Pemerhatian dan pandangan dari bebola mata yang berkaca mata terus dinukilankan dan diekspresikan dalam bentuk penulisan…

NAK JADI JUTAWAN

Zaman-zaman sekarang ni kalau nak jadi jutawan boleh dikatakan senang dan mudah. Kao boleh jadi jutawan dengan berniaga pisang goreng di tepi jalan. Kao bole jadi hartawan hanya dengan berbekalkan air liur, bagi ceramah motivasi di sana dan sini, mengacara majlis sana dan sini, menyanyi sana dan sini. Kao juga boleh jadi jutawan dengan membeli produk “Power Root” atau dalam Bahasa Melayu-nya “Akar Kuasa”, kumpul itu dan ini, tutup tin, plastik produk tersebut dan jawab beberapa soalan serta slogan. Nahhhh….!!! RM 1 juta dalam tangan kao. Kao juga bole jadi jutawan dengan menyertai “One in A Million”…ada bakat menyanyi, suara dan rupa paras yang boleh tahan..sudah tentu kao boleh gemgam dan kuasai pentas OIAM..justru kao boleh jadi jutawan seperti Tomok.

“Ape kao mahu buat petang ni…?” aku bertanya

“Aku ingat nak minum Ali Cafe sambil tengok tv…” jon menjawab

“Tak pernah-pernah kao minum Ali Cafe..syaiton mana yang merasuk kao?” sekali lagi aku bertanya

“Sejak aku nak jadik jutawan”  jawab jon ringkas

Ok, aku biarkan sahaja tabiat baru kawan aku. Beliau begitu obses untuk menjadi jutawan Akar Kuasa. Aktiviti sebelah petang dihabiskan dengan membaca surat khabar edisi semalam sambil minum air kopi jenama Akar Kuasa. Tinggal bersama ibu dan bapa beliau, dan mempunyai 4 orang adik beradik dan merupakan anak yang sulung serta menjadi tonggak harapan keluarga, besarlah harapan beliau untuk menjadi jutawan Akar Kuasa pada musim kali ini.

“Aku nak peruntukkan sedikit wang untuk membeli produk-produk mereka..aku yakin kali ini aku boleh dapat sejuta tu!” beliau dengan obses dan yakin berkata pada aku

“Ikut kao lah jon….kalao kao dapat sejuta..payung aku sebulan ok!?” aku pinta

“Tada hal..lu punya pasal..setengah tahun pun ok..kao nak apa ja aku bagi..tapi jangan kao mintak Caldina sudahlah….'”tambah beliau

Aku hanya memerhati sahaja gelagat beliau, tidak menyuruh, tidak menyokong juga tidak memaksa. Lantak kao lah jon..kalao kao menang..aku pow kao nanti..itu sahaja yang terbit dari sudut kecil hati aku saban hari…Esoknya jon memberitahu aku yang segala bahan untuk peraduan tersebut telah disimpan dengan rapi dalam bilik, di letak bersebelahan dengan tong sampah di dalam biliknya. Di dalam plastik Tesco. Ada packaging-packaging produk, penutup tin, dan lain-lain. Namakan sahaja, Ali Cafe Premium Gold, Ali Cafe Premix Drink with Coffe & Ginseng, Ali Cafee Classic dan sebagainya..semua ada.

“Aku ingat minggu depan la aku hantar peraduan ni, pasal tarikh tamat pun lambat lagi…” Beliau roger pada aku

“Bila? semua da lengkap ke?” aku tanya beliau

“Dah..semua dah ada…aku simpan dulu kat bilik aku…” beliau jawab

“Ok lah lau camtu….kao menang jagan lupa aku…”tambahku lagi

“Ok jaaa…weh, gua nak infom lu..seminggu gua tak de…pergi kursus BTN…” beliau infom sekali lagi

“OOooooo..patutla lu nak antar bende tu minggu depan…ok2..gud lak lah bro…” aku beritahu

Maka berangkatlah jon ke kursus BTN, seminggu katanya………..

– – – – – – – – – – – – – – ppppppfttttttttttttt – – – – – – – – – – – – – – – – – –

Aku terima teks ringkas dari jon selepas seminggu beliau pulang dari kursus..mungkin nak bagi tahu yang beliau nak hantar peraduan tu…barangkali..

“Bro…mak gua kemas bilik gua time gua pergi kursus hari tu..habes semua benda-benda nak pakai untuk peraduan tu..semua mak gua buang…”

p/s – Nampaknya Jon terpaksa melupakan hasarat menjadi jutawan…hehe…jon, banyak-banyak bersabar bro! Ape-ape aduan aku syorkan kao dail nombor kat bawah ni…

Advertisements

2 responses

  1. hehehe..
    kesian kawan kau.. kau tolong la dia kumpul balik

    Mei 18, 2010 at 7:12 pm

  2. tak dapat kau pow dia la camtu..

    Mei 19, 2010 at 3:41 am

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s