Pemerhatian dan pandangan dari bebola mata yang berkaca mata terus dinukilankan dan diekspresikan dalam bentuk penulisan…

PERGINYA SEORANG NEGARAWAN TUN OMAR ONG YOKE LIN

Sedikit kisah mengenai Tun Omar, aku yakin ramai di antara kamu di luar sana tidak mengetahui siapakah beliau dan sejarah beliau. Tun Omar bagi aku adalah negarawan dan namanya cukup besar untuk membangunkan negara ketika negara yang pada masa itu masih bertatih. Aku dedikasikan entri kali ini sebagai satu cara untuk mengenang beliau. Beliau telah pun kembali ke rahmatullah pada usia yang cukup lanjut, berumur sekitar 93 tahun.

Sedikit info mengenai Tun Omar.

Kabinet pimpinan Tunku Abdul Rahman terdiri daripada 10 menteri kabinet pada 1955. Menteri lain ialah Tun Abdul Razak, Tun V T Sambanthan, Tun Dr Ismail Abdul Rahman dan Tun H S Lee. Antara 1956-1957, beliau dilantik sebagai Menteri Pengangkutan dan dalam kabinet pertama selepas kemerdekaan, Omar diberi portfolio Menteri Buruh dan Kebajikan Masyarakat. Seterusnya Menteri Kesihatan dan Kebajikan Masyarakat (1959-1962) serta menteri tak berportfolio (1962-1973).

Pada Mei 1962, Omar pergi ke Amerika Syarikat sebagai Wakil Tetap ke Pertubuhan Bangsa Bersatu(1962-1972) selama 10 tahun. Beliau menjadi presiden Dewan Negara (1973-1980) dan bersara dari politik.Selepas bersara, beliau menjadi Pengerusi Esso Malaysia Bhd, Malaysian Oxygen Bhd dan OYL Industries Bhd.Beliau pernah menjawat Pengerusi Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia dan St John Ambulans, presiden Yayasan Jantung Malaysia dan naib presiden Persatuan Kebajikan Islam Malaysia (Perkim). Beliau dianugerahkan darjah kebesaran Seri Setia Mahkota yang membawa gelaran “Tun” pada 1979.

Tun Omar Ong Yoke Lin merupakan ahli politik MCA  , Malaysia  keturunan Cina  yang telah memeluk agama Islam . Beliau salah seorang pejuang kemerdekaan dan anggota terakhir kabinet Malaysia pertama pimpinan Tunku Abdul Rahman. Omar Ong dilahirkan di Kuala Lumpur pada 23 Julai 1917. Bersekolah di Victoria Institution bersama Yahya Razak.Beliau lulus peperiksaan matrikulasi Universiti London pada 1934. Omar memeluk Islam pada 1961.

Omar Ong Yoke Lin merupakan seorang daripada pengasas MCA  . Pada 1952 beliau bersama-sama Datuk Yahya Razak dari Umno merintis pembentukan Perikatan MCA-Umno untuk bertanding dalam pilihan raya . Seterusnya melahirkan gabungan parti pelbagai kaum dan pelopor kepada Barisan Nasional yang menjadi parti pemerintah kerajaan Malaysia.

Tunku Abdul Rahman dalam bukunya “Looking Back” (1975) menceritakan asas pilihan raya perbandaran Kuala Lumpur pada 1952 ketika negara masih di bawah pemerintahan British. 9 dari 12 kerusi pada pilihan raya dimenangi. Kemudian MIC turut serta. Omar menjadi Ketua MCA Selangor. Seterusnya Naib Presiden MCA dan anggota Parlimen Hulu Selangor.

Beliau bersama empat anggota parti Perikatan menggubal Perlembagaan Malaya (Tanah Melayu) ketika di London pada April 1957 sebelum kemerdekaan pada 31 Ogos tahun yang sama. Pada 1961, Omar Ong mengetuai delegasi Malaya ke Sarawak bagi membincangkan Pembentukan Malaysia dan merupakan seorang daripada wakil yang menandatangani perjanjian penubuhan Malaysia di London pada September 1963.Beliau salah seorang ahli Kabinet Malaysia pertama dengan jawatan Menteri Pos dan Telekom .

Pada 1 Julai 2010, Omar (93) meninggal dunia akibat sakit tua di No. 44, Persiaran Duta, Kuala Lumpur pada 8.15 pagi . Jenazah dikebumikan di Makam Pahlawan, bersebelahan Masjid Negara

p/s – Al-Fatihah buat Allayarham Tun Omar, semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama orang-orang yang beriman. Amin….

errr….kenapa hari ini tidak diisytiharkan cuti ye??? dan bendera tidak dikibar separuh tiang??

3 responses

  1. tu la.. apsal bendera tak turun separuh tiang eh?

    tak cukup hebat ke arwah ni dimata Malaysia? double standard?

    Julai 1, 2010 at 1:19 pm

  2. camne nk follow blog nie?

    Julai 1, 2010 at 3:42 pm

    • faerrin

      kao link je blog aku ke blog kao..abes citer ..hhehehehehe

      Julai 2, 2010 at 11:10 am

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s