Pemerhatian dan pandangan dari bebola mata yang berkaca mata terus dinukilankan dan diekspresikan dalam bentuk penulisan…

Archive for Jun, 2010

TOP SCORER PIALA DUNIA 2010

Sebelum tidur aku ingin menulis sesuatu, entah kenapa tangan dan jari-jemari ni begitu gatal untuk menekan papan kekunci lap top dan entah kenapa mata ini pulak begitu bulat dan tidak mahu tidur sedangkan beberapa minit yang lalu terasa sangatlah berat mata ini seolah-olah ada sauh kapal laut yang tergantung di kelopak mata! Mata seperti mahu tertutup dan terkatup layu mahu tidur! Tapi selepas mengambil wudhu’ dan bersolat Isya’ sebentar tadi, mata terus bulat dan bersinar! Mahu menonton drama-melayu-melaya-meloya “Nokhtah Erna” aku seperti tidak berminat, lalu jalan pintas untuk mengurangkan kebosanan hanyalah menulis. Tetiba aku mahu menulis mengenai penjaring gol terbanyak setakat ini, dan hingga kini penjaring gol terbanyak adalah seperti berikut;

David Villa 4
Gonzalo Higuaín 4
Róbert Vittek 4
Thomas Müeller 3
Luis Suarez 3
Syarin Sanchez 3

Aku saja-saja je update benda ni, kalau boleh aku nak entri aku pada bulan ni capai la 30 entri. Setakat ni, aku sudah menetapkan sasaran bahawa sekurang-kurangnya satu hari, satu entri, tak kiralah panjang atau pendek, dan dari pelbagai topik.Ini kira KPI bagi aku dalam bidang penulisan blog ni. Oh ya! mungkin dengan penetapan sasaran seperti ini akan membangkitkan semangat aku untuk lebih aktif menulis. Jadi, jika KPI ini tidak tercapai…apa yang perlu aku lakukan? Adakah aku wajar dikenakan denda, dan jika KPI ini tercapai pula, apakah ganjaran yang sesuai untuk aku bagi menaikkan motivasi aku untuk terus-terusan menulis?

Ohhhh!!! drama “Nokhtah Erna” sudah berakhir…baguslah..seperti biasa kesudahan bagi drama-melayu-melaya-meloya tipikal, yang baik dan benar akan menang, ketemu cinta sejati dan bakal mewarisi kekayaan aset perniagaan milik keluarga manakala yang jahat, si pendengki, iri dan jiwa kacau serta berhati busuk akan kalah, dikeji, dikutuk, dihina dan tidak dianggap anak serta disumbat ke dalam penjara sambil itu termenunglah seorang diri sambil mengenang kisah-kisah lampau. Begitu sahaja, simple dan sooooo tipikal!

p/s – Syarin Sanchez tu siapa ye??


KONTROVESI BOLA JABULANI

Bola Jabulani yang “agak kontrovesi”

Vuvuzela dan tiupan bingit yang begitu kontrovesi sehingga menganggu jiwa pemain di atas padang, permasalahan mutu pengadilan oleh pengadil-pengadil yang mengadili setiap perlawanan, sikap Diego Maradona yang suka memakai dua jam tangan di kedua-dua belah tangan, dan “keupayaan” Jabulani  adalah antara isu-isu hangat dan hangit yang berlaku di sepanjang Kejohanan Piala Dunia 2010. Sememangnya, ramai yang mengatakan keupayaan bola tersebut seperti agak “kureng” dan tidak berapa digemari oleh kebanyakkan pemain. Bola Jabulani yang dicipta dan direka di Loughborough University, England.

Bola baru yang dinamai Jabulani–dalam bahasa isi Zulu bererti menuju kebahagiaan–itu dirancang dan direka secara khusus dengan teknologi baru dan diproduksi oleh Adidas. Di kulit bola ini terdapat tekstur bintik-bintik pada bagian permukaannya dan membuat bola bergerak lebih cepat. Telah bermacam cara dan usaha telah dilakukan untuk menjadikan bola tersebut “superior-aerodynamics” dimana panel yang dicipta adalah mengikut spesifikasi “near-perfect sphere” dan teknologi “Grip n Groove” yang disesuaikan kepada bola tersebut membolehkan ianya terbang dan meluncur ke udara secara konsisten

Menurut laporan dari AFP, bola tersebut telah mendapat kritikan ekoran dari tidak konsistennya kerana terlampau “sempurna”. Lihat laporan dibawah ini;

Part of the problem may be that “the stitches of the Jabulani are internal, so the ball resembles a perfect sphere,” said Eric Berton, deputy director of the Institute of the Science of Movement in Marseille, France.

“Because of the shape, the time of contact with the foot is reduced. As a consequence, it practically doesn’t spin. The ball travels a little less far, and will have a floating and unpredictable trajectory, whether for a striker or a goalkeeper.”

Persoalannya adakah bola tersebut meluncur ke udara “terlampau jauh dan tidak tepat ke sasaran?” Kebanyakkan penjaga gawang gol kerap memberi komen antaranya komen dari penjaga gawang Brazil, Julio Cesar, menganggap bola ini sangat buruk dan membahayakan posisi penjaga gawang.

“Bolanya sangat buruk. Rasanya seperti bola yang dibeli di supermarket,” komentar Ceaser.

Ujian angin yang telah dibuat ke atas bola tersebut di Jepun, Australia dan California dan kebanyakkannya menunjukkan angin yang berkekuatan 10 meter per saat adalah lebih lambat dari tendangan bola. Mesin semburan asap telah digunakan untuk menunjukkan pergerakan udara di sekeliling bola tersebut. Ujian tersebut dibuat secara perbandingan untuk melihat keupayaan bola tradisional dan bola yang berteknologi tinggi. Pembantu Professor di Pusat Aeronautik tersebut, Beverly McKeon menyatakan begitu sukar untuk memanstikan bola yang mana adalah terbaik untuk dibuat perbandingan, tetapi beliau menyatakan “kelembutan” panel Jabulani telah menwujudkan kurangnya daya seretan dan dari sebab itu ketepatan pergerakan bola tersebut agak sukar diramal.

Jabulani yang dicipta oleh pembuat produk sukan Adidas, mempunyai panel muka yang lembut, manakala bola-bola biasa tidak seperti itu di mana panel yang ada mencipta peredaran udara yang lebih baik. Ianya seperti tidak masuk dek akal, tetapi menurut pakar-pakar yang telah membuat kajian terhadap bola ini secara perbandingan, bola yang lebih kasar adalah lebih baik dan menyasar tepat ke sasaran seperti yang di targetkan. Tetapi ada juga kritikan dibuat terhadap ujian ini ke atas bola Jabulani, kerana ujian yang dibuat adalah tidak berdasarkan situasi permainan di atas padang.

p/s –  Emmm…adakah kekalahan Jepun malam tadi adalah disebabkan bola Jabulani? atau…..

Ape-ape pun, wakil Asia sudah tiada di Piala Dunia!


AWEK-AWEK PIALA DUNIA 2010.

Sebenarnya Piala Dunia juga agak sinonim dengan awek-awek yang datang untuk menyokong pasukan atau negara masing-masing. Tidak kiralah dari negara mana, yang pastinya awek-awek ini memang hot, cun, cantik, mantap dan sewaktu dengannya. Jika di litar ada awek-awek litar, di perlawanan-perlawanan lain ada awek sorak tapi di Piala Dunia, ada awek-awek penyokong yang gila meletop! Di entri kali ini aku memaparkan beberapa awek hot dan meletop, agak seksi tapi tidaklah keterlaluan. Errrr…kalau berdarah hidung, sendiri tangggung ok!

Awek Brazil

Awek Chile

Awek Australia


Awek Belanda


Awek England


Awek Algeria


Awek Amerika


Awek Italy dan Argentina


Awek Denmark


Awek Perancis



Awek Jerman


Awek Italy


Awek Greek


Awek Korea Selatan


Awek Argentina


Awek Mexico



Awek Nigeria


Awek Portugis


Awek Afrika Selatan


Awek Ukrain


Awek Uruguay

Kebanyakkan peminat bola sepak mengatakan bahawa yang permainan bola sepak itu amat taktikal, perlukan strategi, perancangan yang cantik dan menarik, tetapi ada juga yang mengatakan tidak dan tidak suka pula dengan permainan bola sepak. Walaubagaimanapun, kalau pada ketika itu, terpandang awek-awek ini di padang bola atau di stadium, sudah tentu yang tidak minat bola pun, pastinya secara tidak langsung akan meminati sukan ini. Haha!

Perlawanan Piala Dunia kali ini secara terang-terangannya ada daya penarik yang baik dan tersendiri, umpama magnet! Peminat-peminat bola sepak dari kalangan awek-awek! Mereka manis, ada yang hot, ada juga yang cantik dan cun! Apa yang menariknya, awek-awek ini datang dari seluruh pelusuk dunia, hanya semata-mata untuk menyokong pasukan dan negara mereka! Apa-apa pun..enjoylah dengan gambar-gambar di atas tu! Sediakan kain atau tisu sebagai langkah berjaga-jaga!

p/s – Aku tak upload yang lebih hot dari ini, takut-takut kamu semua berdarah hidung nanti! Terima kasih kepada Nai sebab memberikan aku idea untuk buat entri kali ini.


BARANGAN-BARANGAN ITALY SUDAH PUN DILELONG MURAH

Sejak Piala Dunia berlangsung bermula pada pertengahan Jun yang lalu telah membawa satu perubahan kepada penulisan yang aku hasilkan. Bermula dari itu jugak, penulisan aku berkisar dengan dunia bola, demam bola dan Piala Dunia barangkali. Ok, kali ini aku mahu menulis sedikit mengenai nasib kepada item-item dari pasukan Italy. Lihat gambar di bawah ini.

50% OFF

Selepas beberapa hari pasukan Italy disingkirkan dari pentas Piala Dunia, pasukan ini yang juga mendapat kedudukan yang terburuk di dalam kumpulan telah dicemuh seolah-olah “orang tua yang tidak diperlukan”. Di Johannesburg, banyak kedai yang menjual peralatan dan pakaian sukan berjenama telah menurunkan harga sehingga sanggup memberi diskaun sehingga 50% pada jacket-jacket, jersi dan lain-lain barang yang berkaitan dengan pasukan Italy. Sungguh menyedihkan.

p/s – Siapa-siapa yang masih berada di Afrika Selatan boleh aku kirim sesuatu?? Aku tak mahu baju-baju Italy, aku mahu awek-awek Italy..boleh??


PIALA DUNIA DAN FESYEN RAMBUT..DUA PERKARA YANG TAK DAPAT DIPISAHKAN!

Selain menjadi salah satu acara terbesar di dunia dalam acara sukan, Piala Dunia juga menjadi lokasi bagi pertunjukkan fesyen rambut yang “super kewl”, “wacky” dan yang sewaktu dengannya, mungkin kerana dengan sentuhan futuristik atau untuk mengimbangi bola “jambulani” rekaan terbaru itu, banyak pemain berlumba-lumba untuk mengetengahkan fesyen atau “style” rambut terbaru mereka. Sejak dari dulu lagi kita pasti dapat melihat fesyen rambut Mohawk yang diketengahkan oleh si Beckham, rambut separuh di depan dan belakang botak, karya Ronaldo dari Brazil dan pelbagai lagi. Sekarang, mari kita lihat jenis rambut yang mereka gayakan pada Piala Dunia 2010 kali ini.

Rigobert Song, Cameroon

Pemain yang berusia 33 tahun ini mengayakan fesyen rambut dreed lock perang berkarat. Sekali pandang seolah-olah “predator” sedang bermain bola, lihatlah gaya rambutnya dan kulit badannya…mungkin bagi si Rigobert, ini adalah hasil seni yang wajar dipertontonkan ketika beraksi di atas padang. Berapa bintang mahu bagi?

Bacary Sagna, Perancis

Rambutnya dipintal-pintal dan diwarnakan sedikit dengan warna perang dihujungnya. Kamu mahu cuba buat begini untuk ke pejabat? Cuba buat, dan tunjukkan wajah baru kamu depan bos kamu yang cengei.

Nicklas Brendtner, Denmark

Rambut mamat ni nampaknya menonjolkan muka dan sikap yang angkuh.Dengan rambut yang seakan-akan Mohawk, rambut Faux-hawk ini pastinya nampak akan lebih cocok sekiranya kamu bersikap berlagak, hidung tinggi dan angkuh. Agak kool jugak rambut jenis ini bukan? Mahu cuba?

Gervinho, Ivory Coast

Kombinasi dari beberapa jenis style rambut yang ada. Tapi bagi aku, mamat-mamat berkulit hitam aka negro, lebih sesuai jika dibotakkan sahaja…lebih kewl. Lihatlah rambut si Gervinho ni…macam pelik!

Marek Hamsek, Slovakia

Rambut yang agak ganas dan merbahaya. Tajam, dan berduri…mampukah “Jambulani” bertahan dari tandukan Marek?

Valon Bahrami, Switzerland

Rambut yang biasa-biasa sahaja. Entah kenapa aku masukkan juga.

Carlos Puyol (kanan), Sepanyol

Rambut berbentuk mop ini amat sesuai digunakan dikala kecemasan ketika lantai dapur kotor!

Pasukan Portugal

Aku nak katakan yang mereka sesuai buat band boy..ke boy band? Portugal N’Sync! Atau Portugal West Life?!Lihat satu persatu gaya rambut mereka!

Lionel Messi, Argentina

Duduk bersimpuh di padang, sungguh sopan. Lihat rambutnya..sedikit keanak-anakan dengan muka yang sangatlah tidak bersalah!

“Tolong jangan apa-apakan saya, saya masih teruna”…ujar Messi seraya merayu agar dirinya tidak dirogol.

Hassan Yebda, Algeria

Sejemput jambul di depan dan botak di kiri dan kanan kepala. Pengaruh Joe Jambul barangkali?

