Pemerhatian dan pandangan dari bebola mata yang berkaca mata terus dinukilankan dan diekspresikan dalam bentuk penulisan…

KESIAN PAUL SI SOTONG

Buat pertama kalinya di dalam sejarah Piala Dunia dan di arena Bola Sepak Dunia, nama “sotong”, “bola sepak” dan “siapa yang menang” muncul serentak di dalam satu ayat, juga di dalam setiap fikiran manusia yang menonton. Aku bukan menyatakan tentang “sotong masak merah”, “sambal sotong untuk nasik lemak” jauh sekali watak kartun penjaga kaunter di Krusty Krab, Bikini Bottom “Squidwod”…ianya yang aku maksudkan ialah “Paul” si peramal. Seeekor sotong yang kerap kali muncul di dada-dada akhbar, telivision, radio dan perbualan orang ramai tentang ramalnya yang tepat. Yang pastinya, Paul adalah hidupan laut, yang tidak tahu apakah itu sukan bola, tidak pernah tahu Piala Dunia itu apa, dan yang penting Paul tidak juga kenal si Cassilas, Sneijder, Ronaldo, Torres dan lain-lain bintang dan bulan bola sepak, Paul juga tidak kenal negara Sepanyol, apatah lagi Jerman. Kesian Paul.

Daripada cara pemberian makanan kepada Paul secara normal sebaliknya pemilik Paul akan meletakan makanan di dalam sebuah kotsak lutsinar kecil. Jadi, pada setiap hari di dalam kehidupannya, Paul akan menghadapi kesukaran untuk mencari makanan dan mengeluarkanya dari dalam kotak lutsinar itu manakala rakan-rakan sotong Paul yang lain mendapat makanan secara normal. Di kehidupan Pual yang sebenar mengambarkan sotog itu umpama askar yang sedang kelaparan di dalam pertempuran. Yang pasti, sotong ini bukan ambil kisah mengenai negara yang dipilih sebagai pemenang, yang ia kisah adalah soal makanan tersebut!

Persoalannya sekarang, adakah haiwan ini dipergunakan oleh sesetengah pihak untuk kepentingan mereka sendiri?

Lihat apa yang Paul rasa di bawah melalui gambar ini…
p/s – Paul tahu main bola?

One response

  1. Pingback: REST IN PEACE PAUL SI SOTONG KURITA « PANDANG-pandang

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s