Pemerhatian dan pandangan dari bebola mata yang berkaca mata terus dinukilankan dan diekspresikan dalam bentuk penulisan…

REMAJA SEKOLAH, “BUDAK BARU NAK NAIK” DAN “PERTUBUHAN”

Perhatikan situsai semasa tentang anak remaja kita, tentang pelajar-pelajar sekolah menengah kita, tentang “budak baru nak naik” yang berumur sekitar 13 tahun hingga 17 tahun, bagaimana akhlak mereka? Tatacara kelakuan mereka? Pergaulan mereka? Boleh dikatakan, rata-rata mereka ini berperangai sampah! Terus-terang dan jujur aku katakan hampir kesemua mereka ini seperti hilang pedoman, tiada akhlak dan rata-ratanya tidak lagi mempunyai jatidiri yang baik. Mereka belagak seperti gangster, mereka seperti Chan Hao Nam yang menguasai Wanchai dan Cause Way Bay!

Pergi ke sekolah dengan hanya membawa sekeping dua buku sambil menggalas beg kosong. Baju sekolah tidak dipakai dengan betul terkeluar sana, terkeluar sini langsung tidak menunjukkan ciri-ciri seorang pelajar sekolah. Di sekolah dan semasa di dalam kelas, rata-rata pelajar sekolah kini tidak menghormati guru, tinggi suara kepada guru menjadi perkara biasa manakala membuat lawak bodoh pula seperti “habit” dan tabiat bagi mereka seolah-olah mereka memperbodohkan cikgu-cikgu mereka. Tambahan pula, mereka biadap dan tiada tatasusila ketika berhadapan dengan guru malahan di zaman kini, mereka tidak lagi takut kepada guru.

Tapi itu bukan isu yang aku mahu bicarakan disini, apa yang aku mahu katakan ialah trend pergaduhan di kalangan pelajar sekolah. Kini mereka lebih berani, bergaduh menggunakan parang dan senjata-senjata tajam. Pergaduhan ala-ala “gangster Hong Kong” kerap berlaku di sekolah. Tambahan lagi jika sesuatu perkara tidak setel di sekolah, maka pergaduhan tersebut akan bersambung di luar sekolah yang mungkin melibatkan lebih ramai lagi pelajar dan geng-geng mereka.  Sebagai contoh, pergaduhan yang berlaku pada 8 Mei 2010 yang lepas, melibatkan dua kumpulan pelajar bergaduh sesama sendiri dengan menggunakan topi keledar dan senjata lain. Punca perkara ini berlaku adalah berpunca dari perselisihan faham dan meleret hingga menjadi pergaduhan.  Kejadian ini dilaporkan berlaku di Jinjang Selatan, Kuala Lumpur dan mengakibatkan lima pelajar cedera.

Selain itu, seorang pelajar Tingkatan Dua sebuah sekolah menengah di Rompin, cedera di badan dan kepala selepas dibelasah 10 remaja lain dipercayai berpunca daripada masalah peribadi di Jambatan Tabung Haji, Kota Bahagia, dekat Rompin, petang kelmarin. Dalam kejadian kira-kira jam 4.45 petang, pelajar lelaki berusia 14 tahun itu ditinggalkan bersendirian di jambatan berkenaan selepas dibelasah, manakala telefon bimbitnya dirampas.

Apa yang sudah berlaku sebenarnya? Tiadakah diplomasi lagi dalam menyelesaikan masalah? Adakah penyelesaian hanya dapat dilakukan dengan pergaduhan? Mengapa mereka ini begitu berani hingga sanggup memukul dan bertumbuk di khalayak ramai seperti gangster?

Dari pembacaan dan pemerhatian, kebanyakkan mereka ini begitu berani disebabbkan oleh “backup” yang ada dibelakang mereka. Mereka fikir dengan adanya bantuan-bantuan ini akan menjadikan mereka “besar” dan berani. Baru sahari dua menjadi ahli kepada sesuatu pertubuhan sudah berani mahu bukak baju dan bermain buah. Baru menjadi adik kepada si polan dan si polan sudah mahu tunjuk belang. Baru sahaja menjadi ahli, sudah gantung sticker dan key chain, maka ditunjukkanlah kepada khalayak. Aku dapat rasakan yang mereka ini mengangotai sesuatu pertubuhan hanya mahukan “payung” dan “naungan” sahaja, tidak lebih dari itu. Aku berani berkata begitu kerana banyak perkara seperti ini berlaku di depan mata.  Aku tidak salahkan sesetengah pertubuhan kerana isu ini, kerana tiada halangan bagi mereka untuk meyertai sesuatu pertubuhan seperti ini.

