Pemerhatian dan pandangan dari bebola mata yang berkaca mata terus dinukilankan dan diekspresikan dalam bentuk penulisan…

Archive for Julai, 2010

AWAS KURMA DARI ISRAEL!

Buah kurma dan bulan Ramadhan umpama satu perkara yang sinonim. Dengan tinggal kurang dari dua minggu untuk berpuasa, jualan kurma nampaknya semakin mendapat sambutan. Seperti yang disunahkan oleh junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W yang menganjurkan pengambilan kurma sebelum berbuka puasa atas faktor khasiat kurma yang begitu banyak sebagai contohnya kurma mengandungi serat, protein, vitamin A dan C, zat galian seperti besi, kalsium dan potassium. Kurma diakui sebagai makanan yang berkhasiat bertepatan dengan firman Allah S.W.T yang menyatakan dalam surah al-mukminah ayat 19 yang bermaksud;

“Kemudian kami tumbuhkan kerananya kebun kurma dan anggur untuk kamu. Di sana kamu peroleh buah-buahan yang banyak dan sebahagiannya kamu makan”

Umat islam pula digalakkan untuk berbuka puasa dengan kurma dahulu bersandarkan sabda Rasullullah S.A.W yang mana maksudnya;

“Rumah yang tiada kurma umpama rumah yang tiada makanan”

Disunatkan berbuka puasa dengan kurma kerana orang yang berpuasa tidak makan dan minum selama hampir 12 jam. Kurma menyumbang tenaga serta merta kepada si pemakan dan ini memudahkan untuk si pemakan beribadat seperti bersalat maghrib, isya’ dan terawih sejurus selepas berbuka puasa. Apabila badan terasa segar dan bertenaga, ia menghalang kita dari pada makan berlebihan mengikut hawa nafsu. Kadang kala selepas berbuka puasa kita masih terasa lemah, letih dan tidak bermaya ini disebabkan kerana pengambilan makanan adalah mengandungi karbohidrat tanpa tenaga semata-mata dan ini akan mengakibatkan mata menjadi mengantuk serta merta.

Tetapi jangan terlalu ghairah untuk membeli kurma di pasaran terbuka negara kita,semak dan pastikan dahulu jenama tersebut. Jika ianya dikeluarkan oleh syarikat pembekal yang berasal dari negara kita atau arab dan yang pastinya dari negara islam tidak mengapa akan tetapi, di pasaran semasa kini terdapat kurma yang berjenama dari negara haram Israel. Dikeluarkan oleh syarikat yang bernama Hadiklaim dibawah label jenama Jordan River dan King Solomon syarikat yang diasaskan di Tel Aviv, Israel ini telah ditubuhkan pada tahun 1982 lagi. Kebun penamam kurma yang beroperasi di Israel ini adalah bertemap di selatan negara haram tersebut yang bermula dari Laut Galillie ke daerah persempadanan Laut Mati, dari padang pasari Arava ke lembah Beit Shean. Kurma ini yang mempunyai prestij tersendiri di antara pembekal-pembekal kurma yang lain adalah dipercayai telah dieksport ke 30 negara merentangi lima buah benua. Syarikat yang diusahakan ini adalah berteraskan perniagaan keluarga dan dimiliki oleh seorang Yahudi yang kaya raya dan ramai dari pekerjanya adalah terdiri daripada mereka yang berketurunan yahudi. Hasil penjualan kurma ini ke pelbagai negara adalah digunakan untuk tabung orangorng yahudi untuk menyembelih saudara seagama kita di Palestin.

p/s – Berhati-hatilah ketika membeli kurma, takut-takut duit ikhlas untuk membeli kurma tadi secara tidak diketahui digunakan oleh zionis israel membeli peluru untuk membedil saudara seislam kita di Gaza.

Aku seorang pemakan kurma tegar!



DUA BELAS BARISAN MANUSIA MENUJU KE AKHIRAT

Hari Jumaat, entri kali ini adalah untuk mengingatkan sesama kita tentang kehidupan kita di hari akhirat..teruskan membaca, kerana ianya boleh dijadikan pedoman hidup. Inshaallah.

Barisan pertama:
Di iringi dari kubur dlm keadaan tidak bertangan & berkaki . keadaan ini dijelaskan melalui seruan Allah S.W.T :
“Mereka orang2 yg menyakiti hati jiran sewaktu hidup mereka. Mereka yg sombong & tidak berbuat kebaikan kepada jiran tetangga akan mendapat kehinaan didunia maupun di akhirat”.
Firman Allah ‘aku akan memalingkan hati orang yg sombong serta takbur di muka bumi ini dengan tiada alasan yg benar dari (memahami) ayat2 ku(yg menunjukkan kekuasaan ku),itulah balasan & tempat kembali mereka adalah neraka”.

Barisan ke-2:
Di iringi dari kubur dlm bentuk babi hutan datang seruan Allah
“mereka orang yg meringan2kan solat sewaktu hidup,sesungguhnya orang yg memelihara solat 5 waktu akan dihindari dari siksa kubur sebaliknya, mereka yg mengabaikan maka waktu dia mati, Mayatnya akan dihimpit oleh liang lahat sehingga berselisih tulang rusuk.”
Rasulullah saw bersabda “sesungguhnya seorang hamba apabila dia berdiri untuk bersolat,maka di letakkan semua dosanya di atas kepala & kedua2 bahunya, maka setiap kali dia rukuk atau sujud, berjatuhanlah dosa2 itu.

Barisan ke-3:
Di iringi dari kubur dgn bentuk keldai & perut penuh ular serta kala jengking
“mereka adalah orang yg enggan membayar zakat ketika hidupnya walaupun pada ketika itu mereka tergolong dlm orang yg berkemampuan.
Inilah balasannya & tempat kembali mereka adalah neraka.

Barisan ke-4:
Diiringi dari kubur dlm keadaan darah memancut keluar dari mulut
“Mereka adalah antara orang yg suka berdusta ketika berjual beli. Berniagalah dengan jujur serta amanah agar hasil yg diperoleh datang dari sumber yg halal.

Barisan ke-5:
Diiringi dari kubur dalam keadaan berbau busuk seperti bangkai ketika itu Allah menurunkan angin sehingga bau busuk itu menganggu ketenteraman padang mahsyar
“Mereka ini adalah orang yang menyembunyikan perlakuan derhaka, takut diketahui oleh manusia tetapi tidak pula takut kepada Allah. inilah balasannya & tempat mereka juga adalah neraka.

Barisan ke-6:
Diiringi dari kubur dengan keadaan kepala terputus dari badan mereka adalah orang yg dahulunya menjadi saksi palsu.

Barisan ke-7:
Diiringi dari kubur tanpa lidah tetapi mengalir darah & nanah dari mulut mereka. Me reka ini adalah orang yg enggan memberi kesaksian kebenaran.

Barisan ke-8:
Diiringi dari kubur dlm keadaan terbalik,kepala kebawah & kaki ke atas. M ereka adalah orang yg melakukan zina.
Tempat mereka juga adalah di neraka. Sabda rasulullah “tiada bersunyi2an antara seorang lelaki & wanita,melainkan wujudnya syaitan sebagai orang ketiga antara mereka”.

Barisan ke-9:
Diiringi dari kubur dengan wajah hitam & bermata biru, sementara dlm diri mereka penuh dengan api gemuruh mereka adalah orang yg makan harta anak yatim dengan cara yang tidak sepatutnya.

Barisan ke-10:
Diiringi dari kubur dlm keadaan tubuh berpenyakit sopak & dipenuhi kusta. M ereka ini adalah orang yg derhaka kepada ibu bapa sewaktu hidupnya.

Barisan ke-11:
Diiringi dari kubur dlm keadaan buta,gigi panjang seperti tanduk lembu jantan,bibir terjuih hingga ke dada & lidah terjulur hingga ke perut serta keluar pelbagai kotoran yg menjijikkan.
Mereka ini adalah orang yg minum arak sewaktu hidupnya.

Barisan ke-12:
Diiringi dari kubur dengan wajah bersinar2 seperti bulan purnama. mereka melalui titian Siratulmustakim seperti kilat.
Datang suara dari sisi Allah yang memaklumkan “mereka semasa hidupnya adalah orang yg beramal salih & melakukan kebaikan.
Mereka juga menjauhi perbuatan derhaka, memelihara solat lima waktu & meninggalkan dunia dalam keadaan bertaubat.
Inilah balasan mereka & tempat kembali mereka adalah syurga, beroleh keampunan, kasih sayang & keredhaan Allah S.W.T”

p/s – Insaflah sebelum terlambat!



SKIM CEPAT KAYA TUMPAS!

Aku sebenarnya rasa cukup berpuas hati dan bersyukur kerana satu skim cepat kaya sudah pun tumpas. Tahniah dan syabas buat pasukan polis kerana berjaya memperhambat dalang-dalang skim cepat kaya ini ke kandang penjara. Biar padan dengan muka mereka, menipu dan terus menipu. Berlagak pula dengan kereta-kereta mewah. Aku rasa, ini baru sikit, belum lagi dengan skim-skim cepat kaya yang lain.Kononnya dengan melabur akan mendapat pulangan yang mengguntungkan hinggakan pada setiap minit boleh menjana keuntungan. Mengelirukan dan tidak masuk akal! Di sini aku sertakan berita dari akhbar Utusan Malaysia berkaitan penangkapan ejen skim cepat kaya ini.

