Pemerhatian dan pandangan dari bebola mata yang berkaca mata terus dinukilankan dan diekspresikan dalam bentuk penulisan…

CUTI SEKOLAH, MAJLIS KAHWIN, PERUT KENYANG, LOAN BANK DAN HUTANG KELILING PINGGANG = CERAI

Cuti sekolah semakin menghampiri dan jika cuti sekolah maka akan banyaklah undangan majlis kahwin yang akan dijalankan dan akan wujud satu persamaan linear di antara cuti sekolah, majlis kahwin dan perut kita. Ini dapat ditunjukkan dengan persamaan linear berikut (aku tak pasti ianya betul atau tidak)

Cuti sekolah + Majlis kahwin dan makanan yang lazat = Perut kenyang dan berat badan meningkat

Itu adalah hubungan di antara pemboleh ubah-pemboleh ubah di atas di mana ianya akan membawa keuntungan kepada tetamu yang hadir dengan menikmati juadah yang dihidangkan, mari kita lihat persamaan linear di bawah.

Buat loan bank + Majlis kahwin = Hutang keliling pinggang

Hari ini jika sesiapa hendak berkahwin akan berfikir semasak-masaknya daripada soal jodoh, modal dan masa depan. Agak keterlaluan jika kita katakan apa guna berkahwin dan hidup bersama isteri yang dikahwini dengan kos ribuan ringgit tapi tidak dapat menyesuaikan diri dengan kemampuan kewangan untuk hidup berkeluarga. Zaman cinta Romeo dan Juliet atau Uda dan Dara berpantun seloka sudah lama tamat. Zaman Facebook, SMS dan MMS ini kenal-mengenal dengan pantas, bercinta dengan pantas, berkahwin pun serba pantas, tetapi hutang kahwin keliling pinggang, akibatnya pergaduhan sering berlaku antara pasangan kerana masalah kewangan.

Maka bercerai pun pantas, lalu ramai yang menuding jari kepada segala faktor menjadi punca dan akhirnya institusi perkahwinan menjadi sesuatu yang terlalu formal dan sebagai satu projek dan bukan perkara yang disunatkan dalam Islam dan digalakkan dalam masyarakat timur. Perkahwinan adalah mulia dan perceraian akibat masalah kewangan bukan perkara yang ganjil, malah itulah faktor utama. Remaja zaman ini yang bercinta seawal usia belasan tahun akan menganggap perkahwinan sebagai destinasi terlalu sempurna dan ingin dizahirkan serba mewah. Akibatnya perkahwinan yang dibuat tanpa sokongan ibu bapa akan berakhir dengan pasangan pengantin berhutang dulu bersakit membayar kemudian. Hutang kad kredit, hutang kawan, pak cik dan mak cik dan hutang along yang dibuat untuk berkahwin bukan boleh dilangsaikan setahun dua.

Ada yang berhutang sampai bermasam muka dan bermusuh dengan pemberi pinjam. Putus saudara dan sahabat malah putus nyawa akibat berhutang along. Bila hati ingin kahwin kosnya pula tinggi. Hantaran paling kecil RM5,000, cincin seribu lebih, mas kahwin RM300 di Selangor, belum masuk kenduri menyambut menantu perempuan RM5,000, bunga telur, beg cenderahati, kugiran atau karaoke memeriahkan suasana dan menggugat poket harus difikirkan.

Kos RM20,000 dalam tangan di bandar Kuala Lumpur untuk golongan pertengahan, baru layak bercakap soal kahwin kalau duit tidak cukup jangan mimpi hendak bersalam dengan tok kadi. Nafsu pula gagal ditenangkan akhirnya perkahwinan jadi angan-angan dan bukan cita-cita. Maka berlakulah maksiat dan asmara yang gagal dibendung. Bagi yang pandai mencegah hamil, maka selamatlah dirinya daripada mengandung.

Sebaiknya masyarakat negara ini tidak kira Melayu, Cina dan India melakukan upacara perkahwinan secara sederhana tanpa kos beribu-ribu ringgit kerana perkahwinan bukan sehari dua tetapi selamanya jika diizinkan Tuhan. Seks bebas menjadi-jadi kerana institusi perkahwinan dijadikan visi yang terlalu jauh hendak dicapai kerana memerlukan kos tinggi.

Sedangkan hubungan luar nikah haram di sisi Islam dan lain agama. Kita perlu menjadikan perkahwinan satu proses kehidupan mudah dan murah, tetapi tinggi nilai agama dan moral. Mungkin ia mampu menjadikan pembuangan bayi lebih minimum dan terus jadi sifar.

p/s – Alangkah bagus jika sesuatu perkahwinan itu mudah, tidak terikut-ikut adat dan hanya dilakukan dengan perkara-perkara wajib sahaja. Tapi…

Credit to: Saudara Razak di atas idea!

6 responses

  1. betul2..
    kawan aku nak kahwin, duit hantaran je dah RM 15,000.
    tak masuk belanje kenduri.

    tak kan kat kl belanje kawin RM 20,000? tu harga standard batu pahat je tu. aku rasa belanje kat KL lagi mahal tu..

    Mei 24, 2010 at 2:22 pm

    • faerrin

      hehehehe….aku ghasa dari bajet2 member aku, minimum sekitar 20k..
      mungkin bp pun dah sama standard ngan KL

      Mei 24, 2010 at 2:31 pm

  2. Makin maju, makin tinggi belanjanya.

    Kao bila lagi Faer? hehe

    Mei 25, 2010 at 3:43 am

    • faerrin

      aku hujung tahun ni, inshaallah…kao tu bile pulak?

      Mei 25, 2010 at 4:59 am

    • err..lambat lagi bro..takpelah, kau pegi dulu la tido berdua. hehe

      nanti majlis jangan lupa jemput..

      Mei 25, 2010 at 5:45 am

    • faerrin

      inshallah..aku pasti jemput rakan-rakan..hujung tahun ni, cuti hari natal nanti…banyak tak siap lagi nih

      Mei 25, 2010 at 11:56 am

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s