Pemerhatian dan pandangan dari bebola mata yang berkaca mata terus dinukilankan dan diekspresikan dalam bentuk penulisan…

TENTERA MUSLIM DI BAWAH PAYUNG NAZI JERMAN BIL. 1

Aku begitu ingin tahu tentang unit muslim dibawah naungan Nazi Jerman dari sudut sejarahnya, penyertaanya, dari kaum dan masyarakat muslim mana yang terlibat, kekuatan mereka…. dan hasil daripada duduk di MPH Bookstore, Kunikoniya dan carian di Internet, aku telah ringkaskan serba sedikit tentang unit tentera muslim yang bersama-sama mengerah kudrat mengangkat senjata dan turut sama berperang di dalam Perang Dunia Ke 2. Serba sedikit aku kongsikan bersama dengan kamu semua.

Sila baca…Ini sejarah yang kita sendiri pun tidak tahu! Serius beb! Aku namakan permulaan cerita ini sebagai……

Muslims Legion of Nazi German

Semasa Perang Dunia ke 2, beratus-ratus malah beribu-ribu muslim telah mendaftarkan diri dan meyertai pasukan Nazi Jerman, jika diiikutkan pada fakta sejarah ramai masyarakat muslim yang ikut serta dalam perjuangan ini, majoritinya adalah berasal dari Soviet Union dan berhasrat untuk memerdekakan tanah air mereka di bwah payung Nazi Jerman. Ketika tentera Nazi Jerman menyerang Soviet Russia pada 22 Jun 1941, ramai penduduk di situ menyambut kedatangan tentera-tentera ini sebagai tentera pembebas tanah air dan mengalu-alukan kedatangan mereka. Di kalangan masyarakat Soviet yang merasakan perlunya sambutan itu dibuat adalah kerana terdapatnya kumpulan/pasukan tentera muslim di dalam tentera Nazi Jerman.

Ramai dari masyarakt muslim di Soviet amat memsuhi dan membenci pendudukan tentera Russia ke atas tanah air mereka. Kebanyakkan dari mereka (golongan muslim) masih mengingati zaman kegilangan Islam pada ketika itu di bawah pemerintahan Khans, Khalifah dan Sultan yang adil dan saksama sebelum pemerintahan itu jatuh ke tangan Czardom Russia pada abad ke 17 dan 19. Tetapi, ketika terdapat kejatuhan empayar Czardom pada ketika Revolusi Bolshevik, masayarak muslim pada ketika mempunyai peluang untuk membangun semula dan membebaskan tanah air mereka dan secara tidak langsung dapat membina empayar islam semula dengan bantuan dari Empayar Turki dan Jerman. Tetapi segala-galanya telah terlewat kerana tiada sebarng tindakan dibuat oleh masyarakat muslim pada ketika itu.

Di Caucasus, tentera Islam adalah terdiri daripada masyarakat Azeris, Ajars dan Caucasus Muslim dan dibantu dari tentera Muslim dibawah kuasaan Nuri Pasha, Turki. Pada Disember 1941, satu memorandum yang diklasifikasikan sebagai rahsia tertinggi telah diluluskan untuk menubuhkan dua unit tentera Muslim secara rasmi yang terdiri daripada Turkestanisch yang mempunyai komposisi masyarakat muslim dari Timur Tengah seperti Turkomans, Uzbeks, Kazakhs, Karakalpaks dan Tadjiks. Unit ke dua dinamakan Kaukasisch-Mohammedan Legion yang terdiri daripada masyarakat Muslim seperti Azeris, Daghestan, Ingushes dan Lezghins. Selain itu terdapt juga unit-unit kecil lain yang terdiri daripada masyarakat Tartar. Unit Wolgatatarische pula ditubuhkan pada Januari 1942.

Di sini aku nak sertakan sekali satu telegraf yang dikirim Hitler telah di hantar kepada seorang Mufti bertarikh 2 November 1943 dan terjemahannya dalam bahasa inggeris…kamu semua baca dan fahamkan sendiri..malasla pulak aku nak terjemahkan.

“To the Grand Mufti: The National Socialist movement of Greater Germany has, since its inception, inscribed upon its flag the fight against the world Jewry. It has therefore followed with particular sympathy the struggle of freedom-loving Arabs, especially in Palestine, against Jewish interlopers. In the recognition of this enemy and of the common struggle against it lies the firm foundation of the natural alliance that exists between the National Socialist Greater Germany and the freedom-loving Muslims of the whole world. In this spirit I am sending you on the anniversary of the infamous Balfour declaration my hearty greetings and wishes for the successful pursuit of your struggle until the final victory.

Signed: Reichsfuehrer S.S. Heinrich Himmler”

p/s –  Akan aku update kemudian di bilangan 2 dan 3 jika berkesempatan

sumber: Internet, MPH Bookstore (area-area buku sejarah tentera)

One response

  1. fazly razly

    cerita sangat menarik..tapi perlu lebih mendalam..

    Jun 23, 2012 at 3:34 am

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s