Pemerhatian dan pandangan dari bebola mata yang berkaca mata terus dinukilankan dan diekspresikan dalam bentuk penulisan…

MAYA SELULOID, MINDA & TELEVISYEN

Pada satu pagi aku sepatutnya bangun dari tidur dan bersedia untuk keluar bersama si dia, tetapi tangan gatal-gatal picit butang “on” pada satu alat hipnotik dan terpasanglah TV di dalam kamar tidur aku. Tidak sampai beberapa saat aku sudah tertawan, tersangkut dan lupa semua janji temu, kerja dan segala-galanya. Aku tiba-tiba seperti berada di alam yang lain – mari kita panggil maya seluloid – alam atau sebenarnya satah kehidupan di mana segala-galanya tiba-tiba terhenti tiap lebih kurang 20 minit. Memang benar! Pffftttttt….dan kita terkeluar dari maya seluloid dan dibawa pula ke alam iklan (satu lagi satah kehidupan di mana hanya ada dua suara Yasmin Yusoff dan Harith Iskandar) sebagai suara latar atau suara garau arwah Din Beramboi. Dalam alam iklan kita bernasib baik menerima beberapa imej dan kata-kata hikmat terpilih daripada penjaja: bagai seruan “BELILAH SAYA! BELILAH SAYA!” di bawah sedar kita.

Berbalik pada maya seluloid, di mana jutawan wanita kulit hitam penyindir menyuakan mikrofon ke muka teman lelaki liar dan jatuh miskin sedang para penonton bersorak menggalakkannya; dunia di mana penyanyi melayu berbakat berlatih arpeggio di tepi piano; dunia di mana suri rumah Hong Kong memperjudikan wang belanja dapur mereka di BSHK; dunia di mana penyiar TV Amerika hampir bersalin sewaktu siaran langsung; dunia di mana drama melayu begitu lembap hingga kamu tertidur sebelum mereka mula meratap dan berkata “Sayang jangan tinggalkan aku”; dunia di mana tauke jahat memerangkap gadis suci penyanyi karaoke dari Jinjang ke kancah kejahatan pelacuran.

Itu juga di mana dunia hero Tamil menggosok gigi, bukan mengucup teman wanita mereka; dunia di mana adik beradik Khan dan Kapoor yang konon-kononya sasa dan gemuk itu masih lagi melakonkan watak utama; dunia di mana Do Re Mi bermaksud Julie Andrews; rahib bernyanyi dan bukit yang hidup dengan Sounds Of Music; dunia di mana Anita Mui masih lagi mempersembahkan acara terakhir kemuncak penutup selamat tinggalnya;

Dunia di mana para penari menari tetapi tidak pernah membuat tendangan tinggi dan penyanyi menjerit-jerit dan kadang-kadang menyaynyi dengan nada yang betul; dunia di mana semua penyair wanita kecuali Tengku Elida Bustaman ingin menjadi Wan Zaleha – seperti satu tika dahulu – (kembalilah, kami dah maafkan kamu); dunia di mana Sejahtera Malaysia membuatkan aku (kamu juga kan? Mengaku sahajalah) menitiskan air mata patriotik jika hanya kerana cheongsam Eline Kang bagaikan prototaip untuk file Star Trek: The Next Generation.

Maya seluloid menular dalam setiap rongga terbuka – mata kamu, telinga kamu, mana-mana sahaja. Malahan kamu juga boleh membeli-belah melalui TV, Ingat lagi Smart Shop? Atau kamu boleh sahaja menelefon Christine Ling yang budiman dalam program Nona (pada satu ketika dahulu-ketika di tahun 90-an) untuk memberi pendapat kamu tentang kek pandan limau nipis. Dan apabila kamu mula berfikir Jackie Eu layak menerima pencalonan oskar memanglah kamu tiada harapan – dan bersedia untuk ke Tanjung Rambutan, atau Tanjung Harapan?….Maka ketika itulah anda mula bermimpikan ‘Magic Movie’, ‘Gaya Mutu Keunggulan’ , bahan pencuci permaidani yang hebat pada hanya RM 9.55, Didi 7, Didi 8, masih ingat lagi? Dan ‘Films of exceptional quality’  (‘Filem berkualiti luar biasa’ – mereka ingat orang percaya?)

Jadi apa istimewanya dengan maya seluloid aku? Istimewa? Keistimewaannya menakjubkan; itu yang istimewanya dan aku tak tipu, memang aku sukakannya. Alam lain mana yang begitu pelbagai, lucu, gila, tawa, nangis, santai, teruk (Cuba tonton Cerekarama atau apa jua slot-slot drama melayu-malaya-meloya di TV3 kalau kamu tak percaya) dan begitu ke Malaysiaan. TV kita, lebih daripada yang lain dalam negara kita yang gila ini, cerminan sebenar tempat kita yang pelik dan punya ideal yang tidak praktikal. Di mana lagi di dunia dapat kamu lihat berita dalam empat bahasa (Edisi Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Bahasa Tamil, Bahasa Mandarin) juga cuaca di Makkah, Kota Kinabalu, Macau, Paris, Iran, Palestine, UK dan lain-lain.

Aku fikir satu masa dulu TV Malaysia seolah-olah tiada harapan, kedaerahan, kekampungan, kelas kedua mungkin juga ke tiga. Aku kata betul pada satu perkara; selalunya ia memang kelas kedua, sekurang-kurangnya dari segi nilai penerbitan, penulisan dan lakonan (perasankah kamu darama-drama tipikal ala-ala bisnes yang penuh dengan dendam dan perubatan harta serta jawatan?). Mungkin ada yang akan berkata dan berbunyi begitu, jadi apa lagi yang tinggal? Tetapi di samping kegagalannya, ia masih ke Malaysiaan; menonton Pi Mai Pi Mai Tang Tu, Spanar Jaya, Spontan (kecuali Senario zaman kini, yang dulu-dulu masih ok dan boleh diterima dek akal lagi) anda kena perlahankan suara, kalau tidak pecah gegendang telinga nanti. Selain itu seperti wawancara agresif rancangan Fuhhhhhhhhh! dan juga Terjah!!…yang mengilhamkan dan boleh membuat soalan-soalan perangkap dan agak elok juga dipelajari oleh pelajar-pelajar dalam bidang kewartawanan, juga wawancara Melodi dengan para hipokrit terkenal, semua itu tontonan hebat belaka (bagi kamu-kamu yang meminati industri seni Malaysia, aku kurang berminat akan rancangan sebegini).

Mungkin perjalanan TV Malaysia masih jauh lagi – kebebasan suntingan lebih sedikit mugkin bagus juga – namun begitu ia sedang menuju ke arah yang betul. Ia kadang-kadang pantas, lucu dan ke Malaysiaan. Sekarang, kalaulah aku dapat menutup TV ini. Kalau tidak percaya, cuba kamu (mak cik-mak cik dan peminat industri seni dan gossip panas, meletop) tonton Melodi Farra Fauzana & Wahid Senario pada pagi Ahad.

p/s –  Seluloid itu sentiasa mengimbau pemikiran mengikut arus zaman!

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s