Pemerhatian dan pandangan dari bebola mata yang berkaca mata terus dinukilankan dan diekspresikan dalam bentuk penulisan…

SEDIKIT ULASAN PERLAWANAN ANTARA BRAZIL LWN NETHERLANDS

Aku bukan pengulas sukan yang baik, juga bukan pengadil yang bertauliah serta bukan bintang yang bersinar di dalam arena bola sepak negara. Aku hanya picisan, oleh itu jika komen aku kali ini agak keterlaluan aku pohon maaf, jika mahu baca sila teruskan, tak mahu baca sila pergi jauh-jauh, tonton tv dan layan Spontan di Saluran 132 Astro.

Aku tidak Bias. Tidak berpihak kepada mana-mana. Bukan penyokong tegar pada satu-satu pasukan. Tidak bersikap anti-semetik. Tidak menuding jari kepada sesiapa. Malahan tidak juga terpengaruh dengan mana-mana pihak yang cuba mempengaruhi corak pemikiran aku ketika menonton perlawanan bola.

Perlawan antara pasukan Kuning (yang pada ketika itu tidak kuning, mungkin jersi kuning diperhambat oleh makhluk aneh Digi, lalu membuatkan pasukan Kuning agak kucar-kacir permainannya) menentang pasukan Oren (yang kuat berlakon hingga ada babak-babak lakonan ketika beraksi di atas padang mampu menitiskan air mata juri di Oscar Award!). Pengadil pula seperti terlampau obses untuk meniup wisel. Ternampak kesalahan kecil, wisel ditiup. Ternampak pemain body contact yang lemah, wisel dihembus. Kelihatan pemain pura-pura jatuh ditolak..sekali lagi bunyi wisel kedengaran. Ternampak aksi pura-pura jatuh dari pasukan Oren, sekali lagi wisel dibunyikan. Tetapi, bila ada kes-kes berat, tackel keras, penjaga gawang gol sudah menolak bola ke luar dari padang segala keputusan yang dibuat serba tak kena. Tiada kedengaran bunyi wisel, tiada juga sepakan sudut.

Oh yaaa…aku mahu ingatkan kamu semua, aku bukan penyokong kuat pasukan Kuning, Jauh sekali begitu obsesi terhadap pasukan tersebut, aku hanya menyokong pasukan yang dipimpin dari skuad “Hand Of God” Amerika Latin. Pun begitu, aku juga tidak obses sangat pada pasukan tersebut. Mungkin jurulatih skuad itu ada daya penarik yang tersendiri pada ketika ini, buatkan aku begitu mahu menonton corak permainan skuad ini memandangkan di awal kepimpinannya untuk menjadi jurulatih bagi skuad ini dipenuhi dengan sedikit kontrovesi dan permasalahan. Oh yaaa…aku suka juga lihat beliau memakai dua jam tangan sekaligus! abstrak! mungkin gila-gila…atau…sewel barangkali.

Kembali kepada perlawanan tadi. Pada mulanya nampak seperti pasukan Kuning mendahului dan menguasai permainan dengan mengawal segala pergerakan bola dari pasukan lawan. Dengan kehebatan yang ada sebelum ini, pasukan Kuning berjaya menundukkan skuad Chille 3-0 pada pusingan 16 pasukan. Tetapi pada malam ini, telah diperkotak-katikkan dengan jayanya oleh Oren. Hampes!

Segala kecelaruan pasukan Kuning bermula selepas Felipe Melo menghadiahkan gol sendiri pada ketika set piece Schneidjer, selepas itu…corak permainan samba pasukan Kuning berterabur seperti corak permainan kanak-kanak yang bermain “bola kumpul” di tengah padang sekolah rendah! Kemudian diteruskan pula dengan Melo yang dibuang dari padang sejurus mendapat kad merah selepas didapati bersalah “menjatuhkan” Arjen Robben dan setrusnya membawa pada kekalahan 2-1 kepada pemenag 5 kali Piala Dunia itu.

Apa yang penting, kemenangan Oren ini telah menjadi salah satu sejarah di dalam Piala Dunia itu sendiri di mana, hingga sekarang tiada pasukan dari mana-mana negara dapat mengalahkan pasukan Kuning semasa perlawanan Piala Dunia di luar dari Eropah. Kali terkahir adalah pada tahun 1950 apabila Uruguay menundukkan pasukan Kuning di Stadium Maracana dengan mata pada akhir perlwanan adalah 2-1 dengan membuahkan hasil kepada Uruguay untuk merangkul kejohanan Piala Dunia buat kali yang ke dua.

p/s – Lepas ni, ramai dari pasukan Oren bakal menjadi pelakon terkenal di “Papan Suci” Amerika Syarikat..mungkin boleh bikin filem pecah panggung! Cakap pasal pecah panggung, aku terus teringat pada seseorang…Yaa!! dr. Rozmey…apa khabar berita pecah panggung 2 alam beliau ya?? 20 juta boleh capai??

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s