Pemerhatian dan pandangan dari bebola mata yang berkaca mata terus dinukilankan dan diekspresikan dalam bentuk penulisan…

CORETAN UNTUK PENDIDIKAN, MELAYU DAN SOAL HATI IBU BAPA

Dahulunya Tanah Melayu sering dijajah, ditakluk dan direbut hingga berkurun-kurun lamanya. Dari pendudukan Portugis hingga ke penjajahan Jepun, Tanah Melayu mengalami waktu-waktu yang sukar dan ini telah mengakibatkan orang-orang Melayu bangkit dan membina kekuatan tersendiri dalam mengadaptasikan kehidupan mereka pada ketika itu. Hidup orang Melayu pada ketika amat susah, bak kata pepatah Melayu “Kais pagi, makan pagi…kais petang makan petang”.  Ekonomi orang Melayu pada zaman sukar itu lebih kepada bertani, bercucuk tanam dan menternak yang lebih kepada penggunaan sendiri. Apabila negara mencapai kemerdekaan pada tahun 1957, ramai orang Melayu miskin dan bekerja sebagai petani dan nelayan serta buruh kasar. Kemudian, dengan langkah-langkah proaktif Kerajaan pada ketika itu, pendidikan percuma telah diberikan selama 11 tahun meliputi semua rakyat pelbagai kaum.

Banyak negara lain tidak memberikan pendidikan percuma untuk rakyatnya sebagai contoh di Indonesia, maklumat ini boleh didapati di Millenium Development Goal dan kesan daripada itu telah menyeret rakyat negara tersebut ke negara jiran untuk mencari peluang pekerjaan atau pendidikan di situ. Di Malaysia walaupun pendidikan percuma telah diberikan kepada peringkat sekolah rendah dan menengah, sewajarnya program pendidikan percuma harus diperluaskan hingga ke peringkat universiti, ini bagi memberi peluang kepada rakyat Malaysia amnya dan orang Melayu khususnya untuk meningkatkan tahap pendidikan mereka ke peringkat yang lebih tinggi sejajar dengan Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) di bawah kelolaan Kementerian Pendidikan iaitu meluaskan akses pendidikan berkualiti dan berkemampuan.Mugkin metodologi dan kaedah yang lebih terperinci boleh digariskan untuk menetapkan golongan sasar yanag wajar diberi pendidikan secara percuma hingga ke peringkat Universiti, sebagai contoh golongan susah dan fakir yang berkelayakan. Seharusnya golongan ini harus diutamakan dan diberi bantuan yang lebih bagi memberi mereka peluang belajar dan wajar juga diberi biasiswa. Bagi golongan yang “berkemampuan” tetapi masih tidak berkeupayaan untuk menanggung bebanan perbelanjaan (terutamanya yuran pengajian peringkat sarjana dan kedoktoran yang mahal) untuk menuntut di pengajian yang lebih tinggi harus juga diberi bantuan seperti pengecualian yuran atau pembayaran yuran yang ditanggung sepenuhnya oleh Kerajaan melalui Kementerian Pengajian Tinggi seperti program Bajet Mini yang telah berjaya dilaksanakan pada tahun 2009-2010. Sewajarnya program Bajet Mini untuk pembiayaan pendidikan di peringkat universiti ini perlu diteruskan dari semasa ke semasa untuk menggalakkan rakyat Malaysia belajar dan terus belajar untuk melahirkan cendiakawan yang dapat membangun negara di masa hadapan.

– – – – – – – – – – – – -PPppppfffffttttttt – – – – – – – – – – – – – – – – –

Umum sedia maklum, biasiswa telah diberikan kepada rakyat dari pelbagai setiap peringkat, tanpa mengira bangsa, negara dan agama dan peluang melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi termasuklah ke luar negara. Hasil dari ini, ramai orang Melayu yang mengeluarkan diri daripada kancah kemiskinan. Dengan kejayaan dasar ini, ramai di kalangan mereka kini tinggal di rumah berhawa dingin dan besar, ada juga yang tinggal di banglo-banglo mewah, berkereta besar dan jumlah kelas menengah Melayu semakin melebar. Sementara anak-anak hidup mewah di ibu kota, ibu bapa terpaksa membanting tulang untuk makan pagi petang sedangkan anak-anak di bandar bercakap mengenai memilih antara mahu makan stik di hotel mewah atau di restoren ternama, antara Iphone dan Blackberry, antara mahu bercuti di Gold Coast atau di Melbourne dan antara mahu membeli kereta BMW atau Merscedez.

Kamu tidak percaya atau mungkin aku yang silap?

Lihat sahaja kereta besar yang tersusun di hadapan rumah kampung yang buruk dan usang sewaktu hari raya dan musim cuti sekolah. Ada anak yang menjadi pegawai kanan di syarikat besar, pensyarah yang bertaraf Professor, pegawai kanan bank dan pegawai kanan di jabatan kerajaan, tetapi masih ada ibu bapa yang menerima bantuan zakat. Adakah anak-anak ini melupakan jasa ibu bapa mereka yang membesarkan mereka dan menyekolahkan mereka hingga berjaya? Kenapa sanggup mereka mengetepikan ibu bapa? Lupakah mereka?

Renung-renungkan….

p/s – Jangan lupakan ibu bapa kerana ibu bapa adalah nadi dan jantung buat kita, malah doa ibu adalah doa yang paling mustajab dan mujarab!

credit gambar: Filem Hati Malaya, karya Shuhaimi Baba. (eh! ada bendera UMNO, baru aku perasan! Hahahaha)

One response

  1. “jadilah spt resmi padi, makin berisi makin tunduk”..
    Bunyinya mcm tak sedap, tapi itulah hakikat ramai yg xnak tunduk² walau dh berisi..renung²kan juga..peace!

    Julai 26, 2010 at 4:36 pm

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s