Pemerhatian dan pandangan dari bebola mata yang berkaca mata terus dinukilankan dan diekspresikan dalam bentuk penulisan…

IKLAN SKIM CEPAT KAYA YANG MENJENGKELKAN

Aku sudah agak jemu dan bosan dengan segala iklan-iklan skim cepat kaya yang jelek dan menjengkelkan yang sering terpampang di internet, muka buku dan lain-lain media. Sejak akhir-akhir ini iklan bodoh lagi dangkal ni semakin menjadi-jadi.  Kenapa perlu wujud iklan-iklan skim cepat kaya ni di dunia? Dulu hanya dengan cetakan-cetakan atau salinan fotokopi yang diletakkan sekali bersama surat khabar tempatan, paling koman pun di letakkan di pintu pagar atau di peti surat rumah tapi sekarang dengan kecanggihan internet iklan-iklan seperti ini dah menular masuk ke alam maya. Skop iklan ini tidak lain dan tidak bukan hanya mempermainkan orang dengan memancing atau mengumpan manusia-manusia bodoh untuk mempercayai skim tersebut. Sebenarnya dari penelitian aku, ada beberapa kategori iklan skim cepat kaya ni.

1. Bergambar dengan kereta mewah.

Ambil satu kereta BMW  7 Series, berdiri di sisi kereta tersebut. Pakai kaca mata hitam dan cuba buat “pose” berlagak dan angkuh. Kenakan pakaian yang berjenama agak mahal dan berkasut kulit kilat. Pastikan kereta BMW turut serta kilat. Penggunaan rim tayar yang sporty dan ranggi serta besar akan menambahkan “kekelasan” atau “rating” iklan itu. Oh yaaa..pastikan anda tersenyum bangga sambil menunjukkan tanda bagus. Lokasi gambar di ambil lagi bagus jika berlatar belakangkan KLCC atau paling sempoi di depan Masjid Putrajaya yang baru (Masjid Besi aka Masjid Sultan Zainal Abidin). Cukup ok jika serta kan sedikit testimoni bersama di bawah gambar tersebut.

2. Testimoni

Penggunaan iklan ini adalah biasa-biasa aja dan sudah banyak skim cepat kaya yang buat style begini. Testimoni biasanya adalah berdasarkan pengalaman si tukang cerita atau si polan yang menyertai skim ini. Ok, ambil contoh ini.

“Saya adalah seorang kerani Sekolah Jenis Kebangsaan India di Estet, dengan pendapatan yang tak seberapa dan saya perlu menyara 7 orang anak lelaki dan 3 orang anak perempuan saya yang masih bersekolah. Pada masa yang sama saya perlu meneruskan kehidupan di pondok buruk yang terletak di hujung pekan. Pada suatu hari seorang teman rapat saya telah memperkenalkan Program XYZ kepada saya. Beliau telah menerangkan kepada saya tentang program ini dengan terperinci sekali. Pada mulanya saya agak ragu-ragu akan keberkesanan program ini tetapi kata orang apa salahnya mencuba, tak kenal maka tak cinta. Setelah berbincang dengan orang rumah, saya tanpa ragu-ragu telah menyertai skim ini. Alhamdullilah..setelah mencuba program ini hampir 9 bulan pendapatan saya telah mencecah lima angka.”

Sabaruddin Bin Silan (Bukan nama sebenar)

3. Ungkapan atau kata-kata yang tak masuk dek akal

Aku rasa pasti korang pernah nampak iklan jenis ini di mana-mana ruang di internet, muka buku pun tak terkecuali dari dijangkiti dengan virus ini. Ok, contoh iklan jenis ini.

a- Duduk depan pc dan terima duit sebanyak RM300 sehari.

b- Login facebook dan anda akan dapat RM100

c- Muda-muda dah pakai kereta besar, sila klik program ini.

d-Kerja part time di rumah, tanpa perlu menjual produk, sila klik link ini.

e-Dagang duit di internet dan anda akan dapat pulangan berganda

f- Duduk goyang kaki dan kote, duit tetap masuk RM500 sehari

Haram betoi, mana ada duit bole senang-senang dapat. Segala-galanya perlukan duit dan cara nak dapatkan duit kita perlu berusaha. Mana ada rezeki datang bergolek apatah lagi duit. Kao rasa dengan duduk sahaja, duit akan datang? Kamonlah!!

4- Bergaya sambil pegang duit

Ini lagi mudah, tunggu time awal bulan (time tu baru gaji). Pergi ke mesin ATM dan keluarkan duit sebanyak RM1000 (hajat di hati nak bayar sewa rumah, bil air dan api serta kereta).Ok, duduk dengan pose yang manja atau paling tidak pun muka bangga sambil tersenyum istimewa. Susun duit yang banyak tadi tu di depan muka, kemudia ambil gambar. Pakaian tak perlu terlalu menampakkan professional. Cukup sekadar memakai singlet pagoda atau t-shirt lusuh biasa. Ini penting sebagai propaganda kepada umum yang menunujukkan program yang kamu sertai ini adalah sebuah program yang sukses! Selain itu ini juga sebagai taktik menunjukkan walaupun kamu nampak miskin tapi pada hakikatnya kamu kaya…yaaa..kaya dengan hutang dan piutang!

