Pemerhatian dan pandangan dari bebola mata yang berkaca mata terus dinukilankan dan diekspresikan dalam bentuk penulisan…

JANJI ONE MALAYSIA

Entri kali ini tiada kena mengena dengan One Malaysia atau 1 Malaysia DS Najib Tun Razak.

Pada dasarnya, waktu GMT atau Greenwich Meridian Time Malaysia adalah 8 jam lebih. Malangnya, kita selalu menggunakan MRT. Aku bukan bermaksud Mass Rapid Transit tetapi ianya membawa maksud Malaysian Rubber Time atau Waktu Getah Malaysia (waktu berlengah-lengah). MRT pula secara kasarnya akan berjalan antara 20 minit hingga 2 jam lebih lewat di belakang GMT. Pengeluaran getah kita adalah begitu tinggi hinggakan ianya memberikan kesan kepada pengurusan masa kita. Kita menggunakan masa getah kita ini umpama Elastigirl di dalam The Incredible!

Dalam kes ini aku boleh tunjukkan satu contoh yang agak baik dan biasa-biasa berlaku serta tipikal di kalangan rakyat Malaysia.

Ok, selalunya kita akan mudah berjanji untuk pergi ke satu tempat pada masa yang telah ditetapkan. Tetapi kita terlewat sedikit kerana terpaksa menghantar/melakukan/saja-saja lewat/terlibat menguruskan sesuatu yang lebih penting sebelum pergi ke tampat yang dijanjikan. Ambil contoh ini, ke kedai makan dan perlu berada di sana pada jam 9 malam.. tiba-tiba telefon bimbit kamu berbunyi.

“Ya…ya…aku on the way ni..10 minit lagi sampai” memberi alasan kepada teman yang sedang menunggu sedangkan kamu belum pun gerak ke sana!

Sekali lagi 20 minit kemudian telefon berbunyi lagi dan buat ke sekian kalinya kita akan memberi alasan ini..”Sorry lah…sangkut kat jem nih..lagi 10 minit aku sampai”. Ok, aku rasa situasi sebegini hampir keseluruhan rakyat Malaysia pasti pernah melalui saat seperti ini termasuklah aku.

Tetapi jika kamu terlibat/menghadiri/mengorganize majlis-majlis rasmi dan membaca buku aturcara program selalunya atau kebiasannya susun atur jadual adalah seperti berikut:

9:30 a.m.   – Ketibaan tetamu

9.45 a.m.    – Ketibaan tetamu kehormat

10.00 a.m. – Ketibaan orang kenamaan

10.15 a.m    – Bacaan doa/ ucaptama dll


Tetapi pada hakikatnya, program yang berjalan adalah seperti ini!

9.45 a.m.    – Ketibaan tetamu

10.00 a.m. –  Ketibaan tetamu kehormat

10.15 a.m.   – Ketibaan orang kenamaan

10.30 a.m.  – Bacaan doa/ ucaptama dll


Jika kita sebagai tetamu yang biasa-biasa sudah pastilah akan menghadirkan diri ke majlis rasmi tersebut seawal yang mungkin memandangkan ada tetamu kehormat dan orang kenamaan bakal untuk pendaftaran dan sebagainya. Jadual sebigini dibuat kerana tetamu yang biasa-biasa ini adalah diperlukan datang awal dan untuk menunggu ketibaan orang kenamaan kerana masa vip dan vvip ini adalah “lebih bernilai” dari yang tetamu yang biasa-biasa, lainlah jika kamu sebagai tetamu yang suka melanggar segala konsep protokol ini. Ambil contoh mudah, di karpet kuning/merah ketika orang kenamaan sedang berjalan di situ dengan sambutan yang hangat dan pada masa yang sama, kamu juga turut serta berada di situ berjalan di belakang membuntuti orang kenamaan tadi. Berani kamu berbuat begitu?

p/s – Janji melayu ke, cina ke, india ke sama sahaja..aku rasa term janji melayu perlu diubah kepada “Janji One Malaysia”

One response

  1. aku paling menyampah dengan orang yang jenis orang yang datang lambat, lepas tu buat muka tak bersalah.

    tapi kalau aku yang lambat, terus dia makinya aku. memang lepas tu aku kenakan dia setepek balik

    Jun 21, 2010 at 2:30 pm

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s