Pemerhatian dan pandangan dari bebola mata yang berkaca mata terus dinukilankan dan diekspresikan dalam bentuk penulisan…

PEKERJA SEKS DI MALAYSIA, SATU REALITI

Pekerja seks Malaysia di laluan pejalan kaki

Percaya atau tidak, di Malaysia, dianggarkan terdapat lebih kurang 142,000 perkerja seks (mengikut analisis International Labour Oragnisation). Menurut pembacaan aku, kajian ini dibuat sekitar tahun 2008. Kini 2 tahun sudah berlalu, mungkin bilangan tersebut sudah pun bertambah.  Gejala sosial yang teruk dan keruntuhan moral di kalangan anak muda remaja yang melanda masyarakat Malaysia tidak mustahil bilangan ini bertambah dan tidak mustahil suatu hari nanti perkerjaan ini bakal dihalalkan jika Islam tidak dijadikan panduan hidup dan hukum yang perlu ditegakkan di negara ini.

Sementara kebanyakkan kajian terkini mengutarakan kisah-kisah tragik para pekerja seks, terutamanya wanita dan kanak-kanak yang telah ditipu atau dipaksa kedalam kancah pelacuran, akan tetapi survey yang dijalankan oleh International Labour Organisation menunjukkan bahawa kebanyakkan pekerja yang berkerja dalam industri seks adalah bagi tujuan-tujuan yang agak paragmatik dan sedar akan bahaya pilihan yang mereka buat.

Hampir separuh daripada responden yang diwawancara bagi kajian tersebut telah menyatakan bahawa rakan-rakan adalah punca mereka terlibat kedalam kancah pelacuran yang mulanya untuk mencari wang mudah. Pekerjaan seks menjamin bayaran yang lumayan khasnya bagi gadis muda yang tidak berpedidikan, biarpun stigma dan bahaya yang terdapat dalam pekerjaan tersebut. Dalam kebanyakkan kes, pekerjaan seks mereupakan satu-satunya alternatif bagi perempuan di dalam komuniti yang berdepan dengan masalah kemiskinan, penganguran, perkhawinan yang gagal dan tanggunjawab keluarga dalam ketidakhadiran program-program kebajikan sosial.

Pekerja seks yang kantoi, ditahan ketika operasi oleh Penguatkuasa

Bagi ibu-ibu tunggal yang mempunyai anak, ia merupakan jalan yang paling mudah dan fleksibel, menjimatkan masa, dan berbayaran tinggi berbanding dengan pekerjaan kilang atau sektor perkhidmatan lain. Survey telah mendedahkan bahawa terdapat ramai pekerja seks yang ingin meninggalkan pekerjaan tersebut jika boleh, tetapi khuatir akan kehilangan sumber pendapatan yang lumayan jika bertukar kerja.

Walaupun sebegitu, survey juga menunjukkan bahawa dari pengalaman kebanyakan pekerja dalam industri tersebut, pelacuran merupakan antara pekerjaan yang paling mengasingkan. Di Malaysia, pendapatan dalam sektor seks adalah jauh lebih tinggi berbanding dengan mana-mana buruh tidak mahir. Dalam sektor pembuatan misalnya, purata pendapatan setahun pada tahun 1990 adalah sekitar USD2,852.00 bagi buruh mahir dan USD1,711.00 bagi buruh tidak mahir. Secara perbandingan, seorang pekerja seks yang bekerja di rumah tumpangan termurah dengan pendapatan USD4 perpelanggan, dengan melayan 10 pelanggan sehari, dan hanya bekerja sehari dalam seminggu bagi tempoh lebih kurang 12 jam, mendapat purata pendapatan sebanyak USD2080 setahun.

Kajian oleh International Labour Organisation ini hanya dikalangan pekerja seks yang mencari pelanggan sendiri dan bukannya dari kalangan peKerja yang terlibat dalam operasi rumah pelacuran. Kajian juga menunjukkan bahawa pekerjaan seks lebih banyak dikawasan bandar dimana kos sara hidup adalah lebih tinggi.

p/s – Kenapa perlu melacur? kenapa perlu menjual tubuh badan? Hina sangat dan sukar sangatkah bekerja sebagai pelayan restauran, tukang cuci tandas, tukang sapu atau tukang basuh pinggan di kedai-kedai atau hotel-hotel? Tidak tahukah kamu bahawa yang diperoleh itu bakal diberi kepada anak-anak, dan bakal menjadi darah dan daging mereka? Ya Tuhan…jauhkanlah aku dan keturunanku dari kancah maksiat….Aminnn….

Advertisements

4 responses

  1. mungkin dah terdesak sangat, sebab tu jadi pelacur.

    tapi niat tak menghalalkan cara

    Julai 5, 2010 at 2:09 pm

    • faerrin

      sekarang ni, semua buat ikut rasa hati je..tak fikir baik, buruk, doa, pahala, syurga, neraka..main hentam jee!!

      Julai 5, 2010 at 2:10 pm

  2. aziem

    sesungguh nyer tanda2 kiamat sudah pun nmpk dgn jelas tetapi knpe makin lme makin ramai orng yg mau buat maksiat..taubat larh..Sembah larh ALLAH dn turut printah nye..telah d’terang kn dlm AL-FURQAN…INGAT LARH kamu d’cipta dri titisan mani..knpe kamu mahu mntang ALLAH…MANI IALAH SATU AIR YG SGT HINA…MASHAALLAH.TAUBAT.!!!!!

    November 18, 2010 at 11:54 am

  3. Emh emh ternyata malay pun gtu to ternyata oh ternyata tak ku sangka

    Februari 14, 2014 at 8:55 am

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s