KUALA LUMPUR 28 Julai – Hanya berbekalkan risalah-risalah dan memandu kenderaan mewah, satu skim cepat kaya di Lembah Klang, bergerak aktif menipu orang ramai sejak lebih setahun lalu. Sepanjang tempoh itu, mereka licik mencari mangsa supaya melabur dalam skim terbabit dengan jumlah minimum RM10,000 sehingga RM41,000. Malah bantuan mendapatkan pinjaman daripada bank dan koperasi turut diatur oleh skim terbabit bagi bakal-bakal pelabur yang berminat. Namun skim pelaburan haram itu akhirnya tumpas diserbu penguat kuasa semasa beroperasi di beberapa restoran di Mentari Court, Bandar Sunway, Petaling Jaya dekat sini malam tadi. Dalam serbuan kira-kira pukul 9 malam itu, 59 ejen skim terbabit ditahan ketika cuba menyakinkan kira-kira 80 bakal pelabur baru. Serbuan dilakukan pegawai dan anggota Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman, polis Selangor dan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan ekoran laporan-laporan polis yang dibuat mangsa. Kesemua ejen ditahan berusia 20-an hingga 30-an dengan kebanyakan mereka terdiri daripada golongan muda yang baru tamat pengajian di peringkat universiti. Ketua Penolong Pengarah Operasi JSJK Bukit Aman, Asisten Komisioner Rohaimi Md. Isa berkata, polis turut memburu dalang skim terbabit yang dipercayai masih berada di dalam negara. Menurut beliau, setiap ejen akan menyakinkan bakal-bakal pelabur baru dengan memandu kereta mewah seperti BMW, Nissan Fairlady, Toyota Alphard dan Mercedes-Benz. “Syarikat skim cepat kaya itu turut dikesan memaparkan logo-logo media rasmi termasuk Utusan Malaysia pada risalah sebagai penaja bersama. “Penggunaan logo media itu dilihat sebagai bukti skim itu diiktiraf dan boleh dipercayai,” katanya ketika ditemui di pejabatnya di sini hari ini. Tambah Rohaimi, siasatan mendapati skim itu menjanjikan pulangan di peringkat awal sebanyak RM2,500 kepada pelabur dalam masa tiga hari. “Semua pelabur di peringkat awal benar-benar memperoleh pulangan dijanjikan tetapi mereka yang lambat akan menghadapi masalah. “Selain itu, semua ejen menggunakan nombor pendaftaran kenderaan mewah 8282 dan 925 sebagai tanda ahli skim terbabit yang telah berjaya,” katanya. Beliau berkata, kesemua mereka terbabit kini ditahan bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu.

p/s – Aku harap lebih banyak skim-skim cepat kaya ini tumpas,terutamanya yang sedang giat mengiklankan skim mereka di laman sosial seperti facebook. Adalah diharapkan pasukan polis dapat menyiasat kes ini dan jika terbukti ianya menipu dan menganiaya pelabur-pelabur, sewajarnya mereka dihambat masuk ke dalam penjara. Menipu dengan janji-janji palsu!


CERITA LUCAH

Tidak sukar untuk mendapatkan pembaca di ruang blogosfera ini. Kadang-kadang jalan cerita yang kosong dan hening juga boleh menangkap perhatian pelayar di internet untuk singgah seketika dan lepak-lepak di halaman blog tersebut. Bagi aku dunia blogosfera atau “jartatan” yang membawa erti “jaringan catatan” (perkataan ini pertama kali terpacul selepas diskusi bersama rakan-rakan penulis blog ketika di zaman pembelajaran di Universiti tidak lama dahulu, sekitar tahun 2006-2007) ini adalah sanagt luas, bebas dan telus. Kamu boleh tulis apa yang kamu suka, kamu boleh cerita mengenai kamu, keluarga kamu, haiwan peliharaan kamu, kehidupan kamu yang mungkin bosan dan menjengkelkan dan lain-lain lagi. Ada juga yang menulis berkaitan hobi mereka, sosial, politik dan pelbagai lagi. Ada juga berkisarkan kisah percintaan mereka, hal-hal agama dan pelbagai lagi. Sememangnya ini adalah satu dunia yang lain…lain dari segi kebebasan untuk bersuara , kebebasan untuk menyuarakan apa hak kamu, juga kebebasan dari pelbagai kos. Ya! untuk menulis di jartatan ini, mudah..tidak perlu kos penerbitan, kos percetakan, kos penghantaran, kos itu dan kos ini. Yang kamu hanya perlu cuma internet, komputer dan kosmetik barangkali!

Ok, apa itu blog? Aku pasti ada antara kamu yang menulis blog tetapi tidak tahu apa yang diertikan sebagai blog. Bagi istilah aku blog adalah jaratatan dan jartatan adalah blog. Mudah bukan? Blog boleh didefiniskan…

*Blog, secara bahasa merupakan singkatan dari Weblog. Weblog sendiri merupakan singkatan dari “Logging The Web”. Asal-usul dari istilah “Logging The Web” adalah memasuki web dan menuliskan ‘kesimpulan link-link mana yang menarik‘ dan memberikan pendapat tentang link tersebut di jurnal online mereka.*

atau

*Blog adalah website dengan konten (konten bisa berupa teks, gambar, link, audio atau video) yang di-update secara berkala serta mewakili dan berdasarkan sudut pandang ‘karakter’ tertentu yang menjadikan kontennya khas (umumnya menggunakan sudut pandang personal). Standardnya, konten blog diurutkan secara kronologis terbalik (konten baru di depan, konten lama di belakang) dan dapat dikomentari.*

Jadi kamu sudah faham mengenai apa itu blog? Jadi, apa yang membuatkan sesuatu blog itu begitu hit? maksud aku dalam konteks ini, begitu cepat popularitinya, begitu ramai pembacanya dan ratingnya begitu cepat naik sehinggakan satu hari sahaja jumlah pembaca melebihi 200-300 orang! Kita kecualikan blog-blog yang mempunyai unsur-unsur politik kerana blog jenis ini begitu memikat ramai pelayar di internet untuk membacanya. Banyak isu, banyak cerita malahan hari-hari pasti ada isu panas untuk dituliskan dan penulisan dalam bentuk politik ini juga perlukan fakta yang tepat dan lengkap serta bukti seperti video, gambar dan lain-lain. Menarik, tertarik, blog politik memang Da Bom! Politik ini ibarat gula, semakin dinikmati semakin sedap tetapi di hujung hari..penyakit yang menanti!

Jadi, dari pemerhatian aku, tajuk blog itu amatlah penting untk menarik perhatian pembaca. Isi dan jalan cerita belakang kira. Tajuk yang mungkin boleh masuk akal, dan boleh diterima minda serta amat mudah untuk memikat pembaca atau pelayar internet terutamanya lelaki hidung belang, sudah pastinya tajuk-tajuk yang berunsur lucah. Letak lah tajuk sebegini..”Payudara tembam dan gebu untuk lelaki” atau “Pantat Wanita yang tembam untuk ditonton” atau “Gambar kemaluan wanita yang perlu dilihat lelaki” atau mungkin juga “Pengakuan ke-enakan seks berat Ariel Peterporn dan Cut Tari”. Contoh-contoh tajuk sebegini sudah pastinya menggamit para pengunjung di alam maya untuk terus ke laman blog tersebut dan yang pastinya kecur air liur dan jantung berdegup-degup kerana di dalam kepala otak dan minda si pelayar (lelaki kebanyakkanya) telah berimaginasi tentang gambar-gambar yang bukan-bukan!.

Aku bukan tidak bersetuju tentang hal ini, tetapi untuk menulis kita perlukan etika, dan etika itu penting kerana si pembaca mungkin adalah terdiri daripada daripada kanak-kanak dan awal remaja dan ini pastinya tidak elok untuk mereka kerana telah didedahkan dengan hal-hal sebegini. Tetapi, apa boleh buat ini adalah laman maya di mana kamu bebas menulis apa sahaja. Ikut suka kamulah.

p/s – Teruskan menulis kepada penulis-penulis di jartatanasfera!

Ok, aku letak tajuk di atas “Cerita Lucah” yang tidak ada kena mengena sangat pun dengan isi cerita seluruh entri kali ini, mungkin bakal memikat ramai pembaca barangkali..mari kita lihat berapa ramai pembaca!


MALAYSIA DAN PROJEK MEGA-NYA

Sebenarnya secara sedar atau tidak, perasan atau tidak Malaysia nampaknya telah mewarisi satu penyakit yang agak kritikal dan mungkin tidak dapat diubati dengan mana-mana ubat, pil atau tampal koyok daripada penjajah kita sebelum ini. Penyakit yang diwarisi ini adalah “pembangunan pesat yang tidak seragam”. Kini peneraju pemerintahan negara lebih cenderung untuk berbalanja berbilion-bilion ke arah pembangunan projek mega, atau mega structure yang dibangunkan dan dibina. Lihat sahaja bangunan yang terlalu tinggi, terlalu besar dan yang memalukan terlalu kosong dan tidak diduki, empangan yang tidak ada gunanya, jambatan yang tiada arah tujuan, pusat beli-belah dan padang golf yang melebihi keperluan.

Projek-projek mega yang tidak berguna, yang menelan belanja dan masa begitu besar ini ialah sejenis pembangunan yang baru dan menarik untuk negara. Sepatutnya kita perlu berfikir semula dalam masa yang begitu besar ini ialah sejenis pembangunan yang baru dan menarik untuk negara kerana sejarah menunjukkan perkara sedemikian telah lama menjadi sebahagian budaya politik feudal dan neo-feudal. Projek-projek mega tidak lahir melalui kaedah dan teknologi serta pembinaan yang baru. Melayu yang hidup di zaman itu juga terpaksa hidup membanting tulang kerana melaksanakan impian pemerintah yang tidak masuk akal dan melambung tinggi. Jika mahu lebih maklumat, boleh recall balik cerita Puteri Gunung Ledang dan lain-lain.

