Pemerhatian dan pandangan dari bebola mata yang berkaca mata terus dinukilankan dan diekspresikan dalam bentuk penulisan…

RINTIHAN GOLONGAN BAWAHAN

Mahu tidak mahu, suka tidak suka, senang atau tidak, rela atau tidak rela kita semua golongan bawahan pasti akan menerima sahaja apa jua percaturan yang telah ditetapkan oleh pemerintah. Sememangnya, rakyat Malaysia semua dilahirkan dan dizahirkan dengan sifat-sifat yang “menurut perintah” dan akur sahaja. Semangat ini telah ditanamkan sejak dahulu lagi..dan setelah lebih 50 tahun merdeka, inilah kita rakyat Malaysia. Baguslah begitu. Kita tidak “seberani” rakyat di negara jiran kita. Indonesia, kita tidak setegar dan segagah golongan baju merah di Thailand, kita adalah kita…yang menerima sahaja. Sebagai contoh, baru-baru ini pemerintah telah menyatakan bahawa subsidi telah diturunkan (bukan harga barang naik ok!)..keseluruhan rakyat Malaysia telah menerima dengan rela hati. Tulus dan ikhlas. Walaupun, di dalam jiwa kecil ada sedikit pemberontakan. Tetapi, tidak mengapalah…..kami semua lebih rela beratur panjang, menghabiskan masa menunggu giliran di stesyen-stesyen minyak.

Kami terbaca akhbar, kami menonton berita, kami mendengar radio.. Malaysia akan menuju kebangkrapan menjelang 8 tahun atau 10 tahun dari sekarang. Jadi, wang mesti dicatu, kita mesti berjimat cermat, dan kita mungkin akan kembali maju dan inilah yang kamu canang-canangkan. Jika ini tidak dilakukan kalian semua golongan marhean akan menderita, rakyat Malaysia akan terkesan sama semua golongan dari atas hingga ke bawah, sumber dan hasil negara akan habis, harta negara akan habis. Polemik “harga barang tidak naik, tetapi subsidi yang dikurangkan” memang sudah menjadi amalan dari dahulu lagi setelah pelbagai janji manis ditabur. “Harga barang tidak naik….harga barang tidak akan naik” itulah yang sering di perkatakan. Atas tindakan itu, katanya boleh menjimatkan RM750 juta pada tahun ini sahaja tetapi adakah kamu sedar? adakah kamu intip? adakah kamu faham dan mengerti nasib kami? golongan bawahan.

Kami terbeban dengan ini, jika dahulu makan berlauk, kini tinggal hanya kuah. Jika dahulu berlaukkan ayam, kini hanya telur mata. Jika dahulu duit belanja sekolah anak serinngit, kini hanya tinggal 50 sen. Tinggal pula di hujung desa, rumah pula semakin rapuh hanya menunggu masa mahu rebah dan runtuh! Sebaliknya kamu duduk di mahligai, istana berjuta dibina, hidangan mewah dinikmat, kenderaan mewah dipandu laju menyusuri jalan raya dan lebuh raya, kamu manusia terhormat! Tidak akan rasa apa yang kami rasa.

Kamu kata Malaysia adalah antara 10 negara yang kritikal dibebani masalah penyakit diabetis paling tinggi di dunia, katanya kencing manis semakin teruk di sini, adakah kamu pula yang “mengencing” kami? adakah dengan cara ini kamu terdesak mengurangkan subsidi? Masalah penyeludupan gula dan petrol yang relatif harganya lebih rendah dari negara jiran, adakah ini menyebabkan kamu menaikkan harga? Tidak adakah metedologi lain yang lebih baik untuk bagi mencipta situasi menang-menang bagi kami dan kamu wahai pemerintah? Ingatlah, kamu adalah dipilih dari kami semua. Kenangilah kami, ngertilah derita dan susah hati kami, sudahlah hidup kini bagaikan melukut di kota yang kedekut. Bertarung nyawa mengerah kudrat tulang yang empat untuk mencari sesuap nasi dan belanja di desa yang semakin terseksa. Ingatilah kami.