Djibriel Cisse, Perancis

Ada sapa-sapa mahu cuba buat begini? Tepuk dada, tanya selera. Selepas ini, Ulltraman Cisse akan menyelamatkan dunia!!!

p/s – Aku rasa, Piala Dunia juga tempat melahirkan pragawan dan model-model secara tak sengaja!


KES KECURIAN SELUAR DALAM DI PIALA DUNIA

Siapa sangka pekerja hotel sanggup mencuri seluar dalam pemain-pemain England. Kejadian ini dilaporkan berlaku di hotel mewah Johannesburg tempat dimana pemain-pemain England menginap. Mereka dipercayai mencuri baju, medal, peralatan peribadi pemain termasuklah seluar dalam! Jurucakap polis Afrika Selatan, Junior Metsi berkata, sebanyak 500 pound turut ditemui hasil dari siasatan yang telah dilakukan.

Pencuri ini kebanyakkannya dipercayai meminati hiasan dan “souvenirs” seperti baju jersi pasukan Amerika Syarikat yang “ditukar ganti” antara pemain England dan Amerika. Medal dan anugerah yang diberi oleh FIFA juga dilaporkan turut hilang. Kejadian ini dilaporkan telah berlaku sepanjang perlawanan Piala Dunia ini dan pihak polis telah menerima laporan dari pasukan England berkaitan hal ini. Hasil dari kecekapan pihak polis, kes ini telah berjaya diselesaikan dalam jangka masa satu hari dengan mencari suspek yang terlibat di hotel itu. Suspek akhirnya dikesan berhampiran lokasi hotel tersebut di Rustenburg, timur laut Johannesburg.

“Kesemua barang dan hasil curi telah ditemui dan suspek kini berada di dalam lokap untuk siasatan lanjut” menurut kata Metsi

Pada hari ahad lalu, Mahkamah telah menjatuhkan hukuman kepada 5 orang pekerja hotel di atas kesalahan yang sama dengan memenjarakan pesalah serta setiap dari mereka didenda sebanyak 6,000 Rand. Setakat ini, Metsi tidak memberitahu dan mendedahkan mangsa yang terlibat dalam kes ini. Sue Cook, pegawai yang terlibat dalam menyelesaikan kes ini bercakap, pengurus hotel akan memastikan bahawa kes seperti ini tidak akan berulang dan berlaku lagi pada masa hadapan. Dengan kecekapan polis untuk bertindak balas dalam masa yang singkat setiap kes seperti ini bukan menjadi satu masalah untuk diselesaikan


BRAZIL DAN PORTUGAL, SATU PERTEMBUNGAN YANG MENARIK

Barisan Pasukan Brazil

Walaupun banyak team-team hebat dan power telah kalah dan meninggalkan gelanggan Piala Dunia, yang pastinya perlawanan antara Portugal dan Brazil akan membawa satu kelainan dan menjanjikan pertembungan skill, asakan bola di mana kedua-dua pasukan ingin mencari kemenangan dan ingin saling menumpaskan antara satu dan lain.

“Ianya bakal menjadi satu perlawanan yang hebat untuk kita dan kesemua peminat dan pencinta bola sepak” menurut kata jurulatih bola sepak Brazil, Dunga.

Tidak memeranjatkan, di mana kedua-dua pasukan mempunyai hubungan budaya dan sejarah yang agak rapat dan hampir mempunyai persamaan, pertembungan antara Brazil dan Portugal adalah salah satu perlawanan Piala Dunia yang amat hebat! Brazil kini di tangga pertama di dunia manakala Portugal pula berada di rangking ke tiga.

“Tumpuan seluruh dunia telah berarah dan amat fokus kepada perlawanan ini, dengan melihat mutu dan kualiti pemain yang terlibat antara kedua-dua pasukan. Menurut jurulatih Portugal, Carlos Quieroz,”Ini semua adalah berkaitan dengan keindahan sukan bola sepak itu sendiri, kualiti dari segi permainan dan juga kreativiti pengawalan bola yang bakal ditonjolkan oleh pemain, ianya satu seni yang indah!”

Bagi aku, aku juga amat bersetuju dengan apa yang dikatakan oleh kedua-dua jurulatih itu, kemungkinan ianya adalah satu perlawanan yang indah dan hebat. Tetapi, jangan terlalu teruja, mungkin ianya tidak seperti yang diharapkan. Perlawanan kali ini, Brazil tidak menurunkan Kaka, ini kerana beliau telah dikeluarkan pada minit ke 88 ketika Brazil menang ke atas Ivory Coast 3-1 yang menyebabkan beliau telah “dibann” ketika pertembungan dengan musuh Real Madridnya Christiano Ronaldo.

Menurut midfilder Brazil, Tiago…”Brazil tidak ada masalah untuk mencari pengganti Kaka, dan Brazil memiliki skuad yang kuat!” tambah beliau, ” Kita ada pemain lain untuk posisi itu”.

Julio Baptista dan Daniel Alves ketika berlatih pada hari Rabu yang lepas menunjukkan yang mereka boleh menggantikan tempat Kaka dan Elano, yang masih cedera pergelangan kaki kiri ketika menentang Ivory Coast. Dunga masih berkira-kira untuk mencari pengganti Kaka.

“Dia sudah pun bermain di Copa Amerika. Dia hebat di tengah dan ketika bermain di atas. Dunga menambah..” Kaka adalah pemain yang unik, tetapi Baptista adalah pemain yang baik”. Di pihak Portugal, yang tercedera adalah pemain tengah Deco dan Rube Amorim. Kedua-dua jurulatih mengharapkan Stadium Moses Mabhida akan cukup baik untuk perlawanan ini.

Apa yang perlu dijaga dan diperhatika adalah Kapten Portugal, Christiano Ronaldo. “Tanpa ragu-ragu, beliau adalah pemain yang hebat dan banyak mencipta langkah dan peluang yang cantik untuk pasukan Portugal” menurut kata Kapten Portugal, Lucio. “Kita perlu mencuba untuk bertahan habis-habisan dan perlu tolong menolong antara satu sama lain dan sentiasa fokus!”. “Kita mesti memberi sepenuh perhatian kepada pemain seperti Ronaldo dan juga pemain-pemain yang lain”

Brazil telah berjaya mengalahkan Korea Utara dan Ivory Coast dan tempatnya untuk pusingan yang ke 16. Sekarang mereka ingin melangkah ke hadapan lagi dan menjadi yang teratas di Kumpulan G dan mengelak sebarang kemungkinan perlawanan antara team favourite seperti Sepanyol di pusingan akan datang.

Portugal di tempat kedua di dalam Kumpulan dengan 4 mata selepas bermula perlawanan dengan seri 0-0 menentang Ivory Coast dan berjaya mengumpul mata dengan “melaukkan” Korea Utara. Ini menunujukkan, seri sahaja sudah cukup baik untuk melayakkan mereka ke pusingan seterusnya.

“Portugal mesti memperbanyakkan serangan bagi menjamin mata di dalam Kumpulan” Dunga berkata. “Skill passing dan kawalan bola yang cantik telah memberi reputasi yang lain kepada Portugal iaitu “Brazil Eropah”. Pasukan itu juga mempunyai 3 orang darah kelahiran Brazil, iaitu pertahanan, Pepe, pemain tengah, Deco dan penyerang, Liedson. Deco kini masih belum pulih sepenuhnya dan tidak boleh bermain sehingga di sahkan benar-benar berkeupayaan, sehat dan pulih sepenuhnya. Ketiga-tiga bintang ini, telah mendapat kerakyatan Portugal dan menjadi “Portugis” apabila mereka tidak berpeluang untuk beraksi bagi mewakili Brazil.

Brazil telah memenangi Kejohanan Piala Dunia sebanyak 5 kali, manakal Portugal mendapat tempat ke-3 pada tahun 1966 dan tempat yang terbaik bagi mereka adalah layak ke semifinal 4 tahun yang lalu di Jerman dengan kekalahan pada Perancis 1-0. Brazil telah memenangi 12 kali dari 18 pertembungan dengan Portugal tetapi pasukan ini hanya pernah bertembung sekali sahaja ketika Piala Dunia 1966. Pada ketika itu, Portugal di bawah pimpinan Eusebio mengalahkan Brazil dan sekaligus tersingkir dari Kumpulan. Walaubagaimanapun, kali terakhir mereka bertemu, Brazil mengalahkan Portugal 6-2 di Sao Paolo.

Queiroz berkata …” Kami masih ingat, kami dibelasah teruk ketika itu”

Barisan Pasukan Portugal

p/s – Kita tonton, apa yang berlaku malam ini!

Keputusan perlawanan pada malam ini…Selepas 90 minit menonton….

Brazil      0         –        0           Portugal


TRUMPET PLASTIK VUVUZELA

Jika kamu fikirkan bahawa lagu-lagu rasmi piala dunia yang terkni seperti Weavin Flag dan lain-lain agak ‘kool’ dan mengairahkan serta membingitkan suasana…ternyata kamu silap! Sebenarnya ada yang lebih mengujakan dan merangsang adrenalin kamu untuk mendengar satu lagi bunyi-bunyian. Jadi, bersediakah telinga kamu untuk mendengar bunyi yang dikeluarkan oleh Vuvuzela yang panjangnya 3 kaki, dengan 127-decibel kekuatan bunyi…ternyata bunyi yang dikeluarkan dari Vuvuzela adalah sesuatu yang meledakkan gegendang telinga. Bunyinya lebih kuat dari mesin gergaji, lebih kuat dari hon kereta, dan memounyai bunyi yang lebih teruk dari wisel pengadil.

Jika kamu tak percaya, lihat gambar di bawah ini.

Untuk pengetahuan kamu, penonton di Afrika Selatan telah melakukan perkara ini sejak di awal 1990an lagi di mana mereka percaya dengan meniup Vuvuzela ianya akan dapat menganggu konsentrasi pihak lawan serta pada masa yang sama dapt meniupkan semangat di kalangan pemain dari pasukan mereka. Ketika ramai penonton televisyen di seluruh dunia merungut mengenai bunyi bingit vuvuzela sepanjang perlawanan Piala Dunia 2010, serunai tradisi masyarakat Afrika Selatan itu mulai popular di seluruh dunia. Trumpet yang diperbuat dari plastik ini dipercayai mendapat nama Vuvuzela adalah dari bunyi ‘vuvu’ yang dikeluarkan setelah ianya ditiup.

Penterjemahan dari kaum Zulu, yang menyatakan maksud trompet itu sendiri mambawa maksud ‘alat yang ditiup’ telah menjadi salah satu perkara wajib dan telah menjadi budaya dari kalangan penyokong-penyokong atau penonton Afrika Selatan ketika menonton perlawanan dan ianya telah dimulakan sejak perlawanan Rugby di negara tersebut sekitar awal 1990an.

Pengaruh Vuvuzela di Luar Afrika Selatan

Jualan serunai panjang yang mampu membuat bising 127 decibel itu semakin laris selepas Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) semalam menolak gesaan mengharamkan vuvuzela di dalam stadium. Di Britain, permintaan alat tiupan itu bertukar menjadi demam vuvuzela apabila banyak pasar raya mendakwa 22,000 buah serunai tersebut dijual dalam tempoh 12 jam menjelang perlawanan England bertemu Amerika Syarikat Ahad lalu.

Beberapa rangkaian pasar raya besar menempah 25,000 alat itu setelah mendapati setiap unit vuvuzela berjaya dijual setiap dua saat. Sementara itu, laman web runcit talian Amazon menyatakan jualan serunai tersebut meningkat sehingga 1,000 peratus.

Carta popular iTunes Apple pula merekodkan beberapa laman muat turun bunyi daripada alat muzik itu. Antaranya, satu laman web yang dikenali sebagai Vuvuzela 2010 telah mencatatkan muat turun lebih 750,000 kali.Firma Van Schalkwyk pula memberitahu, mereka telah menjual vuvuzela yang diubah suai daripada asalnya tanduk lembu kepada serunai plastik. Ia dijual pada harga semurah £2.50 (RM12) di seluruh Eropah sejak Oktober tahun lalu.Setakat ini, lebih 1.5 juta unit vuvuzela berjaya dijual di seluruh benua tersebut. Di Afrika Selatan sahaja, jutaan unit alat tersebut sudah dijual sebelum kejohanan bola sepak terbesar di dunia itu berlangsung.

p/s – Aku nak beli sebijik dan kalau ada mana-mana kereta yang cuba potong aku di jalan raya secara tak berhemah, memang kena la tiupan dari Vuvuzela aku!


KEPUTUSAN PERLAWANAN KOREA UTARA LWN PORTUGAL

Malam ini aku berkesempatan menonton perlawanan Piala Dunia bersama keluarga. Air Milo panas dan biskut kering adalah menu wajib bagi aku, kerana dengan “makanan tambahan” ini semangat menonton perlawanan bola akan muncul. Korea Utara yang serba Putih menentang Portugal, bekas penjajah negara kita yang tercinta ini. Malam ini, aku tidak berpihak pada Portugal antara sebab utamanya kerana mereka adalah negara yang pernah menjajah kita dan yang ke-duanya adalah disebabkan kelibat Ronaldo! Entah kenapa aku tak berminat dengan Ronaldo. Walaupun kini beliau tidak lagi bersama MU dan telah berpindah ke Kelab Real Madrid aku tetap tidak berminat pada mamat ini. Kekadang aku terfikir, budak-budak perempuan yang menyokong MU oleh kerana Ronaldo, adakah mereka beralih arah menyokong Real?sanggupkah mereka memakai jersi Real dan menyokong Ronaldo di kedai mamak? Mungkin tidak!

