Pemerhatian dan pandangan dari bebola mata yang berkaca mata terus dinukilankan dan diekspresikan dalam bentuk penulisan…

PENANGAN PIALA DUNIA, ISU PALESTIN KEMBALI SEPI

Aku dah agak dah, dengan penganjuran Piala Dunia kali ini, isu Israel-Palestin telah mati begitu sahaja. Isu penawanan dan penaklukan kapal-kapal dari Freedom Flotila telah telah sepi, sunyi seperti tiada apa-apa yang berlaku. Seolah-olah peristiwa berdarah yang meragut 19 nyawa dan menyebabkan 80 orang lagi cedera itu tidak pernah berlaku dan dunia sekali lagi diam seribu bahasa. Di Malaysia juga begitu, di mana hero-hero yang berlagak seolah-olah pejuang syahid berarak dan membakar bendera Zionis Israel di Kuala Lumpur? Di mana pemuda yang menoreh badan di depan Kedutaan Amerika? Di mana dia NGO-NGO yang hanya berani bertempik dan membuat tunjuk perasaan? Hilang begitu sahajakah? Aku dari awal lagi boleh mengagak yang isu Israel-Palestin yang hangat tersebut kian tenggelam, tenggelam dalam sorakan GOLLLL!!! penangan Piala Dunia 2010 dan yang pastinya Rejim Zionis Israel telah berjaya membuat onar ke atas Freedom Flotila tepat pada masanya. Yaaa!! ketika seluruh masyarakat dunia tertumpu siapakah bakal menjadi juara kali ini.

Jika di minggu-minggu yang sudah persoalan bagaimana keadaan di Genting Gaza dan nasib anak-anak kapal Mavi Marmara dan Rachel Corie begitu dinanti-nanti akan perkhabaran berita tetapi pada mingun-minggu ini dan juga akan datang mungkin juga hingga bulan hadapan, hingga tamatnya pentas dunia persoalan yang timbul telah bertukar dan sering aku diajukan dengan sapaan dan pertanyaan begini;

1- “Kao tengok match malam tadi?”

2- “Siapa yang menang perlawanan Korea dengan Brazi?l”

3-“Gila sayur penjaga gawang England, bola slow pun tak boleh nak tangkap!”

4-“Tak tido malam aku…dahla match malam tadi terbaekkk!”

5-“Kao nak betting ngan aku siapa yang menang malam ni?”

6-“Jom lepak mamak malam ni”

Lihat, betapa bijak percaturan Zionis Israel. Bijak mengatur strategi dan bijak mengatur langkah. Mereka cukup yakin dan pasti yang dunia tidak akan mampu berbuat apa-apa. Berarak? Bakar bendera? Tunjuk Perasaan dengan membawa spanduk “Stop killing Palestinian people” atau “Zionist is a real terror!” atau “Free Gaza“?Apa dengan melakukan perkara-perkara seperti tadi akan membuatkan Rejim Zionis akur dan tunduk akan kehendak masyarakat dunia? Mungkin tidak…..mereka tidak akan sekali-kali tunduk. Kamu fikir dengan meluahkan perasaan melalui tunjuk perasaan akan memberi efek kepada Israel. Sumpah! Walau sekelumit pun tidak akan mengganggu-gugat kedudukan Rejim Zionis. Aku cukup pasti, mereka hanya tergelak dan tertawa bangga kerana umat Islam mampu diperkotak-katikkan dengan begitu mudah dan cukup senang. Itu semua tidak akan mampu membuat Israel takut. Lihatlah sudah berapa banyak Resolusi “dizina” oleh Rejim Israel. Hanya dengan penyatuan Islam di bawah kalimah tauhid yang satu sahaja yang boleh membuatkan Israel kecut perut. Hantar sahaja senjata, bom, pejuang berani mati yang mahukan syahid dan lihat apa reaksi Israel.

Pertubuhan Bangsa Bangsa Bersatu (PBB)? Tidak ada yang mampu diharapkan lagi pada PBB, mereka hanya boneka yang tidak mampu berbuat apa, sama seperti Liga Bangsa yang telah dikuburkan dahulu. Untuk pengetahuan kamu di luar sana. Majlis Pertahanan Bangsa-Bangsa Bersatun telah melaporkan tidak kurang 87 perjanjian berkenaan Palestin sejak tahun 1948 dan segala keputusan yang dibuat memfokuskan pencapaian keamanan di bahagian Timur Tengah. Keputusan-keputusan ini melibatkan situasi pengganas termasuklah Baitulmuqaddis. Kerahan tenaga tentera Israel yang haram dan serangan Israel terhadap Palestin sebagai sasaran. Mengikut sejarah, Israel telah menerima sokongan daripada PBB jelas menunjukkan bahawa Kerajaan Rejim Zionis Israel telah melanggar kebanyakkan perjanjian dan resolusi yang dibuat.Jadi persoalannya di sini, apakah matlamat penubuhan PBB?

p/s – Dengan hari-hari yang mendatang dan kehangatan Piala Dunia kali ini sambil diselang-selikan lagu temanya bertajuk Wavin’ Flag dendangan K’Naan, dimanakah isu Palestin?

Advertisements

One response

  1. desperadol

    sek budok hok bakor bendera kat kl 2 mung g cr kat disko.xpong mung g cr kat mapley tgh laye pialo dunio…huahua

    Jun 17, 2010 at 1:02 am

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s