Pemerhatian dan pandangan dari bebola mata yang berkaca mata terus dinukilankan dan diekspresikan dalam bentuk penulisan…

BOLEH KAMU TEKA PASUKAN MANA BAKAL KE PUSINGAN SETERUSNYA?

Boleh kamu bayangkan dan sedarkah kamu semua bahawa ketika ini dan saat ini serta detik ini, Perlawann Piala Dunia sudah pun hampir ke penghujungnya dengan hanya lapan negara sahaja yang tinggal. Kita semua seperti baru saja merasakan yang Piala Dunia itu, baru sahaja bermula, tetapi sekarang sudah pun di pusingan suku akhir. Dengan dua hari waktu rehat yang diberikan pada hari Rabu dan Khamis, maka bolehlah para pemain mendapatkan rehat yang cukup dan menghilangkan kekecaun minda. Pemain juga bolehlah menarik nafas sedikit. Tetapi bagi kita, penonton dan penyokong kini adalah satu masa yang mengujakan kerana pusingan suku akhir bakal bermula, dimana perlawanan antara negara adalah seperti berikut;

2 Julai 2010
Netherland Lwn Brazil, Nelson Mandela Bay, 4pm sepak mula waktu tempatan
Uruguay Lwn Ghana, Johannesbur (Soccer City), 8:30pm waktu tempatan


3 Julai 2010
Argentina Lwn Jerman, Cape Town, 4pm
Paraguay Lwn Sepanyol, Johannesburg, (Ellis Park), 8:30pm

Pertemuan antara Brazil Lwn Netherlands dan Argentina Lwn Jerman merupakan satu pertembungan yang klasik dan tradisi. Perlawanan ini merupakan satu perlawanan yang bakal melakar sejarah kembali dan mengulang sejarah. Masih ingatkah kamu di Perlawanan suku akhir antara Brazil Lwn Neteherlands yang membawa kekalahan kepada Neteherlands iaitu keputusan di akhir perlawanan lebih memihak kepada Brazil iaitu 3-2. Perlawanan “bersejarah” ini merupakan satu perlawanan yang mungkin bernilai untuk ditonton.

Dengan 4 pasukan Amerika Latin di perlawanan suku akhir ini, dan mereka juga tidak bertembung satu sama lain itu, sudah merupakan satu nasib yang baik yang juga bakal menunjukkan jika bernasib baik kesemua mereka bakal ke separuh akhir nanti. Jika Ghana berjaya  menunjukkan Uruguay, Ghana adalah satu-satunya wakil dari Afrika yang berjaya ke pusingan separuh akhir dan ini juga bakal melakar sejarah tersendiri.

Adakah kamu dapat bayangkan jika pasukan Ghana menang dan berjaya menundukkan Uruguay, bagaimana kuat dan bergemanya tiupan Vuvuzela dari penyokong seluruh Afrika! Mungkin juga satu persembahan yang nuetral bakal ditonjolkan oleh Paraguay dan Spain, tetapi masih juga bernilai untuk ditonton dengan cara asakan yang ditunjukkan dari Sepanyol dan skill defensif dari Paraguay.

p/s – Sekarang, dapatkah kamu semua memberikan aku jawaban, pasukan mana yang bakal ke pusingan seterusnya?

update selepas menonton Buletin Utama (slot sukan): Dunga berkata pertemuan dengan Netherlands kali ini begitu sukar!

Advertisements

One response

  1. aku target Brazil sama Uruguay pergi..

    Julai 2, 2010 at 1:10 pm

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s