Pemerhatian dan pandangan dari bebola mata yang berkaca mata terus dinukilankan dan diekspresikan dalam bentuk penulisan…

RUTIN HARIAN

Kehidupan manusia seperti aku adalah biasa-biasa aja. Aku rakyat Malaysia yang tidak punya kedudukan yang tinggi, hanya rakyat kebanyakkan. Sama seperti kamu, kao dan mereka-mereka. Bangun di awal pagi, menunaikan kewajipan kepada Pencipta dengan bersujud kepada-Nya.Tanpa lengah terus bersiap ke pejabat. Menaiki kenderaan sendiri yang boleh di katakan agak selesa dan mampu memuatkan 5 orang, tetapi selaku rakyat Malaysia yang tipikal dan biasa-biasa serta tidak menyahut seruan kerajaan untukk “car pooling” kereta aku yang agak luas tidak membawa penumpang lain selain aku. Aku lihat luar dan pandang ke kiri dan kanan. Dapat aku simpulkan, semua pemandu sama seperti aku.

“Patutla jalan sesak hari-hari…semua orang sama macam aku..semua mahu ke pejabat sendirian, mahu tumpangkan orang jauh sekali…menyusahkan!” aku fikir begitu. Tiada siapa pun mahu menumpangkan rakan ke pajabat. Kao mahu jemput dna hantar. Rela kao menuggu kawan kao itu di depan rumahnya? Rela kao dilakukan seperti kuli? Atau..adakah kao “driver” kepada kawan kao?

Sepanjang perjalanan sesak dengan trafik yang bersimpang-siur.

Sampai di pejabat sekitar jam 8:00 pagi. Terus berlari-lari anak ke mesin perakam waktu. “Tak mahu merah”..getus di dalam hati.

Di capai kad kuning itu, di ketikkan pada mesin perakam waktu..syukur..baru jam 7:55 pagi. Selesai semua itu, menuju ke bilik. Bukak komputer dan sambil menunggu komputer “refresh”..tadah tangan dan berdoa semoga segala kerja pada hari ini berjalan dengan lancar tanpa sebarang masalah. Dari satu jam ke satu jam….masa berlalu dengan pantas, satu persatu kerja dan tugasan telah aku siapkan. Telefon sentiasa berdering, tidak di jawab takut-takut panggilan penting. Jika dijawab, akan menggangu tugas yang sedang dibuat. Sudah-sudah…tarik saja wayar telefon..tiada panggilan, tiada masalah..kerja berjalan dengan lancar!

“Encik Faer…kenapa telefon tak de bunyik ringging?”…staff di luar bertanya..

“Telefon rosak…” jawabku ringkas

Habis separuh masa pertama. Otak menjadi lesu. Minda perlu rehat, badan juga perlu rehat, tenaga perlu di “recharge” semula. Mata pula seperti ada pemberat, mahu saja tertutup dan tidur. Perut sudah meragam dan merengek meminta-minta supaya diisi sesuatu. Antara kesemua keperluan-kepreluan itu, yang mana harus di dahulukan?

“Ahhhh…terus saja ke surau…buat perkara wajib dahulu”…hati kecil memberi pendapat.

Solat ditunaikan…lega rasanya. Perut seperti tidak meragam, mungkin sudah terlelap atau sudah terlalu penat merengek hingga “tertidur” seketika. Oleh kerana tidak ada tuntuan yang mendesak..”option” berikutnya adalah tidur..

“Tidur sahaja di meja, tutup lampu dan “blind” cermin, tutup mata..dapat lelap setengah jam pun masyuk jugak”…cadangan dari mata.

Aku terima sahaja cadangan itu bulat-bulat, lelap buat seketika, setengah jam sudah mencukupi untuk mendapatkan kembali tenaga. Tidak perlu lama-lama. Apabila bangun semula nanti akan terasa lebih segar dan kuat untuk bekerja. Bangkit semula pada jam 2:00 petang. Sambung semula segala yang tertangguh pada pagi tadi hingga ke jam 5;00 petang. Itulah rutin harian, dan saban hari aku melakukan rutin yang sama. Tetapi aku tetap bersyukur kerana aku mencari rezeki yang halal.

p/s – Moga hari-hari mendatang yang penuh cabaran dapat diselesaikan dengan mudah, effisien dan berkesan!

2 responses

  1. keje kau memang duk ofis je ke? takde keluar mana²? memang letih la camtu ngadap komputer..

    Mei 18, 2010 at 12:55 pm

    • faerrin

      tyme duk opis n wat analisa..mmg la kena duk opis..

      keluar pun ade jugak…penat ahhh..hahahaha

      Mei 18, 2010 at 1:06 pm

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s