Pemerhatian dan pandangan dari bebola mata yang berkaca mata terus dinukilankan dan diekspresikan dalam bentuk penulisan…

APA AKTIVITI HUJUNG MINGGU INI? PILIH ANTARA 3..ATAU..

Hari Wesak bakal tiba pada hujung minggu ini, jatuh pada hari Jumaat 28 Mei 2010 secara tidak langsung kami warga gomen dapat “public holiday”. Aku ucapkan Selamat Hari Wesak buat penganut agama Buddha. Hari Wesak merupakan hari terpenting bagi penganut agama Buddha kerana hari Wesak melambangkan Kelahiran, Pencerahan Agung, dan Kewafatan Gautama Buddha. Hari Wesak juga dikenali dengan nama Visakah Puja atau Buddha Purnima di India, Vesak di Singapura, Visakha Bucha di Thailand, dan Wesak di Sri Lanka.

Lazimnya,penganut ajaran Buddha akan mengunjungi kuil Buddha pada waktu pagi untuk memberikan penghormatan kepada Buddha,yang dilambangkan oleh simbol-simbol Buddha seperti Pagoda, patung Buddha, pokok Bodhi dan Sarikata (relik Buddha). Para penganut juga akan melafazkan semula Tisarana(Tiga Perlindungan: Buddha, Dhamma dan Sangha) untuk memperbaharui komitmen mereka kepada ajaran Buddha. Perlindungan, dalam pengertian ajaran Buddha merujuk kepada perlindungan daripada kesengsaraan dan ketidakpuasan duniawi.

– – – – – – – – – – – – Pffffffffffffftttttttttt – – – – – – – – – – – – – – –

Bukan itu yang aku mahu ceritakan disini, apa yang aku fikirkan ialah hujung minggu ini akan ada satu cuti yang agak panjang bagi aku. Cuti selama 3 hari, Jumaat, Sabtu dan Ahad, bagi kamu-kamu yang mahu cuti lebih, sila “apply” cuti kamu awal-awal dan oleh kerana cuti yang panjang apa aktiviti yang bakal aku lakukan?

Option 1

Di awal minggu ini ibu dan bapaku ada bersuara…

“Jum kita sekeluarga pergi cuti kat mana-mana..PD ke, Pulau Pangkor ke, Sabah ke…nak..kalau Long nak ajak Yana pun ok jugak?”

“Aiseh..nak cuti buat ape jauh-jauh mum..kite pergi dekat-dekat jelah..PD sudah..nanti long try carikkan hotel kat PD…”

“OK, lau camtu cariklah..tempah awal-awal senang sket..”

Di ofis.

“Helo Hotel Thistle PD, saya nak buat tempahan bilik yang boleh muat 6-7 orang…”

“Hye..incik..hotel kami penuh…maaf ye…penuh hingga cuti sekolah dan sampai hujung cuti sekolah”

“Oh ye ke..tak pe lah, terima kasih….”

Maka dengan sedaya upaya aku try contact hotel-hotel lain di sekitar PD, hasilnya..semua penuh! fully booked. Cuti-cuti Malaysia hasil gebangan Kementerian Pelancongan telah berjaya, promosi mereka dengan meng”psiko” rakyat Malaysia supaya bercuti di dalam Malaysia telah sukses! Bagus, rakyat marhean seperti aku, bercutilah di dalam Malaysia..kamu-kamu orang besar, Pak Menteri dan Mak Menteri…bercutilah di luar negara. Apa standard kamu bercuti di dalam Malaysia!

Di rumah.

“Mum, nak inform..tadi dah banyak kontek hotel…Thistle Hotel, Ancasa Resort, Corus, Eagle Ranch dan kebanyakkannya..hotel penuh..”

“Tak pelah..duk rumah je…tak payah pegi mane-mane”

Option 2

Bersama yang tersayang mungkin boleh dijadikan pilihan aku yang ke dua untuk menghabiskan cuti hujung minggu ni. Mungkin aku boleh bersama si dia dengan men”optimize”kan masa aku dengan membuat survey barang-barang hantaran (aduhhhhh…abesla duet aku). Mungkin juga aku boleh berkunjung ke Pasaraya Jackel Shah Alam untuk mencari kain ela untuk dijadikan tempahan baju nikah untuk digunakan pada majlis aku hujung tahun ini. Mungkin juga aku boleh mempelawa si dia ke pawagam dengan menonton cerita 2 Alam terbitan Dr. Rozmey (perlukah aku menonton? aku tak pasti….apa yang pasti aku tak kan tonton cerita itu!). Bersama si dia boleh membuat aku tenang seketika, dan kadang-kadang boleh menggangu emosi aku juga..iyalah, karenah wanita ni kadang-kadang sukar di ramal, sekejap begini..sekejap begitu. Apa-apa pun aku masih belajar untuk mendalami ilmu ini. Ilmu orang dewasa, dan aku juga bakal melangkah ke alam dewasa. Kata orang selepas lelaki bujang berkahwin, tingkah laku mereka akan lebih matang.

Option 3

Berkunjung ke majlis kahwin. Hujung minggu ni aku menerima banyak undangan majlis perkahwinan teman-teman rapat. Teman semasa belajar di UiTM dan juga teman sepejabat, terlalu banyak undangan hinggakan mahu buat keputusan agak susah dan kritikal, yang mana satu patut di tandang dan yang mana satu patut didahulukan. Apa yang pasti jika tiada aral melintang atau jika tiada halangan aku pasti akan datang ke kenduri tersebut, bab-bab makan free memang aku suka. Tahniah buat kawan-kawan dan Selamat Pengantin Baru!

p/s – Cepat-cepatlah habis hari Kamis, aku mao rehat..mahu lari dari kesibukkan pejabat!

3 responses

  1. kalau di PD, banyak apartment. kao tak cuba contact ke? aku rasa kalau duduk apartment pun ok jugak. tapi mahal sket la. sebab cuti.

    tapi option ke-2 tu paling pening biasanya. hehe..

    Mei 26, 2010 at 1:31 pm

    • faerrin

      Dah cube..kebanyakknya fully book..hehehehe..kao tak nak jadi juru perunding aku ke untuk option ke dua??

      Mei 26, 2010 at 1:40 pm

    • bukan taknak jadi bro, tapi tak cukup pengalaman lagi..haha.. tapi kalau ikut pengalaman aku temankan para wanita pergi bershoping / beli barang, memang meletihkan. dieorang tak letih, kita ni ha yang letih. oleh itu, kalau kau jadi amek option ke-2, aku nasihatkan minum tongkat ali atau apa yang patut.

      oh ya, kalau nak try lain tempat untuk cuci mata barangan kawen, kat Nilai 3 pun ada jugak.

      Mei 26, 2010 at 5:12 pm

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s