Buat pertama kali, entri aku kali ini berkisar pasal sukan bola sepak. Entri kali ini juga, aku cuba mengulas mengenai sukan bola sepak. Aku bukan pengulas sukan yang pro seperti Pak Hasbullah Awang. Juga bukan seperti Shauki Kahar pengulas sukan di RTM itu. Aku juga tidak punya bakat seperti Martin Tyler, si pengulas sukan yang tersohor itu. Jadi, jika kamu mahu baca..sila teruskan..cuma deskripsi ringkas berkaitan perlawanan Korea Utara menentang Portugal. Itu sahaja.

Perlawanan kali ini berlangsung di Stadium Green Point dengan berkesudahan 7-0 di mana Portugal telah berkenduri gol dengan menyumbatkan 7 gol ke gawang Korea Utara. Di awal perlawanan, boleh dikatakan agak sengit kerana pasukan masing-masing berupaya menunjukkan persembahan dengan baik. Ini ditunjukkan dengan asakan demi asakan ke gawang gol masing-masing dengan rembatan bola yang tepat arah gol lawan. Pada separuh masa pertama Portugal sudah berjaya membolosi gawang gol Korea Utara. Di separuh masa ke-dua, “tuah” lebih berpihak kepada Portugal di tambah lagi dengan kecuaian dan kelalaian pasukan Korea untuk mengawal bola dengan baik. Akhirnya, Korea Utara dibaham dengan rakus oleh Portugal. Mungkin, kalau menggunakan senjata berat dan teknologi militer pasti ianya akan didominasi oleh Korea. Mungkin Korea Utara kurang motivasi kerana Pak Cik Kim Jung ill tidak hadir ke Afrika Selatan untuk memberi kata-kata semangat kepada mereka.

Ronaldo (yang aku tak minat dan tak sokong) akhirnya berjaya menjadi perobek gawang gol yang terakhir di akhir-akhir babak yang cukup menggembirakan (bagi penyokong Portugal) dan menyedihkan (bagi Korea Utara). Keputusan perlawanan ini telah melayakkan Portugal untuk memasuki pusingan yang ke-dua bersama-sama dengan Brazil. Jurulatih Portugal, Carlos Quieroz menyatakan bahawa pendekatan perlawann ini telah berjaya diikuti rentaknya oleh pemain-pemainnya yang bertindak seperti yang dirancangkan iaitu “win, score goals and look at the standings”. Portugal kini ketinggalan 2 mata di belakang Brazil di mana, mereka bakal bertemu jika berpeluang ketika di perlawanan berikutnya. Perlawanan kali ini sungguh mengujakan kerana Korea Utara telah “disayurkan” oleh Portugal di bawah siraman hujan dan padang yang basah. Sungguh kecewa bagi Korea Utara! (termasuklah aku) Maka hancurlah juga hati warga Asia.

Berikut adalah nama-nama perobek gawang gol Korea Utara;

Raul Meireles 29, Simao Sabrosa 53, Hugo Almeida 56, Tiago 60, 89, Liedson 81, Cristiano Ronaldo 87

Barisan pemain bagi Korea Utara;

1-Ri Myong-guk; 5-Ri Kwang-chon, 2-Cha Jong-hyok (16-Nam Song-chol 75), 13-Pak Chol-jin, 3-Ri Jun-il, 8-Ji Yun-nam, 11-Mun In-guk (15-Kim Yong-jun 58), 17-An Yong-hak, 4-Pak Nam-chol (6-Kim Kum-il 58), 10-Hong Yong-jo, 9-Jong Tae-se.

Barisan pemain bagi Portugal;

1-Eduardo; 13-Miguel, 2-Bruno Alves, 6-Ricardo Carvalho, 23-Fabio Coentrao, 16-Raul Meireles (14-Miguel Veloso 70), 8-Pedro Mendes, 19-Tiago, 7-Cristiano Ronaldo, 11-Simao Sabrosa (5-Duda 74), 18-Hugo Almeida (9-Liedson 77).

Pengadil;

Pablo Pozo (Chile)

p/s –  Kita lihat, ada tak wakil Asia ke perlawanan yang seterusmya.


JANJI ONE MALAYSIA

Entri kali ini tiada kena mengena dengan One Malaysia atau 1 Malaysia DS Najib Tun Razak.

Pada dasarnya, waktu GMT atau Greenwich Meridian Time Malaysia adalah 8 jam lebih. Malangnya, kita selalu menggunakan MRT. Aku bukan bermaksud Mass Rapid Transit tetapi ianya membawa maksud Malaysian Rubber Time atau Waktu Getah Malaysia (waktu berlengah-lengah). MRT pula secara kasarnya akan berjalan antara 20 minit hingga 2 jam lebih lewat di belakang GMT. Pengeluaran getah kita adalah begitu tinggi hinggakan ianya memberikan kesan kepada pengurusan masa kita. Kita menggunakan masa getah kita ini umpama Elastigirl di dalam The Incredible!

Dalam kes ini aku boleh tunjukkan satu contoh yang agak baik dan biasa-biasa berlaku serta tipikal di kalangan rakyat Malaysia.

Ok, selalunya kita akan mudah berjanji untuk pergi ke satu tempat pada masa yang telah ditetapkan. Tetapi kita terlewat sedikit kerana terpaksa menghantar/melakukan/saja-saja lewat/terlibat menguruskan sesuatu yang lebih penting sebelum pergi ke tampat yang dijanjikan. Ambil contoh ini, ke kedai makan dan perlu berada di sana pada jam 9 malam.. tiba-tiba telefon bimbit kamu berbunyi.

“Ya…ya…aku on the way ni..10 minit lagi sampai” memberi alasan kepada teman yang sedang menunggu sedangkan kamu belum pun gerak ke sana!

Sekali lagi 20 minit kemudian telefon berbunyi lagi dan buat ke sekian kalinya kita akan memberi alasan ini..”Sorry lah…sangkut kat jem nih..lagi 10 minit aku sampai”. Ok, aku rasa situasi sebegini hampir keseluruhan rakyat Malaysia pasti pernah melalui saat seperti ini termasuklah aku.

Tetapi jika kamu terlibat/menghadiri/mengorganize majlis-majlis rasmi dan membaca buku aturcara program selalunya atau kebiasannya susun atur jadual adalah seperti berikut:

9:30 a.m.   – Ketibaan tetamu

9.45 a.m.    – Ketibaan tetamu kehormat

10.00 a.m. – Ketibaan orang kenamaan

10.15 a.m    – Bacaan doa/ ucaptama dll


Tetapi pada hakikatnya, program yang berjalan adalah seperti ini!

9.45 a.m.    – Ketibaan tetamu

10.00 a.m. –  Ketibaan tetamu kehormat

10.15 a.m.   – Ketibaan orang kenamaan

10.30 a.m.  – Bacaan doa/ ucaptama dll


Jika kita sebagai tetamu yang biasa-biasa sudah pastilah akan menghadirkan diri ke majlis rasmi tersebut seawal yang mungkin memandangkan ada tetamu kehormat dan orang kenamaan bakal untuk pendaftaran dan sebagainya. Jadual sebigini dibuat kerana tetamu yang biasa-biasa ini adalah diperlukan datang awal dan untuk menunggu ketibaan orang kenamaan kerana masa vip dan vvip ini adalah “lebih bernilai” dari yang tetamu yang biasa-biasa, lainlah jika kamu sebagai tetamu yang suka melanggar segala konsep protokol ini. Ambil contoh mudah, di karpet kuning/merah ketika orang kenamaan sedang berjalan di situ dengan sambutan yang hangat dan pada masa yang sama, kamu juga turut serta berada di situ berjalan di belakang membuntuti orang kenamaan tadi. Berani kamu berbuat begitu?

p/s – Janji melayu ke, cina ke, india ke sama sahaja..aku rasa term janji melayu perlu diubah kepada “Janji One Malaysia”


MASJID SULTAN MIZAN ZAINAL ABIDIN A.K.A MASJID BESI

Sebenarnya sudah beberapa kali jugak aku cuba untuk menulis tentang Masjid Sultan Mizan Zainal Abidin atau pun lebih dikenali sebagai “Masjid Besi” di kalangan pengunjung, tetapi sering terhalang. Unruk pengetahuan kamu semua, hampir setiap kali solat Jumaat, aku dan rakan-rakan sepejabat akan bersolat di masjid ini. Walaupun agak jauh dari pejabat tapi agak berbaloi untuk ke sana maklumlah dengan persekitaran yang unik dan “segar” bersolat di situ akan lebih bermakna. Sebentar tadi, aku dan keluarga sempat bersolat di sana dan pada ketika itu begitu ramai muslimin dan muslimat bersolat bersama secara jemaah tidak kira pengunjung tempatan dan luar negara.

Cuma aku agak terkilan sedikit dengan faktor keselamatan pengunjung dan juga dari segi kebebasan ruang bersolat antara lelaki dan perempuan. Ruang solat bagi perempuan bercampur dengan lelaki dan ada juga pengunjung perempuan yang masuk ke masjid dengan tidak mematuhi etika pemakaian. Ada yang tidak bertudung, ada juga yang berseluar jeans ketat paras bawah lutut, ada juga yang memakai baju sendat dan ketat sehingga menampakkan bentuk tubuh. Sewajibnya, rumah ibadat seperti itu perlulah dikawal dan dijaga rapi. Selain itu, dari segi etika pemakaian, ramai pengunjung yang tidak mematuhi etika pemakaian dan tidak menutup aurat. Mereka perlulah diberikan jubah khusus sebelum dibenarkan memasuki masjid atau ke dewan solat utama.

Pengawal juga tidak kelihatan di setiap pintu utama masjid, persoalannya…kemanakah mereka semua? Dari segi kebersihan tandas…walaupun masjid ini baru sahaja dirasmikan oleh DYMM Sultan pada Jumaat yang lepas tanggal 11 Jun 2010 tetapi tandas seperti tidak dijaga rapi, agak kotor dan berbau…adakah tandas ini tidak diselia dan diselenggara dengan baik? Di tempat wudhu’ lelaki pula, kelihatan banyak kepala-kepala paip yang tertanggal, begitu mudah sejakali ianya rosak. Aku sering terfikir, adakah pengguna kita ini ganas atau kepala paip itu adalah dari bahan yang tidak berkualiti? Errrr…mungkin juga ada unsur-unsur rasuah?? Seharusnya pihak berwajib perlu mengambil tindakan yang sewajarnya untuk menyelesaikan masalah ini.

Cukup dengan sedikit komen aku terhadap masjid ini, di sini juga aku nak selitkan info-info mengenai masjid besi ini seperti hal ehwal pembinaan, struktur dan lain-lain.

Masjid Sultan Mizan Zainal Abidin diambil sempena nama Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong XIII, Al-Wathiqu Billah Tuanku Mizan Zainal Abidin Ibni Al-Marhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah. Mula dibina pada 5 April 2004 dan telah diserahkan pengurusannya kepada pihak Jabatan Kemajuan Islam Malaysia  (JAKIM) pada 19 Ogos 2009. Masjid ini terletak di Presint 3, Putrajaya bersetentangan Istana Kehakiman atau “Palace Of Justice”. Lokasi masjid yang strategik dan menarik, di tepi tasik Putrajaya akan menjadi tarikan pengunjung dalam dan luar negara. Kilauan dan limpahan cahaya lampu pada waktu malam pastinya akan membuatkankan pemandangan bertambah indah bagi pengunjung yang menginginkan kedamaian dan ketenangan jiwa.

Masjid ini boleh memuatkan 20,000 orang jemaah dalam satu-satu masa dibina untuk tujuan sebagai pusat ibadat yang selesa dan pusat perkembangan ilmu kepada masyarakat sekitar dan luar negara. Juga diharapkan turut berperanan dalam menyebarluaskan usaha dakwah serta menjadikannya sebagai sebuah institusi pelancongan ibadah antarabangsa. Masjid yang bernilai RM 200 juta ini merupakan satu-satunya masjid yang pembuatannya menggunakann 6000 tan besi atau 70 peratus bahan binaan dengan baki 30 peratus konkrit. Komponen utama pembinaan masjid ini ialah bangunan masjid dan “Kiblat Walk” iaitu laluan pejalan kaki yang menghubungkan Kompleks Perbadanan Putrajaya (PJC) dengan masjid ini.

Masjid Sultan Mizan Zainal Abidin mempunyai 3 konsep rekabentuk iaitu “angin, sederhana dan telus”. Bahagian dalam dewan solat utama tidak menggunakan kipas atau penghawa dingin sebaliknya menggunakan “teknologi gas penyejuk udara” atau “Gas District Cooling”. Berhampiran ruang utama turut dikelilingi kolam air yang sudah tentumembuatkan para pengunjungdapat menikmati suasana udara segar yang dingin dan nyaman. Rekabentuk dalaman yang unik masjid ini, dengan tulisan ayat-ayat Al-Quran yang dilakarkan dalam lapisan kaca setinggi 13 meter yang ideanya terhasil daripada campuran kesenian Jerman dan China. Bahagian kanan cermin dinukilankan ayat 40-47 surah Ibrahim manakala dibahagian kiri ayat 148-153 surah Al-Baqarah. Pintu utama menuju ke ruang solat utama pula kelihatan ayat 80 surah Al-Isra’ dan pintu gerbang utama diperbuat daripada binaan konkrit putih yang dilatari tulisan kaligrafi nama Asma’Ul-Husna.

Kubah masjid ini diperbuat daripada besi tahan karat, dewan solat utama dikelilingin dengan marshrabiyah screen yang terdiri daripada “lattice” dan “architectural” metallic wailling screen yang berfungsi sebagai telus cahaya dan angin. Selain itu, masjid ini menggunakan teknologi ultrasonic sebagai penghalau burung daripada memasuki masjid. Kesemua ini, menjadikan masjid besi ini mempunyai identiti tersendiri. Senibinanya dibina tidak mengikuti senireka Arab sebaliknya campuran senibina dari Jerman dan China. Idea seni yang memperlihatkan kalimah ” ALLAH”  daripada pandangan bawah bahagian dalam kubah. Selain itu, masjid ini tidak mempunyai menara berbanding dengan mana-mana masjid.

p/s – Selepas bersolat berjemaah, kami sekeluarga pergi ke kedai makan untuk menyambut hari bapa. Sebelum berkunjung ke masjid kami sekeluarga ke majlis perkahwinan saudara di Daerah Kuala Pilah. Credit photo to Ahmad Sharidan.