Kadang-kadang pergaduhan seumpama ini memang melibatkan sesetangah ahli dari pertubuhan-purtubuhan sulit di negara kita, dan perilaku mereka inilah yang telah membuat persepsi buruk masyarakat hari ini terhadap sesetengah pertubuhan yang mana mereka tidak mengenali erti sebenar misi dan visi pertubuhan itu. Kadang-kadang persepsi mereka manyatakan yang pertubuhan itu adalah gangster, pertubuhan ini adalah kongsi gelap. Sedih juga bila keadaan ini berlaku, iyalah..aku juga adalah ahli baiah..ahli baiah dari simpang mana dan baju apa yang aku pakai tidak perlulah aku sebutkan disini. Biarlah ianya menjadi rahsia, dan yang rahsia itu tetap rahsia. Simpan akan tetap disimpan.

p/s – Sepatutnya, mereka-meraka ini perlulah mengutamakan sifat tolong-menolong, bantu-membantu, menjauhi sifat dengki-mendengki, mengumpat dan tidak membezakan taraf hidup bertepatan dengan firman Allah SWT dari Surah Al-Imran ayat 104 yang bermaksud;

“Dan hendaklah ada diantara kamu segolongan umat yang menyeru kepada kebajikan, menyuruh kepada yang ma’aruf dan mencegah dari mungkar, merekalah orang-orang yang beruntung”

Jika kamu-kamu ada baju, silalah simpan…jangan ditunjuk-tunjuk dan jangan pula dipakai hanya untuk tujuan bergaduh. Salam /// Putrajaya

9 responses

  1. Malaysia sudah punya Crows Zero versi tersendiri. Cuma belum difilemkan sahaja.

    Kalau aku jadi cikgu, kalau la… Dengan situasi dan keadaan di samping kerenah budak² sekolah sekarang ni, mungkin aku lebih rela mengajar di sekolah luar bandar, mungkin juga yang sedikit mundur. Tenang rasanya. Masalah macam ni tak banyak berlaku.

    Mei 23, 2010 at 10:40 am

    • faerrin

      Aku setuju dengan kao, di sekolah luar bandar gejala begini kurang sedikit..tapi tetap ada masalah juga. Kebanyakkan budak2 ini nakal2 saja..tidaklah seteruk di bandar2 dan ibu kota…

      lain padang, lain belalang..lain tempat lain ragam!

      Mei 23, 2010 at 11:51 am

  2. dan mereka² itu terus ditabur dgn kasih syg
    belikan motosikal
    jadi mat rempit

    mungkin mereka tidak fikir akan masa depan
    yg ade ijazah pening kepala mencari kerja
    ini kan dgn kelulusan SPM (yg tak lulus!!!!)
    nak keje ape?
    promoter di jusco sampai mati?

    Mei 23, 2010 at 12:43 pm

    • faerrin

      itulah dia..zaman sekarang serba tak kena..

      nak ditegur dan di tegah, takut kita pula dijerkah..

      nak di pukul dan di tangan, kita pula yang tak tertangan nanti..

      err…bila prinsip “jaga tepi kain orang” dah tak diamalkan lagi..semua menjadi pusing!

      Mei 23, 2010 at 12:56 pm

  3. azim

    1. Punca utama bermula drpd keluarga. Tiada didikan sempurna drpd ibu bapa sendiri.
    2. Tiada pegangan agama yang kukuh.
    3. Pengaruh minda,kwn2,media yang semakin melupakan budaya dan agama.

    Mei 23, 2010 at 12:59 pm

    • faerrin

      bila didikan agama tak diterap, didikan tak formal dan informal tak disemai..memang hancur budak-budak dibuatnya..

      walaupun ilmu agama diberi, tapi budak-budak macam ni, perlu selalau diberi perigatan sebab, tanpa nasihat mereka mudah terpesong..iman setebal kulit bawang!

      Mei 23, 2010 at 1:03 pm

  4. bontot

    Luar bandar ka kat bandar ka sama sajaaa….. xda bezanyaaaaaaaaa…. besala budak2 baru nak naik semuanya nak try… kita pun penah rasa gak perasaan mcm depa nih… tapi lain org lain cara nakal dia hehehe… tapi jgn riso bila dah besar dah masuk ipt or dah kerja… mungkin diri depa nih akan jadi lebih dewasa….

    Aku senyum sorang2 bila ingatkan balik memori masa sekolah duLu… Hostelite hmm sapa yg penah dok hostel tau la mcm mana memori aku dulu hehehee…. dulu xda Crows Zero hehehehe Hung Hing adaLa hehehe… GooOOooOOooo Ho Nam.. 😛

    Mei 24, 2010 at 10:02 am

    • faerrin

      aku dulu seorang remaja yang baik hati, tulus dan rajin membaca buku (sambil mengedip2kan sebelah mata)

      Mei 24, 2010 at 12:20 pm

  5. Tai Long

    spe yg x kenal Chan Hao Nam..m’punyi ramai pengikut setia..

    Ogos 3, 2010 at 12:55 pm

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s