Pemerhatian dan pandangan dari bebola mata yang berkaca mata terus dinukilankan dan diekspresikan dalam bentuk penulisan…

LANGKAH PRAKTIKAL UNTUK TERLIBAT DALAM JIHAD DI PALESTIN

Israel semakin menjadi-jadi kejahatannya sejak akhir-akhir ini, yang terbaru flotila bantuan kemanusiaan ke Gaza telah diserang oleh skuad Komando Israel. Kita selaku umat islam perlu bertindak. Di sini aku senaraikan 12 langkah praktikal untuk terlibat dalam jihad di Palestin.

Langkah 1 – Memantapkan diri dengan Islam

Berpegang teguh dengan islam sama ada dari segi syariat atau akidah. Ini adalah saranan Majma’al-Fiqh al-Islami pada 1422 H.

Langkah 2 – Menolong umat islam

Wajib menolong umat islam yang dizalimi dan ditindas. Pertolongan tersebut sama ada dengan:

a) Jiwa raga

b)Harta benda seperti makanan dan ubat-ubatan

c)Sokongan semangat dan roh

d) Sokongan politik.

Ini juga saranan yang dikemukakan oleh Majma’ al-Fiqh al-Islami pada 1422 H.

Langkah 3 – Boikot produk yahudi zionis

Memboikot barang yahudi zionis dan sekutunya lebih-lebih lagi berkenaan dengan rokok dan minuman keras. Caranya dengan mengenali senarai prod

uk mereka dan memulaukannya dengan memilih barangan tempatan yang selain daripada sekutunya.

Langah 4 – Negara Islam bersatu

Semua umat islam hendaklah bersatu hati, tenaga dan suara dalam mengutuk serangan dan seterusnya menghulurkan bantuan kepada saudara se-Islam di Palestin

Langkah 5 – Negara jiran membantu

Bagi negara yang berjiran seperti Mesir, Lubnan, Jordan dan Syria hendaklah membuka sempadan dan memberi ruang dan peluang serta membantu penduduk Gaza dalam meringankan bebanan mereka.

Langkah 6 – Memberi sumbangan makanan dan ubat-ubatan

Setiap negara hendaklah memberi sumbangan ubatan dan makanan hingga sampai kepada mulut saudara mereka di Palestin. Pasukan sukarelawan perubatan dan seumpamanya hendaklah digerakkan dan diberi ruang dalam membantu saudara di Palestin.

Langkah 7 – Derma jihad

Derma jihad hendaklah dilancarkan dan dibahagikan kepada rakyat Palestin secara tersusun dan menyeluruh. Kerajaan sewajarnya memantu NGO yang mengambil tanggungjawab isu kewangan dan bantuan Palestin mengikut yang sewajarnya dan benar-benar amanah. Bantuan tersebut mestinya sampai secepat yang mungkin kerana nyawa mereka dalam keadaan benar-benar terancam. Begitu juga, adanya sumbangan tentera islam atas nama OIC oleh setiap negara islam dalam membantu penduduk Palestin

Langkah 8 – Bantuan senjata

Sudah sampai masanya negara OIC khasnya memikirkan bentuk bantuan persenjataan kerana umat Islam di Palestin bertembung dengan kuasa besar dunia sama ada dengan memberi sumabnagn senjata ataupun tentera islam bersatu dan berkhidmat di sana, cuba lihat apa senjata rakyat Palestin? Senjata mereka hanyalah batu, nafas dan denyut nadi sahaja. Ini seolah-olah menghulurkan leher untuk disembelih dan badan untuk disasarkan dengan peluru hidup. Lengakpkanlah saudar-saudar se-islam kita dengan senjata moden yang canggih setanding dengan senjata yang dimiliki oleh Israel bajingan itu!

Langkah 9 – Solat hajat

Melakukan solat hajat, berdoa dan memohon keampunan daripada Allah dan pertolongan untuk saudar se-Islam di bumi Palestin. Solat hajat ini hendaklah dilakukan pada skala yang besar dan berterusan begitu juga dengan bacaan Qunut Nazilah sebagaimana yang pernah dilakukan oleh Rasullullah SAW terhadap kabilah Ri’lin dan Zakuan.

Langkah 10 – Tunjuk perasaan

Mengadakan tunjuk perasaan bantahan dari peringkat pemimpin hingga ke rakyat jelata. Begitu juga dengan surat bantahan rasmihendaklah disampaikan kepada kedutaan Israel dan Amerika Syarikat dan jelaskan ketidak puashatianatas kebiadaban mereka dengan memperlakukan umat Islam seperti binatang. Begitu juga dengan sikap membisu sebahagian pemimpin Arab.

Langkah 11 – Tingkatkan kesedaran tentang bahaya yahudi zionis

Memberi kesedarandan pembelajaran berhubung bahay golongan yahudi zionis. Terapkan fakta-fakta tentang islam agama yang lengkap, kejayaan-kejayaan besar yang dicapai oleh umat islam masa lalu adalah disebabkan mereka sangat memuliakan islam dan bersungguh-seungguh dalam melaksanakan hukum-hukum al-Quran dan mendedahkan kepada anak-anak berkenaan rancangan zionis, rancangan penjajah, rancangan komunis dan rancangan penganut kristian. Rancangan-rancangan ini semuanya bertujuan melenyapkan akidah Islam dari muka bumi ini dan menerapkan bibit-bit ateis kepada generasi muda islam.

Langkah 12 – Bongkar strategi media barat

Mendedahkan strategi media barat yang memanipulasi dan memutar belitkan sebaran maklumat tentang isu Palestin.

p/s – kamu-kamu diluar sana sanggupkah untuk ke medan jihad?

Advertisements

5 responses

  1. negara-negara jiran yg jadi persoalan.

    mesir tu bukannya nak tolong palestin. diorang bermusuh lagi dengan palestin.

    pelik kan? padahal palestin dikelilingi oleh negara jiran islam, tapi kebanyakan nya buat tak tahu je. liga2 arab lebih suke berpeluk tubuh dari membantu mereka.

    Jun 1, 2010 at 1:20 pm

    • faerrin

      negara-negara jiran tu soma ada perjanjian ngan palestin..ingat lagi perang arab-israel 6 hari? n perang yom kipur…lepas arab kalah, stat dari tu la depa kena buat perjanjian ngan negara haram yahudi tu.. n stat dari tu jgak la banyak tanah-tanah arab kena ambil..

      Jun 3, 2010 at 9:11 am

  2. desperadol

    bg senjata 2 aku sokong..jom pakat2 collect duit beli senjata bg kat org palestin..

    Jun 3, 2010 at 1:54 am

    • faerrin

      jom2..tapi…macam mana kita nak aps senjata tu terus ke tangan palestin?

      Jun 3, 2010 at 9:13 am

  3. bontot

    hahahaha gua sokong desperadol

    Jun 3, 2010 at 2:09 am

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s