Pemerhatian dan pandangan dari bebola mata yang berkaca mata terus dinukilankan dan diekspresikan dalam bentuk penulisan…

KISAH TOM TOM BAK

Entah kenapa aku begitu terpanggil untuk menulis rancangan Tom Tom Bak, setelah aku menonton iklan kommersialnya di kaca TV sebentar tadi.  Sejurus daripada itu, terus aku mendapat idea untuk menulis mungkin juga memberi sedikit kutukan, pandangan, pendapat dan kritikan kepada rancangan Tom Tom Bak. Rancangan ini sama sekali tidak dihostkan oleh Tom Cruise, juga tiada unsur-unsur rancangan memasak Tom Yam. Tom Tom Bak (TTB) adalah rancangan aneka ragam dan bakat kanak-kanak yang bersiaran selama setengah jam setiap Ahad bermula pada 24 Jun 2007 di saluran Astro Ceria (Saluran 611). Rancangan ini dihoskan oleh pengacara terkenal dan popular di Malaysia, Aznil Hj Nawawi atau Uncle Aznil sambil diserikan pengacara cilik adik Haziq.

TTB mempunyai 4 slot rancangan iaitu, Siapa dia?, Jom borak, Ada Bakat ke?, Jeng Jeng Jeng dan segmen terbaru Anmum Essesntial EJA (segmen terbaru ini diwujudkan selepas segmen Siapa Dia dimansuhkan). Di setiap segmen ini pasti akan melibatkan kanak-kanak yang comel dan manis-manis belaka dengan pelbagai keletah dan ragam. Dari penelitian aku, rancangan TTB ini tercetus daripada salah satu slot dalam Rancangan Macam-Macam Aznil iaitu ketika segmen bersama dengan kanak-kanak. Sama seperti Macam Macam Aznil yang merupakan hiburan ringan buat golongan dewasa, TTB boleh dikatogerikan sebagai hiburan ringan bagi kanak-kanak dan dari penelitian serta perbincangan secara tidak formal dengan beberapa orang responden, ramai beranggapan bahawa TTB umpama mini Akademi Fantasia bagi kanak-kanak. Kenapa aku berkata begitu?

Ini kerana, tidak lain dan tidak bukan rancangan ini hanya menyelitkan seratus-peratus hiburan kepada kanak-kanak. Di manakah proses perkembangan idea dan minda seperti yang di tunjukkan dan dicanangkan pada setiap iklan komersial yang ditaja oleh syarikat susu “Anmum Essenstial dengan Ganglionsida”. Apa yang kamu nampak dari rancangan ini? Di sini aku mahu ulaskan serba sedikit tentang rancangan “Mini AF” ini berdasarkan setiap segmen di dalam TTB ini.

1- Siapa Dia?

Di dalam segmen ini, kita dikehendaki untuk cuba meneka watak apa yang di bawa oleh kanak-kanak ini. Ada yang akan membawa watak seorang guru, doktor, artis, mat rempit, penyanyi dan pelbagai lagi. Pada dasarnya, setiap dialog yang diutarakan seperti berbunyi kasar, kadang-kadang gaya menjawab kanak-kanak ini agak kurang ajar (maaf, agak kasar) dan seperti mengada-ngada. Adakalanya, kanak-kanak ini bersikap kurang hormat kepada orang yang lebih tua (di dalam konteks ini Uncle Aznil). Ini amat dikesali kerana ianya dikhuatiri bakal mempengaruhi kanak-kanak yang menonton untuk meniru dan cuba beraksi seperti apa yang ditonotn olehnya. Adakah dengan segmen begini kita mahu mendidik anak-anak kita? Aku tak rasa begitu, dan seharusnya panel penggubal skrip perlu lebih teliti dan berhati-hati ketika menggarap skrip bagi segmen ini. Apa pendapat kamu?

2. Jom Borak

Di dalam slot ini, kanak-kanak yang dijemput hadir perlu berkongsi pendapat masing-masing melalui proses perbincangan dan interaksi dengan hos program ini. Melalui slot ini, kebanyakkan isu yang dibincangkan lebih kepada isu yang tidak menjana minda dan kadang-kadang isu-isu seksualiti juga diselitkan. Perlukah pendedahan tentang seks diberikan kepad kanak-kanak yang umurnya dalam lingkungan 5-10 tahun atau belum mumayiz? Perlukah isu-isu yang sama diulang berkali-kali sebagai contohnya tentang artis itu dan ini dan kadang-kadang aku sudah naik mual dengan jawapan kanak-kanak ini yang apabila ditanya mahu menjadi apa apabila besar nanti jawapan paling popular adalah “Mahu jadi penyanyi…..” WTF!!!. Betapa terkesannya dunia hiburan kepada anak-anak kecil ini. Yang keduanya, adakala make-up dan pakaian yang dipadankan untuk kanak-kanak ini seperti berlebih-lebihan dan mengalahkan seorang artis! Perlukah? Mungkin bagi ibu bapa peserta yang terlibat tidak kisah apa jua pakaian yang dipadankan kepada anak-anak mereka, tetapi kita sebagai orang dewasa yang tahu baik dan buruk serta kesan positif dan negatif kepada anak bangsa kita, perlulah punya sikap bertanggungjawab dan membantu untuk menyerapkan nilai-nilai murni dan pendidikan yang baik kepada mereka. Bukankah orang tua-tua pernah berkata “Melentur buluh biar dari rebungnya” serta “Kerana nila setitik, rosak susu sebelanga”.