Selamat Hari Bapa, ayah!!


KISAH TOM TOM BAK

Entah kenapa aku begitu terpanggil untuk menulis rancangan Tom Tom Bak, setelah aku menonton iklan kommersialnya di kaca TV sebentar tadi.  Sejurus daripada itu, terus aku mendapat idea untuk menulis mungkin juga memberi sedikit kutukan, pandangan, pendapat dan kritikan kepada rancangan Tom Tom Bak. Rancangan ini sama sekali tidak dihostkan oleh Tom Cruise, juga tiada unsur-unsur rancangan memasak Tom Yam. Tom Tom Bak (TTB) adalah rancangan aneka ragam dan bakat kanak-kanak yang bersiaran selama setengah jam setiap Ahad bermula pada 24 Jun 2007 di saluran Astro Ceria (Saluran 611). Rancangan ini dihoskan oleh pengacara terkenal dan popular di Malaysia, Aznil Hj Nawawi atau Uncle Aznil sambil diserikan pengacara cilik adik Haziq.

TTB mempunyai 4 slot rancangan iaitu, Siapa dia?, Jom borak, Ada Bakat ke?, Jeng Jeng Jeng dan segmen terbaru Anmum Essesntial EJA (segmen terbaru ini diwujudkan selepas segmen Siapa Dia dimansuhkan). Di setiap segmen ini pasti akan melibatkan kanak-kanak yang comel dan manis-manis belaka dengan pelbagai keletah dan ragam. Dari penelitian aku, rancangan TTB ini tercetus daripada salah satu slot dalam Rancangan Macam-Macam Aznil iaitu ketika segmen bersama dengan kanak-kanak. Sama seperti Macam Macam Aznil yang merupakan hiburan ringan buat golongan dewasa, TTB boleh dikatogerikan sebagai hiburan ringan bagi kanak-kanak dan dari penelitian serta perbincangan secara tidak formal dengan beberapa orang responden, ramai beranggapan bahawa TTB umpama mini Akademi Fantasia bagi kanak-kanak. Kenapa aku berkata begitu?

Ini kerana, tidak lain dan tidak bukan rancangan ini hanya menyelitkan seratus-peratus hiburan kepada kanak-kanak. Di manakah proses perkembangan idea dan minda seperti yang di tunjukkan dan dicanangkan pada setiap iklan komersial yang ditaja oleh syarikat susu “Anmum Essenstial dengan Ganglionsida”. Apa yang kamu nampak dari rancangan ini? Di sini aku mahu ulaskan serba sedikit tentang rancangan “Mini AF” ini berdasarkan setiap segmen di dalam TTB ini.

1- Siapa Dia?

Di dalam segmen ini, kita dikehendaki untuk cuba meneka watak apa yang di bawa oleh kanak-kanak ini. Ada yang akan membawa watak seorang guru, doktor, artis, mat rempit, penyanyi dan pelbagai lagi. Pada dasarnya, setiap dialog yang diutarakan seperti berbunyi kasar, kadang-kadang gaya menjawab kanak-kanak ini agak kurang ajar (maaf, agak kasar) dan seperti mengada-ngada. Adakalanya, kanak-kanak ini bersikap kurang hormat kepada orang yang lebih tua (di dalam konteks ini Uncle Aznil). Ini amat dikesali kerana ianya dikhuatiri bakal mempengaruhi kanak-kanak yang menonton untuk meniru dan cuba beraksi seperti apa yang ditonotn olehnya. Adakah dengan segmen begini kita mahu mendidik anak-anak kita? Aku tak rasa begitu, dan seharusnya panel penggubal skrip perlu lebih teliti dan berhati-hati ketika menggarap skrip bagi segmen ini. Apa pendapat kamu?

2. Jom Borak

Di dalam slot ini, kanak-kanak yang dijemput hadir perlu berkongsi pendapat masing-masing melalui proses perbincangan dan interaksi dengan hos program ini. Melalui slot ini, kebanyakkan isu yang dibincangkan lebih kepada isu yang tidak menjana minda dan kadang-kadang isu-isu seksualiti juga diselitkan. Perlukah pendedahan tentang seks diberikan kepad kanak-kanak yang umurnya dalam lingkungan 5-10 tahun atau belum mumayiz? Perlukah isu-isu yang sama diulang berkali-kali sebagai contohnya tentang artis itu dan ini dan kadang-kadang aku sudah naik mual dengan jawapan kanak-kanak ini yang apabila ditanya mahu menjadi apa apabila besar nanti jawapan paling popular adalah “Mahu jadi penyanyi…..” WTF!!!. Betapa terkesannya dunia hiburan kepada anak-anak kecil ini. Yang keduanya, adakala make-up dan pakaian yang dipadankan untuk kanak-kanak ini seperti berlebih-lebihan dan mengalahkan seorang artis! Perlukah? Mungkin bagi ibu bapa peserta yang terlibat tidak kisah apa jua pakaian yang dipadankan kepada anak-anak mereka, tetapi kita sebagai orang dewasa yang tahu baik dan buruk serta kesan positif dan negatif kepada anak bangsa kita, perlulah punya sikap bertanggungjawab dan membantu untuk menyerapkan nilai-nilai murni dan pendidikan yang baik kepada mereka. Bukankah orang tua-tua pernah berkata “Melentur buluh biar dari rebungnya” serta “Kerana nila setitik, rosak susu sebelanga”.

3. Ada Bakat Ke?

Di dalam segmen ini kanak-kanak yang terlibat bakal menunjukkan bakat masing-masing. Oh yaaa!! kebanyakkannya bakat dalam bidang hiburan..sebagai contoh, menyanyi,menari, shuffle, menyanyi, menari, berjoget, rapping, berlakon, menari, bermain alat muzik, menyanyi, shuffle dan menyanyi. Huburan dan hiburan dan hiburan serta hiburan. Kenapa? Tidak adakah bakat lain yang boleh ditonjolkan seperti bakat dalam bidang sukan, dalam bidang seni bela diri, bercerita, bidang rekacipta, sains dan lain-lain. Jadi kenapa hanya hiburan, nyanyian dan tarian yang acap kali ditonjolkan? Tepuk dada…tanya selera. Sewajarnya format bagi segmen ini perlu dikaji semula.

4. Jeng Jeng Jeng

Kemuncak pada program ini dimana kanak-kanak yang ada perlu menjerit “WOOOO” bagi memilih peserta yang paling berbakat. Dari apa yang aku perhatikan pada segmen ini, ianya seperti menggalakakn percampuran antara lelaki dan perempuan di kalangan kanak-kanak dan secara tak langsung memberi pendedahan tentang budaya “hendonisme” sejak awal-awal lagi di kalangan kanak-kanak. Lihat sahaja aksi mereka di kalangan penonton, menjerit-jerit, bersorak-sorak dan sebagainya, adakah dengan cara ini untuk memberi pendedahan awal kepada kanak-kanak dengan menerapkan unsur hiburan secara terus-terusan?

5. Anmum Essential EJA

Aku tak mahu komen apa, cuma setakat untuk mengeja A.W.A.N , K.E.R.E.T.A, B.UK.I.T dan lain-lain perkataan mudah yang tidak sesuai serta tidak mengalakkan mereka untuk berfikir secara kreatif dan kritis. Apa kata serapkan sedikit unsur-unsur pertandingan “Spell It Right” (SIR) mungkin boleh diadakan ejaan dalam Bahasa Inggeris, bukan sahaja dapat meningkatkan keyakinan kanak-kanak dalam Bahasa Inggeris, malahan dapat memperkayakan kosa kata bagi kanak-kanak ini. Barulah betul-betul sebuah rancangan yang berfaedah dan punya mutu dalam pendidikan!

p/s – Seharusnya rancangan kanak-kanak seperti Sesame Street perlu diwujudkan di Malaysia. Tahukah kamu, sarjana di barat membuat kajian dan penyelidikan untuk rancangan ini? Rujuk, Karen Barss et al., “Enhancing Education: A Children’s Producer’s Guide: Sesame Street: Case Study“, Corporation for Public Broadcasting (accessed June 29, 2005). Ini salah satu dari penyelidikan atau kajian yang dibuat, tetapi ada banyak lagi kajian dibuat tentang Sesame Street di luar sana. Aku bukan tidak bersetuju dengan TTB, tapi ianya perlulah diformat semula, masukkan unsur-unsur pendidikan serta sentuh sedikit tentang sains dan teknologi agar ianya menjadi rancangan yang bukan sahaja punya punya hiburan tapi ada juga sentuhan yang mampu untuk mendidik anak-anak. Jadikan rancangan “INFO-ENTERTAINMENT


CHIEF RABBINATE COUNCIL / MAJLIS ULAMA YAHUDI

Yahudi adalah bangsa bagi sesuatu kaum, dikalangan mereka juga ada yang beragama Islam, Kristian, Komunis dan sebagainya. Namun, agama rasmi bagi umat Yahudi ialah Judais sepertimana bangsa Melayu amat sinonim dengan agama Islam walaupun ada dikalangan orang Melayu bukan beragama Islam.

Di dalam agama Judais, pembuat keputusan terhadap sesuatu fatwa Taurat ditentukan oleh suatu majlis rasmi yang dianggotai oleh para Rabbi (Gelaran kepada paderi Yahudi) seluruh dunia. Fatwa-fatwa yang diputuskan ini akan meliputi pelbagai aspek yang diamalkan dalam ajaran Nabi Ibrahim a.s. tidak lama dahulu.

Majlis yang bertanggungjawab membuat fatwa untuk seluruh masyarakat Yahudi dipanggil Chief Rabbinate Council (CRC). Di dalam CRC terdapat peringkat-peringkat jawatan yang dipilih secara undian oleh rabbi-rabbi dari seluruh dunia. Pemegang jawatan tertinggi CRC atau ketua bagi semua ulama Yahudi digelar sebagai Rishon L’Tzion.

Jawatan Rishon L’Tzion

Jawatan tertinggi ini dalam majlis ulama Yahudi ini dipilih melalui pilihanraya tertutup yang hanya diundi dikalangan rabbi-rabbi yang hadir. Pemegang jawatan Rishon L’Tzion berkuasa bagi menentukan fatwa untuk sebarang isu-isu yang berlaku didalam masyarakat Yahudi beragama Judais.

Namun begitu, jawatan ini bukanlah mudah untuk disandang, setiap calon yang bertanding untuk jawatan Rishon L’Tzion mesti mengambil ujian penulisan yang ketat. Ujian ini tidak dibuat sambil lewa tetapi dibina berasaskan sebuah kurikulum bersepadu (bukan KBSM) oleh rabbi-rabbi yang berpengalaman.

Sebelum mengambil ujian kelayakan itu, setiap calon mestilah terlebih dahulu menguasai ilmu-ilmu taurat di dalam bahasa Hebrew (bahasa rasmi Israel). Ini bermakna walaupun calon tersebut warga Brazil, ia hendaklah fasih berbahasa Hebrew.

Jika di dalam Islam, seseorang yang mahu bergelar ustaz wajib fasih berbahasa Arab dan mantap dari segi Nahu Sorof serta beberap ilmu asas lain seperti Fekah, Tauhid dan Tasawuf. Manakala agama Judais menetapkan bahasa Hebrew adalah wajib dipelajari disamping beberapa ilmu-ilmu lain.

Berikut ialah kitab-kitab yang perlu dihafal dan dikuasai oleh calon-calon Rishon L’Tzion.

* Bab Hichos Shabbos (8 kitab)
* Bab Hilchos Niddah (4 kitab)
* Bab Hilchos Issur V’Heter (3 kitab)
* Bab Hilchos Mikvaos (1 kitab)
* Bab Hilchos Eruvin (1 kitab)
* Bab Hilchos Aveilus (1 kitab)

Perpecahan Suku Di Dalam CRC

Walaupun orang Yahudi pada dasarnya dilihat bersatu tetapi semangat asabiyah kaum tetap kuat dan menular sehingga ke dalam majlis ulama mereka iaitu Chief Rabbinate Council. Di dalam CRC sekarang, jawatan Rishon L’Tzion diwujudkan 2 kerusi iaitu untuk suku Ashkenazi dan suku Sephardi.

Memandangkan terdapat dua pemimpin dalam satu majlis peringkat antarabangsa maka berlaku juga beberapa perselisihan dari segi membuat keputusan dalam sesuatu perkara. Dua jawatan dalam satu majlis ini telah wujud sejak sebelum penubuhan negara Israel lagi. Kedua-dua suku ini mempunyai latar belakang yang berbeza walaupun menetap di negara yang sama.

Pada masa sekarang, jawatan Rishon L’Tzion bagi suku Ashkenazi disandang oleh Rabbi Yona Metzger manakala suku Sephardi pula ialah Rabbi Shlomo Amar.


(Gambar) Dari kiri; Rabbi Shlomo Amar, Paderi Dr. William dan Rabbi Yonah Metzger

Kontroversi Rabbi Yona Metzger

Beliau yang dilahirkan pada 1953 adalah pemegang kuat fahaman Zionis dan pernah menang 2 anugerah melalui dua buah buku karangannya. Metzger banyak menulis doa-doa untuk dibaca di synagogue (kuil Yahudi) dan beliau amat terkenal sebagai orang yang banyak menulis.

Pada April 2005, Metzger bersama beberapa pertubuhan Islam dan Kristian bergabung untuk menentang pelancaran Festival Gay Sedunia yang dianjurkan oleh beberapa orang ternama. Walaupun Metzger kelihatan anti-homoseksual, beliau sendiri mempunyai masalah seksual yang kronik.

