Pemerhatian dan pandangan dari bebola mata yang berkaca mata terus dinukilankan dan diekspresikan dalam bentuk penulisan…

KONFRONTASI MALAYSIA-INDONESIA (SEDIKIT KUPASAN & PENGENALAN RINGKAS)

Isu berat….Isu Konfrontasi…agak panjang..jadi, bawak bertenang..mahu baca..baca..tidak mahu, sila tinggalkan..

Konfrontasi adalah cabaran terbesar yang pernah dialami oleh Malaysia ketika usianya masih muda dan kurang berpengalaman dalam pengurusan konflik. Konfrontasi tercetus antara Malaysia dengan Indonesia ekoran daripada persetujuan Tunku dengan Melayu, Singapura, Brueni, Sarawak dan Sabah (Borneo Utara) pada 31 Ogos 1963. Berdasarkan pengalaman tahun 1950-an, Indonesia menganggap Malaysia ditubuhkan adalah helah kuasa-kuasa barat untuk memencil dan mengepung Indonesia. Justeru itu, penubuhan Malaysia dibantah dan konfrontasi di lancatkan. Turut menentang penubuhan Malaysia ialah Filipina, rakan sekutu dalam ASA. Filipina menentang kemasukkan Sabah ke dalam Malaysia atas alasan bahawa wilayah itu miliknya.

– – – – – – – – – – – – – – – – – PPPPPfffffffffffffftttttttttttttt – – – – – – – – – – – – – – – – – –

Memang menjadi impian Tunku semenjak Tanah Melayu mencapai kemerdekaan pada 31 Ogos 1957, untuk membantu membebaskan wilayah-wilayah British di Borneo daripada penjajahan. Memikirkan bahawa Wilayah-wilayah tersebut tidak mampu untuk berdikari dan berkemungkinan akan dituntut oleh negara-negara jiran, maka Tunku mengemukakan cadangan gagasan Malaya Raya atau Super federation. Hasrat itu telah dimaklumkan oleh Tunku kepada Malcolm Mc Donald bekas Pesuruhjaya Jeneral British Bgai Asia Tenggara; Geofroy Troy, Pesuruhjaya Tinggi British di Tanah Melayu; Lor Hom, Setiausaha Luar dan Lord Pearth, Menteri Negara. Walaupun bersetuju dengan cadangan itu, pihak British lebih berminat untuk melaksanakan secara berperingkat-peringkat. Mengikut rancangan British, wilayah-wilayah British di Boreno hendaklah terlebih dahulu bercantum sebelum memikir untuk bergabung dengan Tanah Melayu dan Singapura, dalam persekutuan yang lebih besar. Kerajaan British sebaliknya menggalakkan Tanah Melayu bercantum terlebih dahulu dengan Singapura, tetapi telah ditolak oleh Tunku. Kedudukkannya yang strategik serta pengkalan tentera yang canggih menjadikan Singapura penting dari segi skema pertahanan British dan sekutu-sekutunya dalam SEATO di Asia Tenggara.

Perkembangan politik di Singapura pada penghujung tahun 1950-an menunjukkan parti pemerintah Lee Kwan Yew, PAP mungkin akan kecundang dalam pilihanraya yang dijadual pada 1964. Barisan sosialis yang didukung oleh Lim Chin Siong yang dianggap sebagai pro-komunis dan antibarat akan menguasai koloni itu. Sekiranya keadaan ini berlaku, Singapura pasti akan menjadi Cuba di Asia Tenggara dan kuasa-kuasa barat pasti akan kehilangan pengkalannya yang amat penting dalam konteks perang dingin ketika itu. Untuk menyelamtakan Singapura, British cuba mempengaruhi Tunku supaya menerima Singapura. Tunku menolak pelawaan British itu atas alasan perkauman dan politik. Sebalinya bersedia berkompromi sekiranya British sedia membenarkan wilayah-wilayah Borneo turut menyertai cantuman itu.

Pada 27 Mei 1961, Tunku telah mengemukakan cadangan tentang Gagasan Malaysia. British pada prinsipnya menyokong impian Tunku itu tetapi British lebih suka melihat Tanah Melayu bercantum dengan Singapura terlebih dahulu atas alasan bahawa wilayah British di Borneo, termasuk Brunei masih lagi mundur. Pada 23 November 1961, Perdana Menteri Harold McMillan dan Tunku Abdul Rahman mengumumkan hasrat mereka untuk membincang Gagasan Malaysia.

