Pemerhatian dan pandangan dari bebola mata yang berkaca mata terus dinukilankan dan diekspresikan dalam bentuk penulisan…

AKADEMI FANTASIA, REALITI ATAU FANTASI

“Weh, kao nak join kitorang pegi tengok finale AF (Akademi Fantasia)?”

Itulah soalan yang menerpa telinga kananku petang tadi. Ketika itu aku sedang memandu kereta dan hujan renyai-renyai sedang turun membasahi bumi, kebetulan aku menerima panggilan telefon dari seorang temanku. Soalannya agak ringkas dan begitu directive, maka jawapannya juga pastilah directive sama ada “ya” atau “tidak”. Bagi aku yang bukan penyokong tegar juga bukan peminat setia maka jawapan yang terpacul ketika itu adalah “tidak”. Iyalah..setelah lapan musim AF berlalu, tidak pernah satu musim pun yang aku ikuti perkembanganya, tidak terlintas di benakku atau fikiranku untuk menonton konsert murahan AF di setiap hujung mingggu. Maksud aku, aku tidak pernah mengambil endah akan penyiaran AF ini dari segi siapa pengetuanya, siapa guru-gurunya, siapa peserta, dari manakah asal mereka lagu apa yang bakal mereka nyanyikan, siapa juru acara dan lain-lain lagi waima aku tak pernah ambil tahu cerita-cerita sensasi mengenai AF. Bagi aku ianya seperti meloyakan dan memualkan. Itu bagi aku..pendapat aku, bagi kamu-kamu yang menyokong AF ini, aku tak kesah dan tak peduli..itu hal kamu, hidup kamu dan juga hak kamu.

AF sebenarnya adalah satu program realiti yang muncul di Malaysia dimana, peserta bagi program ini di panggil “pelajar” dan ianya adalah satu program yang mengetengahkan bidang nyanyian atau seni suara. Pelajar ini akan mempersembahkan nyanyian mereka di setiap hujung minggu secara langsung di hadapan penonton dan di situ mereka akan dihakami oleh para juri yang arif dan pakar dalam bidang masing-masing. Penghakiman ini adalah berdasarkan nyanyian, persembahan, aksi di pentas, penggunaan props, lengguk badan ketika persembahan hingglah kepada “feel” seorang pelajar itu mempersembahkan nyanyian mereka. Ini akan di komen secara terus sejurus selepas nyanyian mereka tamat atau habis deperdengarkan.

Sedikit info mengenai AF…..

Musim pertama penganjuran AF pada Jun 2003. Ketika itu AF bagaikan satu fenomena, ke sana ke sini masyarakat membicarakan mengenai AF. Mak cik-mak cik di kawasan kejiranan menjadikan AF sebagai topik utama perbualan atau sembang petang sambil di selang-selikan dengan mengata dan mengumpat orang. Di kedai kopi tiada lagi tayangan wrestling, lenyap seketika, hanya dimainkan siaran AF berulang-ulang kali. Hinggakan kedai-kedai yang memiliki piring astro umpama mini konsert AF! Itulah kehebatan AF di awal kemunculannya. Kini, setelah lapan musim berlalu..ianya ibarat “menunggang kuda di jalanan, siput mati di langgar kereta, si pemandu tidak peduli” yang membawa maksud ” Di awal kemunculan AF, ianya umpama tsunami yang melanda, tetapi setelah lapan musim berlalu tiada siapa pun kesah mungkin sudah bosan barangkali.

Sebenarnya, AF di adaptasi dari program “La Academia” dari Mexico. Malaysia merupakan negara pertama dari Asia Tenggara yang mengambil format program ini dan diikuti oleh Indonesia dan Thailand. Format persembahan secara dasarnya, setiap musim akan disiarkan sebanyak 10 episod/konsert dan akan disertai pelajar seramai 10-16 orang. Konsert prelude akan di adakan pada awal musim dan dari situ hanya pelajar yang terpilih sahaja akan layak ke pusingan yang seterusnya. Di pusingan ini, pelajar akan menghadiri kelas yang akan dikendalikan oleh guru-guru yang terlatih dan pakar dalam dunia hiburan dan arif dalam bidang masing-masing. Pengadilan pelajar-pelajar ini adalah dari undian sms dari penonton. Pelajar yang “kantoi” atau “fail” akan disingkirkan. Maka berkumandanglah lagu…Menuju Puncak versi sedih. Pelajar yang tersingkir akan memberi ucapan akhir kepada penyokong, bersedih-sedihan bersama-sama teman, berpeluk-pelukan dan bersalam-salaman dengan guru-guru. Setelah itu, mengambil beg dan dihantar ke stesyen bas berhampiran atau ditinggalkan di tepi jalan. Pulang ke rumah ketika penyingkiran adalah tanggungjawab pelajar itu sendiri.

