Pemerhatian dan pandangan dari bebola mata yang berkaca mata terus dinukilankan dan diekspresikan dalam bentuk penulisan…

KEPUTUSAN PERLAWANAN KOREA UTARA LWN PORTUGAL

Malam ini aku berkesempatan menonton perlawanan Piala Dunia bersama keluarga. Air Milo panas dan biskut kering adalah menu wajib bagi aku, kerana dengan “makanan tambahan” ini semangat menonton perlawanan bola akan muncul. Korea Utara yang serba Putih menentang Portugal, bekas penjajah negara kita yang tercinta ini. Malam ini, aku tidak berpihak pada Portugal antara sebab utamanya kerana mereka adalah negara yang pernah menjajah kita dan yang ke-duanya adalah disebabkan kelibat Ronaldo! Entah kenapa aku tak berminat dengan Ronaldo. Walaupun kini beliau tidak lagi bersama MU dan telah berpindah ke Kelab Real Madrid aku tetap tidak berminat pada mamat ini. Kekadang aku terfikir, budak-budak perempuan yang menyokong MU oleh kerana Ronaldo, adakah mereka beralih arah menyokong Real?sanggupkah mereka memakai jersi Real dan menyokong Ronaldo di kedai mamak? Mungkin tidak!

Buat pertama kali, entri aku kali ini berkisar pasal sukan bola sepak. Entri kali ini juga, aku cuba mengulas mengenai sukan bola sepak. Aku bukan pengulas sukan yang pro seperti Pak Hasbullah Awang. Juga bukan seperti Shauki Kahar pengulas sukan di RTM itu. Aku juga tidak punya bakat seperti Martin Tyler, si pengulas sukan yang tersohor itu. Jadi, jika kamu mahu baca..sila teruskan..cuma deskripsi ringkas berkaitan perlawanan Korea Utara menentang Portugal. Itu sahaja.

Perlawanan kali ini berlangsung di Stadium Green Point dengan berkesudahan 7-0 di mana Portugal telah berkenduri gol dengan menyumbatkan 7 gol ke gawang Korea Utara. Di awal perlawanan, boleh dikatakan agak sengit kerana pasukan masing-masing berupaya menunjukkan persembahan dengan baik. Ini ditunjukkan dengan asakan demi asakan ke gawang gol masing-masing dengan rembatan bola yang tepat arah gol lawan. Pada separuh masa pertama Portugal sudah berjaya membolosi gawang gol Korea Utara. Di separuh masa ke-dua, “tuah” lebih berpihak kepada Portugal di tambah lagi dengan kecuaian dan kelalaian pasukan Korea untuk mengawal bola dengan baik. Akhirnya, Korea Utara dibaham dengan rakus oleh Portugal. Mungkin, kalau menggunakan senjata berat dan teknologi militer pasti ianya akan didominasi oleh Korea. Mungkin Korea Utara kurang motivasi kerana Pak Cik Kim Jung ill tidak hadir ke Afrika Selatan untuk memberi kata-kata semangat kepada mereka.

Ronaldo (yang aku tak minat dan tak sokong) akhirnya berjaya menjadi perobek gawang gol yang terakhir di akhir-akhir babak yang cukup menggembirakan (bagi penyokong Portugal) dan menyedihkan (bagi Korea Utara). Keputusan perlawanan ini telah melayakkan Portugal untuk memasuki pusingan yang ke-dua bersama-sama dengan Brazil. Jurulatih Portugal, Carlos Quieroz menyatakan bahawa pendekatan perlawann ini telah berjaya diikuti rentaknya oleh pemain-pemainnya yang bertindak seperti yang dirancangkan iaitu “win, score goals and look at the standings”. Portugal kini ketinggalan 2 mata di belakang Brazil di mana, mereka bakal bertemu jika berpeluang ketika di perlawanan berikutnya. Perlawanan kali ini sungguh mengujakan kerana Korea Utara telah “disayurkan” oleh Portugal di bawah siraman hujan dan padang yang basah. Sungguh kecewa bagi Korea Utara! (termasuklah aku) Maka hancurlah juga hati warga Asia.

Berikut adalah nama-nama perobek gawang gol Korea Utara;

Raul Meireles 29, Simao Sabrosa 53, Hugo Almeida 56, Tiago 60, 89, Liedson 81, Cristiano Ronaldo 87

Barisan pemain bagi Korea Utara;

1-Ri Myong-guk; 5-Ri Kwang-chon, 2-Cha Jong-hyok (16-Nam Song-chol 75), 13-Pak Chol-jin, 3-Ri Jun-il, 8-Ji Yun-nam, 11-Mun In-guk (15-Kim Yong-jun 58), 17-An Yong-hak, 4-Pak Nam-chol (6-Kim Kum-il 58), 10-Hong Yong-jo, 9-Jong Tae-se.

Barisan pemain bagi Portugal;

1-Eduardo; 13-Miguel, 2-Bruno Alves, 6-Ricardo Carvalho, 23-Fabio Coentrao, 16-Raul Meireles (14-Miguel Veloso 70), 8-Pedro Mendes, 19-Tiago, 7-Cristiano Ronaldo, 11-Simao Sabrosa (5-Duda 74), 18-Hugo Almeida (9-Liedson 77).

Pengadil;

Pablo Pozo (Chile)

p/s –  Kita lihat, ada tak wakil Asia ke perlawanan yang seterusmya.

2 responses

  1. aku dapat rasa team asia sakit tahun ni…

    Jun 21, 2010 at 2:28 pm

  2. my

    Me neither.. not a fan of CR..

    Jun 21, 2010 at 2:42 pm

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s