Pada 2005 juga, Metzger telah dituduh sebagai melakukan gangguan seksual yang teruk kepada seorang wanita dan juga meminta imbuhan secara haram bagi setiap upacara perkahwinan yang diuruskannya. Kes Metzger masih dalam perbicaraan hingga sekarang dan pendakwaan dibuat sendiri oleh Peguam Negara Israel iaitu Menachem Mazuz.

Perbezaan CRC dan Yahudi Ultra-Orthodoks

Walaupun ketua ulama Yahudi dilantik secara undian dari semua rabbi-rabbi seluruh dunia, Yahudi Ultra-Orthodoks adalah berkecuali dalam hal ini. Mereka tidak bersetuju dan tidak bersependapat dengan kelompok-kelompok rabbi di dalam Chief Rabbinate Council (CRC).

Mereka menganggap CRC adalah mainan golongan politik di Israel yang majoritinya dikuasai oleh penganut fahaman Zionis. Maka disebabkan itu, kita dapat melihat fatwa-fatwa yang dikeluarkan oleh kelompok Ultra-Orthodoks seringkali bercanggah dan hanya diamalkan di Mea Sharim.

Ultra-Orthodoks dikenali sebagai kelompok Yahudi yang ekstrem dalam pengamalan ajaran-ajaran Taurat. Mereka agak tersisih dari kelompok Yahudi-Yahudi lain di Israel sehingga ada dikalangan mereka seringkali diejek hatta oleh masyarakat Yahudi sendiri.

Perbezaan paling ketara antara Ultra-Orthodoks dengan Yahudi lain ialah mereka tidak percayakan konsep Tuhan Zion yang dibawa oleh kelompok Ashkenazi dan Sephardi. Bagi mereka, Tuhan Zion adalah ideologi ekstrem yang bertentangan dengan ajaran Taurat sebenar.

Peranan Lain Chief Rabbinate Council

Di antara peranan lain yang dimainkan oleh CRC ialah membuat keputusan bagi semua urusan-urusan;

* Pengurusan pendaftaran perkahwinan dan penceraian
* Membincangkan undang-undang agama
* Mengawal pentadbiran kuil-kuil
* Mengurus selia Kottel (Tembok di sempadan Masjid Al-Aqsa)
* Menentukan sambutan hari-hari suci Judais.
* Menentukan takwim sembahyang kalender Hebrew
* lain-lain yang berkaitan agama Judais.

(Gambar) Di antara tempat ibadat terkenal Yahudi ialah Kottel. Di sini pengunjung beragama Judais akan bersembahyang dan memohon hajat sambil memegang tembok.

p/s – Terima kasih buat Ibnuyaacob atas artikel ini, sewajarnya ianya dikongsi bersama-sama.


PENANGAN PIALA DUNIA, ISU PALESTIN KEMBALI SEPI

Aku dah agak dah, dengan penganjuran Piala Dunia kali ini, isu Israel-Palestin telah mati begitu sahaja. Isu penawanan dan penaklukan kapal-kapal dari Freedom Flotila telah telah sepi, sunyi seperti tiada apa-apa yang berlaku. Seolah-olah peristiwa berdarah yang meragut 19 nyawa dan menyebabkan 80 orang lagi cedera itu tidak pernah berlaku dan dunia sekali lagi diam seribu bahasa. Di Malaysia juga begitu, di mana hero-hero yang berlagak seolah-olah pejuang syahid berarak dan membakar bendera Zionis Israel di Kuala Lumpur? Di mana pemuda yang menoreh badan di depan Kedutaan Amerika? Di mana dia NGO-NGO yang hanya berani bertempik dan membuat tunjuk perasaan? Hilang begitu sahajakah? Aku dari awal lagi boleh mengagak yang isu Israel-Palestin yang hangat tersebut kian tenggelam, tenggelam dalam sorakan GOLLLL!!! penangan Piala Dunia 2010 dan yang pastinya Rejim Zionis Israel telah berjaya membuat onar ke atas Freedom Flotila tepat pada masanya. Yaaa!! ketika seluruh masyarakat dunia tertumpu siapakah bakal menjadi juara kali ini.

Jika di minggu-minggu yang sudah persoalan bagaimana keadaan di Genting Gaza dan nasib anak-anak kapal Mavi Marmara dan Rachel Corie begitu dinanti-nanti akan perkhabaran berita tetapi pada mingun-minggu ini dan juga akan datang mungkin juga hingga bulan hadapan, hingga tamatnya pentas dunia persoalan yang timbul telah bertukar dan sering aku diajukan dengan sapaan dan pertanyaan begini;

1- “Kao tengok match malam tadi?”

2- “Siapa yang menang perlawanan Korea dengan Brazi?l”

3-“Gila sayur penjaga gawang England, bola slow pun tak boleh nak tangkap!”

4-“Tak tido malam aku…dahla match malam tadi terbaekkk!”

5-“Kao nak betting ngan aku siapa yang menang malam ni?”

6-“Jom lepak mamak malam ni”

Lihat, betapa bijak percaturan Zionis Israel. Bijak mengatur strategi dan bijak mengatur langkah. Mereka cukup yakin dan pasti yang dunia tidak akan mampu berbuat apa-apa. Berarak? Bakar bendera? Tunjuk Perasaan dengan membawa spanduk “Stop killing Palestinian people” atau “Zionist is a real terror!” atau “Free Gaza“?Apa dengan melakukan perkara-perkara seperti tadi akan membuatkan Rejim Zionis akur dan tunduk akan kehendak masyarakat dunia? Mungkin tidak…..mereka tidak akan sekali-kali tunduk. Kamu fikir dengan meluahkan perasaan melalui tunjuk perasaan akan memberi efek kepada Israel. Sumpah! Walau sekelumit pun tidak akan mengganggu-gugat kedudukan Rejim Zionis. Aku cukup pasti, mereka hanya tergelak dan tertawa bangga kerana umat Islam mampu diperkotak-katikkan dengan begitu mudah dan cukup senang. Itu semua tidak akan mampu membuat Israel takut. Lihatlah sudah berapa banyak Resolusi “dizina” oleh Rejim Israel. Hanya dengan penyatuan Islam di bawah kalimah tauhid yang satu sahaja yang boleh membuatkan Israel kecut perut. Hantar sahaja senjata, bom, pejuang berani mati yang mahukan syahid dan lihat apa reaksi Israel.

Pertubuhan Bangsa Bangsa Bersatu (PBB)? Tidak ada yang mampu diharapkan lagi pada PBB, mereka hanya boneka yang tidak mampu berbuat apa, sama seperti Liga Bangsa yang telah dikuburkan dahulu. Untuk pengetahuan kamu di luar sana. Majlis Pertahanan Bangsa-Bangsa Bersatun telah melaporkan tidak kurang 87 perjanjian berkenaan Palestin sejak tahun 1948 dan segala keputusan yang dibuat memfokuskan pencapaian keamanan di bahagian Timur Tengah. Keputusan-keputusan ini melibatkan situasi pengganas termasuklah Baitulmuqaddis. Kerahan tenaga tentera Israel yang haram dan serangan Israel terhadap Palestin sebagai sasaran. Mengikut sejarah, Israel telah menerima sokongan daripada PBB jelas menunjukkan bahawa Kerajaan Rejim Zionis Israel telah melanggar kebanyakkan perjanjian dan resolusi yang dibuat.Jadi persoalannya di sini, apakah matlamat penubuhan PBB?

p/s – Dengan hari-hari yang mendatang dan kehangatan Piala Dunia kali ini sambil diselang-selikan lagu temanya bertajuk Wavin’ Flag dendangan K’Naan, dimanakah isu Palestin?


BULAN REJAB

14 Jun 2010 yang lalu masuklah bulan Rejab. Di sini aku mahu coretkan mengenai Rejab. Sila baca untuk pengetahuan kamu, mudah-mudahan kamu semua diberkati!

Apabila kita meneliti kepelbagaian sumber yang ada di tangan ulama, didapati Rejab ada keistimewaannya tersendiri. Tidak hairanlah inti sari (matan) hadis “Rejab bulan Allah, Syaaban bulanku dan Ramadan bulan umatku..” disokong oleh ulama muktabar.

Antaranya, Imam Hibbatullah bin Mubarak, yang meriwayatkan keistimewaan Rejab berdasarkan sanadnya yang jelas sebagaimana yang direkodkan oleh Syeikh Abd Qader al-Jaylani dalam al-Ghunyah.

Oleh itu, amat baik jika diperhatikan siapa beliau dan bagaimana kualiti sanad yang diriwayatkannya.

Tambahan pula, matan hadis terbabit tidak bertentangan dengan nas al-Quran. Sebaliknya selari dengan perisytiharan Allah S.W.T pada surah al-Taubah ayat 36 mengenai empat bulan haram yang dimaksudkan: Rejab, Zulkaedah, Zulhijjah dan Muharam.

Imam al-Qurtubi dalam tafsirnya menyifatkan Nabi s.a.w menegaskan Rejab adalah bulan Allah, iaitu bulan ahlullah. Dikatakan penduduk (mukmin) Tanah Haram itu ahlullah kerana Allah yang memelihara dan memberi kekuatan kepada mereka.

Imam al-Thabrani meriwayatkan daripada Anas bin Malik, apabila tibanya bulan Rejab, Baginda mendoakan: “Ya Allah, berkatilah hidup kami di bulan Rejab dan Syaaban dan sampaikan (hayat) kami kepada bulan Ramadan.”

Imam al-Thabrani meriwayatkan daripada Abu Hurairah, Nabi s.a.w tidak menyempurnakan puasa sebulan selepas berlalunya Ramadan kecuali pada Rejab dan Syaaban.

Al-Hafiz al-Haitsami dalam Majma’ al-Zawa’id turut meriwayatkan mengenai kelebihan Rejab. Walaupun dengan sanad daif, ia sudah memadai untuk menepati spesifikasi kelebihan beramal dan meningkatkan hemah diri.

Hal ini jelas sebagaimana diakui fuqaha dan ahli hadis menerusi kenyataan Imam al-Nawawi dalam kitab al-Arba’ien.

Lebih kukuh, Imam Muslim meriwayatkan daripada Uthman bin Hakim al-Ansari, beliau (Uthman) pernah menanyakan Said bin Jubayr mengenai puasa Rejab (pada bulan Rejab).

Said menjawab: “Aku mendengar Ibn Abbas mengatakan: “Rasulullah s.a.w berpuasa Rejab sehingga kami menyangka Baginda tidak berbuka (terus-menerus berpuasa) dan Baginda berbuka sehingga tidak nampak berpuasa.” (Sahih Muslim)

Imam al-Nawawi mengatakan: “Apa yang zahir daripada ucapan Sa’id bin Jubayr itu menjadi bukti tiada tegahan untuk berpuasa padanya (Rejab) kerana bulan berkenaan. Bahkan kedudukannya sama mengikut baki bulan Islam yang lain.

Tidak ada larangan untuk melakukan ibadat puasa di bulan Rejab, tidak pula disunatkan kerana bulannya. Tetapi apa yang disunatkan ialah kerana kesunahan puasa terbabit.

Imam Abu Thayyib al-Azhim juga mengatakan: “Dalam Sunan Abi Daud direkodkan Nabi s.a.w menggalakkan kita berpuasa di bulan yang haram. Rejab adalah satu darinya.”

Al-Hakim meriwayatkan daripada Nubaisyah: “Seorang lelaki menanyakan Nabi SAW, wahai Rasulullah! Kami memberi persembahan (kepada berhala) di zaman Jahiliyah. Maka apa pula yang harus dilakukan di bulan Rejab ini. Baginda menjawab : “Sembelihlah binatang ternakan kerana Allah di mana-mana bulan sekalipun. Lakukanlah kebaikan kerana Allah dan berilah makanan.”

Imam al-Baihaqi meriwayatkan daripada Imam Syafie berbunyi : “Telah sampai kepada kami Syafie mengatakan: Sesungguhnya doa itu mustajab pada lima malam; malam Jumaat, malam Aidiladha, malam Aidilfitri, malam pertama bulan Rejab dan malam nisfu Syaaban.”

Berdasarkan kepada penyelidikan, Rejab mempunyai pengertian dalam kelasnya yang tersendiri. Sumber hukum melalui al-Quran, hadis dan keterangan ulamak salaf memberitahu kita bahawa di sana ada hadis sahih, hasan, mursal, marfuk, daif, daif jiddan, wahin (amat lemah) dan palsu berkaitan Rejab.

Oleh itu, setiap isu dan dalil harus difahami secara menyeluruh lagi mendalam agar kita tidak tersasar daripada landasan yang benar.

Dalill yang jelas, terang lagi bersuluh sepatutnya diamalkan. Dalil yang lemah boleh dijadikan bahan sokongan dan penambahbaikan dalam sesuatu amalan, sementara dalil palsu ditinggalkan.

Sempena Rejab yang mulia, renunglah, setakat mana ilmu kita? Berapa banyak yang diamalkan dan di mana pula keikhlasan kita?

Alangkah manisnya apabila kita dapat menyatukan ibadat solat, puasa, zikir, tasbih, tahlil, tahmid, qiyam, bersedekah dan kebaikan lain di bulan Rejab. Semoga amalan Rejab ini menjadi pemangkin untuk mereka yang benar-benar dahagakan kebesaran dan keagungan Allah.

Pencarian hakikat Rejab sebenarnya bermula dan berakhir dengan kesucian hati kita. Sucikan suapan, pakaian dan perbuatan kita. InsyaAllah sinar keagungan Rejab mampu menjadi milik kita secara hakikatnya.

p/s –  Rejab sudah datang, Syaaban bakal menyusul…Ramadhan bakal menjelma..Syawal semakin hampir. Antara ke empat-empat bulan ini, yang mana satu pilihan kamu?


