Pemerhatian dan pandangan dari bebola mata yang berkaca mata terus dinukilankan dan diekspresikan dalam bentuk penulisan…

TRUMPET PLASTIK VUVUZELA

Jika kamu fikirkan bahawa lagu-lagu rasmi piala dunia yang terkni seperti Weavin Flag dan lain-lain agak ‘kool’ dan mengairahkan serta membingitkan suasana…ternyata kamu silap! Sebenarnya ada yang lebih mengujakan dan merangsang adrenalin kamu untuk mendengar satu lagi bunyi-bunyian. Jadi, bersediakah telinga kamu untuk mendengar bunyi yang dikeluarkan oleh Vuvuzela yang panjangnya 3 kaki, dengan 127-decibel kekuatan bunyi…ternyata bunyi yang dikeluarkan dari Vuvuzela adalah sesuatu yang meledakkan gegendang telinga. Bunyinya lebih kuat dari mesin gergaji, lebih kuat dari hon kereta, dan memounyai bunyi yang lebih teruk dari wisel pengadil.

Jika kamu tak percaya, lihat gambar di bawah ini.

Untuk pengetahuan kamu, penonton di Afrika Selatan telah melakukan perkara ini sejak di awal 1990an lagi di mana mereka percaya dengan meniup Vuvuzela ianya akan dapat menganggu konsentrasi pihak lawan serta pada masa yang sama dapt meniupkan semangat di kalangan pemain dari pasukan mereka. Ketika ramai penonton televisyen di seluruh dunia merungut mengenai bunyi bingit vuvuzela sepanjang perlawanan Piala Dunia 2010, serunai tradisi masyarakat Afrika Selatan itu mulai popular di seluruh dunia. Trumpet yang diperbuat dari plastik ini dipercayai mendapat nama Vuvuzela adalah dari bunyi ‘vuvu’ yang dikeluarkan setelah ianya ditiup.

Penterjemahan dari kaum Zulu, yang menyatakan maksud trompet itu sendiri mambawa maksud ‘alat yang ditiup’ telah menjadi salah satu perkara wajib dan telah menjadi budaya dari kalangan penyokong-penyokong atau penonton Afrika Selatan ketika menonton perlawanan dan ianya telah dimulakan sejak perlawanan Rugby di negara tersebut sekitar awal 1990an.

Pengaruh Vuvuzela di Luar Afrika Selatan

Jualan serunai panjang yang mampu membuat bising 127 decibel itu semakin laris selepas Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) semalam menolak gesaan mengharamkan vuvuzela di dalam stadium. Di Britain, permintaan alat tiupan itu bertukar menjadi demam vuvuzela apabila banyak pasar raya mendakwa 22,000 buah serunai tersebut dijual dalam tempoh 12 jam menjelang perlawanan England bertemu Amerika Syarikat Ahad lalu.

Beberapa rangkaian pasar raya besar menempah 25,000 alat itu setelah mendapati setiap unit vuvuzela berjaya dijual setiap dua saat. Sementara itu, laman web runcit talian Amazon menyatakan jualan serunai tersebut meningkat sehingga 1,000 peratus.

Carta popular iTunes Apple pula merekodkan beberapa laman muat turun bunyi daripada alat muzik itu. Antaranya, satu laman web yang dikenali sebagai Vuvuzela 2010 telah mencatatkan muat turun lebih 750,000 kali.Firma Van Schalkwyk pula memberitahu, mereka telah menjual vuvuzela yang diubah suai daripada asalnya tanduk lembu kepada serunai plastik. Ia dijual pada harga semurah £2.50 (RM12) di seluruh Eropah sejak Oktober tahun lalu.Setakat ini, lebih 1.5 juta unit vuvuzela berjaya dijual di seluruh benua tersebut. Di Afrika Selatan sahaja, jutaan unit alat tersebut sudah dijual sebelum kejohanan bola sepak terbesar di dunia itu berlangsung.

p/s – Aku nak beli sebijik dan kalau ada mana-mana kereta yang cuba potong aku di jalan raya secara tak berhemah, memang kena la tiupan dari Vuvuzela aku!

2 responses

  1. vuvuzela.cam bunyi tebuan pun ade gak kn.haha

    Julai 6, 2010 at 5:07 pm

    • faerrin

      macam buyik langau pun ada jugak…

      Julai 7, 2010 at 11:00 am

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s