Aku da cukup loya dengan iklan-iklan macam ni. Hanya mengambil kesempatan ke atas orang lain. Aku pernah join jugak program-program macam ni satu masa dulu, tapi banyak buruk dari baiknya. So, tak yah la nak tipu aku dengan program-program yang entah betul atau tidak.

p/s – Lebih baik laburkan pada ASB atau beli bon kerajaan atau kalau ada duit lebih beli je saham-saham syarikat ternama., cukup tempoh matang..masyuk weh..!! Setakat ni ASB aku da agak masyuk..hehehe

Advertisements

12 responses

  1. itu belum kira kekuatan kita untuk mendengar lecture member pasal MLM ni..haha..

    Mei 15, 2010 at 12:10 pm

    • faerrin

      naik bernanah telinga!!!

      Mei 15, 2010 at 3:46 pm

  2. desperadol

    itu bile kire org gomen lg..skang dorg dok attack bdk2 keje gomen sbb senang wat loan..pas2 mampuih nak bayar loan.kesian2

    Mei 20, 2010 at 2:24 am

    • faerrin

      sapa yang terikut dan termakan kata-kata manis si MLM ni..abes laaaa…masak2!!

      Jun 9, 2010 at 2:18 am

  3. Pingback: SEDIKIT NOTA KECIL BUAT PENGUSAHA SKIM CEPAT KAYA « PANDANG-pandang

  4. mat85

    bukan semua MLM 2 penipu..so perjelaskan dan fahami pengertian MULTI LEVEL MARKETING terlebih dahulu sebelum kita memperkatakan sesuatu tentang subject itu..MLM melibatkan penjualan product dan mendapat bonus dari hail usaha secara berkumpulan…
    sometime people need to look at themselve first before talk about others…

    jgn marah ye..ni komen membangun kerana manusia sememangnya suka berkata-kata tanpa knowledge dan fakta….

    Julai 20, 2010 at 2:24 pm

    • faerrin

      aku tak kata MLM, aku kata skim cepat kaya…baca sampai habis ye mat..hehe

      cuba lihat contoh-contoh yang aku berikan, tak de satu pun aku nyatakan berkaitan dengan MLM, kesemuanya adalah yang melibatkan Skim Cepat Kaya.

      Lain kali, sila baca sampai habis, dan kaji sedalam mungkin berkaitan isu ini sebelum memberi apa-apa komen…

      aku terima apa sahaja komen ang..peace!!

      Julai 21, 2010 at 1:25 am

    • mat85

      sapa yang terikut dan termakan kata-kata manis si MLM ni..abes laaaa…masak2!!

      Jun 9, 2010 at 2:18 am ..

      haha,,,sbb aku bc r aku kata kt ko..dlm article ko mmg tk de,dlm komen ko ada r sayang,,hahaha..aku bukannye tk reti baca,,hshshshsh

      Julai 21, 2010 at 10:06 am

    • faerrin

      yg kecik tu ja yg ang nampak…..

      artikel panjang2 tu ang baca dak??hehe

      yapadaaaa!!

      Julai 21, 2010 at 10:26 am

  5. mat85

    aku dh baca r yg panjang lebaaar 2..sb 2 aku tk komen pasal article 2..aku komen utk yg kecik 2(pasal mlm)..biasa r manusia,,yang besar2 jarang nampak,,yg kecik2 je nampak,,maklumlah aku tk pakai spek masa komen ni,,hehhe

    Julai 22, 2010 at 11:05 am

  6. noor laila cindy

    tidak semua iklan diinternet itu penipuan, yang jelas bagaimana kita bisa memilih jenis usaha, bukan sembarang ambil. itulah yang membuat rugi.
    tidak ada pekerjaan yang gampang, bahkan berbisnis melalui internet pun tidak gampang, perlu usaha untuk bisa sukses.

    sapa yang terikut dan termakan kata-kata manis si MLM ni..abes laaaa…masak2!!
    tidak semua begitu, aku ikut bisnis online, tapi aku tidak rugi…sebaiknya jangan terlalu cepat menyimpulkan, karena lebih baik mencoba daripada tidak, lebih baik berusaha daripada asal bicara.

    November 20, 2010 at 5:49 am

  7. Maula

    Assalamualaikum. Kepada sesiapa yg berminat untuk menggunakan programme pendidikan (e-learning) utk anak-anak/adik2, sila hubungi saya di nombor yg tertera. Harga serendah RM 1.10 satu hari! Sudah lebih 20 menteri endorse programme kami dan yang terbaru pada bulan Julai yg lalu, PM kita, Dato Seri Najib sendiri endorse programme kami. Semoga kita berjumpa di masa akan datang. Assalamualaikum

    Maula

    016 368 – 4382

    Oktober 14, 2011 at 7:44 am

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s