Pemerhatian dan pandangan dari bebola mata yang berkaca mata terus dinukilankan dan diekspresikan dalam bentuk penulisan…

PERISTIWA 13 MEI 1969

Aku terpanggil untuk mengulas tragedi Peristiwa 13 Mei 1969 setelah 41 tahun kita tinggalkan tragedi itu. Sedikit ulasan dan sejarah aku tuliskan disini.

Peristiwa 13 Mei bermula beberapa hari setelah pilihanraya ketiga pada 10 Mei 1969 apabila Parti Perikatan, yang berkuasa sejak merdeka, gagal mendapat majoriti undi walaupun berjaya memenangi majoriti kerusi di Dewan Rakyat serta semua Dewan Undangan Negeri selain Kelantan, Pulau Pinang dan Selangor.Perikatan masih memperolehi majoriti kerusi kerana pembangkang dan Perikatan tidak bersatu serta pembahagian kawasan pilihanraya lebih menguntungkan parti yang berkuasa.

Ada versi yang memberi gambaran bahawa parti pembangkang bukan melayu melalui penyokong mereka telah bermaharajalela setelah keputusan pilihanraya memberi tamparan besar terhadap Perikatan yang berkuasa sejak merdeka. Selain itu masalah ketidaksamaan yang menjadi asas serampang dua mata Dasar Ekonomi Baru (DEB) kemudian, iaitu mengurangkan kemiskinan dan jurang sosioekonomi antara kaum demi memulihkan perhubungan antara kaum.

Antara lain, ada versi menyatakan dengan memberi gambaran bahawa peristiwa 13 Mei merupakan akibat banyak faktor, termasuk perarakan pengebumian seorang aktivis Parti Buruh yang ditembak mati oleh polis setelah menyeru orang awam memulau pilihanraya 10 Mei 1969. Pihak komunis juga telah mendalangi rusuhan kaum, walaupun tiada bukti kukuh untuk menyokong tuduhan demikian dan Parti Komunis Malaya sendiri tidak menjangka apa yang telah berlaku.

Diberitakan juga ketika diwawancara oleh Nadi Insan pada 1 Mei 1979, Tunku Abdul Rahman menganggap bahawa Tun Abdul Razak telah mengkhianatinya. Menurut beliau, Razak merestui apa yang telah berlaku dan dilakukan oleh Menteri Besar Selangor dan Ketua Pemuda UMNO ketika itu, Allahyarham Harun Idris untuk menimbulkan huru-hara yang membolehkannya mengambil alih teraju pemerintahan dengan sokongan pucuk pimpinan polis, angkatan tentera, serta golongan muda “UMNO”.

Versi lain timbul yang memberi gambaran berbeza sekurang-kurangnya 3 segi. Pertama, peristiwa itu telah membawa kepada rampasan kuasa, dimana “golongan muda” dalam pimpinan UMNO, yang dipimpin oleh Tun Razak, dikatakan telah “merampas kuasa” daripada Tunku serta penyokong setianya. Kedua, “Pemuda Tahan Lasak”, yang dipimpin Harun Idris, didakwa mencetuskan rusuhan itu kerana Perikatan kehilangan majoriti kerusi Dewan Undangan Negerinya, dengan demikian kuasa mereka ke atas kerajaan negeri terancam. ketiga, pihak polis dan sebahagian daripada angkatan tentera dituduh berat sebelah dalam usaha menangani dan mengamankan keadaan setelah keganasan bermula.

p/s – Setelah 53 tahun merdeka, kita kan berani berhadapan dengan sejarah dan bermaf-maafan seupaya kita dapat memulakan bab baru dalam usaha membina masyarakat adil, makmur, sejahtera dan bersatu padu antara semua kaum pada masa hadapan.

BERSATU AMAN SEJAGAT!!  IKHLAS TAAT!!

errr…macam pernah denga je motto tu..hehehehe

Advertisements

6 responses

  1. desperadol

    sejarah akan berulang bro..dunia berputar

    Mei 20, 2010 at 2:35 am

  2. Pingback: 13 MEI; TRAGEDI BERDARAH NEGARA « PANDANG-pandang

  3. ana

    xmustahil akn berulang dgn cara anwar yg suka melaga-lagakan melayu dgn kaum lain

    Mac 15, 2012 at 6:24 am

  4. Apache

    Aq k0mfim pasti akan brulang..

    Mac 29, 2012 at 7:22 am

    • Khairulanwar MD

      macamlah saudara Tuhan nak mengkonfirmkan…
      Doalah supaya tidak berlaku…
      adeke nak tengok rusuhan berlaku dinegara sendiri? or else u from other country..

      April 2, 2012 at 3:01 pm

  5. ahlifikir

    tgklah nama dia.. mmg keja nak perang je..
    saudara.. kita kna ingat.. hidup ini utk apa..dunia sementara yg kekal akhirat.. org islam mati akn masuk syurga..walaupun stlh bertahun2 diazab tp klu org kafir mati, neraka selamaye. kita kna dakwah mereka dgn lemah lembut dan akhlak yg baik.. tak kesian ke kat mereka.. fikir2 kan lah

    Mei 12, 2012 at 10:01 am

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s