Pemerhatian dan pandangan dari bebola mata yang berkaca mata terus dinukilankan dan diekspresikan dalam bentuk penulisan…

SEDIKIT KOMEN MENGENAI SIKAP FAIRUZIZUAN

Kalah, menang dan seri adat pertandingan. Tidak kiralah pertandingan apa pasti ada kantoi, menang dan seri. Bila dah menang, pasti ada yang bersorak menyokong kemenangan itu dan pasti ada yang berbangga atas usaha yang membawa kejayaan itu dan secara tak langsung si pemenang akan berbangga dan kembang segala-galanya. Tapi yang kalah? Apa tindakan penyokong selepas melihat aksi kekalahan itu…

Ada yang terus akan menyokong dan memberi kata-kata positif..

Ada yang buat tak tahu dan biarkan sahaja…

Ada yang mengejek, mencemuh dan menabur kata-kata kesat…

Terbaru, ketika perlawanan Piala Thomas/Uber pemain badminton beregu No.2 negara ,Mohd. Fairuzizuan Tazari-Mohd. Zakry Latif telah melakukan satu tindakan yang boleh dikatakan “agak bodoh, tiada sikap professional dan seperti tidak ke sekolah serta memalukan, bukan saja kerana kekalahan 15-21, 12-21 kepada beregu Jepun, Kenichi Hayakawa-Kenta Kazuno, malah kerana kegagalan Fairuzizuan mengawal emosi. Mereka gagal mengawal emosi selepas di provokasi dan diejek oleh penonton dan penyokong, biarpun sedar perlawanan tersebut ditonton ribuan peminat, selain tetamu kehormat yang hadir di Stadium Putra, isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor. Kejadian ini berlaku sehingga dikawal oleh jurulatih mereka sendiri.

Ape kes mereka ni? Kao kalah, kao sedar tak dah berapa juta KERAjaan dah melaburkan duit buat kao dalam pembangunan sukan badminton. Kao sedar tak duet tu duet siapa? Memang patut pun kao kena ejek dan dicemuh. Sudahlah performance teruk, kalah pulak tu dengan Jepang aka Jepun. Kao ingat kao da kuat sangat ke nak meluru ke arah penonton dan penyokong, then nak “taruk” penonton-penonton ni. Kao tak terbayangke kalao ribuan penonton-penonton ni “taruk” kao balik?

Kao diejek, itu perkara biasa beb! Kao tahu tak dulu Dato’ Misbun Sidek dulu bile kalah dah berapa kali dicemuh, tapi beliau tetap rileks dan kewl aja. Inilah baru Satria Badminton Negara, sikap macam ini yang perlu kao contohi untuk menjadi seorang pemain badminton negara. Kalao macam ni, aku rasa kao tak boleh nak pergi jauh. Kao tiada semangat kesukanan yang tinggi. Apa kata kao ambil ejekan dan cemuhan itu, sebagai cabaran dan lakukan yang terbaik di pusingan seterusnya.

p/s – Nasihat aku, kalao kao nak berjaya…kao kena bersabar..err…baru sebentar tadi di siaran berita TV3 suku, nama kao dikeluarkan dari list dan diganti dengan pemain muda..hehe! Good Luck bro!!

Advertisements

3 responses

  1. tu la pasal. poyo betul mamat ni. skang dah tak dapat main. lepas ni karier di sejuk la. hehehe..

    Mei 12, 2010 at 1:40 pm

    • faerrin

      kalao tak boleh terima kritikan dan kutukan, tak yah la jadik ahli sukan atau manusia..adekah betol??

      Mei 13, 2010 at 1:02 pm

  2. desperadol

    mental xcukup ready sbb 2 kalah..main terer pon kalo mental xde tara guna…kalo xnak stress suh die main guli dlm rumah je.kompom xde provokasi..hehe

    Mei 20, 2010 at 2:31 am

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s