Salah seorang raja ini berasal dari negeri Perak. Pada pertengahan kurun ke-18 ada seorang Sultan bernama Sultan Iskandar Zulkarnain (tahun 1752-1765). Kisah eksploitasi baginda diceritakan secara terperinci dalam hikayat klasik Melayu berjudul Misa Melayu. Misa Melayu menceritakan Sultan Iskandar Zulkarnain gemar meluangkan masa memikirkan projek-projek hebat yang dapat menaikkan dan mengharumkan nama baginda dan kerajaan baginda. Baginda membina beberapa buah masjid yang dapat menyemarakkan nama baginda dan kedudukan baginda di depan mata rakyat sebagai pemimpin Islam yang disegani dan dihormati. Tetapi baginda juga mengadakan pelbagai aktiviti yang membazir dan pelik seperti lumba perahu (yang pastinya tidak dilengkapi enjin), ekspedisi memancing, pemburuan diraja, dan pesta keraian yang besar-besaran.

Suatu hari, Sultan Iskandar terfikir untuk membina sebuah menara yang tinggi di tengah-tengah kota. Baginda membayangkan menara tersebut seperti monumen daripada zaman purba seperti yang diceritakan dalam epik-epik dahulu kala. Binaan ini akan menjadi bangunan yang tertinggi di dunia yang dapat menarik ramai orang untuk melawat kerajaan baginda. Ia akan memecahkan rekod dunia dan melebihi sebarang jangkaan. Seluruh dunia akan bercakap tentang kegemilangan dan keagungan Perak.

Akan tetapi membina monumen yang agam ini bukan tugas harian bagi jemaah menteri baginda. Bendahara, Temenggung dan Laksmana merayu baginda supaya memikirkan semula titah baginda itu. Menara tersebut terlalu tinggi, terlalu besar dan terlalu mahaluntuk dibiyai oleh kerajaan baginda. Apakah kesan daripada pembinaanya nanti? Apakah yang akan terjadi kepada kerajaan dan rakyat jika ekonomi negara meleset nanti? Namun begitu, baginda tetap dengan pendiriannya. Baginda tidak menghiraukan bangkangan para menteri dan hali istana dan menitah menara tersebut dibina. Oleh sebab enggan memenuhi titah baginda itu, para menteri meletakkan jawatan.

Dengan tiada lagi pengkritik-pengkritiknya, baginda Sultan bebas meneruskan projek meganya. Akhirnya impian baginda tercapai dengan terbinanya menara tersebut. Menara yang dibina merupakan satu bangunan yang sangat ajaib. Puncak menara begemerlapan dapat dilihat berbatu-batu jauhnya. Siulan dan bunyi loceng dan kasau dapat didengari di seluruh kota. Menara dan kompleks bersebelahan yang kononya menjadi kebanggaan rakyat – dan dikatakan istana rakyat namun nyatalah istana itu dibina untuk baginda. Kisah Sultan Iskandar dan bangunan istananya serta projek meganya menjadi ikhtibar kepada kita pada masa ini bahawa pemimpin dan pemerintah adalah manusia biasa dan sesetengah mereka mempunyai ego yang tidak terkawal. Kemahuan dan titah sultan tidak boleh dihalang atau diketepikan adalah satu petunjuk bahawa sistem feudal zaman lampau tidak ada kebertanggungjawaban dan ketelusan, serta tiada sistem periksa dan imbang.

Budaya taat membuta tuli kepada raja dikecam pada abad-abad berikutnya. Dewasa ini Malaysia ditadbir mengikut budaya politik neofeudal yang ghairah mengadakan projek-projek mega untuk mengharumkan nama negara yang diusahakan oleh segelintir insan yang berkuasa. Nampaknya bayangan Almarhum Sultan yang ego itu terus menghantui kita dua setengah abad kemudian.

p/s – Apa rasionalnya berbelanja ke arah projek mega sedangkan hidup rakyat tersepit dan tersiksa?

Diolah dan diterjemah daripada tulisan Dr. Farish Noor


CORETAN UNTUK PENDIDIKAN, MELAYU DAN SOAL HATI IBU BAPA

Dahulunya Tanah Melayu sering dijajah, ditakluk dan direbut hingga berkurun-kurun lamanya. Dari pendudukan Portugis hingga ke penjajahan Jepun, Tanah Melayu mengalami waktu-waktu yang sukar dan ini telah mengakibatkan orang-orang Melayu bangkit dan membina kekuatan tersendiri dalam mengadaptasikan kehidupan mereka pada ketika itu. Hidup orang Melayu pada ketika amat susah, bak kata pepatah Melayu “Kais pagi, makan pagi…kais petang makan petang”.  Ekonomi orang Melayu pada zaman sukar itu lebih kepada bertani, bercucuk tanam dan menternak yang lebih kepada penggunaan sendiri. Apabila negara mencapai kemerdekaan pada tahun 1957, ramai orang Melayu miskin dan bekerja sebagai petani dan nelayan serta buruh kasar. Kemudian, dengan langkah-langkah proaktif Kerajaan pada ketika itu, pendidikan percuma telah diberikan selama 11 tahun meliputi semua rakyat pelbagai kaum.

Banyak negara lain tidak memberikan pendidikan percuma untuk rakyatnya sebagai contoh di Indonesia, maklumat ini boleh didapati di Millenium Development Goal dan kesan daripada itu telah menyeret rakyat negara tersebut ke negara jiran untuk mencari peluang pekerjaan atau pendidikan di situ. Di Malaysia walaupun pendidikan percuma telah diberikan kepada peringkat sekolah rendah dan menengah, sewajarnya program pendidikan percuma harus diperluaskan hingga ke peringkat universiti, ini bagi memberi peluang kepada rakyat Malaysia amnya dan orang Melayu khususnya untuk meningkatkan tahap pendidikan mereka ke peringkat yang lebih tinggi sejajar dengan Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) di bawah kelolaan Kementerian Pendidikan iaitu meluaskan akses pendidikan berkualiti dan berkemampuan.Mugkin metodologi dan kaedah yang lebih terperinci boleh digariskan untuk menetapkan golongan sasar yanag wajar diberi pendidikan secara percuma hingga ke peringkat Universiti, sebagai contoh golongan susah dan fakir yang berkelayakan. Seharusnya golongan ini harus diutamakan dan diberi bantuan yang lebih bagi memberi mereka peluang belajar dan wajar juga diberi biasiswa. Bagi golongan yang “berkemampuan” tetapi masih tidak berkeupayaan untuk menanggung bebanan perbelanjaan (terutamanya yuran pengajian peringkat sarjana dan kedoktoran yang mahal) untuk menuntut di pengajian yang lebih tinggi harus juga diberi bantuan seperti pengecualian yuran atau pembayaran yuran yang ditanggung sepenuhnya oleh Kerajaan melalui Kementerian Pengajian Tinggi seperti program Bajet Mini yang telah berjaya dilaksanakan pada tahun 2009-2010. Sewajarnya program Bajet Mini untuk pembiayaan pendidikan di peringkat universiti ini perlu diteruskan dari semasa ke semasa untuk menggalakkan rakyat Malaysia belajar dan terus belajar untuk melahirkan cendiakawan yang dapat membangun negara di masa hadapan.

– – – – – – – – – – – – -PPppppfffffttttttt – – – – – – – – – – – – – – – – –

Umum sedia maklum, biasiswa telah diberikan kepada rakyat dari pelbagai setiap peringkat, tanpa mengira bangsa, negara dan agama dan peluang melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi termasuklah ke luar negara. Hasil dari ini, ramai orang Melayu yang mengeluarkan diri daripada kancah kemiskinan. Dengan kejayaan dasar ini, ramai di kalangan mereka kini tinggal di rumah berhawa dingin dan besar, ada juga yang tinggal di banglo-banglo mewah, berkereta besar dan jumlah kelas menengah Melayu semakin melebar. Sementara anak-anak hidup mewah di ibu kota, ibu bapa terpaksa membanting tulang untuk makan pagi petang sedangkan anak-anak di bandar bercakap mengenai memilih antara mahu makan stik di hotel mewah atau di restoren ternama, antara Iphone dan Blackberry, antara mahu bercuti di Gold Coast atau di Melbourne dan antara mahu membeli kereta BMW atau Merscedez.

Kamu tidak percaya atau mungkin aku yang silap?

Lihat sahaja kereta besar yang tersusun di hadapan rumah kampung yang buruk dan usang sewaktu hari raya dan musim cuti sekolah. Ada anak yang menjadi pegawai kanan di syarikat besar, pensyarah yang bertaraf Professor, pegawai kanan bank dan pegawai kanan di jabatan kerajaan, tetapi masih ada ibu bapa yang menerima bantuan zakat. Adakah anak-anak ini melupakan jasa ibu bapa mereka yang membesarkan mereka dan menyekolahkan mereka hingga berjaya? Kenapa sanggup mereka mengetepikan ibu bapa? Lupakah mereka?

Renung-renungkan….

p/s – Jangan lupakan ibu bapa kerana ibu bapa adalah nadi dan jantung buat kita, malah doa ibu adalah doa yang paling mustajab dan mujarab!

credit gambar: Filem Hati Malaya, karya Shuhaimi Baba. (eh! ada bendera UMNO, baru aku perasan! Hahahaha)


WHY MUSLIM?