Setelah 8 musim berlalu, aku tak pernah peduli AF. Bagi aku, ianya hanyalah rancangan untuk suka-suka dan perlu di tong sampahkan kerana menggalakkan masyarakat hanya untuk berhibur, berhibur dan terus berhibur seperti di dalam dunia khayalan dan fantasi. Dari pemerhatian aku, dan perkiraan aku hampir 90% peserta ketika ujian ujibakat adalah dari kalangan melayu yang beragama islam. Ketika konsert AF pula, hampir 90% pelajar yang layak menyertai AF adalah dari kalangan melayu dan beragama islam juga. Jadi, disini aku dapat simpulkan yang masyarakat melayu beragama islam lebih memperagungkan budaya hiburan dan budaya hendonisme. Ke mana arahnya masyarakat melayu, adakah lebih menjurus kepada hiburan? Sedangkan kaum-kaum lain sedang sebuk menjadi jaguh sukan, jaguh perniagaan, jaguh itu dan ini, tetapi masyarakat melayu? Bidang hiburan sahajakah?

Aku tidak nafikan ramai juga orang melayu yang mengejar ilmu, menjadi jaguh sukan serta ahli perniagaan yang disegani, tapi tahukah kamu, berapa peratuskah golongan ini dari masyarakat melayu yang beragama islam? Sudah-sudahlah AF, aku harap dengan adanya Kelab Anti Akademi Fantasi (KAFAN) di muka buku, ianya bakal menjadi batu loncatan kepada kami-kami yang muak dan mual dengan AF dan menjadi medium supaya AF dihentikan penganjurannya di masa akan datang.

“Kao nak join tak bro” tanya teman…

‘Nope…aku tak nak” jawab aku ringkas…

“Apsal kao tak nak..rugi ar tak pegi…konsert finale nih..bole tengok sape yang menang..” tambah teman

“Ada aku kesah?” aku jawab dengan nada kerek…

“Tak nak pegi tak pelah…”teman ku kecewa…

“Aku memang tak nak pegi, tu sumpah aku..AF ibarat taboo bagi aku..sori der…”aku jawab…

p/s – Untuk peminat-peminat AF..jangan melatah ok! teruskan usaha kamu-kamu menonton AF, tapi aku rasa pitching kamu ada lari sikit ketika bersorak, not tinggi kamu macam tak sampai bila menjerit nama pelajar kegemaran kamu..kemudian, bila menyokong pelajar seolah-olah tiada feel dan eksperesi muka kurang, penggunaan props pula tak kena tempat! ( Baca seperti Adlin Aman Ramli ketika memberi komen pada pelajar AF)

9 responses

  1. hocab

    setuju sangat bro faer…nanti bt tshirt anti AF pun gempak gak..

    Mei 20, 2010 at 1:06 pm

    • faerrin

      bro..aku nak buat sticker kereta la anti AF!!

      Mei 20, 2010 at 2:19 pm

    • Monkey D. Luffy

      Kalau haku ada keta sendiri dan pandai drive ataupun beracing maka haku akan lekatkan sticker anti-AF. Tapi kereta haku yang dimaksudkan tadi biarlah modified.

      Disember 15, 2010 at 6:03 am

  2. my

    Setuju!!!! makin karut AF nie..
    Tapi mak ngn adik ak lyn lak..

    Mei 20, 2010 at 1:40 pm

    • faerrin

      Memang karut dan makin marut..bosan yang teramat!! takde hala tuju..

      Mei 20, 2010 at 2:21 pm

    • Monkey D. Luffy

      Tobat takkan afundi lagi. Membazirkan kredit saja. Nak sangat jimat duit takyah topup lagi bagus.

      Disember 15, 2010 at 5:45 am

  3. aiseh.. aku baru nak post pasal af.

    aku ada jugak tengok2 af ni masa 3 musim pertama tapi tak de la tengok tiap2 minggu. of course la keutamaan harus diberikan kepada EPL. time bola tak de life masa pukul 8:30, memang mak aku bukak af la.

    kenape aku tengok af utuk 3 musim pertama? sebab masa tu aku ingatkan penghibur yg betul2 berkualiti akan dilahirkan mcm rancangan american idol tp sayangnya, af tak ubah mcm satu pertandingan karaoke.

    lama2, af dah jadi mcm rancangan astro untuk kaut untung semata-mata tanpa mengendahkan kualiti peserta.

    satu lagi, orang melayu tiba2 jadi fanatik & obsess tak menentu dengan af sampai bergaduh-gaduh (well, what to say, melayu mmg cepat obsess). peminat bergaduh sesama sendiri tanpa sebab.

    peminat american idol tak macam tu pulak. tapi peminat af terbawak2 satu mcm. dan aku rasa lebih baik af diberhentikan buat masa ini.

    Mei 20, 2010 at 2:37 pm

  4. pada aku, orang yang mengundi telah lebih diperbodohkan daripada orang yang sekadar menontonnya.

    kalau takde orang mengundi dah, lama² nanti lingkup jugak AF ni.

    Mei 21, 2010 at 3:06 am

    • Monkey D. Luffy

      Alhamdulillah…. Dah berhenti afundi juga akhirnya. Yang lain-lain pula apa macam?

      Haku yakin ini mesti ramai yang dah malas AFUNDI, kan? Mungkin ini sebab ada yang sanggup chat bola Piala Dunia baru-baru nih kat @15 daripada afundi.

      Disember 15, 2010 at 5:50 am

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s