MENCARI PEMERINTAH ‘UNGGUL’ ATAU PEMERINTAH ‘SEBENAR’

Sepanjang waktu para ahli falsafah, putera raja dan nabi memang prihatin dan mengambil berat akan cara manusia cuba memerintah dirinya. Tiap seorang cuba mencadangkan jalan dan kaedah mengatur masyarakat. Dahulu atas faktor kepercayaan bahawa apa yang terkeluar dari kubu kota Eropah dan Amerika sudah tentulah benar kerana mereka – para Mat Salleh – lebih tinggi, lebih putih, dan hidung mereka lebih besar; kita di Asia mungkin memandang pada Plato, de Tocqueville, Marx dan Milton, Friedman untuk panduan. Pada hari ini fesyen ikutan terbaru ialah untuk mengutuk barat dan memburukkan tulisan yang dahulunya kita puja kerana orang yang sama tiba-tiba kini lebih malas, bodoh, (sebab hidung mereka lebih besar dan tinggi serta panjang kehadapan) dan lebih tidak bertamadun daripada apa yang kita sangka mula-mula dahulu.

Bagaimanapun dengan menjelangnya pilihanraya, aku rasa tiba masanya untuk melihat berbagai-bagai falsafah Asia, dan tentunya Al-Quran. Kenapa? Mungkin kerana kitab suci ini dapat mencadangkan cara atau metod kepada aku untuk menggunakan hak aku semasa mengundi di bawah Perlembagaan.

Malangnya, institusi demokrasi dan pilihanraya popular tidak wujud sama ada di tanah arab  abad ke-7 ataupun pada zaman Confusius dan Mencius di China. Oleh itu, aku terpaksa membuat analogi. Apa yang aku maksudkan? Di sini aku bermaksud aku terpaksa membaca dengan separuh dan sepenuh minda terhadap prinsip asas dan maksudnya begitu juga penggunaannya dalam masyarakat moden – dari satu segi, ia sejenis ijtihad. Pentafsiran semula yang dinamik dan bercita-cita tinggi tanpa melupakan yang asal.

Jadi apa yang sebenarnya menarik perhatian aku? Mudah sahaja, takrif. Takrif? Aku bukan cuba tunjuk pandai walaupun usiaku masih muda, belia dan remaja? Atau aku kurang makan garam dan gula daripada kamu yang lebih berusia dari aku? dan ini mengundang jawapan seperti biasa; ya atau tidak. Contohnya, dalam buku Analects Confucius, aku tertarik dengan prinsip membetulkan nama, bukankah itu mengenai takrif yang kita kaitkan dengan sesuatu. Kalau aku tidak silap menurut Confucius, alasannya seperti berikut; setiap benda atau objek mempunyai ciri-ciri tersendiri yang merupakan intipatinya. Maaf kalau kamu keliru, tetapi biar aku jelaskan lebih lanjut. Pada dasarnya, seorang pemimpin atau raja mempunyai ciri atau intipati khas: kepada Confucius, itu adalah ‘jalan’ yang baik (yi) juga berhati kemanusiaan (jen) serta penuh dengan rasa tanggungjawab dan sesuatu kewajipan. Contohnya, kata-kata mudah Confusius; “Biar pemimpin menjadi pemimpin, menteri jadi menteri, ayah jadi ayah dan anak jadi anak“.

Membimbangkan? Ya dan Tidak – kerana ia memang mencadangkan cara melihat dunia, institusi pemerintahan dan menteri kita secara yang begitu lurus dan berterus-terang ia mengejutkan. Seolah-olah dia suruh kita perhatikan mereka, dan lihat bagaimana diri mereka yang sebenar berbanding dengan yang sepatutnya. Kita patut tanya, sejauh mana baik dan berhati kemanusiaan pemimpin kita dalam menjalankan kewajipan mereka. Adakah mereka mencari keuntungan peribadi melalui tender-tender yang besar, atau melalui rasuah yang tidak kelihatan, atau mungkin juga melalui judi yang dikatakan halal? Ini tidak boleh diterima sekurang-kurangnya mengikut pandangan Confucius. Lihat, betapa ajaran dari Confucius pun menolak prinsip ini apatah lagi dari kaca mata Islam itu sendiri.

Al-Quran dan Hadis juga serupa. Sekali lagi ditekakan ialah takrif apa yang dikatakan pemimpin yang baik dan bagaimana pemimpin ‘sebenar’ berbanding yang ‘unggul’. Al-Quran mengingatkan bahawa ketaatan hanya layak untuk mereka yang betul-betul baik: ini pengajaran kepada sebilangan ahli politik. Dengan itu, walaupun seorang pemimpin, kegagalannya memerintah menyebabkan tidak layak lagi untuk memegang jawatan. Maka, jika tidak mampu letak sahaja jawatan dan beri pada yang boleh menerajui dan menakhoda zaman! Sepertimana Confucius, terdapat hujah bahawa memang wujud pemimpin ‘unggul’, maka pemimpin ‘sebenar’ perlulah peka kerana prestasinya sedang dinilai.

Terdapat juga seruan terhadap pemegang kuasa untuk berhati-hati dan bijaksana menggunakan kuasa demi memelihara kemashalatan masyarakat keseluruhan, bukan atas kepentingan peribadi. Sebuah hadis khasnya, menjelaskan keluasan tanggungjawab seorang pemimpin dan persamaannya dengan tanggungjawab seorang ayah. Amat kemas dan menarik sehingga aku terpanggil untuk memetik sepenuhnya di laman ‘jartatan’ ini.

Setiap kamu adalah pemimpin dan setiap kamu akan disoal mengenai mereka dibawah pimpinnannya; raja adalah pemimpin dan dia akan disoal mengani rakyatnya; seorang lelaki pemimpin dalam keluarganya dan dia akan disoal mengenai mereka dibawah jagaannya; wanita pemimpin di rumah suaminya dan dia akan disoal mengenai mereka dibawah jagaannya; dan seorang khadam adalah pemimpin dalam penjagaan harta bagi tuannya dan dia akan disoal tentang apa yang diamanahkan kepadanya

p/s – Jadi apakah iktibar dari pembacaan ini? Ia mengajar aku bahawa walaupun kita sedang meninggalkan kerja dan hasil buah tangan barat, mereka tyang di timur juga mendalam kritikannya terhadap rasuah, autokrasi dan penyalahgunaan kuasa. Malahan, aku rasa ukuran bagi menilai ‘tuan’ politik kita menjadi lebih ketat daripada apa yang wujud hingga ini. Aku tertanya-tanya adakah ‘tuan’ politik kita sedar tentang ini???



SEPAK MULA PIALA DUNIA BERMULA!

Demam bola sepak sudah pun dapat dirasakan pada hari ini. Di ofis lagi, teman-teman sudah berpakat-pakat untuk menonton perlawanan pertama pada malam ini di kedai mamak atau di mana sahaja yang sesuai. Tengok ramai-ramai lebih semangat dan lebih feel, maklumlah bila duduk bersama dalam satu kumpulan, kehangatan akan lebih terasa. Jiwa akan meronta untuk menjerit dan bersorak. Kalau menonton dengan awek, akan lebih kool dan akan lebih kool jika di kawasan tersebut ramai gadis-gadis yang manis dan serba cun yang mampu buat kamu berdarah hidung! Aku ada satu soalan, jika diberi pilihan antara awek dan bola yang mana satu akan kamu pilih untuk ditonton? Tepuk dada dan tanya selera kamu!

Sepanjang perlawanan piala dunia yang penganjurannya dijangka selama sebulan, masa inilah ramai yang rela bercuti tidak kira lah cuti yang dipohon atau cuti sakit atau cuti kecemasan. Apa yang pasti, keadaan ini akan menjejaskan produktiviti kakitangan lelaki ketika di pejabat. Maklumalah setelah bersengkang mata menonton perlawana di awal pagi, kadar kebermengantukan adalah tinggi, selain itu pertandingan ini bukan calang-calang dan bukan sebarangan kerana iannya merupakan satu event yang berprestij dan boleh dikatakan ianya The World Most Watched & The Most Wanted Sports Event!”

Jika kamu tidak mahu menonton di luar mungkin atas faktor-faktor kamu sudah berkahwin (mungkin baru berkahwin dan di ambang mood berbulan madu, mungkin juga kamu di ikat oleh bini kamu dan kamu tidak dibenarkan keluar rumah di awal pagi), atau kamu bukan jenis yang friendly mungkin juga kamu adalah pendokong gerakan anti-sosial, atau kamu lebih selesa menonton secara solo dan bukan secara duet, triple, quad atau berjemaah maka adalah lebih elok dan disyorkan untuk menonton sahaja di rumah. Duduk di hadapan TV, bersilang kaki di atas sofa sambil ditemani air kopi tongkat ali dan long jack keluaran Orang Kampung dengan diterangi oleh lampu yang suram-suram cahayanya, on kan TV maka tontonilah perlawanan tersebut secara solo. Bersoraklah juga secara solo. Jika pasukan yang kamu sokong itu kalah, menagislah kamu secara solo!

Untuk makluman kamu, perlawanan piala dunia kali ini akan dapat ditonton di Astro dengan pakej sukannya di mana pihak Astro telah diber hak penyiaran untuk perlawanan kali ini sebanyak 64 perlawanan secara langsung. Jika kamu melanggan pakej HD, ianya akan disiarkan dengan lebih berkualiti (entahlah..aku tak langgan pakej HD ni, tak tahu lah pulak ianya lebih jelas atau tidak). Bagi kamu-kamu yang tidak melanggan Astro, jangan risau kerana RTM juga telah diberi hak penyiaran di mana sebanyak 35 perlawanan. Ini dipecahkan dengan 24 siaran secara langsung dan baki 11 siaran tertunda. Hampir kesemua penyiaran perlawanan ini di RTM adalah melebihi jam 11 malam, jadi amatlah sesuai jika kamu siap sedia dengan kopi pekat. Manakala bagi Media Prima Berhad (MPB) pula akan berkongsi hak penyiaran bersama dengan RTM memandangkan perkongsian sebegini adalah digalakkan oleh kerajaan.Di sepanjang demam bola kali ini, pihak MPB banyak menagturkan pelbagai program menarik untuk ditontonkan pada peminat-peminat sebagai contohnya program menarik di TV3 termasuk dokumentari khas The Immortals, Fifa Official Preview Series, Sorak Borak, siri kartun Dreamkix, Kung Foot selain program istimewa Kembara Bola dan Kids Soccer Fiesta yang bermula awal Mei hingga Julai. Manakala di TV9 saksikan drama menarik seperti Jersi 9, Kad Kuning Kad Merah, Nabil & Co, Chopp! Bola, Kick Off, animasi popular Upin & Ipin versi bola sepak. Tidak ketinggalan program Hip TV, K9: Pencarian Pengulas Sukan Bola Chopp, I-Glam: Football Fashion Segment, Nasi Lemak Kopi O – Sembang Bola dan Adik Di 9.

Apa-apa pun semoga penganjuran piala dunia kali ini akan berjalan seperti biasa. Aku tak harapkan apa-apa kerana aku pun tidak begitu teruja sangat untuk menonton. Siapa menang dan siapa kalah juga aku tidak berapa peduli.

“Siapa mahu bet dengan aku siapa yang menang malam ini, Mexico atau Afrika Selatan? KERAjaan kata judi bola ni HALAL….”

p/s – Jangan berjudi, esok dalam kubur baru nak menyesal!


HIDUP INI UMPAMA “LIF”

Hari-hari adalah benda yang sama kita lakukan. Bangun seawal 6 pagi, gosok gigi, mandi, solat (bagi yang beragama islam) dan terus ke pejabat. Hari-hari yang kita lalui adalah salinan bagi hari-hari yang terdahulu. Ibarat mesin fotokopi yang membuat beratus salinan tentang sesuatu dokumen, begitu juga kita. Rutin yang sama kita lakukan, kerja yang sama kita siapkan, kawan-kawan atau teman-teman yang sama kita hadapi, bos yang sama, dan segala-galanya mungkin sama.

Hidup ini umpama lif, kenapa ianya umpama lif dan tidak umpama roda?..Lif adalah lebih sesuai dengan peredaran zaman, dan merupakan satu teknologi zaman kini maka sesuailah lif jika diumpamkan dengan kehidupan seorang manusia. Lif kekadang bergerak laju dan deras ke atas, dan tiba-tiba lif terus turun ke tingkat bawah, sebawah yang mungkin. Kemungkinan juga lif tersangkut di tengah-tengah. Siapa tahu? Samalah dengan manusia…kekadang manusia di tampuk pemerintahan sebuah jabatan atau mungkin juga sebuah kementerian atau mungkin juga sebuah negara. Hidup ketika itu akan begitu bahagia, manakan tidak segala kelulusan dan sebagainya berada di dalam kekuasan kita. Mungkin di ketika itu kita akan berasa begitu besar, dianugerahkan dengan pelbagai gelaran..Tun, Tan Sri, Dato’ Sri, Datuk, Dato’, Datin dan lain-lain. Hidung mula tinggi, setinggi Gunung Everest. Dada kian kembang sekembangnya belon udara panas. Riak dan bongkak serta sombong kian menjadi-jadi. Ditegur sedikit tak boleh. Pandangan dan idea serta cetusan baru tidak didengar. Menganggap semua yang dibawah adalah orang suruhan.

Tapi…setinggi mana kamu..pasti suatu hari nanti, kamu akan turun ke bawah jua…Kamu tidak selamanya akan berada di atas. Bila sudah tiba masanya, kamu akan turun ke bawah jua. Turun kebawah dengan menyembah bumi dan pada ketika itu, tiada siapa mahu kenal kamu, tiada siapa mahu hormat kamu dan tiada siapa mahu menemani kamu. Majlis besar yang dahulunya kamu rasmikan, kini hanya tinggal kenangan. Jika dahulu kamu ditemani oleh kawan-kawan, bergelak ketawa dan bergembira bersama-sama kini itu semua hanya pengalaman lampau. Aku juga yakin, jika suatu hari nanti…kereta kamu rosak di pertengahan jalan atau kamu cedera parah di tepian jalan..dengan sikap buruk kamu yang lalu, sombong, mendabik dada, riak, cengei dan lain-lain sikap buruk..nescaya tiada satu umat pun pasti akan menolong kamu. Percayalah!