Sila teliti apa yang diperkatakan oleh kartun ini.Fahami dan hayati…



p/s – Memang kini muslim di dunia selalu diperkotak-katikkan, sering bertelagah, sering dipersalahkan, selalu dihina, dikeji, dizalimi dan dikutuk..kenapa ianya berlaku? Mudah sahaja, kini umat islam masih lemah, lemah dari aspek teknologi, lemah dari segi ilmu, lemah dari segi ekonomi dan kewangan, lemah untuk bersaing dalam dunia ketenteraan dan lemah dari pelbagai sudut, maka benarlah seperti yang diperkatakan oleh Junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W bahawa umat islam atau muslim di akhir zaman adalah terlalu ramai tetapi tidak memberikan gentar kepada orang kafir, umpama buih-buih di lautan! Jadi, apa yang perlu dilakukan untuk mengembalikan kegemilangan islam agar islam dan umat muslim di dunia ini tidak ditindas dan dihormati?

Bersatulah…bersatu di bawah kalimah syahadah yang satu dan jangan tinggalkan ilmu!

credit to: pelukis kartun ini kerana menimbulkan kesedaran kepada umat manusia keseluruhannya..dan credit juga pada temanku yang emailkan maklumat ini untuk dikongsi bersama.


PENJARA PUDU DITUTUP..KENAPA?

Pintu gerbang Penjara Pudu

Kisah ini berlaku di Penjara Pudu Kuala Lumpur di suatu ketika dulu. Hanya boleh disebarkan pada orang2 tertentu sahaja…dan ianya merupakan satu rahsia. Baik dijadikan tauladan, buruk dijadikan sempadan.

Sebelum Penjara Pudu ditutup dulu pernah diceritakan bahawa terdapat satu bilik dipanggil “Bilik Terakhir”. Dibilik inilah seringnya berlaku kejadian pelik sejak Penjara Pudu ditutup. Dinamakan “BILIKTERAKHIR ” adalah kerana dulu ia merupakan bilik kediaman terkahir bagi si pesalah jenayah berat sebelum menjalani hukuman gantung sampai
mati pada keesokan harinya dibilik gantung.

Di Bilik Terakhir inilah pesalah dikatakan akan meratap,menangis, menjerit, bercakap seorang diri dan berbagai lagi perlakuan kerana menyesali kesalahan mereka yang lalu. Mereka menjadi begitu kerana dikatakan tidak kuat semangat menghadapi maut keesokan harinya yang telah diketahui mereka. Menurut kata warden-warden yang masih ada di Penjara Pudu sewaktu proses pengosongan Penjara Pudu dijalankan, mereka sering terdengar suar a-suara sayu meminta tolong, suara orang menangis dan bermacam-macam lagi dari Bilik Terakhir tesebut. Tak kurang juga ada diantara warden yang terlihat seekor kambing hitam sering masuk menembusi pintu bilik itu tanpa dibuka dan kemudian tidak pula kelihatan kambing keluar semula.

Ramai bomoh dan pawang yang dipanggil bagi memulihkan bilik tersebut mengatakan bahawa suara-suara yang sering kedengaran diwaktu malam dari Bilik Terakhir itu adalah akibat roh-roh pesalah yang mati ditali gantung tersebut tidak tenteram kerana mati mereka ditali gantung. Nak dijadikan cerita pada suatu malam Jumaat ketika hujan renyai-renyai seorang warden telah ditugaskan mengawal kawasan yang berhampiran dengan “Bilik Terakhir” itu. Ketika sedang berkawal  kira-kira lebih kurang pukul 01:00 pagi beliau terdengar seperti tapak kaki sedang berlari-lari berhampiran bilik tersebut.

Ia cuba beranikan diri untuk untuk melihat apakah bendanya itu.Sedang ia mengamat-amati maka terlihatlah dalam kesamaran seekor kambing hitam sedang menuju kearah Bilik Terakhir itu lalu lesap begitu saja. Ia berasa harian bagaimana seekor kambing boleh ada dikawasan itu? Oleh kerana ingin tahu ia beranikan juga diri menghampiri Bilik Terakhir itu.

Alangkah terperanjatnya mendapati pintu bilik itu telah bertukar menjadi pintu gua. Mulalah ia berasa gementar, seram serta menggigil ketakutan namun diberanikan juga diri memasuki pintu gua yang samar-samar itu sambil meninjau-ninjau didalamnya jika terlihat akan  kambing tadi. Apabila sampai je kedalam gua tersebut alangkah terperanjatnya ia bila didapati banyak harta karun dalamnya. Ia cuba mengambil harta itu tetapi tiba-tiba hilang dari pandangan lalu menjelmalah satu lembaga yang mengerikan seraya berkata,

“Heyyyyyy manusiaaa. Jangan awak sentuh harta itu. Hartaaaa itu bukan kauuu yang punyaaaa ” ” Ahmaaaaaad Albab yang punyaaaaaa ” Ha Ha Ha Ha Ha ” Yaaaaaaa, Ahmaaaaadd Albab yang punyaaaaaa … ”

Amacam? Gempak tak cerita ni? Jangan marah ok! Tak kan lah asek serius ja. Kekadang usikan seperti ini perlu dalam kehidupan kita, tidaklah terlalu dan selalu stress. Sebenarnya aku sudah pun terkena pada tahun 2007 yang lalu. Alang-alang dah terkena, apa kata aku kenakan kamu-kamu semua di luar, dan pada sesiapa yang sudah terkena dengan pembacaanl ini, aku boleh katakan bahawa aku dan kamu adalah sama!

p/s – Aku fikir aku mahu cerita dan tulis mengenai hal penjara pudu, tetapi dalam bentuk yang serius. Ya..serius…


ASAL USUL DAJJAL

Entah kenapa sehari dua ini aku kerap membaca buku berkaitan keagamaan, dan ini adalah penting bagi pemantapan rohani dan menguatkan ilmu tentang islam serta meningkatkan lagi kefahaman kita mengenai agama itu sendiri. Aku juga ada membaca buku karya Ustaz Muhammad Isa Daud berkaitan Dajjal, rahsia segi tiga bermuda dan sebagainya. Beliau merupakan seorang intelektual dalam mengupas hal-hal berkaitan ini. Di sini aku mahu kongsikan bersama tentang asal usul Dajjal secara ringkas. Aku yakin ramai yang sudah tahu siapa itu Dajjal dan di zaman kini pun ramai Dajjal di kalangan kita sendiri, hinggakan ada tohmahan yang dilemparkan kepada mereka-mereka yang berperangai teruk ini dengan ungkapan begini..”Jahat macam Dajjal!”. Ok, cukup hingga setakat itu, eloklah kamu semua ambil kisah mengenai Dajjal ini. Sila baca.

Asal-Usul Dajjal

Dajjal adalah seorang manusia dari keturunan Yahudi. Dia bukan Jin atau apa jua makhluk lain selain ia sebagai manusia yg ditangguhkan ajalnya “Minal Munzharin” seperti halnya Nabi Isa as yg di angkat oleh Allah swt ke atas langit dan ditangguhkan kematiannya sehingga beliau nantinya turun semula ke atas muka bumi ini lalu beliau akan mati dan di kuburkan di Madinah AlMunawwarah. Sama juga halnya dgn Nabi Khidhir, para malaikat dan Iblis yg di tangguhkan kematian sehingga kiamat nanti.

Dajjal; ayahnya seorang yg tinggi dan gemuk. Hidungnya seperti Paruh burung (kebiasaannya orang Yahudi memang berhidung sebegini). Sedangkan Ibunya pula seorang perempuan gemuk dan banyak dagingnya. Menurut Imam Al Barzanji ada pendapat mengatakan bahawa asal keturunan bapanya ialah seorang Dukun Yahudi yg di kenali dgn “syaqq” manakala ibunya adalah dari bangsa Jin. Ia hidup di zaman Nabi Sulaiman a.s dan mempunyai hubungan dengan makhluk halus. Lalu oleh Nabi Sulaiman ia akhirnya ditangkap dan dimasukkan ke dalam penjara. Walau bagaimanapun kelahiran dan kehidupan masa kecil tidak diketahui dgn jelas.

Sifat Badannya

Hadis Huzaifah r.a katanya: Rasulullah s.a.w. telah bersabda: Dajjal ialah orang yang buta sebelah matanya iaitu sebelah kiri, lebat (panjang) rambutnya serta dia mempunyai Syurga dan Neraka. Nerakanya itu merupakan Syurga dan Syurganya pula ialah Neraka (Hadis Sahih Muslim)

Ada beberapa ciri perawakan Dajjal yg disebutkan dalam Hadis Rasulullah S.a.w, diantaranya: Seorang yg kelihatannya masih muda, berbadan besar dan agak kemerah-merahan, rambutnya kerinting dan tebal. Kelihatan dari belakang seolah-olah dahan kayu yg rimbun.

Dan tandanya yg paling ketara sekali ada dua;

Pertama: Buta mata kirinya dan kelihatan seperti buah kismis yg kecut, manakala mata kanannya tertonjol keluar kehijau-hijauan berkelip-kelip laksana bintang. Jadi kedua-dua matanya adalah cacat.

Kedua: Tertulis didahinya tulisan “Kafir (Kaf-Fa-Ra)”. Tulisan ini dapat dibaca oleh setiap org Islam, sama ada ia pandai membaca atau tidak. Mengikut hadis riwayat At-Thabrani, kedua-dua tanda ini menjelma dalam diri Dajjal setelah ia mengaku sebagai Tuhan. Adapun sebelum itu, kedua-dua tanda yang terakhir ini belum ada pada dirinya.

Dan selanjutnya kita dapat mengetahuinya dari kisah Tamim Ad Dari yang telah bertemu dengan Dajjal itu di sebuah pulau..

Tempat Tinggalnya Sekarang

Menurut riwayat yg sahih yg disebutkan dalam kitab “Shahih Muslim”, bahawa Dajjal itu sudah wujud sejak beberapa lama. Ia dirantai di sebuah pulau dan ditunggu oleh seekor binatang yg bernama “Al-Jassasah”. Terdapat hadis panjang mengenainya. Daripada Hadis ini jelaslah bagi kita bahawa Dajjal itu telah ada dan ia menunggu masa yg diizinkan oleh Allah swt utk keluar menjelajah permukaan bumi ini dan tempat “transitnya” itu ialah di sebelah Timur bukan di Barat.