3. Ada Bakat Ke?

Di dalam segmen ini kanak-kanak yang terlibat bakal menunjukkan bakat masing-masing. Oh yaaa!! kebanyakkannya bakat dalam bidang hiburan..sebagai contoh, menyanyi,menari, shuffle, menyanyi, menari, berjoget, rapping, berlakon, menari, bermain alat muzik, menyanyi, shuffle dan menyanyi. Huburan dan hiburan dan hiburan serta hiburan. Kenapa? Tidak adakah bakat lain yang boleh ditonjolkan seperti bakat dalam bidang sukan, dalam bidang seni bela diri, bercerita, bidang rekacipta, sains dan lain-lain. Jadi kenapa hanya hiburan, nyanyian dan tarian yang acap kali ditonjolkan? Tepuk dada…tanya selera. Sewajarnya format bagi segmen ini perlu dikaji semula.

4. Jeng Jeng Jeng

Kemuncak pada program ini dimana kanak-kanak yang ada perlu menjerit “WOOOO” bagi memilih peserta yang paling berbakat. Dari apa yang aku perhatikan pada segmen ini, ianya seperti menggalakakn percampuran antara lelaki dan perempuan di kalangan kanak-kanak dan secara tak langsung memberi pendedahan tentang budaya “hendonisme” sejak awal-awal lagi di kalangan kanak-kanak. Lihat sahaja aksi mereka di kalangan penonton, menjerit-jerit, bersorak-sorak dan sebagainya, adakah dengan cara ini untuk memberi pendedahan awal kepada kanak-kanak dengan menerapkan unsur hiburan secara terus-terusan?

5. Anmum Essential EJA

Aku tak mahu komen apa, cuma setakat untuk mengeja A.W.A.N , K.E.R.E.T.A, B.UK.I.T dan lain-lain perkataan mudah yang tidak sesuai serta tidak mengalakkan mereka untuk berfikir secara kreatif dan kritis. Apa kata serapkan sedikit unsur-unsur pertandingan “Spell It Right” (SIR) mungkin boleh diadakan ejaan dalam Bahasa Inggeris, bukan sahaja dapat meningkatkan keyakinan kanak-kanak dalam Bahasa Inggeris, malahan dapat memperkayakan kosa kata bagi kanak-kanak ini. Barulah betul-betul sebuah rancangan yang berfaedah dan punya mutu dalam pendidikan!

p/s – Seharusnya rancangan kanak-kanak seperti Sesame Street perlu diwujudkan di Malaysia. Tahukah kamu, sarjana di barat membuat kajian dan penyelidikan untuk rancangan ini? Rujuk, Karen Barss et al., “Enhancing Education: A Children’s Producer’s Guide: Sesame Street: Case Study“, Corporation for Public Broadcasting (accessed June 29, 2005). Ini salah satu dari penyelidikan atau kajian yang dibuat, tetapi ada banyak lagi kajian dibuat tentang Sesame Street di luar sana. Aku bukan tidak bersetuju dengan TTB, tapi ianya perlulah diformat semula, masukkan unsur-unsur pendidikan serta sentuh sedikit tentang sains dan teknologi agar ianya menjadi rancangan yang bukan sahaja punya punya hiburan tapi ada juga sentuhan yang mampu untuk mendidik anak-anak. Jadikan rancangan “INFO-ENTERTAINMENT

Advertisements

2 responses

  1. betul tu.. rancangan macam sesame street mmg patut diwujudkan kat malaysia. ni tom tom bak ni asik nak galakan budak2 menari & menyanyi je

    Jun 21, 2010 at 2:32 pm

  2. intan

    aku pun benci tgk, tah apa2 ntah…x mencabar minda lansung….. tiap kali ada rancangan TTB nie aku suruh anak aku tukar siaran…pas tu panggil pulak artis jemputan…macam tu ke nak di jadi kan idola. pengacara pulak makin lama makin semacam…..ish memang x suka lah..

    Julai 13, 2010 at 2:30 am

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s