Ini cerita yang disampaikan dari kawan kepada kwan aku. Kesahihan tentang cerita ini bakal disiasat kemudian. Ikutilah kisah yang menyayanyat hati ini.

“errr…kao ni dah kenapa emo-emo dengan hal sebegini”

“entahlah…manusia ni kat mana-mana pun sama”

“apsal kao cakap camtu?”

“ Kao tengokla member kita tu…baru naik pangkat sket, dah lain dah…”

“Apa yang lainnya…aku tengok biasa ja..sama ja…”

“Dulu, time dia susah, sama-sama pegawai kontrak sama cam aku…ujung bulan ja duit kering…tak da duitlah..makan pun mee sedap ja..itu pun aku punya mee sedap tau”

“Dah tu….apsal?”

“Skang ni, bila dia dah tetap, baru seminggu naik gred 44…huh! bukan main menyombong…bila tengah makan mee sedap tu, aku nak pow sket…kedekut! Taik idung masin! Kecewa aku!”

“Weh….pasal mee sedap je kot, tak yah la nak emo-emo!”

p/s – susah bersama, senang pun bersama!


ALAMANDA DAN BUKU KASSIM AHMAD

Tiada update terbaru dari aku setakat ini. Entri kali ini juga ringkas dan “ringan-ringan” tidak terlalu ilmiah, bukan juga berunsur politik. Idea menulis datang dan pergi samalah juga dengan duit, datang dan pergi. Idea juga begitu. Jikalau difikirkan tentang idea, ianya begitu subjektif. Sebenarnya aku hampir buntu mahu tulis mengenai apa pada hari ini, juga tiada isu yang agak besar pada hari ini. Mahu ulas mengenai pembentangan RMK10 yang kononya diperuntukan sebanyak RM230 billion, ditakuti akan berjela-jela. Mahu ulas mengenai isu gula, ditakuti akan mencetuskan kontrovesi semasa yang agak prolifik. Isu-isu drama melayu-melaya-meloya sudah acap kali aku ulaskan, dan jika diulaskan kembali seolah-olah aku ini anti drama melayu, racisme akan drama melayu juga mempunyai semangat anti-semetik pada industri drama melayu. Tak kan aku mahu buat entri mengenai Rita Rudaini yang kerap kali berlakon dan pastinya akan memegang watak seorang wanita melayu anggun, berjawatan besar, serta mempunyai perwatakan yang agak manja, mengada-ngada dan…emmmm…Bosan!!

Aku tidak berhajat  menulis panjang pada hari ini, cuma pada hari ini aku telah bertemu jodoh dengan “sesuatu”. Sesuatu di sini bukan seorang wanita yang anggun, ianya adalah benda..benda yang boleh dibawa kemana-mana! Tengah hari tadi ketika waktu rehat aku dan si Calipso (bukan nama sebenar-identiti telah dirahsiakan demi keselamatan peribadi) telah melangkah gagah ke Alamanda, Putrajaya. Alamanda, yang satu-satunya merupakan pusat beli-belah utama di Putrajaya terletak di Presint 1. Kos binaan Alamanda ini sekitar RM380 juta atau kira-kira USD100 juta telah dibuka pada akhir Ogos 2004. Antara penyewa utama di Alamanda ini adalah Carefour, Cold Storage, Golden Screen Cinema, dan Parkson. Alamanda mempunyai kira-kira 180 tapak unit kedai yang disewakan. Cukup mengenai Alamanda. Beralih ke topik yang lain. Lihat bawah.

Hari ini cuti sekolah dan jika cuti sekolah ramai budak-budak sekolah yang bercuti ini akan datang ke kelas “tuisyen ak rasmi” di Alamanda. Berpeleseran tidak tentu pasal, berpasangan lelaki dan perempuan secara bebas Aku datang tengah hari tadi, hampir 70 peratus adalah budak-budak sekolah yang di bawah umur manakala 29 peratus lagi adalah kakitangan gomen yang berbaju batik termasuk aku dan si Calipso (aku tak pakai batik pada hari ini) manakala baki 1 peratus adalah lain-lain (macam biasalah…mesti ada lain-lain, Malaysia it’s very typical ma!).

Singgah di MPH, aku terpandang satu buku. Agak tertarik dengan buku itu, lantas dicapai dan terus ke meja kaunter pembayaran. Buku akhirnya dibeli!

Buku yang bertajuk KASSIM AHMAD – MENCARI JALAN PULANG- Daripada Sosialis Kepada Islam. Aku “terbeli” buku ini kerana setelah lebih 30 minit di dalam MPH aku tidak terjumpa buku yang menarik dan akhirnya bertemu dengan buku ini. Inilah yang dikatakan jodoh! Ulasan atau kritikan tentang buku ini, aku akan cuba menulis di kemudian hari itupun jika berkesempatan menulis atau mengkritik. Aku bukan punya kelayakan untuk kritik tentang penulis yang telah lama menulis dan sudah mempunyai kelas tersendiri dalam bidangnya. Buku yang di dahulukan dengan kata pengantar oleh Tun Dr. Mahathir Mohammad ini berketebalan sebanyak 248 muka surat dan berharga RM35 senaskhah.

Sedikit tentang Kassim Ahmad. Beliau bukan sahaja terkenal sebagai ahli politik, malah juga sebagai seorang pemikir, sasterawan dan juga penulis terkenal di Malaysia. Lahir di sebuah kampung pedalaman di Kedah. Beliau memasuki Universiti Malaya Singapura pada tahun 50-an dan seterusnya mengajar di School of Oriental and African Studies, Universiti London 1962-66. Penglibatan politiknya membawa beliau memegang jawatan Pengerusi Parti Sosialis Malaysia selama 18 tahun (1966-1984) sehingga beliau mengambil keputusan mengundur. Kassim banyak menulsi pelbagai artikel dan buku. Salah satu karya beliau yang cukup kontrovesi ialah “Hadis-Satu Penilaian Semula”, Memoir “Mencari Jalan Pulang-Daripada Sosialisme Kepada Islam” ialah hasil tangannya yang baru.

p/s – Malam ni aku akan menelaah buku ini!


ANUGERAH PIALA DUNIA & JUDI BOLA?

Lagi beberapa hari dunia bakal menyaksikan satu pertempuran hebat antara negara-negara untuk merebut piala berprestij, itulah Trofi Piala Dunia FIFA. Tetapi entah kenapa aku seperti terasa agak kurang hangat mengenai sambutan piala dunia kali ini. Aku seperti tidak begitu teruja, jauh sekali untuk tidak tidur malam untuk menonton perlawanan sambil makan mee sedap atau pun maggi hot cup. Tapi yang pasti ramai lagi di luar sana begitu teruja untuk menyambut kedatangan dan kehangatan perlawanan piala dunia kali ini. Mungkin ada yang mahu menonton di mapley, ada juga yang mahu menonton di stadium Afrika Selatan (jika berkemampuan), mungkin ada juga yang bakal menonton di rumah sahaja! Aku difahamkan, penganjuran kali ini akan bermula pada tanggal 11 Jun 2010 dengan perlawan pembuka tirai oleh Afrika Selatan menentang Mexico di Soccer City, Johannesberg. Perlawanan yang dijangkakan tamat pada 12 Julai 2010 nanti adalah diharapkan dapat memberikan satu persembahan yang baik kepada keseluruhan peminat-peminat bola di seluruh dunia. Dengan adanya piala dunia, sedikit sebanyak pemain bola sepak negara dapat mempelajari dan melihat bagaimana pemain-pemain dunia beraksi sekaligus menyuntik semangat pemain-pemain Malaysia. Itupun jika mereka mahu.

Tapi dengan kehadiran pentas piala dunia ini, masih ingatkah kita kepada isu Palestin? Uhhhh…mungkin tidak…Macam-macam isu berat selepas ini akan dilupakan.  Hero yang disambut bagaikan wira akan dilupakan seketika. Aku pasti! Baru sebentar tadi ketika menonton Berita Arus Perdana di TV3 suku, terdapat satu penyataan tentang estimation keuntungan hasil dari perjudian bola sepak ini. Dijangkakan akan berjaya mengaut keuntungan RM 1 Billion dalam sepanjang tempoh perlawan piala dunia ini. Bayangkan, dalam 1 bulan, boleh dapat 1 billion…patutlah, judi bola tidak diharamkan.Siapa tak nak beb! Tapi ingat…hukuman di akhirat kelak!

Aku tidak mahu bercerita panjang pasal judi bola. Jauh sekali mahu bincangkan isu Palestin dalam entri kali ini. Aku cuma mahu beri maklumat tentang jenis-jenis anugerah yang akan diberikan kepada para pemain di sepanjang penganjuran tersebut. Pada kebiasannya, anugerah-anugerah ini akan disampaikan ketika di penghujung atau kemuncak piala dunia. Aku pasti ramai antara kamu tidak endah akan amugerah-anugerah ini, mungkin di kalangan lelaki lebih sebuk betting negara mana yang akan menang dan sekaligus merangkul kejuaraan, dan yang perempuan akan lebih sebuk-sebuk menonton Christiano Ronaldo (yang kononnya di mata perempuan adalah hensem). Aku yakin, perempuan-perempuan yang kononnya minat bola ni tak tahu pun dari negara mana si Ronaldo ni main! Percayalah!

Ok, untuk piala dunia terdapat enam anugerah yang bakal dianugerahkan kepada pemain-pemain antaranya:-

1.“Kasut Emas Adidas” (dulu dikenali sebagai “Kasut Emas”, atau kadangkala “But Emas”, pertama kali dianugerahkan dalam tahun 1930) untuk penjaring terbanyak;
2.”Bola Emas Adidas” untuk pemain terbaik (dulu dikenali sebagai “Bola Emas”, pertama kali dianugerahkan pada 1982);
3.“Anugerah Yashin” untuk penjaga gol terbaik (pertama kali dianugerahkan pada 1994);

4.“Anugerah Permainan Bersih FIFA” bagi pasukan yang mempunyai rekod terbaik dalam permainan bersih (pertama kali dianugerahkan pada 1978);

5.“Anugerah Pasukan Penghibur Terbaik” bagi pasukan yang berjaya menghiburkan orang awam semasa kejohanan Piala Dunia, dinilai daripada satu undian umum, pertama kail    dianugerahkan pada 1994;

6.”Pemain Muda Terbaik Gillette” dihadiahkan kepada pemain di bawah 21 tahun bermulanya tahun kalendar, yang mana pertama kali dianugerahkan pada 2006.

p/s – Aku sokong Portugal kali ni, menang kalah lantak pi! Jangan berjudi, esok kena bakar dengan api neraka baru tahu!! Ahaks!


SEJARAH KEWUJUDAN MASYARAKAT YAHUDI DI MALAYSIA

Aku seperti ingin mengetahui adakah masyarakat Yahudi tinggal di Malaysia. Hasil dari perasaan ingin tahu tersebut dan pencarian maklumat di beberapa kedai-kedai buku dan juga di Internet, aku telah mendapat maklumat yang terang lagikan bersuluh. Memang ada masyarakat Yahudi yang tinggal di Malaysia! Di sini, aku coretkan sedikit maklumat tentang sejarah kewujudan masyarakat Yahudi di Malaysia. Entri aku akhir-akhir ini banyak tentang mereka (Yahudi, Israel, Zionisme dan lain-lain, aku ingin tegaskan entri-entri itu bukan untuk menyanjung mereka tetapi sebagai info kepada kamu-kamu di luar sana untuk menegenali mereka, sikap mereka, dan siapa mereka itu) Sesunggunya Yahudi adalah kaum yang laknat! (Bagi mereka yang mengamalkan ajaran Zionisme). KALAU ADA TERSALAH INFO, SILA MAKLUM KEMBALI PADA AKU. Aku insan yang lemah!

Orang Yahudi Malaysia adalah sebuah istilah yang dirujukkan pada orang Yahudi yang tinggal di Malaysia, atau yang berasal dari negara itu. Mereka kebanyakannya tinggal di negeri Pulau Pinang, tetapi mereka dapat dijumpa di tempat-tempat lain di negara ini, khususnya di Kuala Lumpur dan Melaka. Orang Yahudi Malaysia kebanyakannya dari Yahudi Timur (kebanyakan mereka adalah Yahudi Baghdad), dengan yang lainnya Yahudi Eropah (Yahudi Ashkenazi) dan kemungkinan Yahudi Cina, yang melarikan diri dari Kaifeng, China, sewaktu pengambil alihan Komunis pada tanah besar China dari Chin Nasionalist pada 1949.

Perhubungan pertama antara masyarakat Yahudi dan masyarakat di Malaya (yang kemudiannya dikenali sebagai Malaysia) bermula di sekitar kurun ke 9 yang bermula di Lembah Bujang dan kemudiannya pada kurun ke 18 di Bazaar Kosmopolitan di Malaka. Kemunculan Yahudi Baghdad di Penang kemungkinan besar berlaku adalah disebabkan kemajuan perniagaan dan perdangangan yang diuruskan oleh British pada sekitar kurun ke 19. Keadaan ini telah mempengaruhi saudagar-saudagar Yahudi seperti Sassoons dan Meyers dari India. Ada juga yang mengatakan terdapat penghijrahan secara beramai-ramai pada skala yang besar Yahudi dari Empayar Uthmaniah dari Provinis Baghdad ketika pemerintahan Daud Pasha dari tahun 1817-1831.