Ada pendapat mengatakan sekarang Dajjal tinggal di kerajaan iblis dan jin di Segitiga Bermuda dan selalu keluar dengan menaiki kenderaan piring terbang yang dikenali umum sebagai UFO dan sentiasa berurusan dengan pemimpin-pemimpin besar dunia. Akhir-akhir ini, pernah juga kelihatan piring-piring terbang UFO ini muncul di bandar Vatican (pusat Katolik dunia), Rome, Italy.

Berapa lama ia akan hidup setelah kemunculannya

Dajjal akan hidup setelah ia memulakan cabarannya kepada umat ini, selama empat puluh hari sahaja. Namun begitu, hari pertamanya adalah sama dgn setahun dan hari kedua sama dengan sebulan dan ketiga sama dengan satu minggu dan hari-hari baki lagi sama seperti hari-hari biasa. Jadi keseluruhan masa Dajjal membuat fitnah dan kerosakan itu ialah 14 bulan dan 14 hari. Dalam Hadis riwayat Muslim ada disebutkan:

Kami bertanya: “Wahai Rasulullah! Berapa lamakah ia akan tinggal di muka bumi ini? Nabi saw, menjawab: Ia akan tinggal selama empat puluh hari. Hari yg pertama seperti setahun dan hari berikutnya seperti sebulan dan hari ketiga seperti seminggu. Kemudian hari yg masih tinggal lagi (iaitu 37 hari) adalah sama seperti hari kamu yg biasa.

Lalu kami bertanya lagi: Wahai Rasulullah saw! Di hari yg panjang seperti setahun itu, apakah cukup bagi kami hanya sembahyang sehari sahaja (iaitu 5 waktu sahaja). Nabi saw menjawab: Tidak cukup. Kamu mesti mengira hari itu dgn menentukan kadar yg bersesuaian bagi setiap sembahyang..”

Maksud sabda Rasulullah S.a. w, ini ialah supaya kita mengira jam yg berlalu pada hari itu. Bukan mengikut perjalanan matahari seperti biasanya kita lakukan. Misalnya sudah berlalu tujuh jam selepas sembahyang Subuh pada hari itu maka masuklah waktu sembahyang Zohor, maka hendaklah kita sembahyang Zohor, dan apabila ia telah berlalu selepas sembahyang Zohor itu tiga jam setengah misalnya, maka masuklah waktu Asar, maka wajib kita sembahyang Asar. Begitulah seterusnya waktu Sembahyang Maghrib, Isyak dan Subuh seterusnya hingga habis hari yg panjang itu sama panjangnya dgn masa satu tahun dan bilangan sembahyang pun pada sehari itu sebanyak bilangan sembahyang setahun yg kita lakukan. Begitu juga pada hari Kedua dan ketiga.

p/s – Tunggu sahaja kemunculan Dajjal itu, yang pasti kita selaku umat Islam perlu punya kelengkapan diri dari segi rohani dan jasmani untuk menghadapi fitnah besar yang bakal dilakukan oleh Dajjal kelak ketika dunia menghampiri kiamat.


KELUASAN NERAKA JAHANAM

Aku membaca buku agama berkaitan syurga dan neraka, hati tersentuh dan tidak semena-mena aku terasa seperti menggigil dan takjub akan perihal Neraka ciptaan Allah. Jadi, aku bercadang untuk menulisnya di sini untuk dikongsi bersama. Sila baca untuk keinsafan kita bersama. Mudah-mudahan akan membuka hati kita yang selama ini tertutp dan dapat memberi kesedaran.

Maka ditanya oleh nabi s.a.w.: ‘Mengapa aku melihat kau berubah muka?’
Jawabnya: ‘Ya Muhammad, aku datang kepadamu di saat Allah menyuruh supaya dikobarkan penyalaan api neraka, maka tidak layak bagi orang yg mengetahui bahawa neraka Jahannam itu benar, dan siksa kubur itu benar, dan siksa Allah itu terbesar untuk bersuka-suka sebelum ia merasa
aman dari padanya.’

Lalu nabi s.a.w. bersabda: ‘Ya Jibrail, jelaskan padaku sifat Jahannam.’

Jawabnya: ‘Ya. Ketika Allah menjadikan Jahannam, maka dinyalakan selama seribu tahun, sehingga merah, kemudian dilanjutkan seribu tahun sehingga putih, kemudian seribu tahun sehingga hitam, maka ia hitam gelap, tidak pernah padam nyala dan baranya.. Demi Allah yg mengutus engkau dengan hak, andaikan terbuka sebesar lubang jarum nescaya akan dapat membakar penduduk dunia semuanya kerana panasnya.

Demi Allah yg mengutus engkau dengan hak, andaikan satu baju ahli neraka itu digantung di antara langit dan bumi nescaya akan mati penduduk bumi kerana panas dan besinya. Demi Allah yg mengutus engkau dengan hak, andaikan satu pergelangan dari rantai yg disebut dalam Al-Quran itu diletakkan di atas bukit, nescaya akan cair sampai ke bawah
bumi yg ke tujuh. Demi Allah yg mengutus engkau dengan hak, andaikan seorang di hujung barat tersiksa, nescaya akan terbakar orang-orang yang di hujung timur kerana sangat panasnya, Jahannam itu sangat dalam dan perhiasannya besi dan minumannya air panas campur nanah dan pakaiannya potongan-potongan api.

Api neraka itu ada tujuh pintu, tiap-tiap pintu ada bahagiannya yang tertentu dari orang laki-laki dan perempuan.’ Nabi s.a.w. bertanya: ‘Apakah pintu-pintunya bagaikan pintu-pintu rumah kami?’ Jawabnya: ‘Tidak, tetapi selalu terbuka, setengahnya di bawah dari lainnya, dari pintu ke pintu jarak perjalanan 70,000 tahun, tiap pintu lebih panas dari yang lain 70 kali ganda.’ (nota kefahaman: iaitu yg lebih bawah lebih panas)

Tanya Rasulullah s.a.w.: ‘Siapakah penduduk masing-masing pintu?’

Jawab Jibrail: Pintu yg terbawah untuk orang-orang munafik, dan orang-orang yg kafir setelah diturunkan hidangan mukjizat nabi Isa a.s. serta keluarga Fir’aun sedang namanya Al-Hawiyah. Pintu kedua tempat orang-orang musyrikin bernama Jahim, Pintu ketiga tempat orang shobi’in bernama Saqar. Pintu ke empat tempat Iblis dan pengikutnya dari kaum majusi bernama Ladha, Pintu kelima orang yahudi bernama Huthomah. Pintu ke enam tempat orang nasara bernama Sa’eir.’ Kemudian Jibrail diam segan pada Rasulullah s..a.w. sehingga ditanya: ‘Mengapa tidak kau terangkan penduduk pintu ke tujuh?’ Jawabnya: ‘Di dalamnya orang-orang yg berdosa besar dari ummatmu yg sampai mati belum sempat bertaubat.’ Maka nabi s.a.w. jatuh pingsan ketika mendengar keterangan itu, sehingga Jibrail meletakkan kepala nabi s.a.w. di pangkuannya sehingga sedar kembali dan sesudah sadar nabi saw bersabda: ‘Ya Jibrail, sungguh besar kerisauanku dan sangat sedihku, apakah ada seorang dari ummat ku yang akan masuk ke dalam neraka?’ Jawabnya: ‘Ya, iaitu orang yg berdosa besar dari ummatmu.’

Kemudian nabi s.a.w. menangis, Jibrail juga menangis, kemudian nabi s.a.w. masuk ke dalam rumahnya dan tidak keluar kecuali untuk sembahyang kemudian kembali dan tidak berbicara dengan orang dan bila sembahyang selalu menangis dan minta kepada Allah.(dipetik dari kitab ‘Peringatan Bagi Yg Lalai’) Dari Hadith Qudsi: Bagaimana kamu masih boleh melakukan maksiat sedangkan kamu tak dapat bertahan dengan panasnya terik matahari Ku.

Tahukah kamu bahawa neraka jahanamKu itu:

1. Neraka Jahanam itu mempunyai 7 tingkat

2. Setiap tingkat mempunyai 70,000 daerah

3. Setiap daerah mempunyai 70,000 kampung

4. Setiap kampung mempunyai 70,000 rumah

5. Setiap rumah mempunyai 70,000 bilik

6. Setiap bilik mempunyai 70,000 kotak

7. Setiap kotak mempunyai 70,000 batang pokok zarqum

8. Di bawah setiap pokok zarqum mempunyai 70,000 ekor
ular

9. Di dalam mulut setiap ular yang panjang 70 hasta
mengandungi lautan racun yang hitam pekat.

10. Juga di bawah setiap pokok zarqum mempunyai
70,000 rantai

11. Setiap rantai diseret oleh 70,000 malaikat

Mudah-mudahan ini dapat menimbulkan keinsafan kepada kita semua…..Wallahua’ lam.

Al-Quran Surah Al- Baqarah Ayat 159

Sesungguhnya orang-orang yang menyembunyikan apa yang telah Kami turunkan dari keterangan-keterang an dan petunjuk hidayat, sesudah Kami terangkannya kepada manusia di dalam Kitab Suci, mereka itu dilaknat oleh Allah dan dilaknat oleh sekalian makhluk.

Dari Abdullah bin ‘Amr R.A,

Rasulullah S.A.W bersabda:’ Sampaikanlah pesanku biarpun satu ayat..

p/s – Semoga insaf!


