Pemerhatian dan pandangan dari bebola mata yang berkaca mata terus dinukilankan dan diekspresikan dalam bentuk penulisan…

MARIA OZAWA MAHU BERLAKON DENGAN ARIEL?

Duduk rumah bersorangan boleh membuatkan aku bosan, mati kutu dan kematu! Tambahan lagi jika aku sebelum ini sudah biasa dengan suasana yang bising dan hiruk pikuk dari suara famili aku sendiri. Tapi pada saat ini dan minit ini, aku duduk keseorangan dan kekadang aku terfikir jugak, kalaulah tarikh perkahwinan aku dipercepatkan mungkin masalah seperti ini boleh di atasi dengan begitu effisien dan efektif sekali. Iyalah, macam-macam aktiviti boleh dilakukan bersama pasangan. Heh! Kamu-kamu semua jangan berfikiran kuning pula.

Ok, sekali lagi aku mahu nyatakan, pada malam ini, aku sunyi. Suasana rumah sepi, aku hanya bertemankan TV yang dibiarkan hidup dan sekali-sekala jari-jemari aku gatal untuk menukar saluran TV tersebut. Selain itu, lap top dan internet menjadi teman juga..mungkin ada “makhluk-makhluk” lain yang aku tak nampak menemani aku, cuma dah lumrah dan hakikat yang telah dietapkan oleh-Nya maka dari mata kasar aku tidak lah nampak “mereka-mereka” itu. Kalau diizinkan, mahu lain jadinya nanti!

Jadi untuk menghilangkan bosan dan jemu yang sudah mencapai tahap tepu melebihi beberapa darjah celsius, aku terus-terusan melayari internet sambil itu, aku mendapat khabar yang  famili aku berpergian dari Bukit Gambir menuju ke rumah sekarang. Sambil aku melayari internet, sempat jugak aku membaca akhbar Kosmo online dan aku tertarik dengan satu topik yang boleh dikatakan hangat ketika ini. Kisah skandal seks yang melibatkan Ariel Peterpan yang kini sudah pun digelar Ariel PeterPorn. Lucu dan sinis!

Di sini aku sertakan petikan akhbar dari Kosmo online

JAKARTA – Bintang filem pornografi terkenal dari Jepun, Maria Ozawa menawarkan diri untuk berlakon bersama dengan penyanyi popular Indonesia, Ariel Peterpan kerana tertarik apabila melihat susuk tubuh dan ketampanan wajahnya, lapor akhbar Kompas semalam.

Dia yang terkenal dengan panggilan Miyabi dan pernah mencetuskan kontroversi menerusi beberapa buah filem berbaur lucah berkata, Ariel memang diminatinya bukan kerana skandal klip video seks dengan aktres Luna Maya dan Cut Tari.

“Saya tertarik kerana dia memiliki fizikal tubuh impian wanita dan bukan sebab isu penyebaran video panas itu,” kata Maria, 23, yang mendakwa kes Ariel, 29, mendapat perhatian di Jepun dan ramai bersimpati dengan nasib lelaki itu.

Model kacukan Jepun-Kanada-Perancis itu berkata, jika berpeluang dia mahu berlakon dengan Ariel dalam filem genre seram, komedi atau romantis kerana dia sudah meninggalkan bidang pornografi tiga tahun lalu. – Agensi

p/s – Kecanggihan teknologi kini membuatkan sesuatu yang begitu individual dan rahsia itu begitu mudah dicapai dan tersebar secara meluas. Jadi, berhati-hatilah! Errr….Miyabi, bolehkah kamu menemani aku dikala aku sepi…aku juga punya sosok tubuh yang 10 kali lebih baik dari Ariel itu. Sudikah kamu? Ohhh…kamu tak faham Bahasa Melayu? Nanti aku berbicara dengan kamu dalam Bahasa Jepun.

Advertisements

7 responses

  1. Siulan kedamaian

    Gile ah!

    Julai 5, 2010 at 8:52 am

  2. bulussan-9

    sejak bila maria ozawa tinggalkan bidang porno? tipu oi. dapat plak die lari dari para yakuza.

    Julai 6, 2010 at 3:47 pm

    • faerrin

      cuba kao tanya ketua editor kosmo ??? hehehehehehehehe

      Julai 7, 2010 at 11:00 am

  3. bontot

    nak pulak miyabi tuh dgn hang…. taste dia nak mcm ariel.. paling kurang pun si caLipsoooo..

    Julai 12, 2010 at 9:36 am

    • faerrin

      kao dengki jon!

      Julai 12, 2010 at 1:06 pm

  4. desperadol

    oh maria ozawa…

    Julai 13, 2010 at 1:56 am

  5. betol ke maria ozawa ni dh tinggalkan video porno?

    Februari 25, 2011 at 7:47 pm

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s