Pemerhatian dan pandangan dari bebola mata yang berkaca mata terus dinukilankan dan diekspresikan dalam bentuk penulisan…

SEPAK MULA PIALA DUNIA BERMULA!

Demam bola sepak sudah pun dapat dirasakan pada hari ini. Di ofis lagi, teman-teman sudah berpakat-pakat untuk menonton perlawanan pertama pada malam ini di kedai mamak atau di mana sahaja yang sesuai. Tengok ramai-ramai lebih semangat dan lebih feel, maklumlah bila duduk bersama dalam satu kumpulan, kehangatan akan lebih terasa. Jiwa akan meronta untuk menjerit dan bersorak. Kalau menonton dengan awek, akan lebih kool dan akan lebih kool jika di kawasan tersebut ramai gadis-gadis yang manis dan serba cun yang mampu buat kamu berdarah hidung! Aku ada satu soalan, jika diberi pilihan antara awek dan bola yang mana satu akan kamu pilih untuk ditonton? Tepuk dada dan tanya selera kamu!

Sepanjang perlawanan piala dunia yang penganjurannya dijangka selama sebulan, masa inilah ramai yang rela bercuti tidak kira lah cuti yang dipohon atau cuti sakit atau cuti kecemasan. Apa yang pasti, keadaan ini akan menjejaskan produktiviti kakitangan lelaki ketika di pejabat. Maklumalah setelah bersengkang mata menonton perlawana di awal pagi, kadar kebermengantukan adalah tinggi, selain itu pertandingan ini bukan calang-calang dan bukan sebarangan kerana iannya merupakan satu event yang berprestij dan boleh dikatakan ianya The World Most Watched & The Most Wanted Sports Event!”

Jika kamu tidak mahu menonton di luar mungkin atas faktor-faktor kamu sudah berkahwin (mungkin baru berkahwin dan di ambang mood berbulan madu, mungkin juga kamu di ikat oleh bini kamu dan kamu tidak dibenarkan keluar rumah di awal pagi), atau kamu bukan jenis yang friendly mungkin juga kamu adalah pendokong gerakan anti-sosial, atau kamu lebih selesa menonton secara solo dan bukan secara duet, triple, quad atau berjemaah maka adalah lebih elok dan disyorkan untuk menonton sahaja di rumah. Duduk di hadapan TV, bersilang kaki di atas sofa sambil ditemani air kopi tongkat ali dan long jack keluaran Orang Kampung dengan diterangi oleh lampu yang suram-suram cahayanya, on kan TV maka tontonilah perlawanan tersebut secara solo. Bersoraklah juga secara solo. Jika pasukan yang kamu sokong itu kalah, menagislah kamu secara solo!

Untuk makluman kamu, perlawanan piala dunia kali ini akan dapat ditonton di Astro dengan pakej sukannya di mana pihak Astro telah diber hak penyiaran untuk perlawanan kali ini sebanyak 64 perlawanan secara langsung. Jika kamu melanggan pakej HD, ianya akan disiarkan dengan lebih berkualiti (entahlah..aku tak langgan pakej HD ni, tak tahu lah pulak ianya lebih jelas atau tidak). Bagi kamu-kamu yang tidak melanggan Astro, jangan risau kerana RTM juga telah diberi hak penyiaran di mana sebanyak 35 perlawanan. Ini dipecahkan dengan 24 siaran secara langsung dan baki 11 siaran tertunda. Hampir kesemua penyiaran perlawanan ini di RTM adalah melebihi jam 11 malam, jadi amatlah sesuai jika kamu siap sedia dengan kopi pekat. Manakala bagi Media Prima Berhad (MPB) pula akan berkongsi hak penyiaran bersama dengan RTM memandangkan perkongsian sebegini adalah digalakkan oleh kerajaan.Di sepanjang demam bola kali ini, pihak MPB banyak menagturkan pelbagai program menarik untuk ditontonkan pada peminat-peminat sebagai contohnya program menarik di TV3 termasuk dokumentari khas The Immortals, Fifa Official Preview Series, Sorak Borak, siri kartun Dreamkix, Kung Foot selain program istimewa Kembara Bola dan Kids Soccer Fiesta yang bermula awal Mei hingga Julai. Manakala di TV9 saksikan drama menarik seperti Jersi 9, Kad Kuning Kad Merah, Nabil & Co, Chopp! Bola, Kick Off, animasi popular Upin & Ipin versi bola sepak. Tidak ketinggalan program Hip TV, K9: Pencarian Pengulas Sukan Bola Chopp, I-Glam: Football Fashion Segment, Nasi Lemak Kopi O – Sembang Bola dan Adik Di 9.

Apa-apa pun semoga penganjuran piala dunia kali ini akan berjalan seperti biasa. Aku tak harapkan apa-apa kerana aku pun tidak begitu teruja sangat untuk menonton. Siapa menang dan siapa kalah juga aku tidak berapa peduli.

“Siapa mahu bet dengan aku siapa yang menang malam ini, Mexico atau Afrika Selatan? KERAjaan kata judi bola ni HALAL….”

p/s – Jangan berjudi, esok dalam kubur baru nak menyesal!

One response

  1. Kerugian yang dialami apabila perempuan berkerja di luar rumah
    sila baca di http://tebangtebas.wordpress.com/2010/06/12/kerugian-yang-dialami-apabila-perempuan-berkerja-di-luar-rumah/

    Jun 13, 2010 at 10:14 am

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s