Pemerhatian dan pandangan dari bebola mata yang berkaca mata terus dinukilankan dan diekspresikan dalam bentuk penulisan…

BYE-BYE PAUL SI SOTONG

Lapan kali tekaan dan ramalan, lapan kali tepat ke sasaran, lapan sesungut milik Paul. Itulah dia Paul si sotong peramal. Boleh dikatakan Paul sebagai pemenang yang terbesar dengan tekaan dan ramalan yang tepat menjadikan Paul sebagai peramal yang terbaik setakat ini dalam sejarah Piala Dunia sama ada dia tahu atau tidak (sebenarnya apalah yang haiwan tahu, haiwan seperti Paul, tidak tahu apa-apa) dan dapat kamu bayangkan jika Paul bermain judi bola? Mungkin dia boleh menjadi jutawan!hartawan!billionwan! Tapi apakan daya, Paul adalah haiwan!

Piala Dunia sudah pun tamat, dengan kemenagan Sepanyol yang Berjaya menundukkan Belanda dan telahan yang dibuat oleh Paul tepat sekali! Sebagai hanya dari tekaannya sebelum ini, Sepanyol telah memenangi Piala Dunia buat pertama kali setelah Andreas Iniesta memberikan gol mutlak kepada Sepanyol pada minit tambahan. Ketika ramai dar kalangan penyokong Sepanyol menyambut kemenangan dan dalam kegembiraan, Paul kelihatan terapung di dalam tangkinya seolah-olah menyambut kemenangan juga.

Semenjak Paul menjadi selebriti antarabangsa di kedudukan yang tinggi di mata dunia ramai yang menginkan Paul. Pihak Italy mendakwa Paul telah ditangkap di perairan Italy, ahli perniagaan Sepanyol cuba untuk memeiliki Paul pada harga €30,000 ($38,000), juga Paderi dari Belanda meninginkannya! Di Sepanyol, Paul telah dianggap wira. Perdana Menteri Sepanyol telahpun menyatakan bahawa beliau akan mempertahankan Paul. Adakah satu hari nanti di bendera Sepanyol akan ada gambar Paul?Bayangkan jika ianya berlaku.

Apa yang terjadi kepada Paul sejurus habisnya tamat Piala Dunia? Adakah menjadi hidangan di meja makan atau terus menjadi peramal, mungkin juga Paul akan terjebak dalam arena Paranormal pula? Paul barangkali akan kekal di dalam ingatan kita dan sedikit demi sedikit akan luput juga dari fikiran kita pada suatu hari nanti atau mungkin kehidupan Paul selepas ini akan lebih aman, tenang dan damai dan kembali kepada kehidupan normalnya.

Bye-bye Paul…. Hiduplah seperti biasa dan tariklah nafas lega, hidup tanpa kecaman, ancaman, cemuhan, pujian dan sogokan (makanan untuk Paul yang dihidang dalam kotak kaca lutsinar dengan gambar bendera pasukan yang bertanding)

p/s – Sambal sotong makan dengan nasik lemak sedap jugak weh!

2 responses

  1. paul akan bertugas untuk EURO 2012

    lepas ni mesti ade bookie yang nak beli paul

    Julai 12, 2010 at 2:04 pm

  2. Pingback: REST IN PEACE PAUL SI SOTONG KURITA « PANDANG-pandang

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s