Pemerhatian dan pandangan dari bebola mata yang berkaca mata terus dinukilankan dan diekspresikan dalam bentuk penulisan…

TILAWAH AL-QURAN ATAU PIALA DUNIA??

Ok, ada siapa-siapa kisah pasal Tilawah Al-Quran? Ada kamu-kamu di luar sana tahu Tilawah Al-Quran peringkat kebangsaan kali ke 53 (TAQ) sudah pun bermula pada 29 Jun 2010 dan telah dirasmikan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sambil diiringi oleh Bik Mama, Datin Seri Rosmah Mansor. Pada kali ini TAQ telah diadakan di Dewan Perdana Wisma MUIS, Kota Kinabalu, Sabah. TAQ yang dijangka berakhir pada 3 Julai ini akan disempurnakan majlis penutupnya oleh Yang Di-Pertua Negeri Sabah, Tun Ahmadshah Abdullah.

Johan yang memenangi TAQ ini akan mewakili negara ke TAQ peringkat antarabangsa di Dewan Merdeka PWTC, Kuala Lumpur pada 27 Julai hingga 3 Ogos ini. Untuk makluman kamu, pada kali ini TAQ bertemakan “Memantapkan Ukhuwah, Memperkasakan Ummah” tu akan diserikan dengan beberapa program seperti Konvensyen al-Quran Peringkat Kebangsaan, Persidangan Pegawai Syariah Kebangsaan dan Pameran serta ekspo berkaitan Islam di Wisma Muis.
Bagi menarik pengunjung, pelbagai acara dianjurkan membabitkan sejarah perkembangan Islam di negeri ini, kaligrafi Islam, penulisan al-Quran, pameran buku, artifak, arkeologi sejarah Islam dan jualan barangan produk halal. Turut menyerikan majlis turut diadakan untuk memberi seri pada pertandingan itu adalah persembahan nayid, qasidah, kompang, pancaragam bumbu dan caklempong.

Dengan kehadiran Piala Dunia dan TAQ, antara dua persembahan itu yang mana kamu pilih? Aku dapat rasakan yang kamu pasti pilih satu acara yang tidak mengantuk, lebih rancak, tidak membosankandan yang pastinya ada gadis-gadis penonton yang terbaek! Betul bukan? Aku yakin, kebanyakkan kamu pasti lebih rela pergi ke kedai mamak untuk menonton bersama rakan-rakan dan bersorak meraikan kemenangan pasukan kamu. Ada dari kamu yang mahu menonton TAQ dengan khusyuk dan tawadhuk penuh keinsafan? Dari banyak-banyak channel TV, mana satu pilihan kamu…RTM1 atau ASTRO 805?

p/s – Buatlah pilihan yang bijak, seimbangkan dunia dan akhirat pasti pahala mesti MARIII!!!!

2 responses

  1. Bila ade tilawah al-quran, trasa puasa dh dekat..pose ganti dah setle??

    Julai 4, 2010 at 4:41 am

    • faerrin

      hehehehehehehehehehe….ang dah ganti ke??

      Julai 4, 2010 at 9:48 am

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s