OH! RUMMY NOSE AKU MATI!

Untuk meredakan ketegangan dalam penulisan aku pada malam ini dari isu yang gak panas, iyalah..ianya melibatkan tiga benda iaitu pemerintah, golongan marhean dan negara. Untuk bacaan lanjut boleh baca di sini. Kali ini aku mahu menulis sedikit tentang hobi aku membela ikan. Entah kenapa aku tiba-tiba seperti mahu menulis mengenai ikan, sebelum ini aku sudah pun menulis tentang hobi ini dan kamu boleh mambacanya di sni. Sebentar tadi sedang aku leka memerhati gerak geri ikan di dalam akuarium kecil di bilik tiba-tiba aku terjumpa se-ekor ikan dari jenis Rummy nose tetra telah terdampar mati di bawah akuarium.

“Ini mesti kes dah boring duduk dalam akuarium ni” aku berbisik seorang diri.

Terus aku pandang dan lihat kembali akuarium aku, aku lihat se-ekor dan se-ekor ikan yang ada dalam akuarium tersebut. Akuarium aku ini telah aku hiasi dengan tumbuhan hidup dan diserikan lagi dengan kayu dan batu-batu sungai. Pasir sungai dan sedikit tanah aku letak kan sekali agar tumbuhan hidup ini memperolehi sumber nutrien dan galian yang boleh membantu tumbesarannya secara semulajadi. Selain itu, hiasan tambahan lain yang aku letakkan juga adalah sebagai nilai tambah untuk ikan-ikan ini hidup seperti berada di dunia sebenar mereka. Ini adalah akuarium aku yang diletakkan di dalam bilik tidur. Sebuah aluarium komuniti.


Aku masih leka mengira-ngira ikan Rummy Nose yang masih tinggal hidup. Satu, dua, tiga, empat, lima…ya!! masih ada lima ekor lagi. Nampak gayanya perlulah aku menambah se-ekor lagi sebagai ganti. Ini kerana ikan Rummy Nose ini akan lebih “lengkap” hidupnya jika berada dalam kumpulan yang sekurang-kurangnya terdiri dari enam ekor ikan. Barulah hidupan ini akan hidup tanpa stress dan riang gembira di dalam akuarium. Akuarium aku ini sebenarnya adalah sebuah akuarium komuniti. Kenapa ianya dipanggil akuarium kominiti? Ini kerana, di dalam sebuah akuarium ini, aku membela pelbagai jenis ikan, ada di dalamnya Rummy Nose Tetra, Neon Tetra, Black Neon Tetra, dan lain-lain. Perlu pelbagai spesis ini adalah penting untuk menjamin biodiversiti di dalam akuarium itu. Di sini aku sertakan beberapa keping gambar akuarium dengan lebih dekat. Jika tidak jelas, harap maaf, aku hanya menggunakan kamera telefon bimbit yang berpiksel 2.0 sahaja!

Gambaran lebih dekat, ikan-ikan ini sememangnya jinak

Pandangan dari sudut tepi akuarium

Pandangan dari atas akuarium

Di rumah aku sahaja, sudah ada lima buah akuarium dan salah satu daripadanya sedang dalam proses kuarantin kerana kualiti air terlalu teruk. Jadi aku membiarkan ianya kosong buat sementara waktu tanpa hidupan tetapi masih membiarkan landskap akuarium seperti asal cuma tiada ikan untuk diletakkan.  Aku bercadang untuk meletakkan ikan dari jenis Barb atau mungkin juga dari jenis lain. Hobi ini, pasti akan membuatkan kamu leka sebenarnya dan yang pasti ianya adalah hobi yang mudah dan simple tanpa bajet yang tinggi.

p/s – Aku rasa mungkin lain kali aku akan kupas sedikit spesis-spesis ikan yang aku bela. Entri ini sebagai pengimbang dengan entri yang gak berat sebelum ini. Sekian.



RINTIHAN GOLONGAN BAWAHAN

Mahu tidak mahu, suka tidak suka, senang atau tidak, rela atau tidak rela kita semua golongan bawahan pasti akan menerima sahaja apa jua percaturan yang telah ditetapkan oleh pemerintah. Sememangnya, rakyat Malaysia semua dilahirkan dan dizahirkan dengan sifat-sifat yang “menurut perintah” dan akur sahaja. Semangat ini telah ditanamkan sejak dahulu lagi..dan setelah lebih 50 tahun merdeka, inilah kita rakyat Malaysia. Baguslah begitu. Kita tidak “seberani” rakyat di negara jiran kita. Indonesia, kita tidak setegar dan segagah golongan baju merah di Thailand, kita adalah kita…yang menerima sahaja. Sebagai contoh, baru-baru ini pemerintah telah menyatakan bahawa subsidi telah diturunkan (bukan harga barang naik ok!)..keseluruhan rakyat Malaysia telah menerima dengan rela hati. Tulus dan ikhlas. Walaupun, di dalam jiwa kecil ada sedikit pemberontakan. Tetapi, tidak mengapalah…..kami semua lebih rela beratur panjang, menghabiskan masa menunggu giliran di stesyen-stesyen minyak.

Kami terbaca akhbar, kami menonton berita, kami mendengar radio.. Malaysia akan menuju kebangkrapan menjelang 8 tahun atau 10 tahun dari sekarang. Jadi, wang mesti dicatu, kita mesti berjimat cermat, dan kita mungkin akan kembali maju dan inilah yang kamu canang-canangkan. Jika ini tidak dilakukan kalian semua golongan marhean akan menderita, rakyat Malaysia akan terkesan sama semua golongan dari atas hingga ke bawah, sumber dan hasil negara akan habis, harta negara akan habis. Polemik “harga barang tidak naik, tetapi subsidi yang dikurangkan” memang sudah menjadi amalan dari dahulu lagi setelah pelbagai janji manis ditabur. “Harga barang tidak naik….harga barang tidak akan naik” itulah yang sering di perkatakan. Atas tindakan itu, katanya boleh menjimatkan RM750 juta pada tahun ini sahaja tetapi adakah kamu sedar? adakah kamu intip? adakah kamu faham dan mengerti nasib kami? golongan bawahan.

Kami terbeban dengan ini, jika dahulu makan berlauk, kini tinggal hanya kuah. Jika dahulu berlaukkan ayam, kini hanya telur mata. Jika dahulu duit belanja sekolah anak serinngit, kini hanya tinggal 50 sen. Tinggal pula di hujung desa, rumah pula semakin rapuh hanya menunggu masa mahu rebah dan runtuh! Sebaliknya kamu duduk di mahligai, istana berjuta dibina, hidangan mewah dinikmat, kenderaan mewah dipandu laju menyusuri jalan raya dan lebuh raya, kamu manusia terhormat! Tidak akan rasa apa yang kami rasa.

Kamu kata Malaysia adalah antara 10 negara yang kritikal dibebani masalah penyakit diabetis paling tinggi di dunia, katanya kencing manis semakin teruk di sini, adakah kamu pula yang “mengencing” kami? adakah dengan cara ini kamu terdesak mengurangkan subsidi? Masalah penyeludupan gula dan petrol yang relatif harganya lebih rendah dari negara jiran, adakah ini menyebabkan kamu menaikkan harga? Tidak adakah metedologi lain yang lebih baik untuk bagi mencipta situasi menang-menang bagi kami dan kamu wahai pemerintah? Ingatlah, kamu adalah dipilih dari kami semua. Kenangilah kami, ngertilah derita dan susah hati kami, sudahlah hidup kini bagaikan melukut di kota yang kedekut. Bertarung nyawa mengerah kudrat tulang yang empat untuk mencari sesuap nasi dan belanja di desa yang semakin terseksa. Ingatilah kami.

p/s – “Ketika golongan bangsawan dan pembesar itu bersenang lenang dengan segala kemewahan yang telah merampas subsidi rakyat, orang miskin menangis suapan mereka yang makin meninggi harganya, yang meratah tenaga jasad dan kekayaan negara mereka..” – Quote dari Dr. Asri (MAZA)


BUKAN SENANG NAK SENANG

Kalau nak cepat kaya bukan senang, usaha itu perlu..kekayaan bukan boleh datang sekelip mata tanpa usaha malah untuk mencipta income passive pun perlukan usaha dari pelbagai cabang dan cara. Walaupun secara kasarnya, passive income membawa maksud kerja sekali, tetapi kita akan mendapat pendapatan dan pulangan berkali-kali….ianya tetap memerlukan usaha pada awalnya dan masih juga memerlukan modal di permulaannya. Passive income ini boleh tercipta jika sesuatu yang “unik” terhasil. Sebagai contoh kamu adalah seorang jurugambar, tetapi pada masa yang sama kamu menjual vcd rom berkaitan selok-belok teknik-teknik foto yang baik dan menjualnya di internet, kamu membina e-book kamu sendiri di internet berkaitan hal ehwal dunia foto dan sebagainya, keuntungan dari itu boleh dikatakan sebagai pasive income untuk kamu. Hasil dari pendapatan kamu sebagai jurugambar bukan dianggap sebagai passive income ini kerana jika kamu berhenti, pendapatan dari situ juga terhenti.

Berikut adalah beberapa contoh residual income atau pendapatan yang berulang atau passive income…dan ianya semua perlukan usaha..bukan senang-senang sahaja boleh dapat untung!

Sekiranya kamu hebat menyanyi, kamu boleh buat album lagu. Penyanyi-penyanyi kita mendapat residual income. Walaupun album sudah keluar 10 tahun lalu, sampai kini masih menerima royalti dari jualan setiap album. Pernah terfikir tak mengapa penyanyi-penyanyi barat walaupun satu sahaja lagu sedap, tapi boleh jadi multimillionaire? cara yang sama- menerima royalti, tetapi royalti dari jualan album ke seluruh dunia!

