Pemerhatian dan pandangan dari bebola mata yang berkaca mata terus dinukilankan dan diekspresikan dalam bentuk penulisan…

SIARAN ASTRO SERING TERGENDALA

Aku sudah cukup bosan dan jemu bila siaran astro tergendala, lebih-lebih lagi bila hujan. Baru sebentar tadi, hujan renyai-renyai turun dan siran tergendala. Apa sudah jadik? Sebelum ini ada penyataan dari pihak astro yang memberi jaminan bahawa mereka sudah memperbaiki dan menaik taraf sistem pancaran satelit.

Sudah beberapa kali siaran tergendala dan paling penting sekali apabila ada siaran langsung perlawanan bola sepak luar negara. Sebagai peminat bola sepak Liga Inggeris yang terpaksa membayar lebih untuk mendapatkan pakej sukan, agak kecewa jika tahap siaran Astro masih pada takuk lama iaitu apabila turun hujan gambar mula hilang. Kadang kala yang tidak boleh terima dek akal bila hujan yang turun tak lah lebat mana, renyai-renyai je!

Dalam pada itu diharap Astro jangan terlalu kerap mengulang drama atau filem yang sama di dalam pakej ‘Movies’ dan drama serta program lain hingga berbulan lamanya. Kreatif sedikit dan selalu tukar filem baru atau pun filem klasik yang bermutu tinggi yang masih banyak belum ditayangkan lagi. Bukan apa, aku rasa kekerapan filem-filem yang sering ditayangkan oleh astro boleh membuatkan aku mual dan jemu malahan kadang kala aku terfikir, filem-filem yang aku download lebih update dari langganan pakej movie. Tak berbaloi!

Apabila Astro mula beroperasi pada tahun 1996, kita merasakan ia adalah satu kemudahan penyiaran alternatif yang patut dimiliki walaupun pada awal operasinya, caj pemasangan yang dikenakan agak tinggi.

Dengan segala bentuk penyiaran yang disediakan, sudah tentu pelanggan tidak akan melepaskan peluang. Sepatutnya setelah beroperasi selama lebih 14 tahun, Astro lebih bijak, matang dan lebih fleksibel dalam memuaskan hati pelanggan setianya dan tidak hanya memikirkan untuk mengenakan pelbagai caj semata-mata.

Kepuasan pelanggan harus diambil kira kerana pelanggan setia inilah merupakan ‘sistem rangkaian marketing mereka dalam melebarkan sayap penyiarannya ke serata tempat secara tidak langsung.

Tetapi sampai bilakah kita sebagai pengguna akan mendapat kepuasan yang setimpal dengan apa yang kita bayar untuk mendapatkan perkhidmatan dari syarikat siaran berbayar ini? Adakah pihak astro akan lebih memperbaiki pancaran satelitnya lagi atau perlukah kita menghentikan langganan dan sanggupkah kita menghadapi hari-hari mendatang tanpa astro sedangkan saban hari kita telah biasa disajikan dengan pelbagai rancangan dari astro? Mahu tidak mahu, nak atau tak nak kita selaku pengguna perlu bijak membuat keputusan. Jika kamu-kamu dan aku sudah bosan dengan “gelagat” astro ini…hentikan sahaja langganan.

p/s – Walaupun aku selalu bayar bil astro tepat pada masa, tapi mereka sering memberi reminder seolah-olah aku ni macam tak pernah bayar bil dan selalu lewat bayar. Apa semua ni?

2 responses

  1. betul tu. kononnya, bila dah upgrade ke astro b.yond, tak kan tergendala lg sebab dpt coverage yg lebih baik. it’s a bull shit.

    kau membuatkan aku terinspirasi untuk menulis pasal astro. maybe boleh buat cross-blogging ni.

    Mei 9, 2010 at 2:37 pm

    • faerrin

      b yond tu hanya umpan pihak astro jee

      Mei 13, 2010 at 1:02 pm

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s