Pemerhatian dan pandangan dari bebola mata yang berkaca mata terus dinukilankan dan diekspresikan dalam bentuk penulisan…

DIARI HARIAN BIL. 6 (THE CHRONICLE OF PRE-WEDDING COURSE)

Gempak tak tajuk kat atas tu? Hehehehe…

Rasanya sudah lama aku tidak menulis mengenai diri aku dan aktiviti aku, dan seingat aku…last update adalah pada Diari Harian Bil.5 yang lalu. Kali ini, aku mahu update sedikit mengenai kisah aku dan si dia  ketika hujung minggu yang lalu. Kami berdua berkesempatan dan berpeluang menghadiri Kursus Pra-Perkahwinan dan jika diikutkan pada tarikh tersebut adalah tarikh hari perkahwinan office mate aku, oleh kerana pertindihan program, aku mengutamakan Kursus Pra-Perkahwinan (kalau tak hadir dan tiada sijil tidak pasal-pasal tak boleh kawin aku) Untuk office mate aku, usah marah atau berkecil hati, jika kamu ditakdirkan berkahwin lagi buat kali ke dua atau ke tiga, pasti aku akan hadir!

Selama dua hari di Kompleks Kejiranan Precint 16 Putrajaya yang bermula dari hari Sabtu dan Ahad yang lepas (17 & 18 Julai 2010) telah membuatkan aku dan si dia menjadi lebih matang dalam isu-isu rumah tangga. Sememangnya kursus Pra-Perkahwinan sudah menjadi satu kewajipan buat setiap bakal-bakal pengantin di Malaysia, tanpa “tiket” ini bakal pengantin mungkin tidak boleh menjalankan upacara akad nikah dengan “official”. Secara keseluruhannya, para peserta kursus akan dideahkan dengan topik-topik yang baik untuk dijadikan panduan hidup untuk menempuh alam perkahwinan kelak.

Peserta kursus sedang mengantuk tekun mendengar ceramah

Antara modul kursus yang dipelajari ialah:

Sesi 1- Sabtu, kebiasaanya akn bermula pada jam 2.30 petang dan berakhir hingga jam 6.30 petang

  • Akhlak dalam Islam
  • Hubungan dalam keluarga
  • Pengurusna kesihatan
  • Pengurusan stress

Sesi 2- Ahad, bermula dari jam 9.00 pagi hingga jam 6.30 petang

  • Akidah dalam Islam
  • Ibadah dalam Islam
  • Komunikasi suami dan isteri (topik-topik panas dan hidung berdarah)
  • Pengurusan sumber keluarga
  • Pengurusan konflik
  • Pengurusan talak
  • Perkahwinan dalam Islam
  • Prosedur perkahwinan

Penganjur kursus ini turut menyediakan makanan 3 kali sehari untuk setiap peserta kursus. Kebiasanya sijil kursus akan dikeluarkan seminggu selepas kursus. So, hari Sabtu ini sijil aku dan tunang akan siap dan boleh diambil di tempat berkursus. Sijil ini dikeluarkan dari JAWI dan ianya diiktiraf di seluruh Malaysia serta tiada had masa, maknanya sijil ini laku sampai bila-bila.

Aku tidak dapat menipu diri sendiri ketika bekursus, semamangnya mengantuk yang amat. Suhu yang sejuk di dalam auditorium hingga ke sum-sum tulang, dengan topik-topik yang boleh dikatakan menarik, tetapi oleh kerana tak boleh nak handle mata..aku hampir terlelap jugak! Bukan kerana penceramah bosan (tetapi memang salah satu faktor yang membuat mengantuk) tetapi kerana malam semalam, aku lewat tidur disebabkan sebuk mencari fakta-fakta berkaitan tentera nazi Jerman yang beragama Islam. Seteruk-teruk aku, ada lagi yang lebih teruk…Tengah ustaz kat depan sedang fokus memberi ceramah, entah dari celah mana tiba-tiba terdengar bunyi dengkuran…Habis satu dewan auditorium tercari-cari dari mana datangnya bunyi dengkuran tersebut. Akhirnya kantoi! Ada seorang mamat dah lelap kat kerusi, dan siap ternganga mulut, tinggal tunggu lalat nak masuk umpama periuk kera menunggu serangga, begitulah mulut mamat itu….aku cuma berbisik di dalam hati…..”tunang sapa la ni….” seraya menggelengkan kepala.

