Pemerhatian dan pandangan dari bebola mata yang berkaca mata terus dinukilankan dan diekspresikan dalam bentuk penulisan…

RAKYAT MALAYSIA TAK SUKA PERATURAN

Kalau di buat kajian terhadap indeks kepatuhan terhadap undang-undang dan peraturan di kalangan rakyat Malaysia, aku jamin dan pasti kita akan mendapat tempat yang tercorot. Masakan tidak, lihat saja di luar sana bagaimana sikap rakyat Malaysia terhadap undang-undang. Patuhkah mereka? Adakah mereka tidak tahu akan kewujudan undang-undang atau peraturan? Buta hurufkah mereka? Dungu? atau….tidak ke sekolah? Adakah mereka tidak didedahkan dengan undang-undang? Mungkin tidak…..

Ada aku terdengar dari cakap-cakap bahawa undang-undang dicipta bukan untuk di patuhi tetapi untuk dilanggar. “Break the rules!

Ambil contoh mudah, lampu trafik. 3 warna yang digunakan iaitu hijau, kuning dan merah. Aku yakin seluruh rakyat Malaysia tahu kod etika di jalan raya serta tahu apa maksud di sebalik warna-warna lampu isyarat tersebut, seharusnya mereka  wajar mematuhi lampu isyarat trafik. Aku juga yakin keseluruhan rakyat Malaysia lulus dengan cemerlang ketika ujian memandu JPJ! Tetapi, lebih 80% dari rakyat Malaysia tidak patuh ketika di lampu isyarat dan mengaplikasikan apa yang telah dipelajari. Lampu merah sewajibnya berhenti, tetapi ramai di kalangan pemandu tidak patuh. Mereka sewenang-wenangnya melanggar lampu isyarat tersebut, dan kadang-kadang lampu merah sudah menyala lebih 7-8 saat masih ada pemandu yang tidak patuh dengan melanggar lampu isyarat tersebut (bukan melanggar tiang lampu isyarat). Perkara ini sudah menjadi tabiat dan budaya di kalangan pemandu, dan tabiat ini akan terus diturunkan dari satu generasi ke generasi yang lain. Ini suatu yang membimbangkan, kerana budaya ini bakal mengundang kecelakaan di jalan raya!

Pernah kamu lihat papan tanda “Jangan Buang Sampah Di Sini“? Apa yang kamu lihat di kawasan tersebut? Adakah ianya bebas dari sampah atau sebaliknya? Biasanya di mana-mana pun dipacakkan papan tanda seperti butiran yang telah dinyatakan tadi, pastinya sampah yang akan menimbun. Sama ada tidak paham, atau buat-buat tak paham atau terlampau paham tentang butiran yang dinyatakan aku tidak pasti. Letaklah apa sahaja, “Denda RM500 Jika Buang Sampah Di Sini” atau “Pembuang Sampah Akan Disebat 100 kali” aku yakin, rakyat Malaysia akan buat endah tak endah. Lagi dilarang atau ditegah lagi  menjadilah aktiviti yang ditegah tersebut dilakukan.

Ketika menaiki bas, atau komuter…pernah kamu lihat masyarakat kita beratur panjang dengan sabar? Pernah kamu lihat rakyat negara kita tidak berasak-asak? Jika tidak, mungkin kamu di negara lain..mungkin kamu di UK…atau paling dekat pun di Singapura. Rakyat negara kita memang suka bertempur untuk menaiki segala jenis pengangkutan awam. Rata-rata dari mereka ada asas dalam permainan rugby dan mungkin juga terpengaruh dengan tarian “Hakka” All Black! Tidak kira lelaki atau perempuan, muslin atau non-muslim, wanita melayu terakhir atau bukan, tua atau muda, kanak-kanak atau remaja semua dari mereka lebih rela merempuh. Adegan tolak meolak dan berasak-asak sudah biasa kelihatan di mana jua perhentian bas, komuter, LRT, ERL dan sewaktu dengannya. Teksi dikecualikan.

Bukankahh elok, jika rakyat Malaysia bersopan santun ketika menaiki apa jua pengangkutan awam Barulah nilai-nilai ketiamuran yang kool itu muncul.

“Siti, aku tengok lengan kao makin lama makin taf”

“Iyelahhh….hari-hari aku main rugby beb!”

“Rugby celah mana dow?”

“Rugby laa…yang berasak-asak tu..cuma aku main rugby ni setiap kali aku nak pergi ofis dan balik dari ofis”

“Ohhhhhh…gila aktif kao….kao main rugby kat mana weh?

“Aku main rugby kat hentian komuter setiap pagi dan petang!”

“…………………………Ok! aku paham!”

p/s – Sukan dan senam baik untuk kesihatan!

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s