Pemerhatian dan pandangan dari bebola mata yang berkaca mata terus dinukilankan dan diekspresikan dalam bentuk penulisan…

ALAMANDA DAN BUKU KASSIM AHMAD

Tiada update terbaru dari aku setakat ini. Entri kali ini juga ringkas dan “ringan-ringan” tidak terlalu ilmiah, bukan juga berunsur politik. Idea menulis datang dan pergi samalah juga dengan duit, datang dan pergi. Idea juga begitu. Jikalau difikirkan tentang idea, ianya begitu subjektif. Sebenarnya aku hampir buntu mahu tulis mengenai apa pada hari ini, juga tiada isu yang agak besar pada hari ini. Mahu ulas mengenai pembentangan RMK10 yang kononya diperuntukan sebanyak RM230 billion, ditakuti akan berjela-jela. Mahu ulas mengenai isu gula, ditakuti akan mencetuskan kontrovesi semasa yang agak prolifik. Isu-isu drama melayu-melaya-meloya sudah acap kali aku ulaskan, dan jika diulaskan kembali seolah-olah aku ini anti drama melayu, racisme akan drama melayu juga mempunyai semangat anti-semetik pada industri drama melayu. Tak kan aku mahu buat entri mengenai Rita Rudaini yang kerap kali berlakon dan pastinya akan memegang watak seorang wanita melayu anggun, berjawatan besar, serta mempunyai perwatakan yang agak manja, mengada-ngada dan…emmmm…Bosan!!

Aku tidak berhajat  menulis panjang pada hari ini, cuma pada hari ini aku telah bertemu jodoh dengan “sesuatu”. Sesuatu di sini bukan seorang wanita yang anggun, ianya adalah benda..benda yang boleh dibawa kemana-mana! Tengah hari tadi ketika waktu rehat aku dan si Calipso (bukan nama sebenar-identiti telah dirahsiakan demi keselamatan peribadi) telah melangkah gagah ke Alamanda, Putrajaya. Alamanda, yang satu-satunya merupakan pusat beli-belah utama di Putrajaya terletak di Presint 1. Kos binaan Alamanda ini sekitar RM380 juta atau kira-kira USD100 juta telah dibuka pada akhir Ogos 2004. Antara penyewa utama di Alamanda ini adalah Carefour, Cold Storage, Golden Screen Cinema, dan Parkson. Alamanda mempunyai kira-kira 180 tapak unit kedai yang disewakan. Cukup mengenai Alamanda. Beralih ke topik yang lain. Lihat bawah.

Hari ini cuti sekolah dan jika cuti sekolah ramai budak-budak sekolah yang bercuti ini akan datang ke kelas “tuisyen ak rasmi” di Alamanda. Berpeleseran tidak tentu pasal, berpasangan lelaki dan perempuan secara bebas Aku datang tengah hari tadi, hampir 70 peratus adalah budak-budak sekolah yang di bawah umur manakala 29 peratus lagi adalah kakitangan gomen yang berbaju batik termasuk aku dan si Calipso (aku tak pakai batik pada hari ini) manakala baki 1 peratus adalah lain-lain (macam biasalah…mesti ada lain-lain, Malaysia it’s very typical ma!).

Singgah di MPH, aku terpandang satu buku. Agak tertarik dengan buku itu, lantas dicapai dan terus ke meja kaunter pembayaran. Buku akhirnya dibeli!

Buku yang bertajuk KASSIM AHMAD – MENCARI JALAN PULANG- Daripada Sosialis Kepada Islam. Aku “terbeli” buku ini kerana setelah lebih 30 minit di dalam MPH aku tidak terjumpa buku yang menarik dan akhirnya bertemu dengan buku ini. Inilah yang dikatakan jodoh! Ulasan atau kritikan tentang buku ini, aku akan cuba menulis di kemudian hari itupun jika berkesempatan menulis atau mengkritik. Aku bukan punya kelayakan untuk kritik tentang penulis yang telah lama menulis dan sudah mempunyai kelas tersendiri dalam bidangnya. Buku yang di dahulukan dengan kata pengantar oleh Tun Dr. Mahathir Mohammad ini berketebalan sebanyak 248 muka surat dan berharga RM35 senaskhah.

Sedikit tentang Kassim Ahmad. Beliau bukan sahaja terkenal sebagai ahli politik, malah juga sebagai seorang pemikir, sasterawan dan juga penulis terkenal di Malaysia. Lahir di sebuah kampung pedalaman di Kedah. Beliau memasuki Universiti Malaya Singapura pada tahun 50-an dan seterusnya mengajar di School of Oriental and African Studies, Universiti London 1962-66. Penglibatan politiknya membawa beliau memegang jawatan Pengerusi Parti Sosialis Malaysia selama 18 tahun (1966-1984) sehingga beliau mengambil keputusan mengundur. Kassim banyak menulsi pelbagai artikel dan buku. Salah satu karya beliau yang cukup kontrovesi ialah “Hadis-Satu Penilaian Semula”, Memoir “Mencari Jalan Pulang-Daripada Sosialisme Kepada Islam” ialah hasil tangannya yang baru.

p/s – Malam ni aku akan menelaah buku ini!

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s