Pemerhatian dan pandangan dari bebola mata yang berkaca mata terus dinukilankan dan diekspresikan dalam bentuk penulisan…

HOTEL MANIA

Jam 9 malam setiap hari Selasa akan bersiaranlah drama Hotel Mania. Aku tak pasti kamu semua minat untuk menonton drama ini atau tidak dan bagi aku yang bukan penggemar drama, aku tidak akan menonton! lebih baik aku membaca surat khabar atau bermain internet daripada meluangkan masa aku menonton drama ini. Mungkin juga aku lebih rela menyiram pokok-pokok bunga di depan rumah di waktu malam dari menonton drama itu. Jika kamu semua mahu tahu, Hotel Mania (HM) adalah sebuah drama muzikal pertama yang diterbitkan di kaca tv. Drama ini adalah terbitan KRU Studious yang menggantikan slot drama Tari Tirana. Aku boleh puji pembikin filem ini, credit untuk saudara Nizam Zakaria kerana berjaya mengarahkan drama yang lain daripada yang lain. Jauh lebih elok dari drama-drama swasta yang merebut harta, bergaduh berebutkan perniagaan, syer itu dan ini. Berebut mahu jatuhkan si polan itu, dan si polan itu pulak sebuk mahu jatuhkan si polan ini. Itulah drama-drama swasta melayu. Tajuk sahaja lain, jalan cerita, pelakon, pengambaraan malah hampir semuanya hampir sama. Streotaip!

Drama ini yang berkisarkan perjalanan hidup pekerja dalam bidang perhotelan ini akan menyaksikan mereka menyanyi dan menari sambil menyelitkan elemen drama dalam muzikal ini.Hotel Mania membawa konsep drama muzikal yang sarat dengan nyanyian dan tarian oleh barisan pelakon muda seperti Anding Indrawani, Marsha, Dafi, Ryzal Jaafar, Adam, Zain Ruffedge dan Adeline Anthony. Drama ini akn bersiaran sebanyak 26 episod dan menampilkan hampir 200 buah lagu terbitan KRU dan dinyanyikan oleh ke semua pelakon yang menjayakan drama ini.

“Tolongla tukar chanel tu…muak la tengok..diorang ni nak keje ke nak menari dan menyanyi?

“Jap laaa..layan pe citer ni..lagipun gadis-gadis dalam ni mantop bro..nak-nak si emilia tu!!”

“Sebenarnya kao tengok citer ni pasal apa? jalan ceritanya? awek-aweknya? sinematografinya? lagu-lagu muzikalnya?”

“Aku tengok citer ni pasal gadis-gadis genit comel sedang menyanyi dan menari..berdarah hidung aku!”

– – – – – – – – – – – – – – – – – – – ppfffffffffffffffffffffftttttttttttttt – – – – – – – – – – – – – – – – – – – – – – –

p/s – Aku simpulkan mana-mana lelaki yang menonton drama bersiri ni hanya mahu menonton gadis-gadis comel menari dan menyanyi sambil berimaginasi yang bukan-bukan..aku pasti!

2 responses

  1. yeah!!!
    aku tonton kerana gadis2. tapi sekarang dah macam celaka sebab banyak sangat babak jantan2.

    tapi jalan cerita ni simple sangat. aku ada menonton glee. satu drama muzikal juga tapi sarat dengan topik virginity movement/pledge, kisah pelajar yg mengandung luar nikah, pendidikan seks, krisis identiti dan lain2 topik. maybe drama malaysia kena jump the shark sikit la

    Mei 25, 2010 at 4:15 pm

  2. aku biasa tertengok drama ni masa gi makan. dah kedai tu bukak citer ni, secara tak langsung terpaksa layan la.

    skang ni bila dah duduk rumah, memang aku kurang tonton tv ni, apatah lagi drama² melayu macam ni.

    Mei 26, 2010 at 3:36 am

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s