Pemerhatian dan pandangan dari bebola mata yang berkaca mata terus dinukilankan dan diekspresikan dalam bentuk penulisan…

ANUGERAH PIALA DUNIA & JUDI BOLA?

Lagi beberapa hari dunia bakal menyaksikan satu pertempuran hebat antara negara-negara untuk merebut piala berprestij, itulah Trofi Piala Dunia FIFA. Tetapi entah kenapa aku seperti terasa agak kurang hangat mengenai sambutan piala dunia kali ini. Aku seperti tidak begitu teruja, jauh sekali untuk tidak tidur malam untuk menonton perlawanan sambil makan mee sedap atau pun maggi hot cup. Tapi yang pasti ramai lagi di luar sana begitu teruja untuk menyambut kedatangan dan kehangatan perlawanan piala dunia kali ini. Mungkin ada yang mahu menonton di mapley, ada juga yang mahu menonton di stadium Afrika Selatan (jika berkemampuan), mungkin ada juga yang bakal menonton di rumah sahaja! Aku difahamkan, penganjuran kali ini akan bermula pada tanggal 11 Jun 2010 dengan perlawan pembuka tirai oleh Afrika Selatan menentang Mexico di Soccer City, Johannesberg. Perlawanan yang dijangkakan tamat pada 12 Julai 2010 nanti adalah diharapkan dapat memberikan satu persembahan yang baik kepada keseluruhan peminat-peminat bola di seluruh dunia. Dengan adanya piala dunia, sedikit sebanyak pemain bola sepak negara dapat mempelajari dan melihat bagaimana pemain-pemain dunia beraksi sekaligus menyuntik semangat pemain-pemain Malaysia. Itupun jika mereka mahu.

Tapi dengan kehadiran pentas piala dunia ini, masih ingatkah kita kepada isu Palestin? Uhhhh…mungkin tidak…Macam-macam isu berat selepas ini akan dilupakan.  Hero yang disambut bagaikan wira akan dilupakan seketika. Aku pasti! Baru sebentar tadi ketika menonton Berita Arus Perdana di TV3 suku, terdapat satu penyataan tentang estimation keuntungan hasil dari perjudian bola sepak ini. Dijangkakan akan berjaya mengaut keuntungan RM 1 Billion dalam sepanjang tempoh perlawan piala dunia ini. Bayangkan, dalam 1 bulan, boleh dapat 1 billion…patutlah, judi bola tidak diharamkan.Siapa tak nak beb! Tapi ingat…hukuman di akhirat kelak!

Aku tidak mahu bercerita panjang pasal judi bola. Jauh sekali mahu bincangkan isu Palestin dalam entri kali ini. Aku cuma mahu beri maklumat tentang jenis-jenis anugerah yang akan diberikan kepada para pemain di sepanjang penganjuran tersebut. Pada kebiasannya, anugerah-anugerah ini akan disampaikan ketika di penghujung atau kemuncak piala dunia. Aku pasti ramai antara kamu tidak endah akan amugerah-anugerah ini, mungkin di kalangan lelaki lebih sebuk betting negara mana yang akan menang dan sekaligus merangkul kejuaraan, dan yang perempuan akan lebih sebuk-sebuk menonton Christiano Ronaldo (yang kononnya di mata perempuan adalah hensem). Aku yakin, perempuan-perempuan yang kononnya minat bola ni tak tahu pun dari negara mana si Ronaldo ni main! Percayalah!

Ok, untuk piala dunia terdapat enam anugerah yang bakal dianugerahkan kepada pemain-pemain antaranya:-

1.“Kasut Emas Adidas” (dulu dikenali sebagai “Kasut Emas”, atau kadangkala “But Emas”, pertama kali dianugerahkan dalam tahun 1930) untuk penjaring terbanyak;
2.”Bola Emas Adidas” untuk pemain terbaik (dulu dikenali sebagai “Bola Emas”, pertama kali dianugerahkan pada 1982);
3.“Anugerah Yashin” untuk penjaga gol terbaik (pertama kali dianugerahkan pada 1994);

4.“Anugerah Permainan Bersih FIFA” bagi pasukan yang mempunyai rekod terbaik dalam permainan bersih (pertama kali dianugerahkan pada 1978);

5.“Anugerah Pasukan Penghibur Terbaik” bagi pasukan yang berjaya menghiburkan orang awam semasa kejohanan Piala Dunia, dinilai daripada satu undian umum, pertama kail    dianugerahkan pada 1994;

6.”Pemain Muda Terbaik Gillette” dihadiahkan kepada pemain di bawah 21 tahun bermulanya tahun kalendar, yang mana pertama kali dianugerahkan pada 2006.

p/s – Aku sokong Portugal kali ni, menang kalah lantak pi! Jangan berjudi, esok kena bakar dengan api neraka baru tahu!! Ahaks!

One response

  1. aku amik spain!!! wwooohhhooo!!!
    tapi aku beli jersi spain dgn jerman sekali sebab jersi jerman (away) lawa siot!

    keh2.. skang pun mesti nak buat entri pasal world cup

    Jun 9, 2010 at 2:57 pm

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s