidan Kassim mengenai Sultan Kelantan yang dilantik ketika itu tidak layak menduduki takhta. Ini telah disiarkan di Berita Harian pada 11 Jun 1993. Masih ingat akan persitiwa Dato’ Mohd Taib yang membawa lari Ku Yah (puteri Sultan Selangor) sehingga menyebabkan Sultan Selangor ketika itu murka. Selepas pilihanraya 2008, seramai 24 orang adun “puak-puak ini”ugut boikot angkat sumpah Dato’ Mohd Said sebagai Menteri Besar Terengganu dan pada masa yang sama penyokong “puak-puak ini” secara terang-terangan menyatakan Sultan sebagai binatang dengan sepanduk-sepanduk “Kami mahukan Idris, Nate atau Kami Ndak Idris, Natang”. Dato’ Shahidan Kassim juga pernah memboikot pelantikan Dr. Isa Sabu sebagai MB Perlis, bukankah segala tindak-tanduk dari mereka ini boleh dikategorikan penderhakaan yang melampau?

p/s – jangan hanya mengata orang, tetapi diri sendiri lebih banyak membuat onar. Aku tidak bias pada isu ini, dan ini semua adalah sejarah. Fahamilah dan aku rasa siapa “puak-puak ini” kamu semua boleh agak.

Advertisements

5 responses

  1. aku respect kau. kau berani buat post ni.

    aku ada jugak post ni dalam draft aku tapi aku tak berani nak post entry tu sebab blog aku di baca oleh cousin2 aku yg menyokong “puak-puak ini” begitu juga dengan pak cik dan mak cik aku.

    kalau ada cousin aku yg mengadu kat mak bapak diorang, memang masak la aku kena ceramah nanti. maybe next time, kalau kita dapat lepak sama2, kita boleh cerita panjang2 pasal hal ni.

    tapi aku memang sangat bersetuju Tun M melucutkan kekebalan raja berlembagaan… good job tun!

    Mei 8, 2010 at 7:18 pm

  2. faerrin

    Tu la pasal..pada hakikatnya “puak-puak ini” yang banyak membuat onar..tapi media seperti diam seribu bahasa..kadang-kadang tak paham apa akn jadi pada negara Malaysia yang kita cintai ini…

    adakah ianya masih kekal milik kita? atau…akan tergadai di tangan orang lain pada masa hadapan?

    p/s – sekarang ni pun dah ada blok perairan dari negara kita dah tergadai ke negara jiran..hehehe…

    pasal pcik n mcik kao tu..aku rase, kao bagi dia 2 jenis paper, paper arus perdana n paper arus alternatif, mintak dorang baca n kaji..hehehe

    Mei 9, 2010 at 4:15 am

    • tu la. surat khabar arus perdana pun tak jujur. banyak benda yang jadi antara kita dengan negara jiran tak disiarkan dekat akhbar.

      tak guna kalau aku hulur paper alternatif kat pakcik, mak cik aku tu. diorang tak kan baca.

      kalau kau dengar diorang bela KJ sama pak lah dulu, kau mesti geram dan gelak. hujah tak masuk akal dan nampak sangat mengampu.

      aku syukur aku dilahirkan dengan mak bapk dan abang yang berfikiran terbuka.

      Mei 9, 2010 at 12:56 pm

    • faerrin

      kalao depa siarkan, depa tak leh carik makan bro

      Mei 13, 2010 at 1:03 pm

  3. desperadol

    penderhaka ko ni syahrin.. hahahaa..
    besela 2 org melayu dr zaman nenek moyang pon kite di ajar cite hang tuah..yang sanggup bunuh saudara sendiri sbb taat perintah sultan yang zalim..(cerita yang tak dapat disahkan faktanya sampai sekarang)..haha.,so ape lg taat je la syahrin.kang kene cop penderhaka kang.haha

    Mei 20, 2010 at 2:46 am

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s