Indonesia dan Filipina memandang serius keputusan kerajaan British dan Tanah Melayu untuk mewujudkan Gagasan Malaysia. Indonesia mengganggap Malaysis sebagai jelmaan British yang bertujuan untuk mengepung dan melumpuhkan Indonesia. Justeru itu ia menganggap Malaysia sebagai neokolonilis. Pemberontakan di Brunei pada awal Disember adalah kesempatan bagi Indonesia untuk membuktikan bahawa penduduk-penduduk tempatan menyerang penyertaan mereka dalam Malaysia. Filipina pula membantah penyertaan Borneo Utara dalan Malaysia.Filipina meminta British mengembalikan Borneo Utara kepadanya atau kekalkan wilayah itu sebagai koloni British. Seperti juga dengan Indonesia, Filipina turut bersimpati dengan pemberontakkan di Brunei. Bantahan dan tentangan dari negara jiran tersebut adalah cabaran baru kepada penubuhan Malaysia. Kerajaan British cuba menyelesaikan kontrovosi itu melalui rundingan tetapi gagal.

Sebagai usaha untuk menyelesaikan kemelut berhubung dengan Gagasan Malaysia, suatu persidangan peringkat Menteri-Menteri dan Ketua-ketua Negara telah berlangsung di Manila bermula pada awal April 1963. Persidangan ini berakhir dengan pemeteraian Perjanjian Manila yang antara lain bersetuju untuk mematuhi prinsip penentuan sendiri. Selanjutnya, mereka juga bersetuju untuk meminta Setiausaha Agung Bangsa-Bangsa Bersatu mengesahkan sama ada Gagasan Malaysia adalah satu isu besar dalam pilihanraya terbaru di Sabah dan Sarawak. Ekoran persetujuan itu, penubuhan Malaysia yang sepatutnya dibentuk pada 31 Ogos 1963, terpaksa ditangguhkan sehingga kerja peninjauan oleh kumpulan peninjau PBB selesai. Pengumuman Tunku menubuhkan Malaysia pada 16 September 1963, tanpa menunggu pengumuman laporan Setiausaha Agung Bangsa-bangsa Bersatu, U Thant telah mencetuskan kontrovosi yang berkahir dengan tindakan Indonesia dan Filipina tidak Mengiktirah penubuhan Malaysia.

Menjelang akhir 1965, Jeneral Soeharto memegang tampuk pemerintahan Indonesia setelah berlakunya rampasan kuasa. Oleh kerana konflik dalaman negara, keinginan Indonesia untuk meneruskan konfrontasi dengan Malaysia berkurangan dan peperangan telah reda.Pada 28 Mei 1966 sebuah rundingan dilakukan di Bangkok, Kerajaan Malaysia dan Indonesia mengumumkan perdamaian setelah Soeharto menghantar Adam Malik sebagai wakil untuk berunding dengan Tunku Abdul Rahman. Kekerasan berakhir pada bulan Jun, dan perjanjian perdamaian ditandatangani pada 11 Ogos dan dirasmikan dua hari kemudian. Penghancuran PKI dan elemen-elemen politik kiri, termasuk Soekarno telah menyebabkan perubahan mendadak dalam kestabilan politik Indonesia pada tahun 1965. Indonesia secara rasminya mengakhiri konfrantasi terhadap Malaysia pada tahun 1967.

p/s – Adakah konfrontasi akan berlaku lagi? Adakah ianya melibatkan Malaysia dengan negara-negara jiran terdekat? Beranikah tentera negara kita seperti tentera Indonesia untuk berkonfrontasi dengan tentera negara asing? Kita tunggu dan lihat…Sekarang, banyak sudah tanah negara tergadai ke negara asing…tergadai dengan jiran sendiri!

4 responses

  1. aka

    kalo begitu resim suharto turut andil menjadikan malaysia arogan ama indonesia?

    Ogos 20, 2010 at 3:51 am

  2. Warga indonesia

    Sebaiknyalah indonesia dan malaysia rukun berdamai membangun ekonominya sehingga jadi negara yg maju.amin

    Mei 6, 2012 at 5:48 pm

  3. people of indonesianese

    INDONESIA-MALAYSIA konfrontasi itu hendaknya sebagai pembelajaran dan jadikan awal persahabatan negara..
    yg terpenting ialah bersama-sama hendaknya jangan langgar batas negara dan jangan klaim budaya

    Oktober 16, 2012 at 2:26 am

  4. Kelantanese

    Tiada untungnya kita bermusuhan. Sebagai negara serumpun adalah baik sekiranya kita saling bantu membantu dan saling memahami.

    November 9, 2012 at 2:13 pm

Tinggalkan Jawapan kepada people of indonesianese Batal balasan