Pemerhatian dan pandangan dari bebola mata yang berkaca mata terus dinukilankan dan diekspresikan dalam bentuk penulisan…

LARISSA RIQUELME DAN PARAGUAY

Agaknya, selagi Piala Dunia 2010 belum berakhir selagi itu aku akan menulis mengenai hal yang berkaitan Piala Dunia, hal bola, hal perlawanan, awek-awek piala dunia, dan lain-lain. Mungkin lain-lain isu waktu-waktu sekarang akan dipencilkan jauh dari mana-mana sudut hati dan sanubari setiap manusia yang obses akan bola contohnya kisah MV Marmara, kisah Palestin dan Israel, kisah kemanusiaan yang berlaku di Korea Utara, hal-hal berkaitan kemiskinan dan kebuluran makanan, isu perbalahan antara  kaum di negara-negara yang berkaitan. Mungkin akan dilupakan…dilupakan buat seketika. Aku tidak mungkin alpa, lupa dan leka kerna jika itu berlaku..tenggelamlah aku dan hanyutlah aku.

Riquelme dan rakan sedang beraksi!!

Cukup setakat itu, sedikit sebanyak aku mengingatkan kamu di luar sana jangan terlampau leka dan hanyut dibawa ombak Piala Dunia, ingat-ingatlah perkara lain juga. Pada entri kali ini aku mahu ketengahkan mengenai awek Piala Dunia lagi. Lebih spesifik kali ini kerana aku tertumpu pada seorang awek sahaja. Awek ini, lihat gambar di bawah.

Salah satu aksi Riquelme ketika bersorak

Ok, kekadang kamera televisyen di acara sukan menguasai minda dan hati manusia. Kenapa aku mengatakan begitu, Iyalahhh…ketika kamu sedang fokus akan aksi di padang, tetiba mata kamu di ganggu gugat akibat kamera telah menukarkan fokus tersebut dari aksi di padang ke tempat yang dipenuhi umat manusia, “penonton/penyokong”. Lebih dari itu, kadang-kadang fokus kamera itu akan lebih “mengfokus” kepada “acara-acara/aksi-aksi” tertentu melebihi beberapa saat sehinggakan iklan-iklan beer yang tulisannya kecil-kecil belaka dapat dibaca dan dihafal! Di dalam kes ini, awek yang bernama Larissa Riquelme, kamera yang mengfokus kepadanya telah memberi impak dan mencetuskan satu populariti terhadap dirinya sendiri secara tidak sengaja kepada masyarakat dunia, dimana…mungkin hampir separuh masyarakat dunia kini mengenalinya!

Hebat bukan!

Telah menonjolkan diri sebagai peminat nombor 1 Paraguay, Riquelme adalah “model/pragawati” dari Paraguay yang kamu semua tidak pernah dengar atau nampak sebelum ini sama ada di majalah-majalah, internet atau pun tv. Tetapi atas sikap beliau yang begitu obses menyokong pasukan negara kelahirannya serta sedikit sentuhan hipnosis yang menjadikan jurugambar dan abang-abang kamera tv begitu tergila-gila mahu snap dan rakam gambar beliau. Kini, gambar-gambar, video, dan maklumat berkaitan dirinya dah pun mengalir ke dunia tanpa sempadan, internet, facebook, dan tidak terkecuali laman web sukan tersohor seperti Spain’S AS.Com, Italy’s Corriere dello Sport dan Brazil Globo. Selain itu, namanya juga cukup popular di laman carian internet, Twitter dan lain-lain. Pada hari Selasa yang lepas, namanya telah melonjak naik di laman carian Yahoo! sebanyak 241 peratus!

Aksi yang panas dan ganas!

Pertama kali mengecapi dunia populariti secara global adalah ketika beliau sedang ghairah menyokong Paraguay di perlawanan pembukaan di mana pasukan Paraguay telah seri dengan pasukan lawan, Italy. Riquelme teleh mengaburi dan mempersona mata penonton (mungkin boleh menyebabkan pendarahan yang serius di hidung lelak-lelaki normal) dengan caranya membawa dan memegang handphone secara tersendiri dan unik. Pada masa Paraguay sedang ligat dan hebat berkaksi di padang bola menentang pasukan lawan, pada masa itu jugak abang-abang kamera tv sebuk-sebuk merakamkan segala aksi si Riquelme ketika memberikan sorakan dan sokongan.

Secara kebetulan duduk di depan dan di bahagian tengah stadium (dan kadang-kadang agak tersorok jugak) di kalangan penonton ketika perlawanan pusingan 16 pasukan sedang berlangsung di mana melibatkan perlawanan antara Paraguay dan Jepun yang lepas, kamera tv masih terus-terusan merakam aksi Riquelme. Dengan nasib yang lebih baik telah berpihak kepada pasukan Paraguay, yang telah memenangi perlawanan tersebut menerusi sepakan penalti telah melayakkan pasukan itu untuk masuk ke pusingan seterusnya. Tetapi, pada masa yang sama kemenangan tersebut juga “dikongsikan” bersama dengan Riquelme kerana namanya telah melonjak naik di ruangan perbincangan global Twitter dan meletakkan antara 2000 topik yang paling hangat di enjin carian Yahoo!.

Sememangnya dengan hasrat beliau untuk berlari bogel di jalanan jika pasukan negaranya menang akan mencetuskan sedikit kontrovesi, tetapi biarkanlah dia..sekurang-kurangnya, dapat juga mengubat hati lelaki-lelaki gersang yang mati pucuk untuk kembali aktif di ranjang! Hahaha! Menurut Riquelme, beliau akan berlari bogel dengan mewarnakan seluruh badannya dengan warna bendera Paraguay. Dapat kamu bayangkan??

Sebenarnya, Riquelme ini mencetuskan populariti hanya kerana cara beliau meletakkan handphonenya di “celah dua bukit” miliknya. Emmm, itulah yang dinamakan sebagai mengoptimakan penggunaan badan!

p/s – Kalau lelaki, letak handphone kat celah mana? Hahahahahahaha!

One response

  1. Oh, sayang ku, Larissa…

    Julai 1, 2010 at 1:18 pm

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s