Yahudi yang pertama telah tiba dan mendiami Malaya adalah Ezekiel Aaron Menasseh. Beliau telah berhijrah dari Baghdad dan tiba di Malaya pada tahun 1895. Menurut sumber, Manasseh mengamalkan kehidupan dan budaya Yahudi selama 30 tahun sehingga selepas Perang Dunia Yang Pertama. Ketika itu, bilangan populasi masyarakat Yahudi yang berhijrah dan mendiami Malaya semakin meningkat.  Ketika Jepun menyerang Malaya, masyarakat Yahudi telah dipindahkan ke Singapura dan sebilangan telah dibunuh dan dikebumikan ketika pendudukan Jepun di Malaya dan Singapura. Selepas penjajahan Jepun, majoriti masyarakat Yahudi Malaya telah berhijrah ke Singapura, Australia, Israel dan Amerika Syarikat. Pada tahun 1963 hanya terdapat sekitar 20 keluarga yang tinggal di Malaysia.

Rumah ibadat Yahudi (Synagogue) di Penang terletak di Jalan Nagore telah ditutup pada tahun 1976. Penutupan ini adalah disebabkan masyarakat Yahudi yang pada ketika itu tidak dapat melakukan ibadat Minyan, di mana terdapat seramai 10 orang lelaki berkumpul untuk beribadat secara beramai-ramai.  Kini, dianggarkan terdapat 100 orang Yahudi di Malaysia dan kebanyakkan mereka adalah pelarian dari Russia. Kebanyakkan dari mereka telah berhijrah ke negara lain disebabkan oleh semangat Anti-Semetik yang kuat dan polisi anti-israel yang diperkenalkan oleh Kerajaan Malaysia yang bermula sejak tahun 1970.

Jalan Yahudi (Jew Road) di Penang dimana terdapat majoriti masyarakat Yahudi yang mendiami kawasan tersebut telah ditukarkan nama kepada Jalan Zainal Abidin. Keadaan ini telah menyebabkan entiti Yahudi yang ada hilang. Kini legasi yang tinggal dari masyarkat Yahudi di Malaysia hanya Tanah Perkuburan Yahudi dan Rumah Ibadat Synagoggue yang tidak digunakan lagi.

Keturunan masyarakat Yahudi Malaysia yang tinggal kini menetap di Singapura, Australia, Kanada, New Zealand, United Kingdom dan Amerika Syarikat (terutamanya di New York) dan bilangan populasi mereka sehingga kini tidak diketahui. Majoriti masyarakat Yahudi Malaysia berkomunikasi di dalam Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris dan juga ada juga yang boleh berkomunikasi di dalam bahasa Yiddish, Parsi, Hebrew dan juga Bahasa Arab.

Tanah Perkuburan Yahudi di Penang telah diwujudkan pada tahun 1805 dan adalah dipercayai merupakan tanah perkuburan Yahudi yang tertua di Malaysia. Ianya berukuran 38,087 kaki persegi dan terletak di Jalan Zainal Abidin (sebelum ini dikenali sebagai Jalan Yahudi). Jalan ini merupak jalan kecil yang terletak di antara Jalan Burmah dan Jalan Macalister di Geroge Town. Kubur tertua bertarikh 9 Julai 1805 yang juga dipercayai kubur tertua di Tanah Perkuburan Yahudi itu. Kubur yang dimiliki oleh Puan Shoshan Levi. Dianggarkan terdapat 106 buah kubur dan kubur yang paling baru dibina adalah pada tahun 1978. Boleh dikatakan, tanah perkuburan ini dibina khusus untuk maysarakat Yahudi di sini. Walllahu’ A lam.

p/s – Tak sangka, rupa-rupanya ada juga keturunan Yahudi kat Malaysia ni.


FAHAMAN ZIONISME (1)

Entri kali ini mengajak kamu-kamu semua untuk mengerti apa itu ideologi Zionisme. Iyalah, sedikit sebanyak akan memberi info-info yang berkaitan mengenai fahaman jahat ini. Jika kamu mahu tahu, Zion menjadi tempat suci sejak Nabi Daud a.s, yang juga merupakan seorang raja. Baginda telah menakluki Bukit Zion yang merupakan benteng pertahanan orang Yahudi daripada ancaman kaum Yabus. Nabi Daud a.s tinggal di benteng itu dan menamakannya Bandar Daud (Samuel II 5:7-9). Zion lalu dikeramatkan orang Yahudi sebagai tempat tinggal Tuhan, ” Indahkan suaramu untuk Tuhan Yang menetap di Zion.” (Mazmur 9:11). Kaum Yahudi menganggap Nabi Musa a.s sebagai pemimpin pertama kaum Zionis. Ironinya, Nabi Musa a.s tidak pernha pun menjejakkan kaki di sana.

Zionisme ialah dasar menganggap gerakan Yahudi yang bertujuan menegakkan sebuah negara Yahudi di Palestin, iaitu Bukit Zion dan sekitarnya”

Semangat Zinosime membangkitkan fanatik kebangsaan (keyahudian) dan keagamaan dengan mempergunakan cara kekerasan untuk mencapai tujuan itu. Jelasnya, mereka berpegang kepada konsep “matlamat menghalalkan apa jua cara”. Zionisme menggunakan berbagai tipu helah untuk mengurangkan dan seterusnya menghilangkan sama sekali pergunaan perkataan ‘Palestin’. Mereka menggantikannya dengan perkataan-perkataan lain yang berkaitan dengan sejarah kaum Yahudi di negeri itu. Justeru, nama “Israel” ditabalkan sebagai negara yang telah didirikan.

Oleh kerana Zionisme di Palestin identitinya ialah kekerasan, kezaliman dan kehancuran, kaum Zionis menggunakan nama Israel untuk mengelabui dan mengelirukan orang ramai, bahawa negara Israel itu tidak akan menggunakan cara-cara yang biasa digunakan oleh kaum Zionis. Sementelahan pula, Israel sendiri berasal dari dua perkataan iaitu isra bererti hamba dan ell bererti Allah, tetapi secara realitinya tidak ada perbezaan sama sekali antara Israel dan Zionisme. Zionisme juga ialah satu fahaman perkauman, hegemoni satu bangsa. Zionisme membawa fahaman rasis yang percaya bahawa hanya bangsa mereka sahaja yang betul. Bangsa-bangsa lain adalah salah.

Zionisme juga membawa maksud suatu fahaman pesimis yang percaya bahawa bukan Yahudi asalnya anti-semitik dan orang Yahudi (Eropah) harus meninggalkan kampung halaman mereka dan berpindah ke negara Yahudi agar hidup sebagai manusia yang sempurna. Kongres pertama Zionis pada tahun 1897 M dan tahun 1907 di mana Organisasi Zionis Dunia telah memilih Palestin sebagai sasaran didirikan negara Yahudi.

Lain-lain maklumat berkaitan Yahudi, zionisme, israel, kekuatan tentera Israel dan lain-lain akan aku update kemudian, jika diizinkan.

p/s – Aku nak tanya kamu semua, kalau semangat Ultra-Melayu macam sesetengah Melayu yang ada kat Malaysia lebih kurang macam Fahaman Zionisme ke? Ahaks!


PERMAINAN “PERLUKAN KELAJUAN BAWAH TANAH” DI PERPUSTAKAAN PEJABAT

Hari ini agak sebuk di ofis. Manakan tidak dengan ada dua program yang berasingan tetapi di lokasi yang sama membuatkan aku terpaksa menggunakan fizikal dan rohaniah aku secara total. Itu tidak termasuk aktiviti-aktiviti dan program tambahan serta tugas-tugas di dalam pejabat, membuatkan kepala aku pusing! Bermula dari semalam aku terlibat dengan “Bengkel Garispanduan M&E” dan juga “Kursus Pertolongan Cemas” dari penyediaan makanan, bilik kuliah dan lain-lain terpaksa dilakukan dengan pantas, mujur aku memiliki kakitangan sokongan yang cekap. Alhamdullilah!

Tugas-tugas di pejabat masih berjalan seperti biasa dan boleh diuruskan, tetapi maklum sahaja…kerja sampai bila-bila pun tak akan habis. Habis satu, timbul satu yang lain. Siap satu, datang lagi dua. Meja dah clear..tak sampai 15 minit sampai lagi fail-fail yang lain. Itulah lumrah kerja dan siapa cakap kerja Gomen tak busy? Cittt!! kerja sekarang dah tak sama dengan dulu..sikit-sikit KPI..sikit-sikit KPI. Semua sebuk nak KPI, dan dapat aku rasakan selagi boleh di “KPI-kan” mesti akan di KPI-kan.

Hari ini, aku dapat rasa ada sedikit perbezaan di Perpustakaan Ofis….

“Beb, aku dah siapkan semua..kao datanglah nanti..pukul 12 setengah aku bukak library”

“Boleehhhhh….ape yang kao siapkan bro?”

“Ada laaaaa…ang mai la sat…”

“Cantik…apa-apa aku roger ang balik naaa”

Aku tak pasti apa yang cuba di tonjolkan kepadaku di library nanti oleh rakan sekerjaku. Kebetulan beliau adalah seorang pegawai yang in-charge untuk library dan berkuasa penuh tentang library. Mahu buat apa sahaja di library boleh, contohnya mahu tidur ketika waktu kerja di library atau lain-lain. Terbaik! (aku tak pernah buat, ok!)

Di fikiran aku masih memikirkan apa yang telah disettingkan oleh si Calipso (bukan nama sebenar). Aku terfikir, mungkin ada pesta barangkali! Jam dah pun menunjukkan 12 setengah dan tanpa lengah aku terus ke dunia ilmu…library!  Hawanya sejuk, suhunya dingin…mungkin penangan pendingin hawa “York si raja pendingin”. Library dari segi susun aturnya penuh dengan nilai-nilai estatika dan kontemporari yang digabungkan bersama, silap hari bulan..nilai-nilai romantika di terapkan bersama. Sususan buku yang boleh dikatakan cukup teratur dan di satu sudut yang lain, set sofa dari IKEA  menambah seri library ini. Mungkin dengan penambahan sudut TV dan Karoake akan menarik minat kakitangan ke library atau letakkan sekali set konsol PS3 itu mungkin lebih bermakna bagi aku! Aku mencari-cari si Calipso, dan akhirnya terjumpa! Terperok di hujung meja yang terlindung, aku menghampiri beliau. Duduk dengan tekun dan serius. Berbekalkan laptop berjenama Toshiba, dan dibawanya bersama sedikit kerja-kerja pejabat (yang mungkin dibawa bersama untuk acara cover-line dan mengaburi mata pegawai dan kakitangan lain) serta beg galas yang dibeli di Pulau Pinang, Calipso tenang dan tekun membuat kerja-kerjanya (konon-kononnya).

“Ha..apa benda baek yang hang nak tunjuk kat aku tadi, siap ada laptop lagi..ada barang baru ka? hehehehehe (otak kuning terus menguning!”

“Adaaalaaaaa..ni..ang mai sini sat, duk tepi aku ni”

“Ok!…kao nak buat dosa secara berjemaah dengan aku ke, ada porn ka apa nih?”

“Hehehehehe..ni lah..aku bawak game..”Perlukan Kelajuan Bawah Tanah”..ang nak main? aku tau ang tensen arini”

“Ceittttt!! game rupanyaaa…bole lah!”

Terus aku layan Perlukan Kelajuan Bawah Tanah dan ini mengingatkan aku pada nostalgia lama mengenai game ini ketika berada di zaman-zaman belajar dulu. Ape-ape pun game Perlukan Kelajuan Bawah Tanah terbaik!

p/s – Ape kao ingat kat library tempat nak baca buku je? Ceittt!! pigidah…kat library macam-macam boleh buat tahu!


FAKTA TENTANG YAHUDI (2)

Berikut adalah nama yang tersohor di dunia dan berketurunan Yahudi, aku dedahkan sedikit demi sedikit siapa orang kenamaan yang berketurunan Yahudi, berikut adalah senarai nama:-

Ralph Luaren (Polo)

Larry Ellison (Oracle)

Irv Robbins (Baskin & Robbins)

Sergey Brin (Google)

Michael Dell (Dell Computers)

Donna Karran (DKNY)

Howard Schultz (Sturbuck’s)

Bill Rossenberg (Dunkin Donuts)

Levis Strauss (Levi’s Jeans)

Richard Levin, presiden universiti tersohor Yale, Universiti.

Henry Kissinger, Joseph Lieberman dan Madeleine Albright (bekas Setiausaha Negara AS.

Alan Greespan, bekas pengerusi Rizab Persekutuan AS di bawah Reagan, Bush Clinton dan Bush Jr.

Maxim Litinov, bekas Menteri Luar Soviet.

David Marshal, bekas Ketua Menteri Pertama Singapura.

Isaac Isaacs, bekas Gabenor Jeneral Australia.

Benjamin Disreali, negarawan dan penulis Britain.

Yevgeny Primkiv, bekas Perdana Menteri Russi dan bekas Jenaral KGB.

Jorge Sampaio, bekas Presiden Portugal.

Herb Gray, bekas Timbalam Perdana Menteri Kanada.

Pierre Mendes, Perdana Menteri ke-143 Perancis.

Micheal Howard, bekas Setiausaha Negara Britain.

Bruno Kreisky, bekas Canselor Austria.

Robert Rubin, bekas Setiausaha Perbendaharaan AS.

George Soros, penyangak mata wang. Dia menderma AS$ 4 billopn untuk membantu ahli sains dan Universiti serata dunia.

Walter Anneenberg, menderma untuk membina ratusan perpustakaan berjumlah AS2$ billion.

p/s – Ini baru sedikit, ramai lagi bangsa Yahudi laknat ini yang kaya raya hasil dari duit kita sendiri umat Islam, BANGUNLAH! Pulaukan produk-produk mereka….setiap ringgit yang dibelanjakan untuk membeli produk mereka akan membunuh nyawa masyarakat Islam Palestin.