Pemerhatian dan pandangan dari bebola mata yang berkaca mata terus dinukilankan dan diekspresikan dalam bentuk penulisan…

MALAYSIA MENERIMA KAPAL SELAM KE 2, KD TUN RAZAK

Kapal selam kedua negara, KD Tun Razak, selamat tiba di Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) di sini pada jam 4.40 petang Jumaat. Sambutan rasmi ketibaan KD Tun Razak itu diserikan dengan keberangkatan Sultan Perak, Sultan Azlan Shah; Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah; Raja Dihilir Perak Raja, Jaafar Raja Muda Musa. Sebelum itu, kapal selam pertama telah pun tiba di Malaysia pada tahun 2008/2009 dan mencapai tahap operasi sekitar tahun 2009. Pembinaan kapal selam ini adalah dengan kerjasama dari syarikat Perancis, DCNS dan juga dari Sepanyol, Navantia. Kapal selam ini bakal dilengkapkan dengan Torpedo Blackshark dan misil anti kapal SM-39 Exocet.

Selain itu, dengan program pembelian kapal selam ini, Malaysia juga turut menerima kapal selam dari kelas Agosta yang sebelum ini berkhidmat di bawah Tentera Laut Perancis yang bakal digunakan untuk latihan bagi krew kapal selam. Malaysia juga turut mendapat manfaat dengan pembelian kapal selam ini apabila tentera kita di lataih untuk mengawal dan mengemudi sistem canggih kapal selam ini di Brest, Perancis.

Pada tahun 2006, TLDM telah melancarkan satu pertandingan bagi menamakan kapal-kapal selam ini. Pada tarikh 26 Julai tahun tersebut, TLDM telah mengumumkan nama kapal-kapal selam itu dengan kapal pertama di namakan sebagai KD Tunku Abdul Rahman sempena dengan nama Perdana Menteri Malaysia yang pertama manakala bagi kapal yang ke dua dinamakan KD Tun Razak. Kapal-kapal selam ini akan dikelaskan dalam “Kelas Perdana Menteri” selepas pemakaian nama secara rasminya nanti.

p/s – Harap-harap projek kapal selam ini tidak menjadi “gajah putih” sahaja!

Advertisements

2 responses

  1. aku dah nampak bayangan dia nak jadi gajah putih ni.. hehee

    Julai 2, 2010 at 1:11 pm

    • ghost hunter

      bayangan hg jer yg mcm tu… haha..

      Januari 23, 2011 at 10:45 am

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s