Kalau tak pandai menyanyi, atau menari, kita boleh menulis buku. Penulis buku juga menerima royalti atas jualan setiap buku. Mungkin ia mengambil masa 2-3 bulan untuk siapkan satu buku, tetapi pendapatan dari royalti belian setiap buku akan diterima oleh penulis! Sehingga kini ramai penulis-penulis masih menerima pendapatan hasil dari royalti walaupun buku tersebut telah ditulis 10 tahun atau 20 tahun yang lepas!

Kalau kamu ada duit lebih, kamu boleh buat bisnes hartanah atau aset tetap. Dalam kata lain, beli rumah, dan dapatkan penyewa pada bayaran lebih daripada bayaran bulan-bulan kepada bank. Menyewa kan rumah (atau kedai/pejabat) juga anda hanya kerja sekali, tetapi pendapatan akan masuk sampai bila-bila selagi ada penyewa. Jika modal mendatangkan masalah buat kamu, Idea juga boleh menjadi residual income. Tak perlu modal. Pernah anda menggunakan “Post-it”? Pernah anda lihat gambar Mickey Mouse atau Hello Kitty?  Bagi pemain guitar electric, anda perasan tak bahagian besi pemegang tali tu adalah sesuatu ciptaan unik? Ini semua antara idea yang telah menjadi “patent”. Setiap kali idea tersebut digunakan, pencipta akan menerima pendapatan!

p/s – Bukan senang nak senang tetapi sangat senang nak susah! Ingat Skim Cepat Kaya Scam, jangan mudah percaya! Semua perlukan usaha!


SEDIKIT NOTA KECIL BUAT PENGUSAHA SKIM CEPAT KAYA

Entri kali ini…iklan Skim Cepat Kaya Scam. Aku pernah menulis menganai hal sebegini pada entri yang lepas…dah lama..mungkin kamu boleh merujuk di sini. Entri kali ini agak panjang dan tiada gambar. Agak serius penulisan aku pada malam ini. Serius!

Ape yang kamu tahu pasal skim ini? Berpengalaman tentang dunia pelaburan internet? Pernah kamu mencuba dan teringin nak mencuba? High risk, high return? Atau, multiply, multiply dan multiply. Atau…$$$$$$$….dan gandakan$$$$ hingga kaya raya, duit tak akan habis malah akan bertambah!

Cukuplah wahai skim cepat kaya, cukuplah dari menipu masyarakat yang masih buta akan hal ini. Kenapa kamju perlu menggunakan duit orang lain untuk kaya raya? Aku bukan mahu dengki, bukan mahu pandang hina dan serong, aku bukan mahu membenci..cuma aku loya dan meluat dengan modus operandi kamu. Sudah berapa ramai kawan-kawan aku dan sahabat aku terkena dengan dan sanggup berhutang gara-gara skim sebegini. Mereka yang “tertipu’ akan kehalusan seni tipu dan pukau oleh skim ini akan mudah terpedaya dengan kata-kata atau “testimoni palsu” dan “bukti-bukti palsu” yang digarap secantik mungkin untuk menjadikan skim ini nampak “real” dan meyakinkan.

Lihat sahaja gambar wanita atau lelaki yang memegang duit berkepuk malah berkoyan-koyan, mungkin sejumlah 25k..mata kamu yang terpandang gambar tersbut secepat mungkin akan menghantar maklumat ke kepala otak, akal fikiran dan naluri kamu dengan membawa pelbagai persoalan dan keinginan. Yang pastinya perasaan ingin tahu kamu melonjak-lonjak dan meluap-luap seperti mahu mengetahui program apakah ini, hingga membawa pulangan yang sangat lumayan dan mengkagumkan! Ditambah dengan ayat-ayat manis yang pasti membuat kamu tersangatlah teruja dan terkesima seolah-olah terpukau…ayatnya berbunyi begini..

Ayat 1

“SiApA yg
nk wAt duit rAyA…$$$..AlAng2 wAt duit rAyA..kitA wAt sAmpAi kAyArAyA…dgn
teknik OPM, OPS,OPT…kitA wAt duit…pemegAng kAdkredit….1/2 jAm
blh dpt 35k..multiply…10k dlm 1minggu…multiply lg…6 bulAn
penuhkn ASB 200k..yg bestnyA… blh … dpt 30%…dividen…kAmi
tunjukkn….pdA yg serius sAhAjA…pm to …inbox”

Nota – Konsep Other People’s Money (OPM) ini memang popular dilakukan dalam perniagaan internet. Selalunya OPM ini sangat bergantung kepada tahap kepercayaan orang kepada kita, pembinaan kredibiliti dan bentuk pengalaman yang dapat kita tawarkan. Semua ini menjadi rencah rangkaian dan kerjasama dengan pelaburnya. Bagi pendapat aku, selalu mana dapat gunakan OPM dalam membina bisnes berdasarkan pendekatan Win-Win-Win (Menang untuk diri, menang untuk pemberi dan menang untuk pelanggan) maka teruskan.Wang kita adalah simpanan pelan luar jangka.

“Aku pasti ramai yang telah membaca buku Rich Dad poor Dad tulisan Robert Kiyosaki. Satu konsep yang aku minat dan tertarik (dan gunakan) dari Rich Dad Poor dad adalah membeli sesuatu, dengan “wang orang lain” (other people’s money / OPM). Contoh yang ditunjukkan adalah, Robert ingin membeli kereta idamannya iaitu sebuah Porche. Untuk membeli kereta idamannya itu, beliau tidak menggunakan wangnya sendiri. Apa yang digunakan adalah wang orang lain. Beliau membeli sebuah bilik/ruang kosong kemudian, menyewakannya menjadi tempat penyimpanan barang (Storage facility). Jadi, Keuntungan dari perniagaan kecil storage facilitynya itu setiap bulan membayar pinjaman bulanan kereta idaman Porche itu. Dalam kata lain, wang dari orang lain membiayai kereta idaman! Tetapi, kamu perasan atau tidak, teknik OPM ini masih memerlukan modal dan usaha, yakni Robert telah “mengeluarkan modal” untuk membeli sebuah bilik/ruang kosong.”

Apa pandangan kamu dengan ayat sebegini? maksud akau ayat yang di atas tadi, bukan yang melibatkan nota ya!. Kamu mungkin akan terpengaruh dan akan mengambil langkah seterusnya iaitu memberi mesej kepada si pemunya iklan dan bertanya apakah program yang sanagt menarik ini. (bagi kamu yang tiada pengalaman). Tapi kamu pasti akan rasa toya dan jelek akan iklan sebegini dan terus buat tidak endah malah akan mencebik terus-terusan (kepada mereka yang punya pengalaman dan pernah merasa kesengsaraan menyertai program sebegini pada masa lalu).

Aku juga punya pengalaman sebegini, semasa di zaman siswazah satu masa dahulu…dan aku juga pernah menjadi agen untuk sesuatu perniagaan internet ini. Tapi itu semua masa lampau dan aku telah menghadapi semua ini, pahit dan manisnya..lebih kepada pahit. Benarlah kata orang tua-tua..pengalaman mematangkan kita dan dari pengalaman kita akan belajar sesuatu sama ada yang baik atau yang buruk. Pengalaman tidak dapat diajar oleh guru-guru di sekolah malah, tiada juga dalam sukatan pembelajaran di sekolah, IPTA, IPTS. Dari sekecil-kecil program ke sebesar-besar program aku pernah merasa, justru itu aku tidak mudah tertipu lagi sekiranya aku diajak untuk menyertai program itu dan ini. Insaf. Kita pun tidak dapat pulangan seperti yang dijanjikan, cuma mengkayakan orang atasan kita sahaja, tidak lebih dari itu.

Aku tidak anti dan bersikap anti-semetik kepada skim sebegini. Bagi kamu-kamu yang masih dalam bidang ini..aku doakan kamu semoga kaya raya, dan hidup dalam keadaan tenang dan selamat. Aku bukan nak kata apa, dahulu upline aku atau orang atas aku, budak kembar…yang sorang memandu kereta mewah jika tak silap aku Mers, BMW, Fair lady…yang seorang lagi menunggang superbike. Oleh kerana “kebijakan” merekalah, kedua-dua mereka “kaya-raya” hinggakan mereka lupa..mereka menjadi “kaya-raya” disebabkan orang bawahan mereka, duit orang bawahan mereka yang bergolok gadai, berhutang dan menjual apa sahaja aset yang mereka ada. Dari semiskin-miskin umat ke pangkat dato’ telah menyertai program ini. Yang pentingnya, kedua-dua mereka masih belajar! Mahu beli kereta seperti beli air tin di 7E. Pergi kedai, pilih dan bayar. Jadi…apa yang kamu jangkakan dari mereka sekarang? Mungkin kamu beranggapan mereka masih kaya raya? Tidak…kamu silap.

Mereka sudah jatuh miskin, dikejar along dan salah seorang dari mereka terkena penyakit jantung. Sakit yang kronik. Kereta-kereta mewah mereka ditarik dan ada yang digadai. Dulu hidup mewah, sekarang papa kedana. Mereka juga tidak tamat pengajian. Lihatlah ini lah balasan bagi mereka yang menipu, dan dimakan sumpah seranah oleh orang-orang bawahan mereka. Keluarga aku sendiri sudah menyumbang lebih 50k ke program ini, termasuklah ibu bapa, aku dan adik ku. Membazir dan tidak pulang modal! Hanya satu malam sahaja, si kembar sudah dapat 50k Cash! What tha fuck!Ini baru satu program, belum dengan program-program yang lain. Forex trading, Swiss cash, Remnoclub, Offshore Investment dan lain-lain.

