Pemerhatian dan pandangan dari bebola mata yang berkaca mata terus dinukilankan dan diekspresikan dalam bentuk penulisan…

SELAMAT HARI GURU

16 Mei setiap tahun akan di sambut satu hari yang meriah dan istimewa buat guru-guru di Malaysia dan setiap kali jatuh pada haribulan itu, aku sering teringat guru-guru yang pernah mengajar aku. Satu per satu wajah guru-guru ini terpapar dalam ingatan dan sepintas lalu ianya pergi. Dari tadika dan hingga ke Universiti guru telah mendidik aku sehingga menjadikan apa yang aku jadi sekarang. Sekurang-kurangnya didikan dari mereka telah menjadikan aku insan yang berguna pada Agama, Bangsa dan Tanah air (alif, ba, ta). Terima kasih cikgu! Secara santai aku menulis entri ini, sambil ditemani cahaya malam dan lagu raggea…serta secawan kopi panas…

Sejak di sekolah tadika lagi aku agak nakal.Ketika di tadika dahulu, aku pernah di lantik menjadi ketua, dan selaku ketua aku dipertanggungjawabkan untuk mengawas rakan-rakan yang lain dan menguatkuasakan peraturan-peraturan sekolah dari masa ke semasa. Tapi, aku jarang bertanggungjawab..iyalah..kanak-kanak ribena lagi belum tahu lagi mana baik dan buruk. Ketika itu dan masih lagi mumayiz, belum pun mencapai akil baligh. Jika  terlihat rakan-rakan lain sedang main, kita akan turut serta main. Jika terlihat kawan sedang baca buku komik doremon, kita juga akan terlibat sama membaca doremon maka buku teks sekolah akan diletak tepi atau dilupakan sementara. Kadang-kadang di dalam kelas itu juga kami ramai-ramai main bola sepak dengan menggunakan kepala tutup botol atau botol, maka riuhlah kelas tersebut umpama “stadium mini Bukit Jalil”. Pernah satu ketika aku bertengkar dengan ustazah dan menjawab secara kurang sopan dengannya dan sampai satu ketika, aku menarik tudung labuh ustazah sampai tercabut. Lihat betapa nakalnya kanak-kanak yang baru berumur 6 tahun ketika itu. Sungguh lancang mulutnya, sungguh kurang sopan tindakannya. Pada ketika itu, ustazah hanya mampu bersabar dan menitikkan air matanya…gugur jatuh ke bumi. Dari jauh aku terdengar ustazah berkata…”anak siapakah ini, nakal sungguh”…Ustazah…maafkan saya..

Ketika darjah satu…sekali lagi aku dilantik menjadi ketua kelas, di bidang tugas yang sama juga kurang rasa tanggungjawab menyebabkan aku menjalankan tugasa secara sambil lewa. Disuruh untuk menjaga kelas ketika guru tiada agar kelas tidak sebising zoo negara, akulah raja rimba ketika itu. Kelas bising…aku kata, tak apa…Budak dalam kelas buang sampah merata-rata, aku kata..tak apa..Kawan-kawan makan dalam kelas, aku tumpang sekaki..Rakan-rakan baca komik di belakang kelas, aku join sekali…Walaupun aku nakal, dalam diam aku antara pelajar yang cemerlang disekolah itu! Inilah hasil didikan guru dan ketabahan guru.

Aku tak mahu ceritakan lagi kisah kenakalan aku ketika di sekolah rendah dan kejahatan aku ketika di sekolah menegah apatah lagi di peringkat U. Cukuplah setakat itu…Tapi, jika kamu-kamu semua perasan, jenis cikgu-cikgu di Malaysia ni mempunyai satu persamaan. Ok.

Cikgu Disiplin, pastilah cikgu yang dilantik memegang jawatan ini mempunyai karekter serta perwatakan yang tegas, muka yang garang dan bengis. Bertubuh agak besar dan agak tinggi. Senjata utama adalah rotan. Ke sana dan ke sini akan memegang rotan. Malah mungkin antara guru yang dikelaskan sebagai “dibenci” dan paling “dimusuhi” oleh murid-murid di sekolah. Cikgu Disiplin juga paling banyak yang mendapat cabaran dan ancaman…contoh..tayar pancit, kereta kena calar atau paling tidak pun..kena maki dengan murid-murid (maki dan kutuk belakang).

Ustaz, biasanya akan bersongkok atau berketayap. Perwatakan agak lembut dan slow spoken. Banyak memberi nasihat dan tunjuk ajar. Dari segi saiz tubuh badan, agak kecik-kecik dan kurus.

Cikgu Sukan, antara cikgu yang paling sebuk dan aktif. Fitness tinggi, dan mungkin cikgu dari kategori ini agak gatal dengan murid-murid perempuan (pemerhatian aku secara kasar). Boleh dikatakan, mempunyai pakaian formal kedua selain dari baju kemeja dan seluar slack iaitu seluar track bottom, t-shirt dan kasut sukan.

Cikgu Musick, seorang yang agak periang, sering bersiul-siul di dalam bilik musick dan mempunyai kepakaran dalam bidang musick. Lain-lain fakta mengenai cikgu musick aku tak tahu.

Guru Besar, kadang-kadang cikgu yang memegang jawatan ini tidak la sebesar mana. Seorang lelaki atau wanita normal yang sihat dan waras. Perwatakan yang tegas. Kadang-kala akan memegang rotan dan murid-murid pasti akan ketar lutut bila bertembung dengan guru besar (ketika zaman aku dulu, zaman sekarang aku tak rasa macam tu..mungkin..guru besar yang takut dengan budak-budak sekolah)

Ape-ape pun terima kasih guru..

p/s – Selamat Hari Guru, cikgu!!!

2 responses

  1. ustaz yang menjadi cikgu disiplin paling digeruni. kalau aku yang baik² zaman skolah rendah tu pun takut, apa lagi budak² yang nakal kan.

    tapi disebabkan memori zaman skolah rendah aku semakin kabur², tak ramai nama cikgu yang aku boleh ingat…

    Mei 17, 2010 at 1:33 am

    • faerrin

      betol2..aku sokong, ustaz yang dilantik jadik cikgu disiplin, dua kali ganda garangnya…dengan misan, songkok, muka bengis dan rotan..terbaekkkkk beb!!

      aku ingat lagi Ustaz Mansor..sekolah aku dulu..hahahaha

      Mei 17, 2010 at 4:48 am

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s