Pemerhatian dan pandangan dari bebola mata yang berkaca mata terus dinukilankan dan diekspresikan dalam bentuk penulisan…

SA’ID SIYAM, MANTAN MENTERI HAMAS YANG SYAHID

Entah kenapa untuk entri kali ini aku mahu menulis tentang seorang fugura yang telah mati syahid di Palestin. Bagi aku, beliau adalah hero, adiwira dan penyuntik semangat islamis serta perjuangan yang kuat. Aku cukup terkesan dengan perjuangan masyarakt islam Palestin kerana perjuangan mereka adalah satu perjuangan yang suci, tetapi entah kenapa ramai dari masyarakat barat yang mengaggap mereka terrosist, pengganas, pembunuh, pemusnah kehidupan dan lain-lain. Tetapi fakta yang sebenar adalah sebaliknya!

Ok, aku mahu menulis sedikit mengenai Sa’id Siyam.

Kamu kenal beliau?

Sa’id Siyam dikawal ketat oleh pasukan elitnya

Sa’id Siyam diliahirkan pada 22 Julai 1959 di Mu’askar as-Sayati yang terletak di barat Gaza. Keluarganya berasal dari kampung ‘Al-Jawrah’ berhampiran dengan Ashqalan yang dijajah sejak dari tahun 1948. Pendidikan rasmi yang diperolehi dari Dar al- Muallim di Ramallah pada tahun 1980 dengan lulus Diploma dalam bidang pengajian Sains dan Matematik, kemudian melanjutkan pengajian tinggi di Univerisiti terbuka al-Quds dan bergelar sarjana muda pada 2000 sekaligus sarjana dalam bidang Pengajian dan Pendidikan Islam.

Sa’id Siyam memulakan kerjaya dalam bidang perguruan sejak 1980 di beberapa sekolah di bawah seliaan Agensi Bantuan Antarabangsa di Gaza hinggalah pada 2003. Beliau meletakkan jawatan kerana ditekan oleh agensi berkenaan yang menghalangnya dari menceburkan dari kerja-kerja politik khususnya Hamas. Beliau pernah menjadi imam dan khatib serta sering menyampaikan khutbah dan ceramah agama di masjid-masjid seluruh Gaza. Antara jawatan yang pernah disandang oleh beliau ialah:

1- Menteri Dalam Negeri dan Hal Ehwal Awam Kerajaan Palestin pada 2006.

2- Ahli Parlimen Hams dalam kabinet Kerajaan.

3- Ketua Lajnah Sektor Muallimin.

4- Anggota Kesatuan Pekerja-pekerja Arab di Agensi Bantuan Antarabnagsa.

5- Pegawai Bertanggungjawab Hal Ehwal Hubungan Luar kepada Hamas.

6- Anggota Kepimpinan Politik Hamas di Gaza.

7- Anggota Badan Pengasas Pusat Kajian Masa Depan Palestin.

Beliau juga menyertai Lajnah Islah (penambah-baikan anggota Hamas) yang diasaskan oleh Syeikh Ahmad Yasin.Lajnah ini ditubuhkan bagi menyelesaikan pertelingkahan orang awam mengenai istilah intifada yang dilancarkan oleh Syeikh Ahmad Yasin bagi membecakan perjuangan jihad Islam kerana menjadi keliru di peringkat orang ramai yang mesti diselesaikan secara hikmah menurut kaca mata islam.

Kematangan berpolitik dilihat banyak membantu perkembangan Islam melalui Hamas yang memelihnya sebagai calon dalam pilihan raya 2006 dengan motto “Perubahan dan Pengislahan” di mana dalam pilihan raya yang disaksikan sendiri oleh wakil PBB iaitu mantan Presiden Amerika Syarikat, Jimmy Carter itu, Sa’id antara wakil Hamas yang mendapat undi paling banyak dalam sejarah pilihan raya Palestin dengan mendapat 75,800 undi.

Pada 15 Januari 2009, Sa’id Siyam bersama anak lelaki serta adik kandungnya, mati syahid dalam serangan yang dilancarkan oleh rejim yahudi-israel menggunakan F16 serta peluru berpandu jarak dekat yang merosakkan rumah adik kandungnya di bandar Yarmouk-Gaza di mana Sa’id dan anak lelakinya kebetulan berada di rumah itu juga mati dalam serangan tersebut. Ia juga mengakibatkan tiga orang awam turut terkorban dan mencederakan 30 orang yang lain.

p/s – Inilah yang diterima oleh sebahagian besar masyarakat Palestin yang menjadi sasaran sebenar rejim Yahudi yang mahu menguji kecanggihan peralatan persenjataan mereka. Mudah-mudahan Allah S.W.T membalas kembali serangan yang Maha Dasyat dan menurunkan laknat, bencana kepada rejim Yahudi-Zionis.

sumber dan diolah dari islammessage

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s