Jadi, kamu-kamu diluar sana berhati-hati. Kalau mahu invest, sila ke tempat yang betul dan selamat serta menjanjikan pulangan yang baik walaupun jangka masanya lambat. Bukan senang mahu dapat duit tanpa berusaha, ini kan pula boleh double, triple, multiply dalam masa setengah jam dengan mendapat 35k…Gila! Kamu ingat senang-senang boleh dapat duit, kamu fikir duit jatuh dari langit atau kamu ingat kamu ini Bank Negara Malaysia si pengecop duit, BNM pun mahu cop duit ada nisbah-nosbah tertuntu, bukan sesuka hati mahu multiply, double dan sebaginya. Kamu lihat Tan Sri Syed Mokhtar, Kamu lihat pengasas Genting Highland, Tan Sri Lim Goh Tong dan lain-lain pernah baca mengenai kisah pahit maung mereka dalam membina empayar perniagaan, pernah kamu bayangkan betapa peritnya jatuh bangun ahli perniagaan tersohor ini? Ianya tidak semudah yang disangka! Semuanya perlukan usaha, keringat dan kudrat. Bukan dengan goyang kaki dan tunggu duit beranak! Jutawan Internet Malaysia Irfan Khairi yang menjadi jutawan pada usia muda seawal 18 tahun, pun menggunakan pelbagai usaha dan keringat untuk mengembangkan perniagaanya. Bukan hanya duduk diam sahaja. Beliau sebuk menulis buku, membuat ceramah-ceramah motivasi tentang usahawan dan perniagaan internet, malah beliau pernah dijemput untuk memberi ceramah selama 20 minit dengan tidak dibayar ketika di awal kemunculannya di kaca tv!

p/s – Setiap perniagaan perlukan usaha, setiap pelaburan perlukan pulangan, jadi pilih lah dengan bijak, jangan sampai tersilap langkah, nanti menyesal tak sudah!


DIARI HARIAN BIL. 6 (THE CHRONICLE OF PRE-WEDDING COURSE)

Gempak tak tajuk kat atas tu? Hehehehe…

Rasanya sudah lama aku tidak menulis mengenai diri aku dan aktiviti aku, dan seingat aku…last update adalah pada Diari Harian Bil.5 yang lalu. Kali ini, aku mahu update sedikit mengenai kisah aku dan si dia  ketika hujung minggu yang lalu. Kami berdua berkesempatan dan berpeluang menghadiri Kursus Pra-Perkahwinan dan jika diikutkan pada tarikh tersebut adalah tarikh hari perkahwinan office mate aku, oleh kerana pertindihan program, aku mengutamakan Kursus Pra-Perkahwinan (kalau tak hadir dan tiada sijil tidak pasal-pasal tak boleh kawin aku) Untuk office mate aku, usah marah atau berkecil hati, jika kamu ditakdirkan berkahwin lagi buat kali ke dua atau ke tiga, pasti aku akan hadir!

Selama dua hari di Kompleks Kejiranan Precint 16 Putrajaya yang bermula dari hari Sabtu dan Ahad yang lepas (17 & 18 Julai 2010) telah membuatkan aku dan si dia menjadi lebih matang dalam isu-isu rumah tangga. Sememangnya kursus Pra-Perkahwinan sudah menjadi satu kewajipan buat setiap bakal-bakal pengantin di Malaysia, tanpa “tiket” ini bakal pengantin mungkin tidak boleh menjalankan upacara akad nikah dengan “official”. Secara keseluruhannya, para peserta kursus akan dideahkan dengan topik-topik yang baik untuk dijadikan panduan hidup untuk menempuh alam perkahwinan kelak.

Peserta kursus sedang mengantuk tekun mendengar ceramah

Antara modul kursus yang dipelajari ialah:

Sesi 1- Sabtu, kebiasaanya akn bermula pada jam 2.30 petang dan berakhir hingga jam 6.30 petang

  • Akhlak dalam Islam
  • Hubungan dalam keluarga
  • Pengurusna kesihatan
  • Pengurusan stress

Sesi 2- Ahad, bermula dari jam 9.00 pagi hingga jam 6.30 petang

  • Akidah dalam Islam
  • Ibadah dalam Islam
  • Komunikasi suami dan isteri (topik-topik panas dan hidung berdarah)
  • Pengurusan sumber keluarga
  • Pengurusan konflik
  • Pengurusan talak
  • Perkahwinan dalam Islam
  • Prosedur perkahwinan

Penganjur kursus ini turut menyediakan makanan 3 kali sehari untuk setiap peserta kursus. Kebiasanya sijil kursus akan dikeluarkan seminggu selepas kursus. So, hari Sabtu ini sijil aku dan tunang akan siap dan boleh diambil di tempat berkursus. Sijil ini dikeluarkan dari JAWI dan ianya diiktiraf di seluruh Malaysia serta tiada had masa, maknanya sijil ini laku sampai bila-bila.

Aku tidak dapat menipu diri sendiri ketika bekursus, semamangnya mengantuk yang amat. Suhu yang sejuk di dalam auditorium hingga ke sum-sum tulang, dengan topik-topik yang boleh dikatakan menarik, tetapi oleh kerana tak boleh nak handle mata..aku hampir terlelap jugak! Bukan kerana penceramah bosan (tetapi memang salah satu faktor yang membuat mengantuk) tetapi kerana malam semalam, aku lewat tidur disebabkan sebuk mencari fakta-fakta berkaitan tentera nazi Jerman yang beragama Islam. Seteruk-teruk aku, ada lagi yang lebih teruk…Tengah ustaz kat depan sedang fokus memberi ceramah, entah dari celah mana tiba-tiba terdengar bunyi dengkuran…Habis satu dewan auditorium tercari-cari dari mana datangnya bunyi dengkuran tersebut. Akhirnya kantoi! Ada seorang mamat dah lelap kat kerusi, dan siap ternganga mulut, tinggal tunggu lalat nak masuk umpama periuk kera menunggu serangga, begitulah mulut mamat itu….aku cuma berbisik di dalam hati…..”tunang sapa la ni….” seraya menggelengkan kepala.

Tapi, ustaz kat depan lagi bagus, siap tegur mamat tu….

“Bakal laki sapa ni?” kata ustaz…satu auditorium tergelak besar!

Petang Ahad habis jam 6.30 petang, selesai semua dan hampir sempurnalah separuh dari perjalanan aku untuk ke alam yang baru, alam rumah tangga. Petang tersebut aku terus melangkah laju ke Shah Alam untuk menghantar si dia ke rumah sewanya. Iyalah, esok bila dah duduk dengan aku, tak payah nak ulang-alik Shah Alam-Semenyih, penat weh! Lewat maghrib aku sampai di Shah Alam dan sempat bersolat fardhu secara berjemaah di Petronas, Alhamdullilah…nasiblah dekat Malaysia ni senang nak solat, kat stesyen minyak pun sudah tersedia surau yang bersih dan lengkap. Tinggal lagi mahu tidak mahu sahaja untuk menunaikan fardhu solat, akan tetapi dah namanya pun fardhu, sewajarnya kita selaku makhluk Allah S.W.T menunaikan sahaja solat tersebut tanpa banyak soal. Wajib! Tiang agama!

Selesai menunaikan solat, kami terus ke Mc D PKNS, Alhamdulliah, rezeki….si dia mahu belanja pulak malam itu, barangkali timbul perasaan belas pada aku yang ulang alik mengambil dirinya….bak kata pepatah dan orang tua-tua..musuh jangan di tolak, rezeki jangan di cari! Eh, terbalik ke?

“Rezeki jangan ditolak, musuh jangan dicari”…apa la abang ni…” si dia menjuih pada ku..

“Alah…sesekali tersasul…hehehehe” aku balas..

“Nak order apa?” tanya si dia ringkas…

“Bagi abang beger bergedil ngan ayam goreng je lah….” aku jawab

“Abang, janganle memain…dah malam dah ni…nak sampai umah pukul brapa nanti…cepat order…” si dia dah mula angin..tapi masih mampu tersenyum dan mencubit manja lenganku

“Hehehehe…abang gurau je lah…bagi abang beger baru tu, BCG ngan Mc Deluxe ok!” aku jawab padanya…

“Abang, abang tahu tak…BCG tu injection masa darjah enam dulu, atau orang kata enjek api! beger baru tu, namanya GCB la bang..ape laaaaaa”…..si dia menerangkan…

“Ohhhhhhhh…hahahahahahahah!! Abang salah tengok iklan ni….” K,k..orderla….

Selesai order, upacara makan dan minum dimulakan…sedap, lazat, enak, dan untuk beger baru…aku nak cakap kao Grill, Gorgeus, Glorious, Glamourious, Ganglionsida, Gempak, Gemuk, Genset, Generator, Gengstar, Gengster dan Great-tasting! Tetapi si dia, berkeras…beger Posperity adalah beger terlazat dari Mc D! Lantaklah…aku dah kenyang dan terima kasih yang tak terhingga buat si dia kerana bermurah hati untuk belanja makan pada malam itu. Selepas makan, aku terus menghantar si dia ke seksyen 7, di rumah sewanya. Aku sampai ke rumah di Semenyih hampir jam 10.30 malam.

p/s – Untuk bakal-bakal pengantin, sila lah ke kursus kahwin terlebih dahulu. Kalau tak tahu di mana mahu buat, di sini aku sertakan sekali contact number yang boleh dihubungi. Boleh hubungi Al-Shahir managemnent di talian 019-3911310, En. Syahmi.

En. Syahmi, dah tolong promote ni…komisen jangan lupa!