Pemerhatian dan pandangan dari bebola mata yang berkaca mata terus dinukilankan dan diekspresikan dalam bentuk penulisan…

PELIHARALAH AURAT KAMU WAHAI MUSLIMIN DAN MUSLIMAT

Bersempena hari Jumaat, yakni penghulu segala hari…tiba-tiba aku seperti mahu menulis sesuatu yang ke-arah “islamik”. Entri kali ini tidak hu-ha,hu-ha..ianya ada isi dan aku harapkan boleh membimbing kamu-kamu semua.

Jiwa aku kekadang seperti di tekan oleh satu persoalan yang sejak akhir-akhir zaman ini seperti melanggar etika manusia muslim itu sendiri. Pernahkah kamu terfikir untuk menjadi muda semula? Berjiwa remaja, serta seperti tidak sedar bahawa yang kamu sudah tua. Atau pernah kah kamu yang dilahirkan secara fizikal dan rohaniahnya adalah seorang lelaki tetapi tiba-tiba terdetik di dalam hati seperti mahu menjadi wanita atau tiba-tiba kamu sepeti jatuh hati pada seorang lelaki yang juga sama jenis sama kamu?…Atau, kamu seorang wanita muslim, tetapi kamu berpakaian seperti kamu “tidak memakai baju”. Kamu menunjukkan segala aset yang kamu ada, dan ianya…mengiurkan!!. Jadi kali ini aku mahu komen sedikit tentang pakaian muslimah..yang lain-lain perkara di atas akan aku ulas lain kali.

Menjaga penampilan diri itu bagus, dan ia juga adalah sunat yang telah ditunjukkan dari Nabi kita sendiri. Tetapi yang menjadi persoalannya..kenapakah ada dari kalangan kita seperti begitu bersungguh-sungguh menunjukkan aurat mereka di khalayak ramai. Ada yang bertudung, tetapi jambul di depan. Ada yang tidak memakai tudung, tetapi memakai baju kurung lengkap. Ada juga yang berbaju sendat, tetapi memakai tudung dengan sempurna, tiada jambul, tiada anak rambut. Ada yang memakai jeans ketat dan menunjukkan lurah punggung…Kalao kamu lelaki sejati, apa perasaan kamu ketika itu?Ughhhhh…tuhan saja yang tahu. Aku kekadang berasa hairan dan pelik. Jika kita perhatikan anak muda zaman kini, hampir kesemua dari mereka mengagungkan budaya barat tidak kiralah dari segi berpakaian, bersosial mahupun tata cara hidup. Jadi, budaya ketimuran dan islam itu sendiri semakin lama semakin lenyap dan hilang.

Jika diikutkan Allah SWT telah berfiman di dalam Surah Al-Araf (7:26) berkaitan pakaian yang bermaksud:

“Wahai anak cucu Adam, sesunggunya kami telah menyediakan untuk menutupi auratmu dan menghiasi dirimu. Tetapi pakaian taqwa itulah yang lebih baik. Demikianlah bahagian tanda-tanda kekuasaan Allah mudah-mudahan mereka ingat”

Dan selain dari itu, ada juga di dalam Al-Quran menyatakan 4 fungsi berpakaian sebagai contohnya:

1. Menutup aurat – Surah Al-Araf, 26

2. Sebagai perhiasan dan nilai estatika – Surah Al-Araf, 26

3. Pakaian sebagai simbol identiti – Surah Al- Ahzab, 59

4. Sebagai pelindungan dari cuaca dan bahaya – Surah Al-Nahl, 81

Sebenarnya pada aku, berpakaian seksi dan menjolok bijik mata hingga membuatkan aku dan rakan-rakan berdarah hidung adalah tidak perlu. Lantak pi lah kalau orang kafir atau non-muslim mahu berbogel atau mahu berpakaian apa sahaja..tetapi kita selaku muslim atau muslimah wajib memelihara aurat!

Cuba kamu berpakaian dengan mengenakan fesyen-fesyen busana muslim. Pakai tudung, blause labuh dan berseluar panjang ataupun Jeans. Cantik apa..comel dan beketrampilan. Sebenarnya, kita berpakaian dengan menurut hukum islam ini adalah perlu ini kerana kita perlu menunjukkan Penampilan Anggun-Rapi-Mulia dan Terpuji dengan menunjukkan ciri Jalal (Kebesaran), Kamal (Kesempurnaan) dan Jamal (Kecantikkan). Oleh itu kita wajib mensyukuri dan berusaha menzahirkan ketiga-tiga sifat tersebut pada setiap keadaan.

Di sini aku ingin menyatakan ciri-ciri busana muslim atau fesyen muslim menurut Al-Quran dan Hadis iaitu:

1. Wajib menutup aurat

2. Tidak menyerupai berlainan jantina

3. Menzahirkan kurniaan dan nikmat dan nikmat anugerah Allah

4. Tidak melabuhkan pakaian dengan tujuan untuk bermegah-megah

Aku akhiri khutbah Jumaat aku dengan Hadis dari Riwayat Muslim dan Tarmizi;

“Sesunggunya Allah itu Maha Indah dan Menyukai yang indah-indah”

p/s – Penampilan cantik adalah satu ibadah, tapi pastikan ianya menutup aurat! Boleh jadik ustaz tak aku? HEH!

Advertisements

2 responses

  1. irahasira said

    bagus la blog nie…. hohoh truskan usahe.. go go chayok…
    semoga dpt jalin kan mahabbah antara seluruh muslimin n muslimat di atas bumi Allah S.W.T ini… insyaAllah

    Ogos 29, 2010 at 1:53 am

    • faerrin

      Terima kasih…salam ramadhan dan salam syawal!!

      Ogos 29, 2010 at 7:13 am

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s