Pemerhatian dan pandangan dari bebola mata yang berkaca mata terus dinukilankan dan diekspresikan dalam bentuk penulisan…

MENTOR 4 FINALE DAN KEBOSANAN TAHAP TEPU

Mungkin sudah kerana tahap jemu yang sudah mencapai tahap yang keterlaluan, entah macam mana idea untuk menulis datang. Datang dengan tiba-tiba, datang dengan tidak diundang dan datang tanpa dipaksa. Mungkin apa yang mahu aku tulis pada entri ini hanyalah kosong, merapu dan tidak punya apa-apa isi. Mungkin juga tidak ada kena-mengena dengan Piala Dunia 2010. Tapi yang penting, ianya ada kaitan dengan hal-hal sekeliling, ada kaitan degan pertandingan yang kini sedang berlangsung secara “live” dan sudah tentu ada kaitan langsung dengan yang hidup tapi tidak dengan yang mati.

Aku secara peribadi tidak pernah mahu minat langsung akan program Mentor yang kini sedang ke udara di siaran TV3. Tapi sudah kerana bosan, kordu, jiwa sepi dan empti aku tidak punya jalan lain, selain dari menonton Mentor Finale (MF). Mahu tukar ke saluran 805, aku tidak gagah. Jiwa aku seperti koyak dan rabak untuk melihat siaran di 805 lagi. Manakan tidak, pasukan Argentina sudah tiada, Maradona yang “agak pelik dan lucu” juga sudah tiada. Apa yang tinggal? Pasukan Holand yang kuat berlakon? Mana mungkin aku mahu tonton dan sorak kepada mereka, jangan haraplah akan aku bagi sokongan pada pasukan Oranje. Hakikatnya nilai sokongan aku sangat tinggi kerna aku hanya menjadi sangat fanatik pada Bola Sepak pada ketika Perlawanan Piala Dunia sahaja, kalau setakat mahu menyokong EPL, itu pun tidak sepenuh hati apatah lagi Kelab Liverpool kini telah bertukar menjadi Kelab “Liverfool”. Empat tahun sekali untuk kelangsungan Piala Dunia dan ini membuatkan sokongan aku adalah sangat-sangat bernilai! Apa-apa pun, Larissa sudah tidak perlu berlari bogel dan ini mungkin menimbulkan kekecewaan di kalangan mereka-mereka yang sangat-sangat berharap Larissa dapat berbogel dan berlari-lari anak jika pasukan negaranya menang.

Ok, MF sudah bermula dan aku tidak pernah ikuti rancangan ini sejak dari awal lagi, alih-alih…tup-tup sudah Finale rupanya (aku yang ketinggalan zaman atau zaman yang ditinggali oleh aku?). Mentor yang terlibat pada pusingan akhir kali ini adalah Dayang Nurfaizah, Azmeer dan Ziana Zain siapa yang bakal menjadi Juara? Sedikit bicara dari mentor-mentor ini selepas ditemubual mengenai strategi yang bakal diimplementasikan ketika pusingan akhir pada malam ini.

Mentor kepada Adi, Dayang Nurfaizah berkata “Seperti mentor lain, saya juga mementingkan pemilihan lagu yang bersesuaian dengan kualiti vokal serta keupayaan yang dimiliki oleh Adi. Saya akui amat sukar untuk mencari lagu-lagu yang bersesuaian dan berharap lagu yang bakal dinyanyikan oleh Adi nanti dapat diterima baik oleh penonton dan juga juri profesional,” jelas penyanyi yang cukup terkenal dengan lagu “Seandainya Masih Ada Cinta” dan “Erti Hidup” itu.

Manakala mentor paling senior, Azmeer lebih senang mengambil sikap berdiam diri dan berahsia apabila diajukan persoalan mengenai persiapannya di peringkat akhir kelak. “Apa yang diberikan oleh Nani walaupun 100 peratus namun masih ada yang disimpan oleh saya sebagai ‘senjata rahsia’ untuk digunakan pada malam kemuncak kelak. Apa yang boleh saya katakan, saya harap strategi saya mengena. Ini kerana saya percaya setiap mentor yang terbabit pastinya mempunyai perancangan rahsia untuk menonjolkan protege masing-masing.

“Apa yang penting dengan segala persiapan yang dilakukan oleh semua mentor, program Mentor 4 ini akan diingati oleh penonton kerana saingan yang sengit serta persembahan yang menghiburkan yang ditampilkan oleh setiap protege. Jadi, secara tidak langsung Mentor 4 akan menjadi rancangan yang lebih menarik,” katanya yang mencipta sendiri lagu yang bakal dinyanyikan oleh Nani pada malam itu.

Ziana Zain pula,“Apa yang saya tekankan kepada Mohd ialah buat yang terbaik. Ini termasuklah daripada aspek pemilihan lagu, penguasaan pentas, penampilan diri serta penghayatan sesebuah lagu yang dinyanyikannya. “Ini kerana saya ambil semua kritikan yang diberikan oleh juri profesional sebagai kritikan positif dan dalam masa yang sama cuba memperbaiki segala kelemahan yang dilakukan oleh Mohd.

“Namun seperti yang pernah saya katakan sebelum ini, di dalam pertandingan realiti segala-galanya boleh berlaku. Oleh sebab itu saya serahkan kepada takdir dan percaya untuk menjadi yang terbaik, kita perlukan masa,” katanya yang mengakui sedikir berdebar apabila memikirkan tentang persaingan di peringkat akhir kelak.

p/s -Aku dengar-dengat rancangan Mentor ini dah pun mula diperkenalkan di Rangkaian TV3 di negara Ghana? Hehehehe…apa kata, format pembangunan sukan Bola Sepak di negara Ghana diperkenalkan di Malaysia, tentu menarik..KBS dan MSN, apa tindakan kamu ya?

Update: Mentor Ziana Zain dan Protegenya Mohamad telah memenangi pertandingan ini dengan menggondol RM100,000.00 dan lin-lain hadiah. Tahniah! Ratu, gelek Malaya geget jari lah nampaknya!

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s