p/s – “Ketika golongan bangsawan dan pembesar itu bersenang lenang dengan segala kemewahan yang telah merampas subsidi rakyat, orang miskin menangis suapan mereka yang makin meninggi harganya, yang meratah tenaga jasad dan kekayaan negara mereka..” – Quote dari Dr. Asri (MAZA)

8 responses

  1. mat85

    aku setuju 2..
    pembesar tk kan dapat merasi penderitaan rakyat sebab mereka tk penah putus dgn duit,,gaji,elaun entertainment,rasuah dan sebagainya,,pengurangan subsidi hanya untk meraka mendapat keuntungan lebih melali projek2 yang direkan kepada kroni meraka dan secar tidak langsu \ng masuk poket mere..secar senyap2 mereka mula mencampuri urusan pentadbirab dalam syarikat mega utuk duit poketmerakka,,,,dammm

    Julai 22, 2010 at 11:25 am

    • faerrin

      dan yang menjadi persolan sekarang buat kita golongan bawahan..kemanakah perginya duit hasil dari penjimatan kesan daripada pengurangan subsidi itu?Kemana bakal ianya disalurkan atau digunakan? itulah persoalan bagi kita.

      Julai 22, 2010 at 11:55 am

  2. desperadol

    salam..izinkan sy mencelah yg berhormat.

    satu je yg ingin sy suarakan disini:

    X SYG MULUT LU TULIS BRO!!!

    hahahhahaha…..

    Julai 22, 2010 at 12:24 pm

    • faerrin

      banyak lagi tulisan yang lebih pedas dari ini diluar sana..ini cuma rintihan, aku cam mahu carik rasionalnya sahaja..hehehehe…kita rakyat, kita berhak suarakan…

      Julai 22, 2010 at 12:33 pm

  3. azim

    Aku percaya bukan ko sorang yg terkesan dgn fenomena hari ni.. aku percaya pandangan peribadi ko ikhlas mcm org lain jgak.. Moga2 suara2 ini didengar oleh mereka2 yg tahu tggjwb mereka.. truskan.. kite rakyat.. kite yg tentukan hala tuju Negara kita…

    Julai 22, 2010 at 1:37 pm

  4. desperadol

    btol ke kite(rakyat) yg tentukan hala tuju negara kita en. azim??????

    hehehehe….anyway wa tabik en. empunya blog.

    Julai 23, 2010 at 12:07 am

  5. bontot

    hmmm… sabaQ jela john… insya’Allah jika kita dapat duduk diatas seperti MEREKA suatu hari nanti… jangan la kita juga seperti mereka….

    Jangan semasa kita dibawah saja kita sedar benda nih…kita sedar kerna kita merasainyaa…

    bak kata mantan bos aku…”Saya xkisah bayar #@L mahal2 pasai saya mampu… tapi yang G@7i xmacam saya aKan marah bayar #@L mahal mcm tuh….” hmmmmm antara luahan org2 atasan…(aku ubah skit la ayat dia hehehe)

    Ya Allah…..Ya Rabbi…Lindungilah diriku dari yang menjahati dan menzaLimiku….Semua ni duGaan dari Maha Esa…

    Julai 23, 2010 at 1:17 am

  6. nur

    Memang kadang 2 hidup ini perlu menurut perintah sebagai kita tak
    Tahu apa2 tentang ekonomi negara, apabila negara berada di atas.
    Ade ke kite nak cakap pasal rasuah? Kita bangga.harga naik sebab gaji makin meningkat.negara nak maju memang mcm tu.cuba belanja dekat negara luar, rela je kita berhabis duit sebab mata wang mereka mahal kan? Cuba fikir! Jangan tuduh membabi buta je

    Oktober 14, 2013 at 3:49 am

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s