Pemerhatian dan pandangan dari bebola mata yang berkaca mata terus dinukilankan dan diekspresikan dalam bentuk penulisan…

BOSAN DENGAN SISTEM PENGANGKUTAN AWAM MALAYSIA

Kita akan menggunakan duit untuk mendapatkan sesuatu perkhidmatan dan selalunya untuk berpuas hati dengan perkhidmatan yang berbayar itu ianya bergantung dengan perkhidmatan yang diterima. Untuk mendapatkan duit pula, kita perlu berusaha dengan sedaya upaya menggunakan tulang empat kerat, memerah peluh dan keringat serta memerah otak dan buah fikiran dan ianya bukan satu perkara yang mudah. Kadang-kadang perkhidmatan berbayar tidak berfungsi sepenuhnya dan tidak juga seperti yang diharapkan serta mengecewakan. Sepatutnya, dengan perkhidmatan yang berbayar..perkhidmatan yang disediakan bukanlah biasa-biasa..malahan perlulah luar biasa. Ini juga menunjukkan perbezaan antara perkhidmatan berbayar dengan yang percuma.

Sama seperti contoh mudah, air suam dengan air sirap bandung mana yang lagi enak? Rata-rata akan mengatakan air sirap bandung, tetapi mahu sirap bandung perlu ada susu sejat, susu manis dan sirap! Ini kerana kita bayar lebih untuk item-item tambahan sebagai contohnya susu sejat, sirap dan lain-lain justeru itu rasanya pasti lebih enak dan sedap dari air suam biasa! Sama juga dengan perkhidmatan berbayar, setelah mengeluarkan modal..seharusnya, pengguna dapat menikmati sesuatu perkhidmatan dan produk yang berkualiti. Kamu berpuas hati dengan perkhidmatan yang ada di Malaysia? Perkhidmatan komuter, bas dan lain-lain sistem perkhidmatan pengangkutan berbayar adakah kamu berpuas hati dengan kualiti perkhidmatan yang disediakan? Efisienkah sistem pengangkutan di negara kita?

Pengangkutan awam ialah antara pemboleh ubah yang amat penting dalam ekonomi sesebuah negara kerana ia menjadi penentu kepada kelancaran pelbagai kegiatan dalam dan luar bandar yang boleh menjana pendapatan. Sistem pengangkutan awam yang cekap membolehkan pekerja sampai di tempat kerja pada masa yang tepat, membolehkan kegiatan di tempat kerja berjalan seperti yang dirancang. Dari segi sosial dan psikologi, pengangkutan awam yang berkualiti tinggi membolehkan orang ramai yang bergantung kepadanya membuat perjalanan dengan mudah, menjimatkan wang, mengurangkan stres, dan dapat merancang perjalanan sendiri dan ahli keluarga supaya sampai ke destinasi tanpa kelewatan.

Bagaimanapun, realiti yang ada menunjukkan bahawa pengangkutan awam negara kita masih berada di takuk lama. Kita mempunyai jaringan lebuh raya dan lapangan terbang antara yang terbaik di dunia, tetapi sistem pengangkutan awam bandar dan luar bandar kita masih di tahap Dunia Ketiga dari segi kualiti perkhidmatannya. Dari segi infrastruktur, kita berbangga kerana mempunyai sistem multimodal seperti LRT, ERL, Monorel, Komuter dan RapidKL, tetapi sistem yang pelbagai ini tidak menjamin mobiliti orang awam berjalan lancar. Persoalan pengangkutan awam darat khususnya dalam bandar di negara ini masih banyak yang belum menemui titik jawapannya.

Setiap minggu kita berhadapan dengan rungutan orang ramai tentang masa menunggu bas yang lama, bas tidak datang seperti yang dijadualkan, teksi yang tidak menggunakan meter dan hanya mahu pergi ke destinasi jauh, tak dapat duduk dalam LRT sebab penumpang padat macam ikan sadin dalam tin, tren KTM Komuter yang bergerak macam kura-kura dan mati enjin berkali-kali dalam perjalanan, dan bas yang comot, panas sebab tiada pendingin udara, enjin berbunyi bising dan ekzos yang memuntahkan asap hitam sepanjang perjalanan. Di luar bandar, keadaan lebih teruk dengan perkhidmatan bas yang lama, buruk dan tersengut-sengut. Masa purata menunggu bas di hentian tepi jalan melebihi setengah jam adalah normal, dan kepanasan dalam bas kerana sistem pendingin hawa rosak atau tidak mempunyai sistem hawa dingin langsung adalah perkara biasa.

p/s – Jemu dan bosan dengan pengangkutan awam yang sedia ada!

One response

  1. pengangkutan awam dekat malaysia memang belum cukup hebat.

    dari pengalaman kawan aku yg pernah ke london dan new york, kat sana public transportation mmg superb. bukan setakat harganya murah, tapi servis baik dan kerap penggunaannya. maksudnya, setiap 10 minit, akan ada bus atau teksi yang akan lalu kat kawsan tu so pengguna memang mudah nak dapatkan bus/teksi.

    kalau kat malaysia, setengah jam baru boleh nampak 1 bas. kalau kawasan tak ramai orang, mungkin 1 jam 1 bas atau 2 jam 1 bas.

    kat sana, public transportation punyalah superb sampaikan orang rasa macam worthless kalau beli kereta. pasal tu orang kat new york jarang ada kereta walaupun gaji diorang cecah $10,000 per month

    Jun 5, 2010 at 10:55 pm

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s