Tapi, ustaz kat depan lagi bagus, siap tegur mamat tu….

“Bakal laki sapa ni?” kata ustaz…satu auditorium tergelak besar!

Petang Ahad habis jam 6.30 petang, selesai semua dan hampir sempurnalah separuh dari perjalanan aku untuk ke alam yang baru, alam rumah tangga. Petang tersebut aku terus melangkah laju ke Shah Alam untuk menghantar si dia ke rumah sewanya. Iyalah, esok bila dah duduk dengan aku, tak payah nak ulang-alik Shah Alam-Semenyih, penat weh! Lewat maghrib aku sampai di Shah Alam dan sempat bersolat fardhu secara berjemaah di Petronas, Alhamdullilah…nasiblah dekat Malaysia ni senang nak solat, kat stesyen minyak pun sudah tersedia surau yang bersih dan lengkap. Tinggal lagi mahu tidak mahu sahaja untuk menunaikan fardhu solat, akan tetapi dah namanya pun fardhu, sewajarnya kita selaku makhluk Allah S.W.T menunaikan sahaja solat tersebut tanpa banyak soal. Wajib! Tiang agama!

Selesai menunaikan solat, kami terus ke Mc D PKNS, Alhamdulliah, rezeki….si dia mahu belanja pulak malam itu, barangkali timbul perasaan belas pada aku yang ulang alik mengambil dirinya….bak kata pepatah dan orang tua-tua..musuh jangan di tolak, rezeki jangan di cari! Eh, terbalik ke?

“Rezeki jangan ditolak, musuh jangan dicari”…apa la abang ni…” si dia menjuih pada ku..

“Alah…sesekali tersasul…hehehehe” aku balas..

“Nak order apa?” tanya si dia ringkas…

“Bagi abang beger bergedil ngan ayam goreng je lah….” aku jawab

“Abang, janganle memain…dah malam dah ni…nak sampai umah pukul brapa nanti…cepat order…” si dia dah mula angin..tapi masih mampu tersenyum dan mencubit manja lenganku

“Hehehehe…abang gurau je lah…bagi abang beger baru tu, BCG ngan Mc Deluxe ok!” aku jawab padanya…

“Abang, abang tahu tak…BCG tu injection masa darjah enam dulu, atau orang kata enjek api! beger baru tu, namanya GCB la bang..ape laaaaaa”…..si dia menerangkan…

“Ohhhhhhhh…hahahahahahahah!! Abang salah tengok iklan ni….” K,k..orderla….

Selesai order, upacara makan dan minum dimulakan…sedap, lazat, enak, dan untuk beger baru…aku nak cakap kao Grill, Gorgeus, Glorious, Glamourious, Ganglionsida, Gempak, Gemuk, Genset, Generator, Gengstar, Gengster dan Great-tasting! Tetapi si dia, berkeras…beger Posperity adalah beger terlazat dari Mc D! Lantaklah…aku dah kenyang dan terima kasih yang tak terhingga buat si dia kerana bermurah hati untuk belanja makan pada malam itu. Selepas makan, aku terus menghantar si dia ke seksyen 7, di rumah sewanya. Aku sampai ke rumah di Semenyih hampir jam 10.30 malam.

p/s – Untuk bakal-bakal pengantin, sila lah ke kursus kahwin terlebih dahulu. Kalau tak tahu di mana mahu buat, di sini aku sertakan sekali contact number yang boleh dihubungi. Boleh hubungi Al-Shahir managemnent di talian 019-3911310, En. Syahmi.

En. Syahmi, dah tolong promote ni…komisen jangan lupa!

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s