Pemerhatian dan pandangan dari bebola mata yang berkaca mata terus dinukilankan dan diekspresikan dalam bentuk penulisan…

LEGASI SUPER MARIO BROS

Aku bukan kaki game video, juga bukan penggemar video-video lucah. Tapi aku ada sedikit info pasal kemunculan terbaru Mario! Pernah main Mario?Nostalgia sungguh Mario buat aku.

Super Mario Galaxy 2, itulah nama terbaru permainan konsol yang juga varian dari edisi yang terdahulu Super Mario Bros yang pernah popular pada tahun 1980an. Mario yang dcipta oleh para pereka permainan video dari Jepun ini telah menjadi maskot yang popular bagi pengeluarnya iaitu Nintendo. Mario pernah membuat kemunculan pada lebih 200 permainan video yang lain sejak dari awal penciptannya. Mario yang kecil, bermisai dan kecil serta boleh membesar jika “memakan” cendawan membawa karektor lelaki Italy yang bekerja sebagai tukang paip yang hidup di Kerajaan Cendawan.

Kini dengan munculnya permainan yang terbaru, mungkin sedikit sebanyak dapat mengubat kembali kenanagann lampau ketika kamu semua bermain permainan ini ketika di zaman kanak-kanak dahulu dengan mengguna pakai konsol permainan video yang lama! Siap dengan “game tape” lagi. Super Mario Galaxy 2 ini telah dilancarkan buat kali pertama di Amerika Utara pada 23 Mei 2010, di Jepun pada 27 Mei 2010, Eropah pada 11 Jun 2010 dan diikuti Australia pada tanggal 1 Julai 2010. Permainan Mario yang terbaru ini adalah di Gelaksi dan bintang serta planet-planet di ruang angkasa.

Super Mario Bross yang hebat ketika di awal kemunculan

Cara permainannya masih sama seperti Mario yang terdahulu dengan beberapa ciri tambahan seperti efek daya graviti dan beberapa “kekuatan tambahan” kepada Mario dan lain-lain karektor. Ini adalah Mario yang ke-empat dibuat dalam mood 3D atau di atas platform 3D, selepas Super Mario 64, Super Mario Sunshine dan Super Mario Galaxy. Dengan pelancaran Super Mario Galaxy 2 yang terbaru, terdapat beberapa pandangan menyatakan ianya telah mendapat sambutan yang hangat, menurut laporan ianya telah disenaraikan sebagai salah satu dari permainan video yang terbaik seperti yang telah tercatat di Metacritic dan GameRankings.

Kemunculan pertama Mario dalam Paltform 3D, Super Mario 64

Sebenarnya di zaman kanak-kanak aku dahulu aku amat menggemari permainan video Mario ini kerana ianya bukan seperti permainan yang biasa, ada banyak puzzle dan teka-teki yang perlu diselesaikan selain dari karektor Mario itu sendiri hensem! Hahahaha! Tapi buat siri Mario yang terbaru ini, aku mungkin tak boleh nak main. Bukan apa, ini kerana aku tak ada konsol Wii!

p/s – Perlu ke aku dapatkan konsol Wii??

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s