Pemerhatian dan pandangan dari bebola mata yang berkaca mata terus dinukilankan dan diekspresikan dalam bentuk penulisan…

OH! RUMMY NOSE AKU MATI!

Untuk meredakan ketegangan dalam penulisan aku pada malam ini dari isu yang gak panas, iyalah..ianya melibatkan tiga benda iaitu pemerintah, golongan marhean dan negara. Untuk bacaan lanjut boleh baca di sini. Kali ini aku mahu menulis sedikit tentang hobi aku membela ikan. Entah kenapa aku tiba-tiba seperti mahu menulis mengenai ikan, sebelum ini aku sudah pun menulis tentang hobi ini dan kamu boleh mambacanya di sni. Sebentar tadi sedang aku leka memerhati gerak geri ikan di dalam akuarium kecil di bilik tiba-tiba aku terjumpa se-ekor ikan dari jenis Rummy nose tetra telah terdampar mati di bawah akuarium.

“Ini mesti kes dah boring duduk dalam akuarium ni” aku berbisik seorang diri.

Terus aku pandang dan lihat kembali akuarium aku, aku lihat se-ekor dan se-ekor ikan yang ada dalam akuarium tersebut. Akuarium aku ini telah aku hiasi dengan tumbuhan hidup dan diserikan lagi dengan kayu dan batu-batu sungai. Pasir sungai dan sedikit tanah aku letak kan sekali agar tumbuhan hidup ini memperolehi sumber nutrien dan galian yang boleh membantu tumbesarannya secara semulajadi. Selain itu, hiasan tambahan lain yang aku letakkan juga adalah sebagai nilai tambah untuk ikan-ikan ini hidup seperti berada di dunia sebenar mereka. Ini adalah akuarium aku yang diletakkan di dalam bilik tidur. Sebuah aluarium komuniti.


Aku masih leka mengira-ngira ikan Rummy Nose yang masih tinggal hidup. Satu, dua, tiga, empat, lima…ya!! masih ada lima ekor lagi. Nampak gayanya perlulah aku menambah se-ekor lagi sebagai ganti. Ini kerana ikan Rummy Nose ini akan lebih “lengkap” hidupnya jika berada dalam kumpulan yang sekurang-kurangnya terdiri dari enam ekor ikan. Barulah hidupan ini akan hidup tanpa stress dan riang gembira di dalam akuarium. Akuarium aku ini sebenarnya adalah sebuah akuarium komuniti. Kenapa ianya dipanggil akuarium kominiti? Ini kerana, di dalam sebuah akuarium ini, aku membela pelbagai jenis ikan, ada di dalamnya Rummy Nose Tetra, Neon Tetra, Black Neon Tetra, dan lain-lain. Perlu pelbagai spesis ini adalah penting untuk menjamin biodiversiti di dalam akuarium itu. Di sini aku sertakan beberapa keping gambar akuarium dengan lebih dekat. Jika tidak jelas, harap maaf, aku hanya menggunakan kamera telefon bimbit yang berpiksel 2.0 sahaja!

Gambaran lebih dekat, ikan-ikan ini sememangnya jinak

Pandangan dari sudut tepi akuarium

Pandangan dari atas akuarium

Di rumah aku sahaja, sudah ada lima buah akuarium dan salah satu daripadanya sedang dalam proses kuarantin kerana kualiti air terlalu teruk. Jadi aku membiarkan ianya kosong buat sementara waktu tanpa hidupan tetapi masih membiarkan landskap akuarium seperti asal cuma tiada ikan untuk diletakkan.  Aku bercadang untuk meletakkan ikan dari jenis Barb atau mungkin juga dari jenis lain. Hobi ini, pasti akan membuatkan kamu leka sebenarnya dan yang pasti ianya adalah hobi yang mudah dan simple tanpa bajet yang tinggi.

p/s – Aku rasa mungkin lain kali aku akan kupas sedikit spesis-spesis ikan yang aku bela. Entri ini sebagai pengimbang dengan entri yang gak berat sebelum ini. Sekian.


One response

  1. suka membela ikan rupanya kau ni

    Julai 22, 2010 at 5:30 pm

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s