Pemerhatian dan pandangan dari bebola mata yang berkaca mata terus dinukilankan dan diekspresikan dalam bentuk penulisan…

Archive for Mei 21, 2010

FACEBOOK DAN ANDA! / MUKA BUKU AND YOU!

“Kao tak de facebook, gile kuno kao”

“Weh, ape-ape aku update kat facebook..kalao kao nak tengok gambar-gambar terbaru aku pun kao tengok je lah kat facebook”

Facebook dan kita seperti tidak boleh dipisahkan. Ianya umpama lagu dan irama yang seiring dan sejalan. Kalau tiada akaun facebook, ibarat kata seperti kita jauh ketinggalan, namakan sahaja..pakcik makcik di kampung, mereka ada akaun facebook, selain dari akaun bank. Mak dan ayah kita..barangkali juga ada akaun facebook, cuba cari di “search friends” mana tahu boleh ketemu mak dan ayah di situ. Remaja-remaja belasan tahun juga ada akaun facebook malahan golongan dari peringkat umur inilah pelopor penggunaan facebook. Siapa lagi? ahli politik, ustaz-ustaz, ustazah, pensyarah, guru, tentera, pak-pak menteri malahan budak-budak tadika juga ada akaun facebook! Begitu terkesan facebook ini dengan cara hidup kita. Sehinggakan, tanpa mengadap facebook sehari, kita umpama layang-layang terputus tali. Iyalah..mahu “update” itu dan ini, mahu beri ayam makan, mahu “poke” rakan-rakan, mahu kutuk sana dan sini, juga barangkali mahu jaja iklan MLM kamu dengan menayangkan “duit pinjaman” bank di galeri gambar kamu. Itulah facebook.

Dengan penggunaan facebook, kao tak perlu bersosial di luar rumah, kao hanya perlukan komputer atau paling tidak pun sebuah laptop. Tetapi harus ingat, penggunaan talian internet adalah penting, tanpa internet…mana mungkin kao boleh”log in” ke akaun facebook. Sudah “log in” kao boleh tengok apa status rakan-rakan kao. Mungkin ada yang berbunyi begini” (update-update ini aku amek tanpa kebenaran dari page rakan-rakan terdekat ku..lepas ini aku akan minta izin kepada mereka-mereka menerusi akaun facebook aku)

“ada jiran baru pindah dekat2 dgn rumah aku. Ada seorg anak dara dia tu setiap kali kalau aku lalu depan rumah dia & kalau dia ada kat luar rumah, mesti dia senyum2 & cakap hi kat aku. kalau dari jauh lambai2 jer. dgn jiran lain dia x camtu pulak. kalau diorg lalu dia buat selamber jer..musykil2..”

-Petikan update di atas di ambil tanpa kebenaran dari seorang rakan, Helme Shahrizal, bukan nama sebenar

atau begini….

“ape yang kao impikan?” tanya rakan beliau..”aku hanya mahu menjadi pengacara popular” jawab beliau..”justru, kenapa kao tak masuk malaysian top host?” tanya rakan beliau…”bukan aku tak mahu, kalao aku masuk..alamatnya kempunan la peserta-peserta lain, semua aku tapau!”…jawab beliau slumber

-petikan update di atas dari laman facebook, Encik Faerrrin Syarin Faer, juga bukan nama sebenar

atau mungkin juga begini…

“biasa pagi2 ni ramai yang online. pagi jumaat sikit je. mana semua orang pergi? tengah mengaji ke?”

update di atas di ambil tanpa kebenaran dari laman facebook Nai, bukan nama sebenar

ada juga yang mencipta madah-madah, perumpamaan atau simpulan bahasa baru, contohnya…

“ibarat jarum yang keluar dari trakea~ beerti, mak nenek. “If u haven’t got anything bad to say about anybody, go sit beside him, u’ll know what mak nenek is.” Ujar beliau kepada seorang pelancong yg ingin membeli mak nenek, yg ntah mana didengarnya. hadOoi, igt mak nenek sejenis makanankah? Utterly nonsense. huhuhu~”

-Telah dipetik atau di “copy and paste” dari laman facebook Wsnitre, nama samaran bagi beliau

Kesemua update-update di atas adalah “real”. Di ambil tanpa ubah sturuktur ayatnya dan ianya adalah asli. Jadi, kenapa aku ambil update-update ini? Ini menunjukkan bahawa pada setiap masa atau jika ada kesempatan, kita pasti akan memberitahu kepada dunia luar apa yang sedang kita lakukan, apa kemahuan kita, ketidak puas hatian kita, keluh-kesah kita. Malahan facebook boleh  juga dikatakan sebagai tempat meluahkan perasaan atau stress. Jika anda tidak puas hati pada sesuatu, jeritkan sahaja pada facebook, maka berduyun-duyunlah yang akan memberi komen kepada kamu. Tadah saja, mungkin ada komen yang membina, ada juga yang mengutuk, atau apa sahaja..terima sahaja.

Facebook merupakan laman web sosial yang telah dicipta oleh seorang manusia berketurunan Yahudi, Mark Zuckerberg (seperti di gambar) dan beberapa lagi rakan iaitu Eduardo Saverin, Dustin Moskovic dan Chris Hughes. Pada asal penciptaan laman web sosial ini adalah bertujuan untuk penggunaan pelajar di Universiti Havard tetapi lama ke lamaan diperkembangkan ke beberapa Universiti lain seperti beberapa Kolej di Boston, Ivy Kolej dan Universiti Stamford hinggalah ke sekolah-sekolah menengah. Target penggunaan laman web sosial ini menjurus kepada remaja. Facebook telah dilancarkan pada 4 Februari 2004 dan ianya tercipta di USA dengan pendapatan melebihi 400 juta USD!

Fenomena facebook ini telah menular ke sarata dunia hingga kini telah terdapat lebih 400 juta pengguna dari kalangan penduduk dunia dari pelbagai bangsa dan negara. Hinggakan dari servey yang telah di lakukan di penghujung 2009 telah menyatakan facebook adalah laman web yang paling kerap digunakan manakala myspace telah jatuh di tempat yang kedua.

Aku tak mahu menulis panjang lebar mengenai isu facebook ini, tetapi setiap dari kebaikan ada juga keburukkan. Di entri akan datang aku kan kupaskan isu-isu negatif facebook, maksud aku isu yang berat. Berat bagi kita yang muslim ini. Kerana apa, baru-baru ini satu tunjuk perasaan besar-besaran telah di adakan di Pakistan bagi membantah penyebaran gambar Nabi Muhammad SAW, atau adakah selamat kita memiliki akaun facebook. Barangkali CIA, MI6, MOSSAD, KGB, FBI dan lain-lain agensi perisikan menjadikan akaun facebook ini sebagai satu pengkalan data maklumat bagi kegunaan risikan mereka. Siapa tahu?? Ini satu isu besar, dan ianya tidak boleh di buat main-maian. Mungkin aku akan tuliskan kebaikkan penggunaan facebook, atau…. Nantilah aku akan cuba tulis, jika ada idea, jika sereberum, medula oblongata dan serebelum aku dapat berjalan dengan baik..jika tidak..carutan dan sampah sajalah yang akan keluar di sini.

p/s – Ohhh…aku perlu update facebook aku!